Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, September 05, 2010

Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Abdullah Al-Kamil, Salman Al-Farisi dan Muhammad Al-Baghdadi di sebalik sejarah Alam Melayu

Hmm. Mood malas menulis yang entah berkait ke tidak dengan Malam Tujuh Likur ni masih kuat menerkam namun perjuangan mesti diteruskan. Bersambung dari artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Empayar Khalifah Sharif yang sebenar?.



Seminggu selepas kembali ke Muar kami pergi ke Raub.




Bukan apa, sejak bulan Mac gitu kami tidak pernah pergi ke daerah tempat bapa saya membesar ini. Lagipun saya teringin nak makan hidangan ikan keli gulai asam rong yang cuma boleh didapati di sekitar ini.




Walaupun ada saudara-mara di sini kami memilih untuk berehat di masjid jamek lama tengah bandar.


Al-Rasyid bermain-main di dalam masjid.



Lagipun masjid ini terletak berdekatan bazaar Ramadhan. Alhamdulillah dapat juga menikmati hidangan yang dicari.




Lewat malam baru kami pergi ke rumah almarhum Nenek, ibu kepada bapa saya, rumah yang dihuni seorang ibu saudara. Ini adalah gambar keesokan pagi apabila kami bersiap untuk meninggalkan Raub.





Singgah dahulu di makam Nenek, persinggahan yang dibuat setelah mendapat beberapa lagi maklumat baru yang melibatkan salasilah keluarga.






Perjalanan menghala kembali ke Lembah Kelang pun dibuat. Singgah sebentar di Lurah Bilut, kalau tak salah kawasan rancangan Felda yang pertama di Malaysia. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Lurah Bilut, Pahang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).







Kemudian kami singgah di Janda Baik berehat melepaskan penat-lelah di surau tepian sungai yang menjadi tempat kegemaran saya di sini...




Petang sikit kami singgah di rumah lama dari Gunung Semanggol, Perak yang telah dicabut lalu dialih ke Janda Baik, satu lagi tempat persinggahan kegemaran saya.





Sementara anak dan isteri menunggu dalam kereta saya menunaikan solat Tahiyatul Masjid dalam rumah. Sejurus sebelum memulakan solat tergerak untuk mengeluarkan isi beg galas kecil yang dibawa. Selesai solat baru saya tersedar. Barangan yang dikeluarkan ada corak 3-3-3... 3 buah buku, 3 kertas bertulis salasilah dan hal berkaitan, 3 barangan lain termasuk selimpang, kain hitam dan batu telur mar-mar. Corak 3-3-3 ini mengingatkan pada nombor 3:33 yang tertera pada jam kereta sebaik sahaja sampai di Masjid Gombang, Muar seminggu sebelum. Lihat Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Warisan Tuanku Gombang Malim Dewa?. Apakah ada kena-mengena?

Mungkin juga ada yang tertanya apakah kena-mengena pula perjalanan ke Raub dan Janda Baik ini dengan misi menjejak Dinasti Al-Kamil di Muar? OK. Sebenarnya perjalanan itu memang dibuat untuk ke Janda Baik mencari seorang rakan yang boleh mentahkikkan atau menyemak kembali kebenaran mahupun kesalahan mengenai beberapa maklumat baru yang diperolehi hasil misi di Muar. Tetapi saya mendapat tahu kawan ini sudah berapa bulan tidak kembali ke Janda Baik, maklumlah orang yang selalu 'diculik' dibawa ke sana ke mari kerana pengetahuan tentang hal nyata dan ghaib yang beliau miliki. Itu yang menyebabkan saya pergi terus ke Raub tetapi singgah juga di Janda Baik dalam perjalanan kembali.

Dengan takdir Allah, kami dapat juga bertemu. Selepas 2 jam tidur di surau tepian sungai di Janda Baik saya pun mengorak langkah untuk kembali ke Lembah Klang... timbul rasa yang kuat untuk singgah di rumah seorang rakan lain lalu mendapati rakan yang dicari sedang singgah di rumah rakan lain itu untuk mengambil ikan segar dari kolam hadapan rumah. Subhanallah, rakan ini singgah tidak sampai setengah jam pun sebelum harus keluar dari Janda Baik demi memenuhi permintaan orang lain. Namun tanpa dirancang dapat juga kami bertemu lalu dapatlah saya menghilangkan beberapa kemusykilan dan memastikan keadaan.

OK. Dalam artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Empayar Khalifah Sharif yang sebenar? saya ada menyebut begini...

Untuk artikel akan datang Insyaallah akan saya cuba kupas siapakah Khalifah Sharif yang sebenar memerintah empayar Islam besar di Nusantara sambil memecah persoalan bagaimana pihak pro Siam boleh tersasar samada sengaja atau tidak ketika meneliti persoalan ini.

Namun dalam keadaan mood malas menulis masih mencengkam dan lagi memikirkan betapa penat-lelah saya cuma menghuraikan perkara ini terasa kurang dihargai malah cuba disanggah sesetengah pihak berkepentingan saya rasa tak perlulah dihuraikan panjang-lebar pengetahuan baru yang saya dapat. Kalau mahu dihuraikan mungkin lebih baik dalam buku yang akan menyambung penceritaan siri "Berpetualang ke Aceh"... mungkin. Di sini biar disebut petunjuk-petunjuk berikut dan rasanya ia sudah cukup terang untuk mereka yang mahu mencari kefahaman, bukan mencari salah-silap...

1. Empayar Islam Khalifah Syarif yang pernah memerintah seluruh Nusantara malah lebih meluas hingga ke sempadan negara China dan pinggir Lautan Pasifik memang pernah wujud di mana kerajaan-kerajaan besar yang diketahui dalam sejarah seperti Champa, Srivijaya, Majapahit, keSultanan Melaka dan Aceh juga pernah berada di bawahnya.

2. Namun ia bukanlah seperti yang diceritakan oleh golongan pro-Siam yang terlalu memperbesar-besarkan nasab yang berkaitan dengan Cina.

3. Dinasti yang pernah memerintah inilah yang dipanggil Dinasti Al-Kamil.

4. Ia bukan sekadar Dinasti Al-Kamil yang disebut pihak pro-Batak sebagai bermula dari kedatangan seorang Laksamana dari Mesir tahun 1100an Masihi dan bertahan hingga penghujung abad ke 13 malah apa yang disebut mereka itu cuma sebahagian kecil dari dinasti asal yang dimulakan sekitar tahun 750 Masihi.

5. Dinasti ini dimulakan oleh Abdullah Al-Kamil seorang cicit Saidina Hassan yang mengetuai seluruh Ahlul Bait dan keluarga Bani Hashim pada zamannya. Nama penuh baginda adalah Abdullah ibnu Hassan Muthanna bin Saidina Hassan dan Al-Kamil merupakan satu gelaran. Ibu baginda pula adalah seorang puteri kepada Saidina Hussein.

6. Baginda pernah datang ke Aceh berkahwin puteri tempatan lalu memulakan kerajaan Jeumpa di situ yang ada kena-mengena dengan Champa di Indochina namun kembali ke Timur Tengah semasa zaman peralihan keKhalifahan Bani Umaiyah ke Bani Abbasiyah.

7. Pada tahun 770an begitu datang pula seorang anak raja dari Parsi bernama Maharaja Syahriar Salman ke Jeumpa juga berkahwin puteri tempatan lalu diangkat menjadi raja. Seperti disebut dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006) saya pasti baginda adalah sahabat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Salman Al-Farisi yang diketahui seorang bangsawan Parsi.

8. Cerita pihak pro-Siam tentang Merong Mahawangsa yang dikatakan datang ke Nusantara membawa Islam tahun 770an sebenarnya merujuk kepada Saidina Salman yang turut memiliki darah diraja Cina dari sebelah ibu. Sharifah Mariam Al-Jefri yang disebut pihak pro-Siam sebagai isteri Merong Mahawangsa pula merujuk kepada isteri Salman di Jeumpa yang merupakan samada anak atau cucu Abdullah Al-Kamil yang ditinggalkan di Jeumpa. Maka isteri ini memang seorang Sharifah namun bukanlah dari keluarga Al-Jefri yang belum pun wujud ketika itu. Untuk pengetahuan keluarga Al-Jefri adalah satu dari banyak kabilah yang beranak-pinak di Hadramaut, dari keturunan seorang Ahlul Bait bernama Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir yang lahir sekitar 950an, hampir 200 tahun selepas Merong Mahawangsa dikatakan datang ke Alam Melayu oleh pihak pro-Siam.

9. Saidina Salman ini memiliki seorang anak yang dikenali sejarah rasmi sebagai Merah Syahir Nuwi, raja kerajaan Perlak di Aceh. Orang Arab memanggil negara Siam sebagai Syahir Nuwi. Anak inilah turut merajai Siam lalu menjadi punca awal dalam salasilah pihak pro-Siam. Lihat artikel Kepala naga Merong Mahawangsa dan legasi Saidina Salman Al-Farisi, satu petanda daripada era lebih 1,200 tahun lalu? yang ditulis setengah tahun lalu.

10. Sirah Rasulullah SAW ada menyebut bahawa Saidina Salman dijadikan Ahlul Bait angkat oleh Rasulullah SAW. Maka Merah Syahir Nuwi boleh juga dikira Ahlul Bait apalagi ibunya memang Ahlul Bait dari darah daging Abdullah Al-Kamil. Namun sepertimana Imam Syafiee yang berdarah Ahlul Bait dari belah ibu (keturunan Saidina Hassan) sanggup mendiamkan diri apabila berada di majlis yang dihadiri mereka yang darah Ahlul Baitnya lebih utama, Merah Syahir Nuwi tetap memberi keutamaan kepada Ahlul Bait dari nasab belah laki-laki. Sebab itu apabila muncul rombongan Nakhoda Khalifah dengan 100 orang pendakwah ke Perlak tahun 804 Masihi, seorang ahli rombongan iaitu Ali bin Muhammad dikahwinkan dengan adinda kepada Merah Syahir Nuwi, kemudian anak hasil perkahwinan ini diangkat merajai Perlak sebagai Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah tahun 840.

Walaupun ada pihak menafsirkan Ahlul Bait sebagai meliputi ahli keluarga Nabi yang lain seperti anak cucu bapa-bapa saudara baginda Abu Talib (selain Ali dan keturunannya) dan Saidina Abbas, tafsiran lebih kuat merujuk kepada mereka yang menjadi asbab turunnya ayat Quran yang dikenali sebagai ayat Kisa, Surah Al-Ahzab ayat 33. Mereka adalah 5 orang iaitu Nabi Muhammad, Saidina Ali, Sayiditina Fatimah, Saidina Hassan dan Saidina Hussein. Mereka bukan sahaja diharamkan menerima zakat (semua ahli keluarga dan anak cucu Bani Hashim sebenarnya haram menerima zakat), dalam peristiwa turunnya ayat Kisa, mereka semua berada di dalam satu selimut lalu Nabi mendoakan agar Ahlul Bait baginda disucikan sesucinya. Dari sini muncul definisi Ahlul Bait seterusnya sebagai anak cucu Saidina Hassan dan Hussein dengan mereka yang dari nasab belah laki-laki sahaja meneruskan keturunan kerana nasab belah perempuan (misalnya anak kepada seorang Sharifah yang berkahwin lelaki bukan Sharif/Sayyid) sudah dikira keturunan kepada bapa yang bukan Ahlul Bait.

11. Dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" telah disebut keyakinan saya bahawa Nakhoda Khalifah yang mengetuai rombongan 100 orang yang datang ke Perlak adalah Muhammad Nafs Zakiyah atau Muhammad bin Abdullah, anakanda kepada Abdullah Al-Kamil. Baginda pernah dibaiah sebagai khalifah seluruh umat Islam sebaik sahaja pemerintahan Bani Umaiyah berjaya dijatuhkan namun kisah keKhalifahan baginda digelapkan sebaik sahaja Bani Abbasiyah dapat menguasai istana setelah lama menggunakan nama Ahlul Bait terutama Muhammad Nafs Zakiyah untuk meraih sokongan. Sejarah rasmi tidak menyebut ini tetapi ada menambah Ali bin Muhammad adalah cucunda kepada seorang lagi Ahlul Bait iaitu Imam Jaafar As-Sadiq yang berketurunan Saidina Hussein.

Sekarang biar saya sebut kenyataan baru yang mula terbetik di hati ketika pertama kali sampai ke makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah Jun 2009, kenyataan yang diperkuatkan apalagi sampai ke situ lagi hari Maulud Nabi tahun ini. Bahawa Ali bin Muhammad sebenarnya adalah anak kepada Muhammad Nafs Zakiyah bin Abdullah Al-Kamil bukan anak Muhammad bin Jaafar As-Sadiq.

12. Pihak pro-Siam ada menyebut tentang satu watak yang dipanggil Saidina Ali ibni Jamalul Alam Badrul Munir yang beraja di Aceh semasa kitab Undang-undang Kedah kononnya ditulis tahun 222 Hijrah bersamaan 800an Masihi (kitab ini sebenar siap ditulis tahun 1800an Masihi). Kata mereka Ali ini adalah cucu Merong Mahawangsa. Keyakinan yang saya dapat baru-baru ini, Saidina Ali ini memang wujud tetapi baginda adalah Ali bin Muhammad yang disebut di atas... lalu Ali ini adalah menantu Merong Mahawangsa @ Saidina Salman Al-Farisi, bukannya cucu.

13. Kewujudan seorang raja bernama Jamalul Alam Badrul Munir di Aceh sekitar 1,200 tahun lalu sebenarnya adalah silap tafsir terhadap isi kitab Undang-undang Kedah. Oleh kerana pada akhir kitab (mukasurat 104 pada transliterasi oleh Maryam Salim) ada disebut ia tamat ditulis 222 Hijrah (walhal isi kitab sendiri menyatakan undang-undang yang dipakai di Kedah pada abad ke 17, 18 dan 19) pada zaman Saidina Ali ibni Sultan Jamalul Alam, maka pihak pro-Siam membuat kesimpulan akan kewujudan Jamalul Alam pada zaman itu. Walhal watak Jamalul Alam yang diketahui wujud dengan pasti dalam sejarah merujuk kepada anak cucu seorang Syarif dari Mekah yang mula merajai Aceh selepas mengahwini dan menurunkan raja perempuan ke empat Sultanah Zinatuddin Kamalat (memerintah 1688-1699).

Memang ada seorang raja dari keturunan ini bergelar Sultan Jamalul Alam Badrul Munir memerintah Aceh 1711-1726. Kemudian ada seorang keturunan baginda memakai nama Jauharul Alam memerintah 1795-1815. Disebabkan pergolakan takhta antara kerabat terdekat mereka juga dengan satu lagi jurai pemerintah Aceh yang disebut sebagai Dinasti Bugis berlakulah beberapa kekeliruan akan siapa yang sebenarnya memerintah dan pada tempoh waktu yang mana. Namun watak ini tetap lebih sesuai dikaitkan dengan raja yang memerintah Aceh semasa Undang-undang Kedah tamat ditulis tahun 1800an, bukan 800an Masihi (mana mungkin buku yang isinya ditulis berdasarkan pemakaian undang-undang tahun 1600an, 1700an dan 1800an siap ditulis 800an?).

14. Apapun menurut apa yang saya dapat watak Sultan Jamalul Alam menurut versi pro-Siam yang kononnya wujud tahun 800an lalu mendirikan istana di Bukit Treh, Muar boleh dikaitkan dengan satu watak lain yang memang pernah wujud zaman itu. Orang inilah yang disebut mereka sebagai raja kedua empayar Siam-Islam namun baginda bukanlah anakanda Merong Mahawangsa @ Saidina Salman.

15. Untuk menerangkan siapa orangnya, biar saya mengaturnya begini. Merong Mahawangsa yang disebut mereka sebagai raja pertama empayar Siam-Islam adalah Saidina Salman Al-Farisi, mengambil-alih pemerintahan empayar Islam yang telah didirikan oleh Abdullah Al-Kamil, ketika itu meliputi bahagian utara Nusantara atau Alam Melayu. Tempat baginda pula digantikan oleh anakanda baginda Merah Syahir Nuwi di mana Syahir Nuwi itu adalah panggilan orang Arab untuk Siam dan ini telah disebut di atas tadi. Namun kedatangan Muhammad Nafs Zakiyah anakanda Abdullah sebagai Nakhoda Khalifah yang memimpin angkatan 100 orang pendakwah telah menyebabkan Merah Syahir Nuwi menyatakan taat setia kepada Muhammad apalagi baginda memang pernah menjadi khalifah seluruh umat Islam. Muhammad inilah yang mengendalikan pemerintahan empayar Islam di Timur lalu dikaitkan oleh puak pro-Siam sebagai Sultan Jamalul Alam.

Empayar Abdullah dan Saidina Salman belum bertaraf keKhalifahan sehinggalah Muhammad Nafs Zakiyah naik membesarkan lagi empayar. Maka memang betul pernah berdiri empayar Khalifah Syarif di bumi Timur ini kerana Muhammad memang seorang Syarif begitu juga keturunan langsung baginda lelaki bawah lelaki. Anak cucu Merong Mahawangsa @ Saidina Salman dan Merah Syahir Nuwi yang menerbitkan raja-raja Siam termasuk dari kerajaan Ayuthia memang pemerintah besar tetapi mereka bukanlah Syarif kerana tidak menepati takrif perkataan atau gelaran Syarif itu sendiri. Mereka sebenarnya berada di bawah Syarif dari keluarga Al-Kamil sebelum berlaku sesuatu yang menyebabkan empayar ini berpecah-belah lalu pihak Siam cuba mengambil-alih mahu menjadi pemimpin tertinggi.

16. Petunjuk seterusnya pula saya pun tak dapat menerangkannya kecuali berpandukan kenyataan bahawa ia tidak mustahil apalagi apabila bercerita tentang watak-watak bertaraf wali yang mampu melangkaui masa berserta kenyataan orang lama bahawa dahulu masa tidak pernah disukat dan diletakkan tarikh seperti hari ini. Cerita Muhammad Nafs Zakiyah tahun 800an tidak diketahui lagi namun sekitar tahun 1200an watak baginda muncul kembali di Perlak yang pusatnya dikenali sebagai Bandar Khalifah dengan memakai nama Sultan Muhammad Al-Kamil.

17. Sultan inilah yang kemudian berhijrah ke Muar membuka kerajaan Kuala Bandar Muar. Sultan inilah yang saya percaya adalah watak bernama Tuanku Gombang Malim Dewa seperti tersebut dalam kitab Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman. Lalu wujudlah istana di Bukit Treh yang turut dikatakan telah berdiri tahun 800an. Mungkin ada berlaku pertindahan ruang yang sama atas dua tempoh waktu yang berbeza, satu konsep yang boleh difahami mereka yang mengaji ilmu fiziks peringkat tinggi, satu konsep yang turut difahami orang-orang tua 'tidak berpelajaran' yang telah dibukakan hijab mereka terhadap realiti alam ini.

18. Atas sebab tertentu baginda kemudian berhijrah ke Terengganu di mana baginda telah menulis Batu Bersurat Terengganu yang dikatakan dibuat tahun 1303 Masihi. Di sana baginda dikenali sebagai Syarif Muhammad Al-Baghdadi.

19. Saya tak boleh sebut lagi dah kerana ini melibatkan peristiwa akhir zaman. Ia turut berkaitan dengan Empayar Chermin yang dikatakan pernah berpusat di Kelantan sehingga Sultan Brunei yang berketurunan seorang Ahlul Bait bernama Sharif Ali pernah mendirikan sebuah masjid cantik di kawasan terpencil sekitar Danau Tok Uban. Kalau dirumus lagi nescaya akan keluar juga bab berkenaan kerajaan Kemabayat Negara dan perkara sewaktu dengannya. Percaya atau tidak tak menjadi masalah pada saya. Kalau tak percaya jangan baca dan jangan pegang. Saya bukan mahu menuntut takhta atau mahu menaikkan puak sendiri sehingga sanggup membuat kenyataan apa yang disebut ini semuanya realiti mutlak, lain daripada itu adalah penipuan para pencacai penjajah yang dibuat di Melaka atau sebagainya. Kalau percaya, fikirkanlah apa kaitan semua ini dan segala macam benda yang pernah saya tulis dalam semua blogspots saya dan buatlah persediaan yang patut. Itu sahaja.

Sekian. Tadi saya tak nak bercerita panjang namun terpaksa melepaskan perkara ini agak panjang-lebar juga. Kalau saya tidak bercerita secara bernombor begini nescaya isi akan jadi lebih panjang lagi. Kalau ikut mood malam ini, mahu sahaja saya sebut "habis cerita" selepas gambar atas tadi. Namun pengetahuan yang ada terus memberontak mahu keluar untuk faedah mereka yang mahu berfikir dan mengambil iktibar. Dengan ini selesailah siri "Menjejak Dinasti Al-Kamil di Muar". Malam ini malam 27 Ramadhan @ Tujuh Likur di mana saya sudah cukup umur 41 tahun menurut kiraan Islam, saksikanlah Ya Allah bahawa hambaMu ini telah menjalankan tugas sebaik dan semampu mungkin. Wassalam.




18 ulasan:

Assasin Creed berkata...

Ya.. Maklumat yang anda kemukakan telah membongkar rahsia besar kebangkitan akhir zaman. Mungkin sudah tiba masanya sejarah yang digelapkan ini diceritakan kembali.

Paduka Syarif Muhammad Abdullah Al-Kamil An-Nafs Zakiyyah Al-Baghdadi itulah sebanarnya Muhammad Abdullah/ Imam Mahdi yang disebut oleh Nabi Muhammad dan yang ditunggu-tunggu selama ini. Baginda belum lagi meninggal tetapi ghaib di alam ghaib (rijalul ghaib).. Baginda membina Empayar Suci Temir di Kuala Berang yang meliputi sebahagian besar Nusantara, dan baginda adalah khalifah umat Islam ketika itu. Fo-Lo-An/ Kuala Berang pada ketika itu adalah pelabuhan Entreport- sekurangnya setanding dengan Melaka atau lebih hebat.

Jelas diramalkan di batu bersurat Terengganu bahawa Islam akan bangkit kembali di akhir zaman dari negeri berpanji hitam itu seraya dengan hadis rasullulah tentang Panji Hitam Dari Timur..

Di benuaku penentu agama rasullulah
-Muka Pertama Batu Bersurat Terengganu-

tipahhh tertipu!!! berkata...

hehehe!!!!


bertobat lah!!!!


kat sini bukan tempat nak buat bohong.kami disini juga adalah pemerhati dan pengkaji akhir zaman.

bersama kami sarat dgn maklumat2 yg mungkin anda tak pernah jumpa.setakat batu bersurat tu apa barangggg!!!!

jangan nak menipuuuuuuuu!!!!!!

IqrA berkata...

Betul tu,bukti kat terengganu tu dah expired,

Kat Kedah ada bukti yg paling awal lagi.Siap ada bangunan masjid dan batu2 bersurat Islam tapi dah hamcur dan tak bolih nak baca lagi tulisannya.

Ada pula yg kata kat Sulawesi,Fak-fak,Sekitar Mindanau ada bukti yg lagi awal sekitar 30H-90H gitu...


salam...

Tanpa Nama berkata...

Imam Mahdi????


Hahahaha!!!!

Assasin Creed berkata...

=))




Tidak perlu saya berbicara lanjut di sini kerana hanya mereka yang diberi petunjuk yang akan dapat menemui cebisan ini. Semuanya terpulang kepada kalian. Dunia ini penuh dengan fitnah akhir zaman. Yang kaca disangka berlian..

Semoga kita semua dilindungi dari fitnah dajal...

Selamat beramal.

adisarwajagat berkata...

salam 1 Malaysia...
tima kasih atas info yg saudara assasin creed nyatakan...
bolehkah sy nak menghubungi tuan...
hamba nak mengetahui lbh lanjut ttg Sultan Muhammad I
ini email hamba: adisarwajagat@gmail.com
wassalam.

"Tamra di Benua Terengganu"
"Persiapan dari Bumi Madinah"

AbuHakeem berkata...

boleh pulak expired batu bersurat tu? heheheh mcm2 la diorang nie....

terima kasih sdr merah silu. clue dan puzzles dari sdr mudah nak dicantumkan. perkara akhir zaman itu yg berhijab akan mengetahui.... yg tak tahu kena berusaha untuk tahu...

InsyaAllah....

Tanpa Nama berkata...

sungguh mnakjubkn, awk mmg genius, suatu yg dgelapkn tlh dbongkar oleh awk, rahsia melayu sbagai bangsa pilihan dsamping arab,khurasan,habshi. rahsia hadis2 nabi, tp bgaimane bmulaye kbangkitan itu? ini satu pnemuan yg mgetarkn....

Tanpa Nama berkata...

Knp x bole sebut? terangkn lah segala2 nya. sy pun org teganu. kita nk tahu apa langkah yg perlu diambil pd zaman dajjal bmaharajalela ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Di samping ada fakta2 yg menarik, ada juga beberapa perkara khayalan kat sini.

Tanpa Nama berkata...

benar tuh terangkan lah agar tersingkap segala2 galanya..saya pengkaji hadis2 tentang imam mahdi dan semua tanda ada pada saya cuma umor dan saya tak tahu nama sebenar saya saya dijaga oleh keluarga angkat dan saya selalu mendapat petanda di langit berbentuk awan tapi terlalu awal untuk kata saya imam mahdi....

Sharif Shamsuddin al-Hasani berkata...

Salam anakanda Merah Silu. Assassin Creed telah membuka mulutnya. Sudah terlanjur. Begitulah hakikatnya. Kami sedang berkerja. Di sini dan indonesia. InsyAllah semua ok.

Slm Ramadhan ayahanda Sharif Shamsuddin al-Hasani al-Baghdadi

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha anda menggali khazanah bangsa Melayu. Anda memang genius dan berpotensi menjadi pemimpin umat melayu masa depan. Biarkan mereka yang sering berusaha untuk menggagalkan usaha anda.
Bagi saya begitu besar pengorbanan anda yang telah mengorbankan kesenangan sebagai pemegang ijazah matematik, tapi sanggup bersusah payah untuk mencari susur galur bangsa Melayu yang telah dihilangkan.
Saya banyak mendapat pengetahuan melalui pengembaraan anda..........
Semoga anda diberi keberkatan dan rahmat oleh Allah Swt. Amin!!!

Radzi Sapiee berkata...

Alhamdulillah. Cukuplah saya mendengar orang mendapat manfaat dari perkongsian ilmu yang dibuat. Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

salam en radzi,

saya keturunan haji daud penghulu mukim lenga, isteri haji daud adalah dari nasab saidina al hassan ra. adakah mungkin nasab itu bersambung dengan dengan sultan muhammad al kamil?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya tak tahu tapi ia tak mustahil

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wr wb,selepas dri sejarah diatasi jinkan sy brtanya sdr radzi sapiee apa yg sdr ketahui tentang teungku chik tuan tapa atau syehk tuan tapa , tapak tuan aceh selatan beserta tuan putri bungsu dari krajaan asranaloka,kira anda bisa berbagi informasi dngn sy sy ucapkan bnyk trima kasih

Homhai berkata...

Kajiaan2 yg mengandung iklan bagi dirinya,kaumnya,negerinya serta lain sbgainya,dlm hati terasa dirinya lebih dari yg lain nya.