Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 15, 2006

Helah Yahudi Zionis memerintah dunia III

Lagi sedutan berkaitan... Rasanya cukuplah sampai di sini. Esok, saya perlu pergi ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis keluarga, rasanya sudah 2 tahun tidak ke sana. Maka itu insyaallah saya juga akan berkelana naik ke Kelantan kemudian menghala ke pantai barat melalui Grik, samada masuk ke Kedah atau terus ke Perak, tengoklah gerak yang muncul nanti sebelum kembali ke Kuala Lumpur... Atau mungkin juga perjalanan akan diteruskan sampai ke Muar untuk menghadap ayahanda dan bonda di sana?

Seperti biasa, saya akan menurut isyarat yang mendatang tanpa banyak soal, setelah memastikan tidak ada "cross-line"... (Siapa yang faham, faham lah... Kita haruskan tahu membezakan ilham yang murni dengan bisikan jin dan syaitan, malah nafsu sendiri yang menyesatkan).

Sementara itu silakan para pembaca sekalian menyelami makna tersurat dan tersirat di sebalik setiap penulisan saya ini... Semoga kedaulatan sebenar agama, bangsa dan negara dapat dikembalikan untuk menangani cabaran akhir zaman...

OK... Biar disambung penceritaan ini... Sambungan terus daripada cerita dalam posting sebelum ini ya! :]


-------------------


Dengan cara ini juga, dengan terus menggalak dan menekankan sistem demokrasi berParlimen mengikut garis-garis yang telah dipelopori para pemikir Yahudi, juga dengan cengkaman ke atas ekonomi sesebuah negara, Yahudi menjadi begitu berpengaruh lalu mampu meneruskan agenda Zionis untuk menguasai dunia. Lalu bermulalah fasa seterusnya, memperkudakan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, kemudian Belanda dan Inggeris, seterusnya Amerika, Sepanyol dan Peranchis yang telah dikuasai mereka untuk menjajah wilayah-wilayah di dunia terutamanya negara-negara Islam dengan bertopengkan jalinan usahasama perniagaan. Maka itu jika dikaji sejarah kedatangan Barat ke Nusantara, kita seringkali melihat mereka datang ke pelabuhan-pelabuhan terpilih seperti Pasai dan Melaka, juga Aceh di atas nama perniagaan. Maka itu terbit nama-nama ‘syarikat-syarikat perdagangan’ seperti VOC milik Belanda dan British East Hindies milik Inggeris sedangkan sejarah telah membuktikan mereka datang untuk menjajah bumi Timur ini.

Di sini sahaja cukup terletak bukti bahawa duit dan ketamakan harta yang disertai kelalaian memenuhi kehendak nafsu adalah kunci untuk menjajah sesuatu negara. Para Yahudi yang sudah beribu-ribu tahun ‘bermain’ dengan duit dan bergelumang dengan riba amat pakar dalam hal ini. Bukankah duit dan ketamakan, disertai dengan kecenderungan peribadi rendah untuk bersuka-ria telah berjaya digunakan untuk menerbitkan Magna Carta yang bakal mengikis kekuasaan istana?

Tetapi mereka tahu, usaha untuk menakluki dunia tidak akan berjaya selagi golongan istana, raja-raja dan bangsawan sebenar yang memiliki sifat-sifat mulia masih disanjung rakyat, selagi wujud golongan yang tidak hairankan wang ringgit lalu tidak boleh ‘dibeli’, tidak akan menjual agama, bangsa dan negara walau apapun yang bakal terjadi. Maka mereka akan mengapi-apikan rakyat untuk membenci istana dan memberontak seperti yang pernah berlaku di Peranchis, di mana kerabat-kerabat diraja dan golongan bangsawan telah diguillitone atau dipancung dengan sejenis alat istimewa, juga di Russia di mana pemerintahan beraja di bawah Czar diguling terus melalui gerakan revolusi komunis. Atas taktik yang sama, Stamford Raffles yang ditugaskan Inggeris menangani Semenanjung Tanah Melayu telah menggalakkan Munsyi Abdullah untuk menulis sebuah hikayat yang merendah-rendahkan peribadi para raja dan peranan istana.

Mereka yang tidak menyedari permainan licik penjajah telah mengangkat hamba Allah ini sebagai contoh penulis Melayu yang prolifik sedangkan beliau juga diketahui sebagai orang yang bertanggungjawab menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Apakah orang ini betul-betul mahu memartabatkan agama, bangsa dan negara atau beliau sekadar seorang tali-barut Barat yang berjaya menggunakan alasan anak raja bodoh yang tidak tahu membaca untuk mempengaruhi rakyat menjatuhkan institusi istana? Wahai anak bangsa, sedarlah dan bangunlah dari tidurmu. Jika Yahudi Zionis yang memperkudakan penjajah Barat tidak berjaya meluputkan terus kekuasaan raja dan mewujudkan republik seperti di Peranchis, mereka akan menekankan sistem berParlimen yang diiringi institusi raja berperlembagaan seperti yang berlaku di England dan beberapa negara yang masih menghormati istana.

Kalau di Tanah Melayu, ini berjaya dicapai setelah mewujudkan sistem Residen yang memaksa Raja-raja Melayu untuk menerima-pakai segala cadangan Inggeris kecuali dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Sistem ini berjaya dipaksakan ke atas istana demi istana seterusnya setiap lapisan rakyat-jelata, bermula di Perak hasil Perjanjian Pangkor tahun 1874 yang merupakan akibat daripada tindakan anak-anak raja yang terlalu sibuk berebutkan takhta sehingga sanggup bersekongkol dengan penjajah, terlupa langsung nasib bangsa yang perlu dibela.

Ada pula istana-istana sekarang yang memakai controller of the royal household, pemegang barang-barang istiadat istana yang berbangsa Inggeris. Lalu secara halus dua bidang yang tinggal di bawah kekuasaan raja iaitu iaitu hal-ehwal agama dan adat-istiadat bangsapun dapat dipengaruhi mereka. Maka itu apalah hendak dihairankan jika kerabat-kerabat diraja sekarang terlalu keBaratan, ramai pula yang ‘kaki minum’ dan ‘kaki perempuan’ selain ‘kaki judi’ dan apa-apa lagi ‘kaki’? Bagaimana hendak membela nasib agama, bangsa dan negara sedangkan akhlak diri sendiripun belum sempurna lagi?


———————————


Untuk mencapai tujuan mereka menakluki dunia, golongan Yahudi Zionis juga telah mencipta pelbagai sistem yang berlawanan tetapi berlandaskan alasan-alasan intelektual yang masuk akal, yang natijah sebenarnya tetap sama iaitu untuk melemahkan umat manusia supaya senang dijajah dan diperkudakan. Contohnya, sistem kapitalisma seperti yang diamalkan di Barat nampak bertentangan dengan ideologi komunis tetapi pada hakikatnya kedua-duanya berasal daripada sumber yang sama iaitu para pemikir Yahudi yang mencipta segala macam sistem atau isma-isma untuk memecah-belahkan masyarakat dunia kepada beberapa golongan yang berbalah supaya senang ditundukkan melalui prinsip penaklukan pecah dan perintah.

Kedua-dua sistem ini dicipta di dalam abad yang sama, abad ke 19 sebagai reaksi kepada revolusi perusahaan atau industrial revolution (abad ke 18 dan 19) di Eropah yang menyaksikan permulaan barang-barangan keperluan dan dagangan dihasilkan secara besar-besaran dengan menggunakan jentera kilang.

Kajilah balik tentang ini. Kapitalisma dicipta oleh Adam Smith, komunisma oleh Karl Marx. Kedua-duanya berbangsa Yahudi… Percayalah, kedua-dua ideologi ini dicipta mengikut sebuah grand design yang menyeluruh dan terperinci untuk menakluki dunia, sengaja diciptakan berlawanan mengikut prinsip thesis dan antithesis sepertimana sistem demokrasi berParlimen juga sistem mahkamah melibatkan pertembungan di antara dua pihak yang berlawanan, selalunya sampai berhabis-habisan. Penyokong dengan pembangkang, peguambela dengan peguamcara, kononnya supaya dapat mewujudkan satu persefahaman atau jalan tengah yang dipanggil synthesis, hasil paduan thesis dan antithesis.

Tetapi hakikatnya, sistem-sistem dan segala macam isma yang dipelopori para cendekiawan Yahudi ini lebih banyak menerbitkan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat sejagat. Sepertimana dunia pernah terbahagi kepada dua bahagian, bipolar world, satu mengikut kapitalisma yang diterajui Amerika Syarikat, satu lagi komunisme di bawah negara-negara blok Soviet Union. Dalam apa-apa keadaan, yang untung, yang bersorak riang adalah Yahudi juga. Orang lain sibuk berlawan berperang bagai hendak rak, mereka pula sempat mengambil keuntungan berlebihan dengan menjual senjata kepada dua-dua pihak pihak. Lalu negara-negara ini terus dilagakan lagi dan lagi supaya lebih banyak senjata boleh dijual, lebih banyak untung dibuat, lagilah mereka bersorak. Bila perang selesai, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang... Akhirnya semua harta rampasan menjadi milik mereka sedangkan pihak yang bertelagah menjadi hamba abdi pula.

Kalau tidak berperang pun setiap negara ditakut-takutkan dengan kemungkinan perang atau diganggu-gugat negara lain. Maka wujudlah perlumbaan mengumpul peralatan senjata seperti mesingan, kereta kebal, helikopter, jet pejuang, kapal perang dan kapal selam terbaru yang tetap menguntungkan para peniaga senjata Yahudi juga. Perhatikan sejarah moden dunia beberapa dekad kebelakangan sejak terciptanya negara haram Yahudi yang dihasilkan melalui Perjanjian Balfour setelah kuasa-kuasa bersekutu – Amerika, Inggeris, Peranchis dan Russia memenangi Perang Dunia Kedua. Malah perhatikan juga sebelum itu, ketika kuasa-kuasa ini dan kuasa-kuasa besar lain seperti Belanda dan Sepanyol sibuk menjajah dunia.

Kecuali di dalam Perang Dunia Kedua di mana kaum Yahudi di Eropah Tengah dan Timur ditindas pihak Nazi Jerman, itupun diperbesar-besarkan sebagai holocaust atau kiamat melebihi kenyataan sebenar oleh penerbit filem Hollywood yang ditaja Yahudi, kaum Bani Israel tidak pernah kalah malah sentiasa menang. Kerana semua pihak yang bertelagah telah ditunggang dek Yahudi laknat yang merancang segala-galanya di balik tabir, ibarat watak-watak gelap dalam siri televisyen popular The X-Files. Natijahnya, apa yang direbutkan pihak yang bertelagah pula boleh dikebas Yahudi kerana mereka sudah terlalu lemah untuk melawan atau sudah ditipu bulat-bulat.

Ada banyak lagi perkara yang boleh diceritakan tentang sistem-sistem ciptaan Yahudi yang nampak elok, ideal dan muluk dari segi zahir tetapi sebenarnya menindas orang ramai bagi menguatkan lagi cengkaman mereka ke atas dunia. Salah satunya sistem ekonomi yang menjadi pegangan dunia sekarang, terutamanya prinsip makroekonomi. Para cerdik pandai Yahudi yang menguasai kurikulum pelajaran di universiti-universiti ternama seluruh dunia telah lama mewar-warkan konsep supply and demand, penghasilan dan permintaan yang tidak dapat lari dari perubahan harga, seterusnya menerbitkan teori-teori berkenaan inflasi sebagai suatu kenyataan hidup. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa konsep ini telah dibentuk sebegitu rupa dengan hujah-hujah ekonomi yang masuk akal dan ‘saintifik’ tetapi sebenarnya berniat buruk, yang akhirnya menghalalkan riba sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan di dalam realiti dunia perniagaan dan apa-apa perkara yang melibatkan wang dan perbelanjaan.

Masalahnya, ramai para ‘intelektual’ termasuk orang-orang Melayu yang terlalu berbangga dengan pendidikan tinggi mereka menjadi begitu terpengaruh dan terpesona dengan konsep market forces atau kuasa pasaran ciptaan Yahudi, kononnya sebagai alat terbaik untuk mengukur kehendak masyarakat dan arah-tuju ekonomi sesebuah negara. Maka itu mereka percaya bahawa interest rate, satu nama muluk ‘berbunyi saintifik’ untuk riba adalah natijah semulajadi di dalam prinsip makroekonomi atau ekonomi skala besar yang melibatkan perancangan perbelanjaan sesebuah negara.

Lalu riba dijadikan satu kemestian yang tidak dapat dielakkan untuk menentukan arah tuju ekonomi sesebuah negara, melalui konsep Base Lending Rate (BLR) atau kadar riba asas yang ditentukan oleh bank-bank pusat; kalau di Britain, Bank of England, di Amerika, Federal Reserve, di Malaysia, Bank Negara. Kadar ini mesti diekori setiap bank dan institusi kewangan sesebuah negara termasuklah bank yang kononnya Islam.

Masyarakat terutama mereka yang terlibat dalam bidang ekonomi diajar bahawa BLR boleh dinaikkan untuk menggalakkan rakyat menyimpan duit di bank, atau direndahkan supaya mereka lebih banyak meminjam. Dan ini semua mempunyai kesan terhadap bursa saham, satu lagi cara perniagaan atas angin ciptaan Yahudi, juga pasaran matawang dan bermacam-macam lagi instrumen ekonomi yang dipelopori mereka, alat-alat penerbitan wang yang tidak dapat lari dari riba yang sebenarnya diharamkan oleh semua agama kerana kesan buruknya yang dasyat terhadap perkembangan kerohanian manusia. Tetapi apakah yang boleh dibuat? Riba sudah dianggap satu fenomena semulajadi yang pasti sehingga tidak ada satupun kerajaan moden yang dapat melarikan diri. Maka itu, kita yang hidup di zaman ini tidak ada pilihan kecuali ikut terlibat di dalam satu sistem yang selain mengaut untuk berlebihan, sebenarnya dicipta untuk mengotori darah daging insan dengan zat makanan yang mengandungi unsur-unsur haram.

Kita lupa betapa halal-haram makan-minum itu boleh menyebabkan doa seseorang itu tertolak. Maka ibadat mereka tinggal setakat tunggang-tunggek bagai hendak rak di dalam masjid-masjid cantik dan megah yang dibina menggunakan wang bercampur riba oleh manusia-manusia yang tamak dan jahat, pergi umrah dan haji beberapa kali dengan hasil pendapatan yang syubhah lalu tidak dapat merasakan kelazatan iman yang sejati seperti yang diharapkan Rasulullah SAW untuk umatnya.

Mereka yang tidak mahu terlibat, tidak mahu terpalit dengan sistem yang merosakkan jiwa ini akan terpaksa hidup terpinggir di luar lingkungan masyarakat umum, dituduh pula gila atau ketinggalan zaman kerana tidak mengikuti kebiasaan masyarakat sekarang. Maka itu dari satu segi, sesetengah jenis riba boleh difatwakan halal kerana terpaksa menurut keadaan semasa sepertimana diperbolehkan memakan bangkai dan babi ketika darurat, sepertimana juga dibenarkan mengaku murtad jika takut kehilangan nyawa. Sedangkan mereka yang betul-betul berpegang kepada tali Allah lebih rela kebulur daripada menelan makanan yang kotor, atau seperti sahabat Nabi, Bilal bin Rabah lebih rela diseksa teruk sehingga tamat nyawa daripada mengaku bukan lagi Islam.

Malah banyak instrumen kewangan bersifat riba tidak dipanggil riba pun walaupun natijahnya sama iaitu penindasan masyarakat juga kerana mereka terpaksa membayar harga yang jauh berlebihan. Instrumen-instrumen sebegini boleh sahaja dipanggil yuran pentadbiran yang disertakan akad supaya ‘menepati’ kehendak Islam sepertimana rasuah boleh ‘dihalalkan’ sebagai hadiah atau cenderahati tanda ‘kasih-sayang’. Beginilah juga yang berlaku dalam proses evolusi sistem berParlimen yang disertai hujah-hujah ‘ilmiah’ yang halus lagi licik, yang amat memenuhi tuntutan akal logik, boleh pula diberi sokongan hujah agama daripada para ulamak yang boleh dijual-beli. Lalu wujudlah sistem demokrasi ala Barat ciptaan Yahudi yang digunapakai hampir setiap negara di dunia sekarang, sistem yang sebenarnya mempunyai banyak kesamaan dengan sistem kewangan dan makroekonomi berasaskan riba. Bukankah majoriti yang menentukan hala-tuju sesebuah demokrasi itu sama dengan market forces atau kehendak pasaran di dalam sistem kewangan dan makroekonomi? Bukankah para pemimpin berakhlak buruk yang sanggup menjual bangsa, agama dan negara tetapi pandai bertopengkan akhlak mulia itu sama bahayanya seperti riba?


————————————


Sistem demokrasi berParlimen adalah satu wadah yang amat berkesan untuk puak Yahudi Zionis memainkan peranan dari belakang tabir, kata Orang Putih calling the shots dalam menentukan hala-tuju pemerintahan sesebuah negara. Ini kerana ia membolehkan mereka terus-menerus menundukkan para pemimpin dari keturunan-keturunan buruk yang berjaya diterbitkan melalu sistem itu.

Yahudi tahu, orang-orang yang buruk akhlak selalunya sukakan kehidupan mewah, tidak sanggup sengsara untuk mempertahankan yang benar dan haq. Pemimpin-pemimpin sebegini tidak memiliki pegangan hidup yang kukuh ataupun konsisten, kekurangan prinsip-prinsip ideal atau pegangan hidup mulia yang boleh menegah mereka daripada menerima sumbangan wang dan hadiah yang tidak ketahui halal-haramnya. Lalu mereka dengan senang-senang boleh menerima sesuatu pemberian daripada pihak yang berkepentingan walaupun mereka tahu "ada udang di sebalik batu". Senang cerita, mereka ini boleh ‘dibeli’ sedangkan orang-orang bermaruah seperti raja-raja atau para bangsawan dahulukala yang benar-benar menghidupkan amalan nenek-moyang mereka dan menjaga prinsip, nama serta kemuliaan nasab lebih rela mati kebulur ataupun dibunuh dari menjual diri, apalagi hendak menggadaikan agama, bangsa dan negara seperti yang sanggup dibuat orang-orang buruk ini.

Lagipun manusia-manusia sebegini selalunya ada skandal, ada skeleton in the closet atau kes-kes yang tidak elok tetapi tersorok kerana tidak dapat membendung nafsu buruk mereka, apalagi jika diberi kekuasaan yang menyebabkan mereka lebih besar kepala. Perkara-perkara seperti main betina, minum arak dan sebagainya adalah lumrah kehidupan mereka tetapi ramai yang cukup pandai berpura-pura sehingga dianggap masyarakat sebagai juara agama, bangsa dan negara.

Maka itu juga orang-orang ini boleh diblackmail oleh Yahudi dan puak-puaknya. Lalu mahu tidak mahu, mereka akhirnya terpaksa mengikut telunjuk Zionis juga... disebabkan wujudnya orang-orang buruk akhlak sebagai pemimpinlah maka arah tuju pemerintahan sesebuah negara dapat dipengaruhi. Inilah natijah sebenar sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang amat dibangga-banggakan dunia moden.


Helah Yahudi Zionis memerintah dunia II

Sambungan daripada posting sebelumnya...

Dahulu, orang Yahudi adalah satu golongan manusia yang paling tidak disukai dan tidak boleh dipercayai di Eropah. Ini kerana sejarah beribu-ribu tahun membuktikan mereka sebagai sebuah bangsa yang suka mengambil keuntungan yang berlebihan, pandai "menyembelih" ketika berniaga, banyak tipu helahnya, bangsa yang janjinya tidak boleh dipakai dan tidak pernah tidak menggunakan riba. Sedangkan semua agama termasuk Kristian malah agama Yahudi asal yang dibawa Nabi Musa AS sendiri mengharamkan riba kerana diketahui kesan penindasannya terhadap masyarakat umum.

Sebab itu pujangga Inggeris tersohor, William Shakespear menulis cerita teater The Merchant of Venice yang ada menyebut watak Shylock, seorang peminjam wang (contoh industri perbankan awal) Yahudi yang sengaja ingin menganiaya seseorang dalam memberi pinjaman wang kepada orang itu. Sehingga orang itu diminta untuk membayar dengan a pound of flesh, satu paun daging dari badannya sendiri jika tidak berjaya memulangkan pinjamannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sebab itu juga cerita-cerita lama Inggeris seperti Robin Hood dan Ivanhoe menyebut bagaimana orang Yahudi tidak dipercayai masyarakat lama England. Maka pecahan Bani Israel ini walaupun kaya-raya dari hasil perniagaan mereka yang berasaskan riba, tidak dihormati masyarakat lama Eropah apa lagi untuk diterima di kalangan bangsawan yang masing-masing diketahui dengan jelas asal-usul keturunan dan kemuliaan mereka. Kerana masyarakat dahulukala termasuklah orang Eropah sendiri tidak memandang tinggi kekayaan materialistik semata-mata. Ia mesti disertakan dengan akhlak yang mulia, akhlak bangsawan atau nobility, akhlak orang-orang yang mulia, ada sifat kesatriaan ataupun chivalry, suka menolong damsel in distress, orang-orang yang di dalam kesusahan, lagi bersifat jujur dan berani.

Masyarakat dahulukala masih tahu memandang tinggi akhlak mulia walaupun orang itu bukan kaya-raya. Ketinggian dan kemuliaan sesuatu bangsa boleh dikenali melalui budi pekertinya yang luhur sedangkan orang-orang Yahudi ini mengharapkan agar diri mereka pula dihormati dan disanjung tinggi melalui kekayaan harta-benda yang dimiliki. Begitulah cara orang buruk akhlak untuk mendapatkan perhatian masyarakat, dengan memperagakan kekayaan dan "membeli" jiwa manusia.

Menyedari bahawa kekayaan sahaja tidak cukup untuk meraih pengaruh dan kekuasaan, orang-orang Yahudi inipun mula merancang jalan untuk menyusup masuk ke pusat-pusat pemerintahan, yang paling utama istana raja. Sasaran utama mereka yang mula-mula sekali adalah para bangsawan, kerabat diraja dan raja-raja yang bodoh, mereka yang berasal dari keturunan yang mulia tetapi tidak beramanah dengan zat dan darah istimewa yang mengalir di dalam tubuh mereka, leka bersuka-ria sehingga berhutang keliling pinggang menyebabkan mereka terhutang budi lalu terikat dengan para peminjam wang yang rata-rata berbangsa Yahudi.

Melalui bangsawan yang bodoh inilah, beberapa orang Yahudi dapat menempatkan diri mereka ke dalam istana malah menjadi ahli golongan bangsawan pula lalu memainkan peranan dalam hal ehwal negara, bermula dengan bidang kewangan yang merupakan ‘kepakaran’ mereka turun-temurun. Salah satunya, dengan cara memberikan nasihat-nasihat yang mulanya nampak baik supaya dipercayai raja sebelum mengemukakan cadangan berniat buruk tetapi kelihatan murni yang semakin menjurus ke arah mencetuskan kemarahan rakyat seperti terus-menerus menaikkan cukai, kononnya untuk memenuhi keperluan perbelanjaan kerajaan. Maka itu tercetuslah peristiwa Magna Carta yang membuka jalan kepada pengwujudan Parlimen yang membenarkan orang kebanyakan iaitu mereka yang bukan dari golongan diraja ataupun bangsawan sejati untuk mula memegang tampuk kekuasaan, kononnya sebagai wakil masyarakat setempat dan suara hati rakyat.

Walaupun sejarah rasmi mencatatkan, konsep Parlimen telah wujud lama sebelum itu, selepas Britain ditakluk golongan Norman dari tanah besar Eropah tahun 1066, dahulu ia sekadar sebuah majlis penasihat raja yang terdiri daripada golongan bangsawan berdarah raja, serta wakil-wakil tertinggi gereja. Dan walaupun ketika itu sudah wujud orang Yahudi buruk akhlak yang dianggap ‘bangsawan’ kerana berjaya ‘membeli’ kedudukan, mereka setakat para peniaga biasa yang memiliki tanah yang luas dengan beribu-ribu pekerja. Yahudi-yahudi ini tahu, bukan mudah untuk mendapatkan kekuasaan di peringkat tertinggi kerana golongan bangsawan sejati yang mempunyai susur-galur keturunan yang boleh dibuktikan kepimpinan keluarganya secara turun-temurun masih dipandang mulia dan tinggi... nasih mengatasi golongan ‘bangsawan’ palsu, Yahudi-yahudi yang berjaya membeli gelaran-gelaran bangsawan dan "kehormatan" serta sokongan daripada rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja di ladang dengan harta kekayaan dan tipu-daya keji. Maka itu pertengahan abad ke 14, sistem Parlimen dicipta dengan dua pecahan, House of Lords untuk para bangsawan sejati dan House of Commons untuk wakil rakyat golongan kebanyakan, sebenarnya para ‘bangsawan-bangsawan’ palsu, ‘bangsawan-bangsawan’ mata duitan yang merupakan pemilik hartanah luas ataupun land barons yang kononnya mewakili suara rakyat yang kebanyakannya bekerja dengan mereka atau di sekitar tanah-tanah luas milik mereka.

Walaupun House of Lords dahulukala lebih berkuasa kerana mewakili istana dan raja, sekurang-kurangnya sudah ada jalan yang diterima melalui prinsip kesaksamaan (konon) untuk membolehkan mereka yang buruk akhlak naik ke persada kekuasaan. Melalui House of Commonslah Yahudi dapat memasuki arena kekuasaan negara kerana pintunya sudah luas terbuka. Setelah berjaya mendapat kekuasaan dan pengaruh yang cukup, mereka mula mencari jalan untuk mencengkam House of Lords pula.

Ketika itu ramai lagi orang Yahudi telah menjadi kaya-raya dan dibenarkan memiliki tanah yang luas, juga akibat polisi raja-raja bodoh yang tidak menyedari ancaman serta rancangan licik mereka untuk menentukan hala-tuju pemerintahan negara nanti. Malah ada yang mendirikan rumah-rumah bertaraf istana dengan beratus-ratus malah beribu-ribu pekerja seolah-olah mereka betul-betul berasal daripada golongan bangsawan sejati. Ramai juga yang berjaya mendapat ‘kehormatan’ apabila berkahwin dengan wanita-wanita kerabat diraja selalunya kerana bapa atau ahli keluarga lelaki wanita itu yang tergolong dalam bangsawan sejati memerlukan duit, mungkin kerana banyak berhutang, terlalu banyak bersuka-ria sehingga akhirnya terhutang budi kepada Yahudi.

Inilah satu marriage of convenience, perkahwinan untuk kesenangan dua pihak yang bukan berdasarkan rasa cinta, kasih-sayang dan saling hormat-menghormati tetapi untuk win-win situation, ‘kemenangan’ kedua-dua pihak. Si Yahudi yang memiliki banyak duit mendapat nama dan prestij kebangsawanan sejati sedangkan bangsawan yang telah menjatuhkan maruah mereka kerana terlalu menurut nafsu pula memerlukan duit. Sementara itu, Yahudi-yahudi yang datuk-nenek moyang mereka telah terlebih dahulu mendapat tempat di kalangan lingkungan istana dan bangsawan sejati mula mendapat legitimasi ataupun pengiktirafan ramai yang hampir menyamakan kedudukan mereka dengan golongan bangsawan sejati yang memang berdarah raja. Kerana mereka adalah tuan tanah, anak kepada tuan tanah yang bapanya adalah tuan tanah dan datuknya juga tuan tanah. Sudah ada bukti ‘kepimpinan’ dalam keluarga…

Dari sinilah ada yang mula mendapat gelaran Lord, sebagai tuan tanah yang berpengaruh turun-temurun lalu berjaya menjadi ahli House of Lords. Setelah berjaya memegang kedua-dua cabang Parlimen ini, mereka mula mengusul dan mewartakan undang-undang dan perlembagaan yang sedikit demi sedikit menghakis kekuasaan raja, kononnya atas nama demokrasi suara hati rakyat untuk kepentingan sejagat. Dalam sedar tidak sedar, kekuasaan mutlak raja dan istana akhirnya dapat dihadkan kepada beberapa perkara tertentu sahaja seperti adat-istiadat dan agama untuk mewujudkan apa yang dikenali sebagai institusi raja berperlembagaan.

Apabila raja yang berperanan sebagai pelindung agama Kristian, agama yang seperti Islam juga mengharamkan riba sudah tinggal bayang-bayang, maka barulah puak Yahudi dapat menguasai kewangan negara secara menyeluruh melalui penubuhan Bank of England di mana segala urusniaga kerajaan berada di dalam kawalan dan penyeliaan mereka. Sejak itu, ribapun mula berakar umbi menjadi budaya Barat yang tidak mampu disanggah oleh mana-mana pihak lagi. Ketika itu, House of Lords juga telah hilang bisanya kerana pengaruh golongan bangsawan sudah jatuh, tinggal sedikit kuasa, harta dan nama sebagai lambang ‘ketinggian’ mereka. Sebaliknya House of Commons yang membenarkan lebih banyak manusia buruk akhlak memasuki bidang kepimpinanlah yang jauh lebih berkuasa, boleh menentukan hala dan arah tuju pemerintahan negara sampailah sekarang.

Cara yang hampir sama juga digunakan untuk menguasai Amerika Syarikat kerana negara itu asalnya diasaskan oleh the founding fathers atau pemimpin-pemimpin terawal mereka mengikut prinsip-prinsip dan ideal kemanusiaan yang tinggi, salah satunya pengwujudan suasana ekonomi bebas dan perniagaan tanpa riba. Tetapi akhirnya riba dan sistem bank ciptaan Yahudi bermaharajalela juga dengan kejayaan mereka mencipta Federal Reserve iaitu bank pusat Amerika.


Helah Yahudi Zionis memerintah dunia I

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Sekali lagi saya tergerak untuk berkongsi isi buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II, kali ini daripada sebuah bab yang belum diedit lagi dan tajuknya seperti di bawah... Silakan!



DEMOKRASI
VS.
RAJA-RAJA

SATU SISIPAN TAMBAHAN
oleh Muhammad Al-Aminul Rasyid





Satu ‘thesis’ melepaskan geram terhadap keadaan dunia sekarang yang pincang penuh penipuan akibat dakyah Barat yang dipelopori Yahudi, dakyah yang dicipta supaya dunia boleh ditakluki mereka... Ditulis selepas mengkaji pelbagai aspek sistem keilmuan moden yang dilihatnya telah ditentukan hala-tuju oleh para pemikir Zionis melalui agenda tertentu, para pemikir yang menguasai kurikulum pengajian dunia...


Masyarakat moden yang kononnya berjiwa liberal, bebas tanpa batasan, berpendidikan tinggi dalam zaman langit terbuka, sudah faham segala-galanya tentang dunia sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan sejagat, ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang dikatakan ideal, adil lagi saksama. Tetapi jika dikaji sedalam-dalamnya sehingga ke akar-umbi, demokrasi adalah sistem ciptaan Yahudi yang membolehkan manusia yang buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan. Kerana ia berdasarkan suara dan sokongan ramai, kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran dan pemerintahan sesuatu masyarakat ataupun negara.

Kajilah sejarah dengan akal dan mata-hati yang terbuka. Read between the lines, baca apa yang tersirat, jangan setakat baca membabi-buta lalu percaya semuanya yang disua tanpa ditimbang dengan sokongan Al Quran dan Hadis. Baca dengan hati yang terang supaya dapat mengenal kepalsuan yang diwar-warkan melalui kurikulum-kurikulum segala macam ilmu termasuk perspektif sejarah yang sebenarnya membodohkan. Sistem demokrasi dihalalkan sebagai prinsip ideal pentadbiran Yunani dahulukala yang berjaya menerbitkan masyarakat bertamadun tinggi lagi saksama. Betulkah ini atau tamadun ini gilang-gemilang kerana wujudnya prinsip Tauhid dari Syariat-syariat para Nabi terdahulu yang dipraktikkan mereka?

Walaupun Barat sering mewar-warkan mereka sebagai penyembah berhala, apakah tidak mungkin ini cuma kepercayaaan masyarakat kebanyakan atau segelintir rakyat sahaja sedangkan mereka, terutama golongan pemikir dan cendekiawan yang ikhlas lebih dekat kepada ajaran pemikir besar Yunani, Plato yang kalau dikaji secara mendalam mendekati ajaran Tasawuf yang mengEsakan Allah dalam maknanya yang hakiki?

Sebenarnya ada banyak jenis golongan pemikir di Yunani ataupun Greek dan seperti di dalam masyarakat-masyarakat lain, tidak semuanya betul. Cuba cari ensaiklopaedia-ensaiklopaedia atau bahan rujukan terkemuka dan cari perkataan sophistry, makna serta sejarahnya. Pernahkah anda mendengarnya? Kalau tidak, belajarlah…

Sophistry adalah sejenis falsafah yang menyatakan tidak wujud apa-apa bentuk kebenaran mutlak, berlawanan dengan ajaran setiap agama yang benar bahawa kebenaran mutlak ataupun ilmu yang haq itu wujud di sisi Allah Subhanahuwata’ala dan diturunkan kepada manusia dalam bentuk wahyu, dihuraikan pula melalui ajaran Nabi-nabi. Menurut para penganut falsafah ini, kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata, kesaksian melalui lima pancaindera dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah. Natijahnya, siapa yang lebih pandai bercakap, berjaya mengemukakan alasan-alasan dan "bukti" yang "kukuh" yang tidak dapat ditandingi pihak lawan, dialah yang benar. Natijah seterusnya pula, kebenaran itu boleh dijual-beli, asalkan kena harganya.

Bukannya kita tidak tahu, di dalam kehidupan seharian, bukti yang benar boleh "dilesapkan" untuk digantikan dengan "bukti yang lebih sahih". Dan dalam sesuatu perdebatan, orang yang jahat lagi lick boleh menggunakan teknik berkata-kata yang sesuai atau oratoriol skills berserta soalan-soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukan lalu dituduh sebagai penipu pula. Malah seseorang itu tidak perlu pergi jauh mempelajari teknik-teknik berbahas yang rumit untuk "menyatakan kebenaran." Seorang lelaki sasa yang berkuasa boleh menyebabkan seorang perempuan lemah yang dirogolnya menggugurkan tuduhan dengan menjerkahnya sekali soal serta memandangnya dengan tajam… Itulah sophistry, ilmu segolongan cendekiawan dan pemikir Yunani yang dikenali sebagai sophist 2,500 tahun dahulu… Kalau hendak tahu, inilah asal-usul prinsip guaman yang menggalakkan kepandaian berkata-kata dan bermain-main dengan barangan bukti untuk memenangkan hujah sehingga berjaya menegakkan benang yang basah.


———————————


Sebuah ensaiklopaedia menakrifkan sophists (orang yang mengamalkan sophistry) sebagai ahli sebuah pergerakan pengajian ilmu di bandar-bandar Greek ataupun Yunani pertengahan abad 400 Sebelum Masihi, terdiri daripada guru-guru pendatang yang mengajar ilmu tatabahasa dan public speaking, kemahiran berucap di hadapan ramai. Orang-orang ini tidak berminat kepada perbincangan falsafah dan ilmu-ilmu berkaitan kejadian alam malah mengutuk prinsip-prinsip moral, agama, juga undang-undang sebagai adat-adat ciptaan manusia sahaja, tidak lebih dari itu. Lalu mereka menganggap adalah lebih baik untuk menjadi orang yang ‘berjaya’ (seperti kaya-raya, berkuasa dan sebagainya) tanpa perlu memikirkan masalah-masalah moral, etika ataupun menyimpan niat murni. Maka itu mereka percaya seseorang itu tidak perlu merasa bertanggung-jawab untuk mematuhi apapun bentuk undang-undang malah boleh melanggarnya asalkan dapat mengelakkan diri daripada ditangkap.

Antara ahli sophist yang terkenal ialah Protagoras, Gorgias, dan Antiphon, para ‘pemikir’ yang amat disanjungi mereka yang menjunjung tinggi ilmu guaman. Sebab itu pemikir besar Yunani, Plato menyebut gurunya Socrates menentang golongan sophists kerana ajaran-ajaran mereka boleh menghancurkan masyarakat.

Socrates adalah seorang mahaguru falsafah dan ilmu pemikiran yang amat mementingkan moral dan etika. Malah jika diteliti lebih mendalam, ajaran-ajarannya tidak banyak bezanya dengan ajaran agama Tauhid yang dibawa para Rasul dan Nabi. Hamba Allah yang hidup di Athens (ibunegara Greek sekarang) ini suka berpakaian ringkas serta mengurangkan makan dan minum, sama seperti amalan para Nabi Beliau selalu mengajar khalayak umum di tepian jalan dan pasar-pasar dengan menyoal mereka tentang prinsip hidup lalu menegur kekurangan dalam jawaban yang diberi.

Socrates cuba mengajar cara berfikiran yang suci murni dalam menangani kehidupan, ajaran-ajaran yang menyinggung keadaan semasa dengan menyatakan secara tersirat bahawa para pemerintah mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar tahu memimpin, bukan sekadar memerintah mengikut nafsu atau memuaskan ego sahaja. Pendekkata mereka mesti terdiri daripada para pemimpin sejati yang benar-benar inginkan masyarakat mencapai kesejahteraan zahir dan batin, bukan setakat menjadi pemerintah kerana berjaya dipilih orang ramai mengikut sistem demokrasi.. Lalu ajaran-ajaran beliau dikira melawan demokrasi. Maka itu, lambat-laun nanti, tidak dapat tidak, beliau akan dimusuhi golongan yang tidak senang terhadap ajarannya dan termasuk musuh-musuh ini adalah orang-orang yang paling berpengaruh di Athens.

Tidak lama kemudian, Socrates pun dihadapkan ke muka ‘pengadilan’ dan dijatuhkan hukuman mati kerana masih tetap berpegang teguh kepada ajaran-ajarannya. Apakah tidak mungkin, orang-orang yang menjatuhkannya adalah para pengikut ajaran sophist? Mereka yang pandai memainkan kata-kata untuk memenangi hati rakyat lalu dipilih memimpin Athens mengikut sistem demokrasi ciptaan Yahudi?

Sesetengah sejarahwan percaya kebudayaan Yunani yang amat dibangga-banggakan Barat adalah warisan daripada sebuah masyarakat yang telah lebih wujud jauh lebih dahulu, lebih 1000 tahun sebelum Masihi di sebuah kawasan yang dipanggil Arcadia. Ada pula kajian menyebut, masyarakat Arcadia terdiri daripada satu puak Yahudi yang telah membawa diri dari Jerusalem. Dan kemungkinan besar mereka ini adalah keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai Samiri, pengikut Nabi Musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.


——————


Melalui prinsip sophistry, sistem demokrasi dapat dihalalkan sepenuhnya apabila kata-kata yang dipersetujui ramai tanpa dapat dilawan dianggap kebenaran yang tidak boleh disanggah lalu menggantikan kebenaran mutlak yang bersumberkan Ilahi. Fikirkanlah secara bijak dan jujur, bolehkah Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin jika demokrasi ala Barat, suara ramailah yang dijadikan sebagai ukuran kelayakan? Sedangkan rakyat pada waktu itu, masyarakat Arab Jahiliah sudah biasa mengamalkan seks bebas, kuat minum arak dan menyembah berhala, langsung tidak mahu menyokong Islam yang melarang semua perbuatan ini. Bukankah baginda pada mulanya ditolak oleh kaumnya sendiri sehingga terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya di Mekah untuk berhijrah ke Madinah di mana penduduknya telah lama menunggu kehadiran Nabi dan Rasul akhir zaman?

Cuma mereka yang mengenali kebesaran Nabi dan kemuliaannya melalui tanda-tanda tertentu dan sifat-sifat baginda sahaja yang mula-mula menyokongnya, bukannya demokrasi orang ramai. Baginda dipilih oleh Allah SWT, bukannya manusia biasa yang tidak sunyi daripada membuat kesilapan. Maka itu baginda mendapat sokongan dari langit menyebabkan baginda berjaya mengIslamkan seluruh bumi Arab. Tetapi jikalau mengikut prinsip sophistry yang kemudiannya "membenarkan" pelbagai cabang ilmu ciptaan Yahudi, manusia-manusia suci seperti Nabi yang cuma ingin memperjuangkan kebenaran yang dinyatakan Ilahi boleh diperlekehkan atau didiscredit sebagai manusia sakit jiwa yang mengalami apa yang dipanggil di dalam ilmu psychology sebagai messianic complex, penyakit orang yang menganggap dirinya pejuang kebenaran yang diutuskan untuk memperbaiki masyarakatnya. Maka itu, mereka yang "disahkan" mempunyai messianic complex didakwa mahu menyebarkan fahamannya kepada orang ramai kerana cuma mahu memenuhi kelopongan ataupun kekurangan diri yang kononnya wujud dalam jiwanya, sepertimana seorang anak yang membesar tanpa perhatian yang secukupnya boleh menjadi seorang manusia yang gilakan publisiti apabila dewasa nanti.

Mengikut ilmu psychology juga, wahyu serta ilham para Nabi yang diperolehi melalui jalan-jalan ghaib seperti perantaraan malaikat Jibril boleh melayakkanya mereka untuk digolongkan sebagai penghidap penyakit jiwa schizoprenia iaitu penyakit orang yang mendengar bunyi-bunyi atau melihat perkara-perkara yang cuma dialami mereka, pengalaman yang tidak dapat dibuktikan kewujudannya kepada orang lain. Lalu sekali lagi prinsip sophistry digunakan untuk menutup kebenaran mutlaq milik Allah Subhanahuwata’ala sedangkan bukankah orang-orang Islam disuruh beriman kepada perkara-perkara ghaib? Bukankah beberapa rukun Iman seperti percaya kepada Malaikat melibatkan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa tetapi telah dialami dengan benar oleh manusia-manusia suci seperti Nabi? Maka itu, jika rakyat terlalu percayakan demokrasi ciptaan Barat, mahukah mereka menyokong orang "gila", berpenyakit messianic complex dan schizoprenic seperti Nabi? Mahukah masyarakat jahiliah mengangkat pemimpin yang akan menghapuskan segala kesukaan mereka seperti berjudi, minum arak dan menyembah berhala?

Fikirkanlah, kalau sesebuah masyarakat ataupun negara terdiri daripada majoriti rakyat yang telah rosak akhlak, maka pemimpin bagaimanakah yang akan dipilih dan dinaikkan ke persada kekuasaan? Apakah tidak mungkin mereka akan memilih ketua yang menggalakkan orang ramai minum arak? Sanggup menobatkan manusia buruk perangai yang boleh mengurangkan cukai arak jika itulah kesukaan ramai, atau pemimpin yang mengalakkan pembukaan lebih banyak kelab-kelab malam dan disko malah melupuskan sama sekali cukai hiburan jika rakyatnya suka beronggeng?

Inilah yang sebenarnya dikehendaki puak Yahudi Zionis, satu pecahan ekstremis Bani Israel yang percaya bahawa mereka adalah bangsa pilihan Tuhan dan mereka kononnya telah ditentukan Yang Maha Kuasa untuk memerintah dunia. Mereka ini percaya dan yakin, adalah menjadi hak semulajadi ataupun birthright mereka untuk menundukkan bangsa-bangsa lain di bawah tapak kaki mereka. Kononnya inilah yang telah digariskan di dalam kitab Talmud pegangan mereka, yang merupakan ulasan para ulamak Yahudi turun-temurun terhadap kitab Torah ataupun Taurat yang dibawa Nabi Musa AS, kitab yang sebenarnya sudah lama diselewengkan. Tetapi susah untuk puak Yahudi ini menundukkan dunia dan penduduknya jika masih wujud raja-raja yang sebenar, raja-raja berwibawa yang sangat kuat pegangan agamanya dan mencontohi akhlak sebenar Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang mulia. Maka itu dicipta sistem demokrasi supaya orang-orang berakhlak buruk dari kalangan masyarakat termasuklah golongan mereka sendiri boleh naik memegang tampuk kekuasaan. Kerana suatu masa dahulu semua masyarakat di dunia termasuk di Eropah amat peka terhadap nasab dan asal-usul seseorang, cuma mereka yang diakui keturunan dan kemuliaannya sahaja boleh memegang tampuk kepimpinan masyarakat.

Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala Barat, demokrasi berParlimen yang bermula dengan peristiwa Magna Carta di England 800 tahun lalu, perjanjian pertama dengan raja yang membolehkan rakyat mempunyai suara ke atas pemerintahan negara. Walaupun dicatatkan perjanjian tahun 1215 Masihi ini berlaku di antara King John dengan golongan bangsawan, bukannya dengan orang kebanyakan, ia sebenarnya adalah pembuka pintu supaya rakyat biasa yang tidak tentu susur-galur keturunannya boleh meletakkan istana di bawah tapak kaki mereka suatu hari nanti.

Peristiwa ini sebenarnya terjadi di atas hasutan Yahudi juga, dengan menasihati raja yang bodoh supaya menaikkan cukai terus-menerus dan menjalankan polisi-polisi kerajaan yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat lalu senang diapi-apikan supaya menentang raja. Sedangkan raja bodoh ini, adik kepada King Richard sudah lama terhutang budi dengan para penghasut ini semasa cuba menaiki takhta. Dan golongan bangsawan yang dimaksudkan sebenarnya banyak terdiri daripada Yahudi-yahudi ini juga yang berjaya menempatkan diri ke dalam lingkungan pergaulan istana melalui taktik-taktik keji terutamanya "membeli" jiwa manusia…


Rabu, Disember 13, 2006

Mas Merah dan "kembarnya"

Sudah jadi perangai saya suka membuat posting dalam jumlah yang ganjil maka biarlah sumbangan malam ini disambung dengan sedikit lagi sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" yang masih dalam proses pengolahan, daripada Bab 8 juga, relevan dengan 2 postings sebelum ini... Iqra'


Tiba-tiba pemuda itu teringat buah hati lama... Buah hati yang kebetulan namanya bermula dengan Mas. Itulah satu-satunya wanita (sebelum Nur) yang dapat berkongsi minatnya yang lain dari yang lain... Boleh diajak berkongsi berbagai perkara, baik tentang dinosaur, binatang purba yang pernah menjadi kegilaan Rasyid sejak kecil,mahupun ilmu kaji bintang juga sedikit bab keTuhanan. Menurut sijil Mensa (persatuan orang-orang berkecerdasan tinggi melampaui majoriti) miliknya, wanita pintar ini mepunyai IQ atau Intelligence Quotient sebanyak 165, tahap seorang genius.... Mampu mengimbangi daya fikiran Rasyid menyebabkan buat pertama kali dalam hidupnya, pemuda ini terasa sudah berjumpa seseorang yang begitu serasi dan dapat memahami dirinya yang sejati.
Rasyid juga terasa begitu selesa dan mesra apabila bersama dengan wanita ini... Tidak perlu berlagak macho, tunjuk kuat... Tidak perlu tunjuk handal atau menonjolkan sifat kelakian seperti selalu dibuatnya bila bersama perempuan lain. Dan paling best, dia tidak perlu mengekang sifat gila-gilanya yang kadangkala datang tanpa amaran dan kawalan.
Pemuda itu teringat bagaimana gadis ini begitu seronok mengikutinya berlari anak di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur... Dari kawasan Central Market sampai ke Jalan Raja Chulan tanpa mempedulikan semua mata yang memandang. Boleh pula turut sama mendaki Bukit Nenas menggunakan laluan sukar dengan merangkak di atas sebatang balak besar yang menyendeng di bahagian bukit yang runtuh akibat hujan!
Seringkali juga wanita cantik ini turut tertawa riang apabila Rasyid tergerak untuk berlari laju menaiki escalator melawan arah di mana-mana kompleks membeli-belah. Dan dia tidak pernah malu bergayut sama di atas pokok jika pemuda itu memulakannya, selain cukup berani turut membuat kerja gila menyabung nyawa seperti berjalan mengimbangi tubuh di atas tembok penghalang selebar 2 kaki di tingkat teratas kompleks Lot 10 dengan pemandangan trafik lebih 70 kaki ke bawah… Berapa ramai kaum Hawa tahan apabila perangai gila anak muda ini datang menjelma? Sedangkan bila diajak menemani bermain video game di Bukit Bintang pun ramai gadis mencebikkan muka, pergi pun dalam keadaan terpaksa untuk menjaga hati si jejaka? Di manakah boleh dicari gadis begitu sporting apalagi daripada keluarga berada berpelajaran tinggi?
Dengan Mas, Rasyid boleh menjadi begitu manja. Bayangkan... Seorang lelaki yang dahulunya berbadan tegap dengan otot berketul seluruh badan boleh jadi seperti bayi di pangkuan ibu. Gadis itu memang pandai melayan kerenahnya sehingga pemuda itu terasa begitu selesa... Mungkin kerana hati-budi mereka sebenarnya serupa? Mas dapat mengisi satu kekosongan jiwa yang belum pernah dapat diisi mana-mana wanita lain yang dikenalinya. Itu yang membuat Rasyid terasa sungguh bahagia sehingga buat pertamakali sejak beberapa tahun berpacaran dengan ramai kaum Hawa, barulah pemuda itu terasa yakin dia boleh menjadi one-woman-man... Tidak perlu lagi perhatian wanita lain untuk membuat dirinya rasa "cukup". Dan buat pertama-kali juga timbul rasa kuat untuk berumahtangga. Cuma kedua-dua keluarga tidak bersetuju kerana mereka masih terlalu muda dan baru mahu melangkah ke universiti luar negeri.
Rupa-rupanya kebahagian itu tidak bertahan lama. Rasyid ternyata tidak tahu mengenal untung... Walaupun wanita kesayangannya ini cukup cantik dan menarik, walaupun amat memahami jiwanya yang pelik, walaupun selalu menemaninya dalam susah dan senang, sampai satu ketika, pemuda itu tidak dapat membendung perangai lama untuk merapati wanita lain. Akhirnya mereka berpisah setelah lebih enam tahun bersama, tiga tahun daripadanya di London. Dan setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita, tiba-tiba dia mendapat tahu Mas telah berkahwin! Dengan seorang lelaki yang merupakan junior Rasyid di kolej, malah pernah duduk satu dorm, satu bilik dengannya selama setahun... Jejaka yang rupa-rupanya telah lama menaruh hati ke atasnya.
Sebenarnya, sejak tahun 1997 Mas ada memberitahu, jejaka yang meminatinya telah menyatakan hasrat masuk meminang. Rasyid tahu wanita itu mahukan dia sendiri lekas menghantar rombongan menyunting. Ahli keluarga kedua belah pihak sudah saling mengenali dan ketika itu, mereka berdua sudah memiliki kerjaya yang setimpal dengan kelulusan... Tetapi pemuda itu pula berpura tidak mengerti kerana merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam perhubungan mereka. Dia pun tidak pasti apakah masalah sebenarnya. Yang Rasyid tahu, sejak timbul kembali kehendak untuk merapati wanita lain, dia tidak lagi yakin dapat menjalani kehidupan bahagia jika cuba hidup bersama seorang wanita sahaja. Lagipun sudah muncul berbagai persoalan lain membelenggu fikirannya... Keadaan inilah yang menyebabkan mereka akhirnya berpisah jua...
Hakikatnya, Rasyid tetap sayangkan buah hati ini dan memang mahu memperisterikannya. Malangnya, fikirannya sangat bercelaru, tidak tahu lagi ke mana arah yang patut dituju. Berbagai persoalan pelik yang muncul dalam diri kebelakangan itu menuntut supaya dicari penyelesaian. Maka itu dia rasa lebih elok mereka berpisah dahulu dengan harapan akan berjumpa arah yang dicari. Maka itu juga Rasyid telah menyuruh Mas keluar dengan lelaki lain supaya wanita itu tidak sentiasa ternanti-nanti…
Hmm... Bila difikirkan kembali, mungkin juga ini berlaku kerana kemunculan seorang wanita lain lebih kurang sepertinya musim panas 1995. Itulah Nur yang seperti Mas juga berjaya menambat hati dan jiwa-raganya. Sejak itu, Rasyid mendapat kekuatan baru. Dia yakin hidupnya akan lengkap secukupnya jika sahaja dapat mempersuntingkan kedua-duanya sebagai isteri. Malah pemuda itu tidak melindungkan hasratnya... Kedua-dua gadis itu tahu mereka sedang berkongsi kasih seorang jejaka. Walaupun ini kelihatan tamak, ia boleh dikira elok berbanding dahulu di mana anak muda ini pernah menyimpan lebih 10 orang teman wanita sekaligus sebelum "menggantikan" mereka dengan "set baru"
Ah! Baru Rasyid ingat kenapa dia akhirnya berpisah dengan Mas... Gadis itu memintanya memutuskan segala bentuk perhubungan dengan Nur, padahal ketika itu dia dan Nur tidak lagi berkasih demi menjaga hati Mas yang tidak tahan lagi berkongsi... Cuma mereka masih berhubung sebagai kawan. Maka Rasyid naik berang apabila Mas terlalu mendesak...

.................... (terus melompat beberapa mukasurat)


Ketika merenung kembali hal ini, Rasyid terfikir apakah ada petunjuk lain di sebalik cerita Enam Jahanam yang ditonton dahulu? Bukankah cerita ini menyebabkannya sampai ke makam Mas Merah lalu teringat kembali bekas buah hati lama sambil terkenangkan Nur sekali? Memang banyak persamaan mereka berdua tetapi apakah kaitan dengan semua ini?
Tiba-tiba hatinya terbetik, mungkin dia kehilangan Mas kerana sifat "Enam Jahanam" dalam dirinya sendiri? Semasa mereka bersama, sifat panas baran pemuda itu masih begitu kuat... Seringkali wanita itu terpaksa menyaksikan pintu bangunan pecah, kayu patah serta batu berkecai akibat penangan lelaki itu dan sering-kali dia terpaksa menanggung hamburan angin buruknya. Begitu juga penangan sifat ego suka membangga diri, suka dipuji... Ujub, kagum atas kelebihan diri sendiri dan entah apa lagi sifat mazmumah yang bersarang dalam jiwa. Sifat-sifat inilah yang menyebabkan Rasyid dilanda dilema... Dia amat menyayangi gadis itu, kalau boleh ingin bersama dengannya sahaja, tidak mahu lagi memandang yang lain... Tetapi wujud pula naluri berlawanan yang sentiasa mahukan perhatian ramai, sehingga Mas pula terpaksa menanggung beban amarah akibat dilema ini. Maka itu Rasyid perlu menghapuskan semua sifat jahanamitu sebelum boleh mendapatkan home sweet home yang dicarii?
Apapun, pemuda ini tidak boleh mengharapkan buah hati lama yang kini bahagia menjadi milik orang.. Lagipun dialah yang telah mengkhianati serta memungkiri janji lalu menghampakan gadis itu kemudian menyuruhnya pergi. Maka itu wanita ini boleh diibaratkan seperti Mas Merah yang telah mati dalam cerita Enam Jahanam... Mati dibunuh kejahilan Rasyid yang tidak pandai menghargai kesetiaan yang diberi...
Nasib baik "Mas Merah" ini masih mempunyai seorang "kembar" yang hampir serupa sifatnya. Itulah Nur, satu-satunya gadis yang bertakhta dihatinya kini. Kebetulan pula nama bapa mereka serupa... Cuma seorang memakai nama gelaran keluarga yang diwarisi turun-temurun, seorang lagi tidak… Walaupun rupa paras mereka berbeza dengan ciri-ciri fizikal tersendiri yang mampu "mencairkan" ramai lelaki, kedua-dua wanita ini boleh dikira kembar dari segi jiwa dan perwatakan sejati. Masing-masing mampu menyelami jiwa Rasyid yang sebenar dan dapat menyayanginya dalam susah dan senang. Walaupun sekarang pemuda itu dan Nur terpisah lagi, mungkin satu hari nanti mereka akan dapat bersatu kembali lalu menjadi pasangan suami isteri seperti yang didambakan selama ini?

Di bawah ini bukan bahagian daripada cerita di atas tetapi cuma luahan spontan satu jiwa yang sedang tertekan...

(Ya Allah! Celaru sungguh hidup aku... Terlalu banyak kesalahan yang telah aku lakukan... Ampunilah daku Ya Allah! Berilah aku peluang untuk mengecapi kebahagian yang aku dambakan selama ini...)

Kekasih...

Kebetulan sedutan daripada jilid 2 buku "Berpetualang ke Aceh" yang dipostkan tadi adalah permulaan Bab 8. Dan bab itu sebenarnya dibuka dengan sebuah sajak yang puitis penuh makna. Maka elok juga puisi ini diletakkan di sini juga...


KEKASIH
Akan kupintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu,
Akan kuanyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidur mu.
Akan kutenun awan-gemawan,
Menjadi selendang menudungi rambutmu,
Akan kujahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.
Akan kupetik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dadamu,
Akan kujolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu.
Akan kurebahkan mentari,
Menjadi laut malam mu,
Menghirup sakar madu mu.
Kekasih,
Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti,
Dengan syurga ilusi.

- Sajak Kekasih, Usman Awang

Pulau Kampai, Mas Merah dan kerajaan Haru

Hmm... Terasa ingin meletakkan sedikit lagi sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II yang sedang dalam proses editing dan lay-out untuk tatapan ramai. Bacalah... Yang ini daripada mukasurat 140-142.


Baru dua tiga hari di Pengkalan Brandan, Rasyid telah mendapat berpuluh orang kenalan baru. Pengunjung tetap masjid raya yang suka melepak di serambi sudah jadi seperti rakan lama. Setiap kali tidak tahu apa hendak dibuat terutama di waktu petang, dia cuma perlu ke sana untuk mengisi masa lapang menghilangkan rasa jemu. Ramai kaki berborak dan para penglipur lara. Ada sahaja kisah untuk dikongsi, tidak kurang lawak jenaka meringankan bebanan jiwa. Dan di serambi masjid besar yang terletak lebih kurang 40km dari sempadan Aceh inilah anak Malaysia yang sudah lebih tiga tahun asyik menziarahi kuburan lama ini mendapat tahu tentang kewujudan seorang wanita cantik bernama Mas Merah…
Mula-mula, Rasyid tidak berapa mahu ambil tahu apabila kawan-kawan ini menyebut tentang sebuah makam lama di Pulau Kampai, 25km ke utara Pengkalan Brandan, dalam perjalanan menghala ke Aceh juga. Dia lebih sibuk memikirkan apa yang perlu dibuat untuk masuk ke wilayah yang sedang darurat itu sambil menunggu petunjuk, isyarat ataupun gerak muncul dari "atas". Namun mereka terus memujuk... Kata mereka, anak kelahiran Muar, Johor ini harus ke sana dahulu kerana salah satu tujuan utamanya ke Aceh adalah untuk menziarahi makam-makam lama terutama makam raja-raja dan para wali yang ada kaitan dengan cerita-cerita lama yang dicarinya. Dan makam di Pulau Kampai itu ada cerita dan sejarahnya yang tersendiri, lagi dianggap keramat dan amat dihormati penduduk setempat. Mulalah timbul minat Rasyid untuk mengetahui lebih lanjut... Lalu terkeluarlah cerita Mas Merah, seorang perempuan yang cantik yang pernah diculik sekumpulan enam perompak yang mengganas di perairan sekitar Pulau Kampai. Teringat pula cerita filem Enam Jahanam yang menonjolkan seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Beberapa hari sebelum berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, pemuda ini sempat singgah di rumah seorang kawan untuk mengambil balik sebuah barang peribadi miliknya yang telah lebih tiga bulan ditinggalkan di sana, barang yang menurut nasihat seseorang elok dibawa bersama ke Aceh kerana mungkin akan berguna di sana. Kebetulan ketika di rumah itu, filem Enam Jahanam yang sudah berapa tahun tidak ditontonnya sedang disiarkan di televisyen. Lebih menarik lagi, ada pula watak sokongan utama bernama Mas Merah (ke Masmira? Yang pasti bunyinya macam Mas Merah), isteri kepada Tantari, seorang saudagar kain yang dilakonkan seniman agung berketurunan bangsawan Aceh itu.
Mengikut cerita filem, Mas Merah adalah anak kepada mahaguru silat yang mengajar Tantari ilmu perajurit di dalam sebuah gua terpencil di sebuah negeri. Anak gadis yang menemani bapanya bermastautin di gua itu juga bertugas menyediakan makanan untuk murid-murid yang berjumlah sekitar 20 orang. Di sinilah Tantari yang tidak henti-henti asyik berlatih bermain senjata tekpi berjaya menarik perhatian Mas Merah.
Seperti lazimnya dalam cerita-cerita sebegini, mereka jatuh cinta. Apabila tempoh perguruan hampir tamat, pasangan ini tidak dapat membendung rasa untuk bersama. Mahaguru pun menikahkan mereka. Pesannya kepada Tantari, jagalah Mas Merah baik-baik. Tantari pula bersumpah akan menjaga isterinya bersungguh-sungguh walau terpaksa menggadaikan nyawa. Setelah tamat perguruan, beliau membawa isterinya pulang ke kota untuk meneruskan hidup sebagai seorang saudagar kain.
Pada satu malam, Mas Merah telah mengajak suaminya bergambar bersama di kedai mereka tetapi Tantari terpaksa keluar kerana ada urusan. Tinggallah Mas Merah seorang diri menunggu Cina tukang gambar dari kedai berdekatan datang seperti yang dijanji. Tanpa disangka datang pula enam orang perompak ganas bergelar Enam Jahanam. Penjahat tidak berperikemanusiaan itupun tertarik dengan rupa-paras Mas Merah lalu mula mendekatinya. Cina tukang gambar yang sudah tua cuba melarang tetapi terus dibunuh Enam Jahanam. Orang-orang sekeliling pula telah lama ca alif but kerana tiada seorang pun yang berani berhadapan dengan para pengganas ini. Mas Merah yang tidak mampu mempertahankan diri pun dirogol bergilir-gilir sebelum dibunuh dengan kejam.
Apabila Tantari kembali, dia terkejut melihat kedainya tunggang-langgang. Dan alangkah terperanjatnya melihat isteri tersayang mati terkulai dalam keadaan menyedihkan. Beliau teringat sumpahnya untuk mempertahankan Mas Merah walau terpaksa menggadaikan nyawa lalu bertekad akan mencari dan membunuh orang yang empunya angkara.
Kebetulan Cina tukang gambar sempat mengambil gambar kesemua anggota Enam Jahanam. Setelah diberitahu orang sekeliling, itulah gambar si perompak, Tantari pun tahu siapa yang perlu dicari... Lalu keluarlah dia menyandang balik tekpi berkembar yang sudah lama digantung di dinding rumah untuk pergi memburu dan membunuh ahli kumpulan itu satu demi persatu. Muncul pula watak bernama Laksamana Damburi yang akan menjadi kawan karib Tantari ketika memburu penjahat-penjahat ini.
Dipendekkan cerita, Tantari selesai membalas dendam. Kebetulan rumah Laksamana Damburi tidak jauh daripada tempat anggota terakhir Enam Jahanam dibunuh. Beliau pun mengajak rakannya bertandang... Di situ Tantari terjumpa adik perempuan Laksamana. Mukanya saling tidak tumpah seperti muka mendiang isterinya! Lalu dia menyangkakan memang itu Mas Merah yang entah bagaimana telah hidup kembali!
Dalam keadaan itu, bapa Laksamana Damburi pula kembali. Rupa-rupanya dialah mahaguru yang mengajar Tantari ilmu perajurit di gua terpencil dahulu dan adik kepada Laksamana pula adalah saudara kembar Mas Merah! Jadilah happy ending... Tantari dapat berkahwin dengan kembar Mas Merah yang seiras seperti mendiang isterinya dahulu. Tammat...
Semasa menonton cerita ini di Kuala Lumpur dahulu, Rasyid tidak terfikir pun tentang Mas Merah, apalagi kaitannya dengan apa yang berlaku di Pengkalan Brandan nanti. Yang menarik perhatian adalah cara Laksamana Damburi membahasakan diri sebagai "Nanda" apabila bercakap dengan bondanya. Teringat pula nendanya, almarhum Atuk Perak, suami Nenek yang dikenali orang kampungnya sebagai "Nanda".
Kebetulan kampung itu mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Laksamana Perak. Seolah-olah ada sesuatu yang hendak diberitahu, ada petunjuk untuk Rasyid mencari cerita-cerita lama di dalam perjalanannya "Berpetualang ke Aceh." Inilah yang menyebabkan pemuda ini pasti dia mesti ke Pulau Kampai lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu perairan di sekitar pulau itu bernama Teluk Aru, berdasarkan nama sebuah kerajaan lama, Haru yang pernah wujud suatu masa dahulu.
Kitab Sejarah Melayu menyebut Haru pernah menjadi sebuah negeri yang setaraf dengan Melaka dan Pasai... Kerana cuma "raja dua buah negeri itu sama besarnya dengan Raja Melaka, tua muda sekaliannya berkirim salam jua." Semasa itu, awal zaman kegemilangan Melaka, sekitar awal abad ke 15 Masihi, Haru merupakan sebuah kerajaan yang besar lagi kuat dengan sempadan utaranya di Temiang, melepasi sempadan Aceh-Sumatera Utara sekarang dan sempadan selatannya beratus-ratus kilometer jauh ke Rokan, sekarang in dalam wilayah Riau. Tetapi kitab itu tidak menyatakan Haru setaraf dengan Melaka dan Pasai kerana keluasan wilayah dan jajahan takluknya. Sebaliknya ia mendapat penghormatan itu kerana kebesaran raja serta ketinggian daulatnya. Siapakah Raja Haru ini sehingga boleh menjadi setaraf dengan Raja Melaka dan Pasai?

Selasa, Disember 12, 2006

Apa kata pembaca tentang buku "Berpetualang ke Aceh"

Beberapa hari lepas, seorang bapa saudara telah menghantar e-mail meminta saya memberikan testimonial daripada pembaca buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" tentang apa mereka lihat mengenai buku ini setelah membacanya. Lebih 2 minggu lepas kami telah berjumpa dan bapa saudara ini menyatakan minat untuk memuat promosi dan menjual buku ini dalam bentuk e-book di Internet. Saya pun bersetuju dan menyerahkan kepada beliau untuk mengatur mengikut kepakarannya, maka itulah dia meminta testimonial tersebut.
Sebenarnya ramai juga pembaca yang telah memberikan komen membina melalui e-mail serta forum di Internet tetapi saya terus membuat pengumuman melalui Forum CVT untuk mendapatkan fresh comment yang boleh digunakan serta-merta. Di bawah ini adalah hasilnya... Tergerak pula untuk berkongsinya di blogspot ini juga! :]


1.
Bagi saya, Berpetualang Ke Aceh adalah karya yang dikarang dengan hati. Pengkisahannya santai.Membacanya terasa menusuk ke lubuk hati sepanjang jalan cerita, ibarat turut sama berpetualang bersama watak utama. Wajib dibaca jika ingin memahami - Apa itu Melayu? Bagi saya juga, tersisip di dalamnya antara jawapan kepada persoalan mengapa Hang Tuah mengatakan "Takkan Melayu hilang di dunia".Buku ini amat baik untuk mengetahui dan memahami iktibar sejarah rantau ini daripada perspektif yang segar. Ianya juga amat baik sebagai iktibar, bagi insan-insan yang ingin mencari diri dan memahami erti hidup, di samping memaknakan erti kehidupan itu sendiri.Tak sabar rasanya menanti buku Berpetualang Ke Aceh yang seterusnya.

Mahadher, Melaka.


2.
Sebuah cerita yang mengisahkan kebenaran yang hampir pupus. Sumber asli yang tidak pernah saya temui selama ini. Buku ini merangkumi banyak aspek, bukan hanya sejarah dan fakta malahan mengandungi mesej tersembunyi peristiwa akhir zaman. "Mencari Diri dan Erti" - wajib di baca oleh semua umat Islam untuk merenung, mengenal dan memahami rahsia perjuangan yang di bawa Nabi Muhammad S.A.W dan siapakah penerus perjuangan ini.
"Berpetualang ke Aceh - Mencari Diri dan Erti" penuh dengan teka-teki dan persoalan yang memaksa saya berfikir. Memang tak sabar rasanya untuk membaca buku yang kedua.

Khalidzulhuddin - Melaka


3.
Buku Berpetualang ke Aceh... !
saya dah baca sekali... Alhamdulillah selepas saya baca banyak perkara yang saya sedar tentang diri saya sendiri... Bukan selama ini saya tak sedar diri tapi sedikit sebanyak, buku ini lebih menyedarkan saya tentang konsep mim dalam melayu dan apa itu melayu dan ke mana seharusnya hala tuju melayu.... Bukan nak kata selama ini semua perkara yang saya tahu sebelum membaca buku ini tidak betul tapi ada la banyak perkara yang perlu diperbetulkan, InsyaAllah.... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha Mencipta....
Saya nak baca lagi buku tu... InsyaAllah.

Edy Faizal, Taiping.


4.
Saya rasa buku ini amat mengasyikkkan, jalan ceritanya perlu penelitian dari mata hati sendiri, supaya tidak ketinggalan untuk bab-bab di hadapan. Ada bab yang saya baca sampai dua kali, kerana syahdunya.. Pernah menangis sendiri kerana banyak yang saya tidak tahu dari apa yang sepatutnya saya perlu tahu... Bacaan yang tidak menekan perasaan dan amat santai pembahasaannya..Buku yang outstanding dan saya tidak sabar-sabar menunggu untuk sequel Berpetualang ke Aceh.., diharap Merahsilu teruskan penulisan yang seumpama ini.

Kak Tim, Kota Bahru, Kelantan.


5.
Berpetualang Ke Aceh, Penulisan yang kreatif dan berpandangan jauh dari penulis yang mencari erti diri dan kebenaran.
Gabungan pelbagai rujukan bertulis dan lisan serta pengalaman penulis yang sungguh menarik dan nampak penulis cuba membawa pembaca sendiri menyelami dan menghayati sejarah sepertimana dirinya. Pendekatan yang sangat berani. Bukan karya sambil lewa yang sekadar memperbanyakkan mukasurat.
Buku ini membuat saya berfikir sejenak sambil melihat masa lampau yang tidak pernah dimengerti dengan sepenuhnya tetapi sangat penting bagi mencorak langkah ke hadapan.

Selayang Pandang, Kuala Lumpur


6.
Komen tentang buku Berpetualang ke Aceh.

Mengajak pembaca untuk berfikir tentang isyarat yang berlaku ke atas diri penulis mahupun perkembangan di akhir zaman dalam konteks sejarah bangsa melayu, sejarah Islam dan ilmu tassawuf di samping tidak ketinggalan menyentuh soal-soal kehidupan. Sarat dengan fakta sejarah melayu dan sekali lagi mengajak pembaca berfikir tentang sejarah-sejarah yang digelapkan dari satu sudut yang tidak pernah terfikirkan. Semoga para pembaca dapat menimba sedikit sebanyak ilmu berdasarkan pengalaman penulis dan usaha yang dilakukan untuk membuka mata hati kita semua.

Zaidi Badron, Dengkil, Selangor

Gurindam Hamzah Fansuri 2

OK... Mari kita bergurindam lagi bersama Sheikh Hamzah Fansuri! Yeeaayy!!! :]


Wahai segala kita yang bernama insan
Jangan taqsir mengaji Qur'an
Karena di sana sekalian firman
Menyatakan di dalamnya 'iyan

Fardu dan sunat sayogia kau pakai
Akan lima waktu jangan kau lalai
Halal dan haram faraqkan bapai
Itulah 'amal yang tiada berbagai

Sunat Muhammad terlalu 'azim
Barang memakai dia bernama salim
Karena Rasul Allah sampurna hakim
Menunjukkan jalan ke Janat al-Naim

Shari'at itu ambilkan qandil
Supaya engkau menjadi Khalil
Karena ia datang dari Rabbun jalil
Menyatakan Allah dan hakikat sabil
Syari'atnya itu terlalu ghalib
Min al-mashariq ila'l-magharib
Kafir dan mushrik sekalian ta'ib
Daripada mulutnya da'im mungkirnya ghaib

Barangsiapa munkir daripada ustadh
Menjadi kafir, taghau fi'l-bilad
Fa-aktharu'l-fasad
Seperti qawm Thamud lagi dan Ad

Jika telah kau turut shari'atnya
Mangka kau dapat asal tariqatnya
Ingat-ingat akan haqiqatnya
Supaya tahu akan ma'rifatnya

Ma'rifat itu sampurna 'ali
Pada sekalian Islam terlalu ghali
Itulah ilmu yogya kau cari
Supaya jadi engkau ruhani

Sabda Rasul Allah: Man 'arafa nafsahu
Bahwasanya mengenal akan Rabbahu
Jika sungguh engkau abdahu
Jangan kau cari illa wajhahu

Wajah Allah itulah yang asal kata
Pada wujudmu lengkap sekalian rata
Jika anggamu menjadi mata
Mangkanya dapat pandanganmu nyata

Dirimu itu seperti zilal {bayang}
Jangan kau pandang pada waham dan khayal
Jika pandangmu itu pada rupa Jamal
Engkaulah da'im beroleh wisal

Mutu qabla an tamutu
Supaya engkau sampai kepada Ya man Huwa
A-lastu bi-rabbikum dan qalu bala
Di sana da'im jangan kau sahwa

Setelah mati hamba yang daif
Lenyaplah rupa sekalian khatif
Wasillah iya dengan Yang Latif
Ila abad al-abad menjadi sharif

Wahai segala kamu yang berhati
Sayogia kau tuntut ilmu yang jati
Jika dapat olehmu ma'na mati
Engkaulah datang kepada ma al-hayati

Hamzah Fansuri anak dagang
Melenyapkan dirinya tiada sayang
Jika berenang tiada berbatang
Jika berlabuh tiada pada karang

Habis dah... Bahagian 6 Mencari Makam Raja Ahmad...

(Posted: 06 October 2006 at 2:05am) Hmm... Aku rasa apa yang aku dah cite balik ni cukup le untuk cover balik perjalanan mencari Makam Raja Ahmad... Harap KetuaLanun dan member-member yang follow puas ngan cite aku setakat ini... 

Tentang siapakah itu Raja Ahmad sebenarnya? Heh... Itu rahsia beso yang cuba digelapkan orang tertentu sehingga sanggup menyatakan dia sebagai anak Sultan Abdul Malik sedangkan baginda adalah menantu... Sampai sjarah rasmi (seperti tercatit kat signboard) tu mengenalkan baginda sebagai Raja Kecil Tengah tapi ada sumber lain menyebutnya sebagai Sultan Ahmad malah Sultan Ahmad Khalifatullah Johan Berdaulat, siap dipanggil Waliyullah lagi!!! Kenapa? Sebab nak menyorokkan asal-usul sebenar Raja Ahmad yang berkait dengan keturunan tertentu yang berkuasa di bumi ini... 

Macam ni le... Kalo ikut salasilah rasmi yang dipegang kerajaan sampai hari ini, moyang aku Laksamana Muhammad Amin (aku keturunan ke 5 dia) yang jenazahnya dikembalikan ke makam diraja Perak di Bukit Chandan adalah saudara tiga pupu kepada Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles... Sebab mak Sultan Abdullah, Wan Mahtra dari keturunan Laksamana adalah sedara tiga pupu bapak Laksamana Muhammad Amin... Tapi kalo mengikut salasilah rahsia digelapkan yang mengandungi identiti sebenar Raja Ahmad (He! He! Engkorang ingat aku tak tahu???), Laksamana Muhammad Amin dan Sultan Abdullah sebenarnya adalah sepupu sebelah bapa... 

Cukuplah aku cite setakat ini... Rahsia ini besar maknanya demi menghilangkan salasilah sebenar satu keturunan yang hak... Hingga tercatit dalam sejarah rasmi, pada tahun 1920an, Raja Bendahara terus naik Sultan sedangkan jawatan Raja Muda kononnya tak wujud ketika itu... Mana bley takda Raja Muda... Tipu le engkorang puas-puas... Sebelum tu, sebelum aku tahu cite ni suma, adalah 2-3 orang dah bagitahu bahawa tahun 1920an tu ada kaum kerabat terdekat aku dah kena bunuh kerana perebutan takhta.... Sejak tu le paling banyak cite digelapkan... 

Ah... Apapun, aku bukan pedulik pasal takhta... Aku dah cakap aku benci istana, yang aku suka cuma satu rumah buruk di Janda Baik yang dibawa dari Perak sebab ada semacam rasa yang mengingatkan aku pada satu zaman... Nur pun pernah lepak n tido kat situ dan dapat merasakan apa yang aku rasakan... 

Yang aku dahagakan adalah jawaban... Jawaban yang dapat menutup perjalanan aku yang tanpa henti macam jadik robot kena remote control ni, dah le orang tak faham penat aku camana, pandang buruk kat aku lagi dengan fitnah lagi... Letih... 

OK le, aku rasa cukup le cite ni setakat ni yek... Pas ni cite lain plak yek... 


....................... 


Saudara dan saudari pembaca sekalian, setelah tamat nukilan yang diambil balik daripada Forum CVT ini, diharapkan saudara/saudari jangan pedulikan apa-apa komen sensitif di dalamnya terutama yang melibatkan takhta dan istana. Adapun saya menulis di Forum CVT banyak mengikut gerak hati semasa, maka pendirian atau mood saya (dulu mungkin marah-marah, sekarang lebih tenang) mungkin telah jauh berubah berbanding ketika penulisan itu dibuat. Apapun, saya memaparkan cerita "Mencari Makam Raja Ahmad" ini supaya dapat dikongsi dengan lebih ramai pihak... Selain itu, saya juga ingin melegakan gerak hati yang menyuruh supaya ia diletakkan di sini. Diharap para pembaca faham... Sekian! :]



Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 5

(Posted: 06 October 2006 at 1:50am)

Sekarang baru le aku boleh bagi satu lagi gambo yang aku belum pernah paste kat sini, gambo masjid Pulau Besar kat situ... Baru aku tahu, Perak pun ada tempat nama Pulau Beso... Macam ada makna ni...



............................................

Tulisan ini bukan dari forum. Sekarang perhatikan balik gambar-gambar serta kisah, juga salasilah diraja yang telah dipaparkan dalam siri cerita "Mencari Makam Raja Ahmad"... Apakah ada apa-apa getaran rasa? Ambil masa untuk berzikir dan berfikir...



Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4

Thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT sudah masuk mukasurat 94 barulah cerita pencarian Makam Raja Ahmad disambung kembali sedangkan cerita ini dimulakan pada mukasurat 59. Malah bunga-bunga cerita telah pun diletakkan dalam mukasurat 46 lagi ketika saya "tersangkut" di Kampung Gajah dalam perjalanan mencari makam tersebut! Begitu banyak hal lain yang "menganggu" perbincangan... Begitulah adat orang berforum. 

Selepas menceritakan kembali sebahagian daripada kisah ini seperti dinukilkan dalam artikel-artikel "selingan", cerita pun disambung di sini: 

-------------


(Posted: 06 October 2006 at 1:25am) OK... Recap balik apa yang berlaku hari tu... Aku nak carik Makam Raja Ahmad, masuk le ke Bandar Bharu (bandar tinggal yang dah jadi estet kelapa sawit) ikut jalan kampung lepas Matang Pelanduk, dari Teluk Intan sampai ke tebing Sungai Perak, teksi belah... Aku jalan kaki masuk kanan... Tu yang jumpa masjid tinggal, jalan lagi sikit jumpa makam Sultan Abdul Malik, pas tu baru jumpa kubur Birch... 

Sampai kat kubur Birch pun dah azan pas tu mula gelap... Aku pun berjalan terus menghala utara menyusuri Sg, Perak... Dekat 8.30 malam gitu, setelah dekat 1 jam menapak dari kubur Birch dalam kegelapan dan kesunyian estet, tu yang aku jumpa lori kelapa sawit dengan empat orang pemuda tengah punggah kelapa sawit masuk dalam lori... Dapat le aku tumpang, ingat sampai keluar jalan beso je sebab aku nak carik kedai makan... Tapi depa kata dah takda dah kedai makan, tinggal kat Kampung Gajah je... Dipendekkan cite, depa kesian kat aku, hantar le ke kampung Gajah... Tu yang aku dapat update cite macam ni: (Baca balik cerita yang dinukilkan semasa berada di Kampung Gajah, ada dalam Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3 ) 

OK... Sambung lagi... Malam tu aku ingat nak tido kat Masjid Jamek baru Kampung Gajah, tempat aku biasa lepak kalo sangkut kat sana... Dah singgah dah pun n mandi n solat, pas tu baru keluar pi Internet sampai boleh buat update kat atas tu... Lepas tu, aku lepak le minum kat warung... Sudah kenal satu mamat local, cite punya cite, dia pun bawak aku pi Masjid Jamek lama Kampung Gajah yang katanya ada le umur 100 tahun lebih... Itu le first time aku sampai situ (ke aku dah pernah sampai, rasanya tak kut sebelum tu) dan kat situ le aku tido malam tu... Ni aku paste gambo masjid tu, ambik lepas Subuh le, masih gelap lagi... Tu yang tak clear tu...



Lepas tu ambik gambo tu, mula-mula aku nak rest sikit sebab tak cukup tido, tido pun dekat pukul 5 pagi pas tu dah kena bangun Subuh... Tapi dah kaki aku jadik gatal balik nak berjalan, pi le jalan sat jumpa satu kedai pi breakfast... Hujan sat, tunggu le hujan selesai pas tu jalan kaki pi pekan Kampung Gajah... Satu-satunya perkhidmatan bas dari situ ke Teluk Intan dah lama bergerak... Kalo nak tunggu silap-silap boleh makan sejam dua lagi... Aku pun naik teksi sapu sampai le ke lorong yang sebenarnya terdekat ke Makam Raja Ahmad... Lupa plak nak cakap, aku tahu lorong ni terdekat sebab aku nampak signboard masa malam sebelum tu, masa tumpang lori kelapa sawit tu... Dipendekkan cite, aku pun sampai kat situ... Ini le signboardnya:


Terang bukan? Siap bagi distance lagi... Kalo hari semalam tu aku tahu boleh masuk ikut situ, musti aku dah terus boleh jumpa Makam Raja Ahmad... Tapi Tuhan sengaja nak aku masuk dulu ikut jalan lain... Sebab Tuhan nak aku jumpa masjid lama, pas tu makam Sultan Abdul Malik Mansur Shah, bapa (sebenarnya bapa mertua) Raja Ahmad, pas tu jumpa kubur Birch kot? Aku follow aje le programme Tuhan walaupun penat menapak dalam gelap... Guarantee ada hikmahnya nanti!


Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)

Makam Tok Temong di daerah Kuala Kangsar...


Demi mengikuti apa yang sebenarnya berlaku dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT ketika perbincangan mengenai pencarian Makam Raja Ahmad sedang berlangsung, biar disajikan sedikit cerita mengenai Tok Temong... Tulisan di bawah adalah jawaban kepada persoalan beberapa forumer selepas saya memaparkan gambar batu nesan Tok Temong di forum itu... 


--------------


(Posted: 05 October 2006 at 11:02am) Hmm... Memang batu nesan tu jenis batu nesan Aceh tapi lain sikit daripada batu nesan Raja Merah Silu @ Sultan Malikus Salih... Yang aku post tu batu nesan kat Makam Tok Temong.... Designnya lebih-kurang sama dengan beberapa batu nesan Makam Raja-Raja Beruas kat Kampung Kota, Beruas... Ni, biar aku copy n paste daripada satu website... (tengah rasa malas nak menaip cite ni...) 



TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG) 

Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong. 

Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak. 

Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak. 

Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak. 

Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. 

Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan. Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.


Sampai bila berpetualang (kira selingan jugalah ini...)

Dalam menceritakan mengenai pencarian makam Raja Ahmad tadi, ada forumer yang mengemukakan beberapa persoalan mengenai buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang diterbitkan Jun 2006. Maka saya tergerak untuk menjawabnya dengan sedutan daripada bab terakhir buku itu, bab yang bertajuk "Sampai bila berpetualang"...

----------

(Posted: 04 October 2006 at 2:39pm) Ni, aku tergerak nak post sedutan daripada chapter terakhir dalam buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", bab bertajuk "Penutup: Sampai bila berpetualang?"... Saja nak ajak kawan fikir, kenapa aku tulis buku... Bacalah.... 


PENUTUP:
SAMPAI BILA BERPETUALANG?


Yaa ayyatuhan nafsul mutmainnah. Irji’i ilaa rabbiki radhiatam mardiyyah. Fadkhuli fi ‘ibadi. Wadkhuli jannati.” “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba Ku. Dan masuklah ke dalam syurga Ku.”

- Surah Al Fajr, ayat 27-30.


Seorang sahabat pernah bertanya, apakah tujuan sebenar Rasyid menulis buku mengenai Aceh serta kaitannya dengan Nusantara ini. Apakah maksud yang ingin dicapai dan apakah yang diharapkan akan terjadi apabila buku itu siap lalu menemui khalayak ramai nanti... 

Semasa itu, anak muda ini baru menyiapkan 50 peratus isi buku dan telah membuat draf untuk kulitnya yang mengandungi beberapa rangkap pantun yang dicipta secara spontan untuk mengisi ruangan di belakang. Sekadar supaya dapat membayangkan bagaimanakah rupa buku itu bila siap nanti. Dia pun menunjukkan draf kulit yang dicipta menggunakan perisian komputer Microsoft Paint kemudian Photoshop Adobe itu kepada sahabat ini untuk mendapatkan pandangan ikhlasnya... Adakah ia boleh menarik perhatian pembaca di pasaran, adakah ia boleh membuat orang ingin melihat kandungannya lalu membeli buku itu? 

Tetapi sahabat ini kurang memandang reka-bentuknya, lebih tertarik kepada ayat terakhir dalam pantun di kulit belakang yang berbunyi: 


Bertahun kembara tak henti-henti, 
Mencari erti dan juga diri,
Jiwa sepi menangis sendiri, 
Harta dicari tak kesampaian lagi


Lalu dia bertanya jika Rasyid ingin cuba mencari harta lama di Aceh. Katanya, dia ada terjumpa kisah harta karun yang tersembunyi di sebuah kerajaan lama bernama Bolongan di Pulau Borneo, selepas melihat sebuah rancangan televisyen, kalau tak silap dalam Discovery Channel di Astro. Tambahnya, beberapa orang kenalan pula telah mendapat mimpi menyuruh mereka mencari harta itu. Maka sahabat ini ingin tahu jika anak muda itu telah mendapat ‘alamat’ yang serupa sehingga tergerak menulis buku.

Lama juga Rasyid termenung memikirkan apakah yang patut dijawab. Sahabat ini mengaku telah memahami hakikat sebenar kehidupan dan segala yang tersurat dan tersirat di sebalik pengajian ilmu Tasawuf. Malah dia sering menganggap dirinya sudah ‘sampai’ kepada matlamat sebenar, sudah mengenali Allah dengan sebenar-benar perkenalan! Tahu apa itu rahsia Hakikat dan Makrifat... Tetapi sahabat ini juga nampaknya masih mengidamkan harta dunia lalu menganggap pemuda itu berfikiran serupa. Sedangkan maksudnya lain, jauh berbeza daripada apa yang dikata... 

Anak muda berdarah Aceh ini agak kecewa dengan persangkaan buruk sahabatnya. Dia sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup yang mampu diperolehi melalui kedudukan keluarga, saudara-mara serta kenalan berada, sanggup mengenepikan kelulusan tinggi dan kerjaya high-profilenya sebagai seorang wartawan akhbar terkemuka berbahasa Inggeris yang menyebabkannya dikenali ramai pihak atasan. Sudah masuk empat tahun Rasyid berkelana ke sana ke mari bagaikan seorang fakir semata-mata untuk mendapatkan jawaban kepada segala persoalan yang membelenggu jiwanya sejak kecil lagi. Apakah patut sahabat itu menganggapnya sekadar berminat untuk mencari harta lama? 

Anak kelahiran Muar, Johor itupun bertanya: “Pernah dengar tak firman Allah mengenai kuntu kanzan, harta yang tersembunyi?” 

Sahabat itu jawab pernah. 

Dia menyambung: “Bukankah Allah telah berfirman, Aku ini harta yang tersembunyi. Aku cipta makhluk-makhluk supaya Aku dapat dikenali.” 

Hamba Allah itupun mengangguk. 

“Harta itulah yang aku cari, bukannya emas, bukan intan berlian!” kata pencinta ilmu dan kebenaran itu, membuatkan rakannya terdiam lama... 

Dia pun menunjukkan draf kulit buku yang sedang diusahakannya kepada kawan-kawan lain pula. Sekurang-kurangnya ada juga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang isinya selepas melihat draf cover design itu, tertarik kerana ilustrasi yang diketengahkan, menggunakan sebuah peta Aceh yang agak berwarna-warni disulami corak berbunga-bunga yang bermotifkan seni Melayu purba.

Topik perbincangan pun beralih kepada isi dan kandungan buku, mengapa fokus kepada Aceh, tidak kepada keSultanan Melaka yang lebih dikenali mereka walaupun cerita mengenai kerajaan kebanggaan Melayu ini turut dimuatkan sama? Mengapa sampai mengaitkan bumi Serambi Mekah itu dengan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara malah boleh pergi lebih jauh ke Timur Tengah... Keluar pula cerita para wali terutama Sultanul Awliya, Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Mengapa Rasyid banyak memperihalkan tentang perjuangan cucu sulung Rasulullah SAW, Saidina Hassan dan anak cucu keturunannya. Sedangkan umum lebih mengenali peranan keturunan adindanya Saidina Hussein, terutama kaum Alawiyin dari Hadramaut yang sering digambarkan sebagai para pendakwah yang bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke bumi Timur ini...

Tidak lama kemudian, sahabat tadi bertanya lagi apakah tujuan sebenar Rasyid menulis. Nampaknya dia masih belum berpuas hati dengan jawaban yang diberi, ada rasa curiga terhadap niat sebenar pemuda itu. Susah sangatkah untuknya mempercayai rakannya tidak mempunyai apa-apa kepentingan keduniaan dalam mengusahakan buku ini? Salahkah meluahkan apa yang terbuku di dada agar dapat melegakan beban pengetahuan yang dipikulnya selama ini? Hendak tidak hendak, Rasyid terpaksa memberikan jawaban yang lebih padat, satu penerangan radikal yang mungkin boleh menyebabkan kebanyakan orang “pecah kepala”... 

Pemuda itupun bertanya: “Kamu pernah dengar tak talkin yang dibacakan untuk mayat selepas dikebumikan? Talkin yang bermula dengan ayat Yaa ayyatuhan nafsul mutmainnah, wahai jiwa yang tenang?” Sahabat itu kata pernah... “Hah... Kalau begitu tentu kamu boleh faham makna mendalam di sebalik talkin ini. Senang cerita, itulah tujuan sebenar aku menulis buku... Nak lepas tension! Itu aje...” Rasyid mengaku. “Aku rasa ada tanggungjawab untuk menyebarkan cerita yang aku tahu. Bila sudah selesai barulah aku boleh merasa tenang. Aku cuma mahu ‘kembali’ kepada Dia. Tapi nak ‘kembali’, mesti tunaikan dahulu tugas masing-masing kan?” 

Memang jawabannya pelik. Macam tak sabar nak mati pula bunyinya... Tetapi itulah yang dirasakannya ketika itu. Kerana seperti diceritakan pada awal buku ini, anak muda ini telah kehilangan rasa kampung halaman, rasa home sweet home sejak berumur 12 tahun lagi. Ketika mula menulis buku itu, umurnya telah melepasi 34 tahun tetapi Rasyid masih belum terjumpa rumah dan kampung halaman sebenar yang dicari-carinya selama ini. Ertinya, sudah lebih 22 tahun pencinta kebenaran ini berjalan ke sana ke mari dengan jiwa seorang musafir, tanpa tempat tinggal tetap yang mampu memberikannya kerehatan dan ketenteraman jiwa yang dicari-cari... 

Walaupun zahirnya, dia masih memiliki ibubapa, ramai ahli keluarga dan saudara-mara, kawan serta kenalan dari pelbagai golongan masyarakat di merata tempat seluruh Malaysia, banyak pula rumah yang boleh dijadikan tempat berteduh, hakikatnya, jiwanya sudah begitu lama kesepian dan dia sudah terasa amat penat. Rasyid ingin sangat berehat tetapi setakat ini, tempat yang dapat memberikan rasa home sweet home yang diidam-idamkannya cuma terdapat dalam mimpi sahaja. Jadi apa lagi dia boleh buat? Takkan nak lepaskan dalam buku pun tak boleh?

Memang Rasyid sudah lama ingin menulis buku tetapi dengan niat yang kurang murni... Suatu masa dahulu, pemuda ini pernah menyimpan cita-cita megah untuk menjadi somebody, seorang pemimpin besar yang disegani. Ketika itu, Rasyid sangat bernafsu untuk menjadi seorang manusia berkuasa yang memiliki pengaruh terhadap segenap lapisan masyarakat. Sejak kecil lagi, dia sudah terbiasa menjadi ketua rakan-rakan sebaya, selalu memerintah orang suruh buat itu buat ini walaupun pengaruhnya lebih ketara di kalangan golongan mereka yang agak nakal. Maka sejak mengenali dunia penulisan melalui kerjaya sebagai wartawan 10 tahun lalu, hamba Allah ini mahu mengarang buku... Untuk mencipta nama supaya boleh cepat melangkah melepasi halangan lazim demi menjadi orang yang berpengaruh di persada politik dan kemasyarakatan tanahair. 

Kebetulan Rasyid juga meminati bidang sains sejak kecil lagi, terutama cabang-cabang ilmu yang memerlukan pemikiran analitik dan kritis yang mendalam. Maka itu dia telah melanjutkan pelajaran ke England dalam jurusan matematik dengan niat untuk menjadi seorang saintis dan pemikir berpengaruh yang memiliki kedudukan dalam dunia politik. Tetapi perubahan jiwa yang melandanya di London menyebabkannya terasa semakin jauh dari dunia sains dan teknologi. Ini mungkin berlaku kerana kecenderungannya terhadap pengajian Tasawuf yang berputik selepas tamat SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) mula mengambil-alih... 

Minatnya terhadap dunia politik pula mulai pudar apabila melihat gelagat rakan-rakan yang aktif dalam kelab politik dengan niat yang serong, supaya mendapat kedudukan tinggi yang akan memudahkan mereka untuk memperolehi pink slip, saham khas Bumiputera atau lain-lain ‘imbuhan’. Senang cerita, ramai yang mahu jadi kaya cepat melalui pengaruh politik, bukan untuk membela nasib agama, bangsa dan negara! Mentang-mentanglah mereka selalu diwar-warkan sebagai bakal pemimpin negara alaf akan datang... Agaknya pada mereka ini, politik adalah permainan hidup sahaja, macam main wayang kulit untuk meraih keuntungan dunia... Orang sebeginilah yang banyak menguasai dunia politik sekarang. Kalau berbakti pun, setakat untuk kelihatan ‘ikhlas’ membela masyarakat demi meraih sokongan yang membolehkan mereka memanjat tangga kuasa. Maklumlah, tanpa kuasa dan pengaruh, macamana nak dapatkan pink slip? Bagaimana hendak memperolehi habuan besar demi mencapai cita-cita hidup di kalangan the rich and famous dan bergaul dengan para artis cantik? 

Pada kebanyakan orang sekarang, itulah kegunaan politik. Sebab itu ramai di antara mereka yang suka membaca buku The Prince karangan Nicolo Machiavelli, manual percaturan politik yang menggalakkan prinsip matlamat menghalalkan cara... Apa-apa sahaja boleh dihalalkan, baik penipuan, penyelewengan malah membunuh orang, apalagi rasuah! Agama, bangsa dan negara boleh dipermainkan secukup rasa. Kalau perlu, berlagaklah seperti ustaz yang pandai membaca doa, boleh pula bertutur dalam bahasa Arab dengan petah asalkan matlamat untuk menjadi orang yang berkuasa mampu dicapai. Yang penting, jangan pecah tembelang... 

Ah... Masyarakat umum jarang dapat mengetahui sifat sebenar orang-orang sebegini, para manusia yang pandai bertopengkan penampilan alim ulamak atau ‘bermain teater bangsawan’ berlagak seperti pejuang agama, bangsa dan negara sedangkan jiwa mereka adalah jiwa syaitan! Paling tidak pun hipokrit, fasik... Mereka begitu pandai menanam tebu di bibir, mempamirkan sifat-sifat muluk ketika disoal para wartawan untuk mengisi ruangan suratkhabar atau menonjolkan diri sebagai pemimpin disegani di kaca TV. Bukankah ‘kitab induk’ The Prince mengajar ‘para serigala’ ini supaya bersembunyi di sebalik kulit kambing biri-biri? Kononnya ini perlu untuk mentadbir negara dengan berkesan. Malah ia juga mengajar, untuk mencapai niat murni (kalau mereka memiliki niat murni...) supaya masyarakat beroleh kesejahteraan, mahu tak mahu seseorang pemimpin itu perlu juga berlaku curang di sebalik lakonan sifat mulia! Seolah-olah inilah hakikat kehidupan yang mutlak dan tidak boleh disanggah lagi. 

Sebab itu buku ini terkenal dengan ungkapan the ends justify the means, matlamat menghalalkan cara. Sebab itu juga ia diberi nama The Prince... Putera raja! Seolah-olah itulah sifat sebenar seorang anak raja yang bakal memegang pentadbiran negara. Padahal ideologi serong ini adalah usaha gerakan Zionis terdahulu untuk menakluki dunia, dengan merosakkan cara pemikiran para pemimpin sehingga masyarakat turut merana... 

Rasyid percaya, kalau mengikut cara Nabi, politik adalah ilmu siasah suci yang perlu untuk menangani keperluan hidup bermasyarakat supaya mereka dapat mencapai kesejahteraan abadi. Seorang pemimpin mestilah bersih zahir dan batin terutamanya hati dan ini boleh dicapai melalui kaedah penyucian Tasawuf. Inilah amalan Raja-raja Melayu dahulukala sehingga mereka digelar zilullah fil alam, bayangan Allah di muka bumi. Lalu terbitlah kelebihan serta daulat yang menyokong pemerintahan seorang raja! 

Sebaliknya manusia zaman sekarang telah diajar supaya mengambil jalan kosmetik untuk menerbitkan ‘daulat’ palsu supaya kelihatan seperti pemimpin gah yang berkarismatik, mampu mengambil hati masyarakat umum lalu boleh memenangi undi dan mendapatkan takhta politik. Maka itu pemimpin moden sering disokong para ‘penulis skrip’, image consultant, penasihat dan setiausaha politik, pakar perang saraf dan saikologi malah dukun dan bomoh sekali supaya penampilan mereka sentiasa hebat dan perbuatan mereka nampak ‘ikhlas’ belaka dalam menjaga kebajikan masyarakat walhal tidak... Mereka cuma ingin memenuhi nafsu besar sendiri untuk menjadi manusia berkuasa yang dituruti segala titah perintah, boleh mendapatkan sebanyak wang dan harta yang dikehendaki dengan senang, dapat mengumpan perempuan-perempuan cantik terutama golongan artis dan glamour seterusnya dianggap sebagai lelaki hebat dari segala segi! 

Maka itu ramai yang bercita-cita menjadi pemimpin baik dalam dunia politik juga kewangan suka membaca buku-buku motivasi dengan tajuk-tajuk yang berbunyi lebih kurang begini - How to win friends, How to be influential, How to become a millionare, How to turn foes into friends, Think like a winner, that sort of thing... Kalau dalam bahasa Melayu, bagaimana cara memenangi hati kawan, bagaimana mahu jadi berpengaruh, bagaimana mahu jadi jutawan, bagaimana hendak menukar lawan jadi kawan, cara berfikir seorang pemenang dan tajuk-tajuk yang ‘sewaktu’ dengannya. 

Pendek-kata mereka diajar supaya kelihatan menarik, baik, ikhlas, berbudi-bahasa, semuanya sifat muluk-muluk belaka supaya ‘berjaya’ dalam kehidupan. Orang-orang ini juga ditunjukkan cara untuk mendapat pengiktirafan umum sebagai kayu pengukur kemajuan bahawa jalan hidup mereka adalah ‘benar’. Itulah bukti apa yang diamalkan mereka ‘dirahmati’ Tuhan! Jarang terdapat manusia yang betul-betul jujur dan ikhlas, berbakti kepada masyarakat tanpa perlu diketahui malah disedari orang. Kalau boleh semua ‘khidmat’ mahu diumumkan kepada seramai yang mungkin sebagai bukti bahawa mereka memang pernah memberi sumbangan ‘ikhlas’ demi kesejahteraan orang lain. Itulah tanda masyarakat prihatin sekarang! 

Maka sia-sialah kata-kata Rasulullah SAW: Memberi dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu! Muncullah ideologi-ideologi sealiran sehingga ilmu Tasawuf yang suci pun boleh dikorporatkan! Cari duit sebanyak yang mungkin sementara umur dan peluang mengizinkan. Bila sudah cukup nanti gunakanlah untuk berbakti kepada masyarakat. Malaysia boleh! 

Disebabkan keadaan semasa yang menggalakan penipuan moral sebeginilah, ditambah pengalaman melihat kerenah kawan-kawan lama yang turut terpengaruh dengan ideologi terbabit terutama di London maka Rasyid yang sejak kecil kurang gemar pada wang dan harta menjadi benci langsung pada duit dan politik. Adakah patut ahli-ahli kelab sebuah pertubuhan politik Melayu di London melobi sokongan para menteri dan pemimpin atasan tanahair untuk menaja percutian mereka ke Sepanyol atas alasan untuk meningkatkan daya kepimpinan mereka supaya dapat menjadi ketua-ketua masyarakat yang berwibawa nanti? Apakah ‘kewibawaan’ yang mereka pelajari dengan cara ini? Cara-cara untuk melobi dengan lebih berkesan? Supaya lebih senang mendapatkan kontrak dan segala macam habuan apabila kembali ke tanahair nanti? Mentang-mentanglah mereka senang mendapat hubungan terus kepada pihak-pihak yang memegang tampuk kekuasaan. Maklumlah para pelajar universiti-universiti terkemuka di England, bakal pemimpin alaf baru nanti! 

Itulah bahana duit dan permainan dunia politik. Jangan hairanlah jika sesetengah mereka yang terlibat, kenalan-kenalan lama Rasyid juga telah menjadi para jutawan, ahli perniagaan dan para pemimpin muda yang berkuasa menentukan nasib agama, bangsa dan negara! 

Pemuda itu tidak begitu marah jika orang-orang ini sedia mengaku penyamun tarbus... Memang kerja penyamun melangsaikan harta orang, mungkin juga jiwa-raga manusia! Dia juga masih boleh menerima ahli perniagaan ‘kaki belit’ dan ‘kaki sembelih’ kerana orang berniaga selalu memikirkan keuntungan. Jarang yang benar-benar prihatin terhadap tanggungjawab sosial, apalagi tugas sebagai orang Islam yang diberikan kesenangan untuk diagih-agihkan kepada golongan marhain. Bukankah setiap orang Islam bertanggungjawab terhadap kesejahteraan jiran, kalau tak salah ingatan, di dalam lingkungan 40 buah rumah di sekelilingnya? 

Rasyid geram kerana ramai yang memasuki dunia politik untuk mendapatkan tiga ta... Wanita, takhta dan harta. Sanggup mempermainkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, senang-senang menjual maruah agama, bangsa dan negara tanpa segan-silu dan rasa bersalah! Itulah yang membuat pemuda ini begitu benci terhadap politik dan duit... Sudahlah kecenderungannya terhadap dunia sains dan teknologi sudah pudar, maka dia pun kembali ke tanah air penghujung 1995 dalam keadaan terkapai-kapai dan kehilangan arah, tidak tahu lagi apakah kerjaya yang sesuai.