Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 23, 2023

Kompilasi "Dari Selangor ke Perak"

OK. Seperti biasa ada kompilasi artikel selepas selesai perkongsian satu siri cerita perjalanan. Maka biar dikompilasikan pautan-pautan bagi cerita-cerita berkenaan dalam siri "Dari Selangor ke Perak".


Perjalanan ke Perak ini berlaku atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada hari Selasa dan Rabu 12-13 Disember.  Tetapi dimulakan apabila keluar ke rumah pagi Sabtu 9 Disember untuk berbicara tentang buku ke-14 saya "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai" di Pesta Buku Selangor 2023 di Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor petang itu. Disebabkan Selangor bercuti umum pada hari Isnin 11 Disember kerana hari keputeraan Sultan Selangor dibawa sekali isteri dan anak berjalan bersama. Selepas bicara buku terus ke Perak melalui laluan Pantai Barat hingga ke Taiping. Pada tarikh 11 Disember yang turut menjadi hari kelahiran bapa saya yang ke-81 juga ulang tahun perkahwinan saya yang ke-14 dibawa isteri dan anak menjejak tempat-tempat di Perak yang ada kaitan dengan Sultan Selangor. Petang itu mereka bergerak kembali ke rumah bersama kawan sementara saya meneruskan ke Ipoh.


1. Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor

2. Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana

3. Makam (Tomb of) Daeng Kuning

4. Lagi, makam Long Jaafar (Again, tomb of Long Jaafar)



8. Dari Selangor ke Perak : Menyambung wasilah Laksamana dari Taiping ke Kuala Kangsar

9. Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut

10. Masjid (Mosque of) Batu 8, Ulu Kinta 

11. Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta

12. Masjid (Mosque of) Jeram, Kampar

13.  Masjid (Mosque of) Kuala Dipang

14. Dari Selangor ke Perak : Lengkap satu pusingan


Khamis, Disember 21, 2023

Dari Selangor ke Perak : Lengkap satu pusingan

Salam petang Khamis 8 Jamadil Akhir tahun 1445 Hijriah. Setelah 8 hari ia berlalu pergi kita pada hari ke-5 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta.



Awal pagi Rabu 13 Disember 2023. Keadaan waktu solat Subuh di masjid Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.



Asalnya mahu bermalam di masjid Tanjung Rambutan. Tetapi muncul hal tertentu menyebabkan beralih ke masjid Batu 8 lalu bersarapanlah di warung berdekatan.



Jam 7.50 bergerak kembali ke arah pusat bandar raya Ipoh.



Pun begitu, selepas jam 10 baru ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengikuti sesi perbicaraan tentang hartanah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah yang bersambung daripada sesi hari sebelumnya pagi Selasa 12 Disember. Seperti pada Selasa sesi Rabu 13 Disember juga selesai selepas jam 1 petang. Sekarang bolehlah dikongsikan perkembangan. Bahawa sesi penggulungan hujah semua peguam (ada 4 orang peguam memberikan hujah Selasa dan Rabu) sudah pun selesai.



Selepas ini cuma ada sesi menyerahkan salasilah ahli keluarga bagi setiap pihak terlibat mewakili anak-anak tertentu Laksamana Muhammad Amin dan keturunan kepada mahkamah pada 31 Januari 2024. Kemudian mahkamah akan memberikan keputusan perbicaraan pada 20 Februari. Gambar ini pula diambil di restoran "Nasi Vanggey" berdekatan. Sudah banyak kali lalu, baru hari sebelumnya ternampak lalu kali ini singgah makan.



Dengan selesainya urusan di mahkamah saya sudah boleh kembali ke rumah. Tetapi masuk ke pusat bandar raya...



Menjamakkan solat Zuhur dan Asar di Masjid Panglima Kinta.



Dekat jam 3 baru bergerak meninggalkan Ipoh.



Singgah di masjid lama Kampung Kepayang di Sungai Raya...



Di sini, sekitar jam 3.42 petang dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Jamadil Awal, satu pencapaian unik dalam usaha peribadi untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada setiap bulan Islam sejak lebih 2 tahun kebelakangan. Ini kerana usaha bagi bulan itu dimulakan di negeri Perak ketika mahu mengikuti sesi perbicaraan sebelumnya di Ipoh pada 15 November. Disebabkan bergerak pada malam sebelumnya lalu ketika itu juga masuk tarikh 1 Jamadil Awal maka bacaan bagi bulan itu dimulakan. Lihat Daripada bicara bab harta Laksamana ke bicara Pi Mai Tang Tu

Sama juga halnya ketika memulakan, bacaan tidak dirancang untuk dikhatamkan di Perak. Yang ada cuma usaha untuk melakukan sebelum masuk Maghrib 13 Disember lalu masuk bulan baru Jamadil Akhir. Kebetulan pada hari terakhir Jamadil Awal sedang berada di Perak, atas asbab sama iaitu bagi menghadiri sesi perbicaraan di mahkamah. Sungguh perkara ini tidak dirancang tetapi berlaku atas satu 'kebetulan' yang harus ada makna tersirat.



Dengan perbicaraan pula sudah lengkap penggulungan lalu menunggu masa sahaja untuk mendapatkan keputusan terasa seperti sudah lengkap satu pusingan. Pusingan apakah itu? Anggaplah sebagai selesai satu fasa kehidupan. Bahkan menulis tentangnya pada ketika ini (saya sedang berada di rumah ibu bapa di Muar, sejak sampai jam 1 pagi lebih Selasa 19 Disember) pun sudah terasa seperti dapat melengkapkan sesuatu...



Kembali pada hal perjalanan. Singgah di masjid ini yang artikel tentangnya iaitu Masjid (Mosque of) Jeram, Kampar menjadi yang ke-2,646 dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sedangkan artikel yang anda sedang baca ini adalah yang ke-2,646 di CATATAN SI MERAH SILU. Sementara blogspot berbahasa Inggeris saya BERPETUALANG KE ACEH telah mencapai jumlah tersebut pada 23 November. Masjid ini ada disinggahi untuk bersolat Maghrib dan Isyak selepas meninggalkan Teluk Intan petang Isnin 11 Disember. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut.



Sebelum sampai ke bandar Kampar masuk sebentar ke kampung Kuala Dipang lalu singgah di masjid sana. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Dipang. Entah kenapa beberapa hari kebelakangan itu nama Kuala Dipang asyik bermain dalam fikiran. Itu yang terasa mesti singgah.



Dekat jam 7 baru sampai ke pekan Tanjung Malim lalu berhenti makan rojak.




Kemudian menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di masjid jamek sana.



Sebelum sampai rumah masuk dahulu ke Bukit Sentosa dekat Bukit Beruntung lalu pekena roti canai dengan teh Massala. Tak banyak kedai ada hidangan teh berkenaan.



Sampai ke rumah jam 9.30 malam didapati meter bawah yang dikosongkan ketika memulakan perjalanan dengan pergi ke Shah Alam tengah hari Sabtu 9 Disember (lihat Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana) telah kosong kembali menandakan saya telah memandu lebih 1,000 km. Kali terakhir ada memandu kereta melebih jarak tersebut bagi satu pusingan perjalanan adalah ketika ke selatan tanah air pada musim raya Aidil Fitri lalu. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023. Dengan ini berakhirlah siri "Dari Selangor ke Perak". Oleh kerana tinggal 11 hari sahaja sebelum masuk tahun baru 2024 boleh dikatakan itu adalah perjalanan terakhir saya ke negeri kelahiran bapa bagi tahun 2023.



Rabu, Disember 20, 2023

Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta

Seterusnya. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut.



Awal pagi Selasa 12 Disember 2023. Saya telah bermalam di masjid ini berdekatan Gopeng.



Selepas matahari terbit baru menyambung perjalanan dengan bergerak ke bandar raya Ipoh melalui jalan lama...






Singgah bersarapan di kedai makan di halaman Masjid Panglima Kinta.



Aliran Sungai Kinta di hadapan menyegarkan mata.




Jam 10 baru ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mengikut sesi terbaru perbicaraan berkenaan hartanah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah.



Sesi berakhir selepas jam 1. Makan tengah hari di kedai nasi kandar berdekatan.



Esoknya Rabu 13 Disember ada lagi sesi. Maka saya mahu berlegar-legar tidak jauh dari bandar raya Ipoh.



Hati mengatakan elok dihabiskan masa di belah Ulu Kinta. Kiranya menyahut lagi panggilan seperti berlaku 2 bulan lalu. Lihat artikel Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan diikuti Misi hartanah dan wacana Laksamana - Dari Ulu Kinta ke hulu Sungai Siput.



Cuma dahulu saya ke Tanjung Rambutan terlebih dahulu sebelum ke jalan tar paling hujung di Ulu Kinta. Namun terlajak sedikit simpang ke arah Tanjung Rambutan di mana kelihatan masjid ini lalu membuat keputusan untuk singgah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Batu 8, Ulu Kinta dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Ini dia jalan menuju ke penghujung Ulu Kinta.



Sampai di jambatan paling hujung menyeberang Sungai Kinta membaca beberapa muka surat Al-Quran. Terlupa apakah ketika itu sudah habis baca sehingga selesai Juz 28 atau baru hendak memulakan Juz 29. Yang pasti saya harus khatam sebelum Maghrib petang Rabu kerana menurut kalendar ia adalah hari terakhir bulan Jamadil Awal.


Isnin, Disember 18, 2023

Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut

Salam semua. Setelah penceritaan dibiarkan lompang sehari baru pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Dari Selangor ke Perak : Menyambung wasilah Laksamana dari Taiping ke Kuala Kangsar.



Tengah hari Isnin 11 Disember 2023 iaitu seminggu lalu. Selepas bermalam di hotel yang kelihatan kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.



Ikut rancangan asal, selepas selesai urusan di Kuala Kangsar hari sebelumnya kami mahu bermalam di mana-mana tempat berdekatan Beruas. Lalu siang esoknya berjalan di sana sebelum menghala ke Bota Kiri kemudian ke Pasir Salak dan lebih jauh ke selatan.



Sebaliknya kami sekadar lalu di Beruas kemudian meneruskan ke Sitiawan di mana kami bermalam. Isteri dan anak meminta agar dapat menginap lebih selesa di hotel, bukan di masjid seperti asalnya dirancang. Lalu di Sitiawan baru dapat ditemukan hotel yang cukup murah namun cukup selesa.



Saya pula melihat perkara sebegini. Sekurang-kurangnya dari Sitiawan sudah cukup dekat ke bandar peranginan Lumut. Hari tu ketika bertolak dari Shah Alam ke Taiping petang Sabtu 9 Disember (lihat Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana) kami setakat lalu sipi-sipi di luar Lumut sebelum menyeberang Sungai Dinding ke Pantai Remis. Kali ini baru singgah lalu bergerak sedekat mungkin ke pengkalan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) sebelum berehat makan minum di satu tempat berdekatan.



Laluan sedekat mungkin pengkalan TLDM sebenarnya memiliki makna simbolik bagi perancangan perjalanan hari itu. Adapun daripada segi naungannya TLDM terletak di bawah Sultan Selangor sedangkan hari itu 11 Disember adalah hari keputeraan baginda.



Disebabkan ia adalah cuti umum di Selangor isteri dan anak dapat ikut keluar berjalan-jalan di Perak. Dalam gambar ini kelihatan pengkalan TLDM di bahagian tengah sementara bukit yang paling tinggi di latar belakang terletak di Pulau Pangkor mengingatkan pada Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 yang ditandatangani, antaranya oleh moyang kepada datuk saya, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.



Ke kanan kaki langit pula kelihatan satu bukit paling tinggi di mana terletaknya makam Nakhoda Muhammad Taib, Beliau bertanggungjawab membersihkan Lumut dan persekitarannya daripada kekuasaan lanun lalu membangunkan penempatan tahun 1850an Masihi. Nakhoda Taib diberi mandat untuk mentadbir kawasan oleh Sultan ke-23 Perak, Sultan Jaafar (1857-1865). Baginda juga adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat Muhammad Amin sebagai Laksamana Perak.



Selesai mengambil 'rasa' di Lumut baru bergerak ke destinasi utama yang dirancang untuk tarikh 11 Disember itu. Oh, biar ditambah. Selain ia hari keputeraan Sultan Selangor ia adalah hari ulang tahun kelahiran ayah saya yang ke 81.



Lebih istimewa lagi buat kami ia adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-15. Ini antara sebab kenapa malam itu ditukar penginapan ke hotel, bukan di mana-mana masjid seperti  asalnya dirancang. Lalu atas asbab mencari hotel yang cukup murah tapi cukup selesa itulah dibuat persinggahan ke bandar Lumut sehingga menghampiri pengkalan TLDM yang terkait dengan Sultan Selangor, pada hari keputeraan baginda.



Dari jalan Lumut ke Teluk Intan masuk ke arah Ulu Dedap dan Seberang Perak.



Singgah dahulu ke masjid Air Mati yang terletak ke selatan Pasir Salak untuk bersolat.



Kemudian baru ke destinasi utama hari itu yang terletak beberapa kilometer lagi ke selatan.



Kami pergi sejauh mungkin dapat dicapai dengan kereta kemudian berjalan kaki sedikit. Saya mahu menunjukkan kepada isteri lokasi kota lama Lumut berdekatan Sungai Perak, lain daripada bandar Lumut berdekataan kuala Sungai Dinding yang dikenali sekarang.



Ia adalah tempat Sultan pertama Selangor, Raja Lumu @ Sultan Salehuddin ditabalkan hampir 300 tahun lalu menggunakan peralatan nobat dan restu Sultan Perak. Saya pertama kali cuba mencari tempat ini awal Nov 2022 tetapi baru dapat sampai penghujung bulan. Lihat artikel Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah diikuti Misi keluarga Laksamana part VII - Melengkapkan misi Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar. Bapa Sultan Selangor iaitu Daeng Chelak adalah kerabat diraja Bugis dari Sulawesi Selatan. Baginda bersaudara dengan moyang saya (10 generasi ke atas) yang dikenali sebagai Nakhoda Hitam, Laksamana Raja Mahkota pertama Perak. Dahulu Laksamana Perak bertanggungjawab terhadap kawasan perairan di negeri Perak. Kini tanggungjawab terletak di bawah TLDM yang berpengkalan di bandar Lumut, di bawah naungan Sultan Selangor.



Selesai itu baru ke satu kawasan yang dikenali sebagai Bandar tetapi sekarang tinggal cuma beberapa buah rumah masih diduduki orang. Dahulu ia memang satu penempatan orang Melayu yang pesat. Datuk kepada datuk saya Orang Kaya Arshad bin Laksamana Muhammad Amin ada disebut dalam jurnal J.W.W. Birch (residen pertama British ke Perak, 1874-1875) sebagai memiliki sebuah rumah yang selesa di Bandar.



Selesai urusan di Bandar dan sekitar baru ke masjid warisan keluarga di Batak Rabit. Masjid ini berdiri atas tanah yang diwakafkan oleh Hajah Halijah, isteri kepada Orang Kaya Arshad. Terdapat makam beberapa orang Laksamana di halamannya termasuk makam Nakhoda Hitam yang dialih dari tempat asalnya di Kuala Bidor.



Selepas itu baru ke bandar Teluk Intan di mana isteri dan anak menaiki kereta kawan untuk kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya. Saya pula meneruskan perjalanan di Perak kerana ada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pagi Selasa dan Rabu 12-13 Disember melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.