Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 21, 2019

Pelancaran pembacaan baru Hikayat Raja Pasai oleh Timbalan Perdana Menteri

Meneruskan penceritaan tentang majlis-majlis ilmu yang menjadi asbab saya menginap di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) Selasa malam Rabu seperti diceritakan dalam artikel Berceloteh tentang bermalam di ISTAC sebelum menyusuri kaitan Parsi dalam sejarah Islam China. Bersambung daripada artikel Negara Kota Yang Hilang - Satu tajuk yang menyuburkan imaginasi.


Selepas makan tengah hari di Muzium Negara kemudian berborak dengan kawan-kawan saya bergerak kembali ke ISTAC lalu sampai jam 1.48 petang. Saya membawa seorang kawan dari Aceh yang datang ke muzium untuk mengikuti bicara sana. Beliau memang mahu ke ISTAC sekali untuk mengikuti majlis seterusnya.


Ada tempoh lebih 40 minit sebelum ia dijadualkan bermula seperti kelihatan poster. Kami pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Jumpa dua orang rakan sepengajian di ISTAC lalu berbual-bual lama. Fikir kami tak perlulah ke majlis awal. Kami tidak mahu bersesak-sesakkan dengan orang ramai yang dijangka memenuhi ruang kerana kedatangan Timbalan Perdana Menteri  (TPM) Malaysia untuk merasmikan perkara. Yang mahu kami ikuti adalah diskusi buku.


Setelah beberapa lama baru dapat tahu bahawa perasmian dilambatkan kerana TPM cuma dapat sampai pada jam 3.30 kerana ada urusan tertentu. Oleh itu diskusi buku dimulakan dahulu. Saya dan kawan Aceh pun bergerak ke bilik majlis lalu sampai jam 2.50.


Kelihatan Profesor Baharudin Ahmad daripada ISTAC sedang mengulas buku. Disebutlah bahawa beberapa pihak terdahulu terutama Orientalis Barat telah terlebih awal membuat transliterasi terhadap manuskrip Jawi kitab yang sedang dibincangkan ini. Itupun tiada siapa memiliki manuskrip asal, yang ada adalah salinan-salinannya. Hasilnya muncul dua versi utama transliterasi atau buku dalam tulisan Rumi berdasarkan cerita yang sama tetapi ada sedikit beza. Satu dipanggil Hikayat Raja Pasai satu lagi Hikayat Raja-raja Pasai.


Sesungguhnya kitab Hikayat Raja Pasai ini memiliki kaitan yang sangat dekat dengan darah daging saya. Hal ini ada disebut beberapa kali dalam blogspot ini malah menjadi satu asas utama dalam penceritaan buku-buku tulisan saya yang terawal iaitu siri trilogi "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007). Yang dipersembahkan kini adalah satu bacaan merangkap usaha transliterasi baru oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Ahmat Adam. Difahamkan sebelum Baharuddin mengulas, Ahmat telah memberikan pengenalan selama 10 minit sahaja.


Rupa-rupanya Ahmat menyimpan 'buah' untuk majlis perasmian yang sepatutnya berlaku sebelum diskusi buku tetapi telah dialih ke selepas itu. Jam 3.30 TPM iaitu Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun sampai untuk perasmian itu.


Beliau mengambil tempat di hadapan bersama orang-orang penting majlis. Kelihatan dalam gambar dari kiri Sheikhul Kulliyah ISTAC Profesor Datuk Dr Osman Bakar diikuti Wan Azizah dan Ahmat.


Osman memberikan ucapan alu-aluan dengan menyatakan bagaimana usaha terbaru mentransliterasikan  Hikayat Raja Pasai adalah selari dengan misi ISTAC kerana kami juga mengkaji tentang Melayu. Kami ada Unit Tamadun Melayu.


Sampai giliran Ahmat hadirin diberitahu bahawa beliau memakan masa 2 tahun untuk mengkaji dan mentransliterasikan hikayat. Ini menyambung usaha orang-orang terdahulu seperti Teuku Alfian dari Aceh yang juga telah mengkajinya. Tetapi seperti halnya dia (Ahmat) mengkaji  teks-teks lama tentang Hang Tuah untuk memberikan tafsiran baru beliau melihat para sarjana  tempatan sudah tersilap baca kerana terikut cara bacaan Orientalis Barat. Diulanglah tentang hal Hang Tuah (kerana beliau sudah menyebutkannya banyak kali sehingga menimbulkan kontroversi beberapa tahun lalu) yang katanya sepatutnya dibaca Tuha yang bermakna ketua... bukan Tuah yang katanya belum muncul dalam kosa kata Alam Melayu pada waktu laksamana itu wujud (abad ke-15 Masihi).

Kata Ahmat banyak salah faham berlaku kerana Orientalis tidak mengerti hal-hal bersangkutan Islam dan spiritual seperti doktrin Tasawuf. Oleh itu semua hasil kajian Orientalis terhadap manuskrip Melayu harus disemak semula. Ahmat pun memberikan beberapa contoh bagaimana beberapa perkataan bertulisan Jawi dalam teks asal hikayat harus dibaca dalam melakukan transliterasi. Menurut beliau banyak perkataan yang sebenarnya ada makna dalam bahasa Parsi dan sebagainya disilap baca lalu hilang makna.


Wan Azizah pula menyebut sedikit tentang sejarah kerajaan Samudera dan raja-rajanya yang terkenal seperti Sultan Malikus Saleh dan Sultan Malikul Zahir. Pasai disebut sebagai pusat antarabangsa sebelum Melaka lalu keadaannya cuba disamakan dengan Malaysia pelbagai bangsa pada hari ini.


Apapun saya melihat majlis ini ada keistimewaan tersendiri yang tersirat dan tersurat buat diri. Ini kerana Hikayat Raja Pasai memang ada kaitan peribadi. Kebetulan saya hadir bersama kawan dari Aceh. Apa lagi 1 September lalu bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah saya telah melaksanakan satu acara bersifat mendaulatkan Melayu dan Islam di Kompleks Makam Sultan Malikus sebelum memanjangkannya ke Banda Aceh. Lihat artikel Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Majlis perasmian pula berlaku pada satu tarikh cantik iaitu 19 November 2019 atau 19/11/19. Ketika minum petang selepas majlis tamat saya duduk di satu kawasan set sofa bersama sejumlah pelajar wanita ISTAC. Osman ternampak saya yang sedang memakai busana Melayu tradisional penuh bersampin, bertanjak dan berkeris itu lalu berseloroh mengatakan ini Raja Pasai. Saya cuma tersenyum sahaja. Sebelum meninggalkan ISTAC saya bersalaman dengan Osman lalu memberitahu - Memang saya keturunan Raja Pasai. Menurut cerita keluarga, Sultan Malikus Saleh adalah moyang kami. Cukup. :]




Tiada ulasan: