Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 24, 2024

Sepintas lalu Seminar Antarabangsa Pembaharuan Pemikiran dan Tamadun Islam di ISTAC

Ah. Baru tersedar hari ini tarikh menarik 24/04/2024. Harus menulis sesuatu.



Adapun pagi semalam Selasa 23 April 2024 telah bermula satu majlis ilmu selama 2 hari yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai Seminar Antarabangsa Pembaharuan Pemikiran dan Tamadun Islam di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Ini kerana perkataan bahasa Inggeris "renewal" juga "reform" apabila ditanya terjemahan dalam bahasa Melayu kepada 'Pakcik" Google didapati sama-sama membawa makna "pembaharuan". Perkataan "reform" seringkali juga diberi terjemahan  mudah (dan 'malas' sebenarnya) "reformasi". Namun kalau melihat pada akar kata bahasa Inggeris yang merupakan gabungan perkataan "re" dengan "form" ia harus membawa makna "membentuk kembali", ada nuansa lebih mendalam bersifat perjuangan bagi memartabatkan Islam berbanding sekadar "pembaharuan". Cuma kalau diletakkan dalam terjemahan tajuk jadi seperti terlebih panjang. Jadi cukuplah digunakan "pembaharuan".

Walaupun cukup suka pada majlis ilmu yang membawa tajuk-tajuk sebegini apa lagi di tempat belajar saya di ISTAC saya tidak dapat menghadiri kerana beberapa kekangan. Antaranya baru memulakan penulisan bagi tesis cadangan PhD, walaupun belum mendaftar, awal pagi semalam. Ini dilakukan setelah lebih sebulan sibuk menelaah bahan-bahan berkaitan. Hal menelaah ini ada diceritakan sedikit sebanyak melalui siri artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah yang dikumpulkan lalu dipersembahkan 1 Syawal, tepat 2 minggu lalu (hari ini sudah 15 Syawal).  

Kini pun masih menelaah sambil menulis sedikit demi sedikit apabila dapat ilham dan gerak. Proses ini dijangka akan berterusan buat beberapa lama sambil mencari banyak lagi bahan. Cadangnya kalau dah berjaya menulis lebih setengah daripada jangkaan isi tesis barulah mendaftar secara rasmi di ISTAC. Guru merangkap penyelia tesis sarjana saya dahulu di ISTAC (lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar sudah sedia maklum tentang rancangan juga perkembangan lalu telah memberikan restu.

Pun begitu saya telah meluangkan masa untuk menonton perkongsian ilmu majlis bagi sesi hari ini secara langsung melalui Youtube. Kini mendengarnya sambil menulis artikel ini. Sebenarnya, fikirnya nanti apabila ada lebih banyak kelapangan (bukan kelapangan sebenarnya tetapi lebih pada beralih fokus sebentar pada hal-hal lain apabila kepala dah berasap sangat memikirkan hal tesis) akan ditonton penuh seluruh rakaman 2 hari majlis kemudian baru diulas menjadi artikel. Apabila terlihat  ini terasa elok dikongsikan cerita hari ini juga walau secara sepintas lalu. 

Dengan ini biar dikongsikan video-video berikut daripada saluran Youtube ISTAC TV...




Hari pertama majlis...




Hari kedua. 

Ketika menulis ini ada pembentangan sangat menarik oleh Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty tentang pemikiran dan perjuangan cendekiawan terkenal, arwah Professor Dato' Prof. Dr Siddiq Fadzil.


Nota tambahan (dibuat hampir jam 12 tengah hari Khamis 25 April) : Pagi ini tergerak untuk menonton rakaman perjalanan hari pertama majlis daripada. Ternyata memang banyak perkara menarik dibincangkan, antaranya dalam ucap-ucaptama oleh dekan ISTAC, Profesor Datuk Dr Abdelaziz Berghout, kemudian guru saya Prof Osman yang merupakan penyandang Kursi Al-Ghazali di ISTAC. Namun paling tak disangka apabila masuk sesi pembentangan ilmu oleh peserta. Pembentang pertama, bercakap melalui video secara langsung dari UAE  (United Arab Emirates) rupa-rupanya adalah Dr Mohamed Haj Yousef. Ini adalah orang yang buku-buku dan beberapa penulisannya berdasarkan kosmologi Ibnul Arabi menjadi antara bahan kajian dalam cadangan tesis PhD saya. Itulah yang banyak ditelaah dalam bulan puasa lalu. Hmm...