Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 05, 2025

Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung

Malam ini timbul rasa untuk melepaskan satu gerak penceritaan yang mungkin agak bercelaru. Biar  disulam dengan apa yang berlaku beberapa hari kebelakangan lalu.




Merujuk pada artikel Menyahut panggilan Tuanku Tambusai @ Sheikh Abdul Wahab di Seremban? yang dipersembahkan Jumaat lewat malam Sabtu 31 Oktober. Adapun penceritaan meliputi tempoh masa Ahad 26 hingga Isnin 27 Oktober. Sekarang menyambung daripada hari seterusnya Selasa 28 Oktober 2025. Saya menghantar isteri untuk satu urusan di Bukit Raja, Klang kemudian masuk ke pusat bandar. Sebelum mengambil kembali beliau singgah di satu masjid luar bandar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sirajuddin Al-Anuar, Batu Belah, Klang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)




Malam itu dibuat edisi ke-11 "Merah Silu Live" melalui Tiktok. Tonton video atas. Tumpuan diberikan pada perjalanan berikut :-






Rabu dan Khamis 29-30 Oktober lebih banyak melepek di rumah. Pagi Jumaat 31 Oktober baru keluar lagi. Kali ini seorang diri mahu menaiki puncak beberapa bukit di sekitar Kuala Lumpur.



Sudah dikongsikan beberapa cerita melibatkan pendakian bukit/gunung di CATATAN SI MERAH SILU. Terbaru :-








Sekarang biar diberitahu. Sejak pertengahan Ogos saya jadi kemaruk memikirkan apakah bukit dan gunung yang pernah dipanjat sejak kecil. Pada 18 Ogos mula membina senarai sambil cuba menggali ingatan dan rekod. Punyalah kemaruk sampai ditinggalkan langsung penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Fikirnya biar dilepaskan dan diturutkan gerak ini sampai puas, baru menyambung kembali penulisan tesis.



Setelah beberapa lama dapatlah dibina senarai yang cukup komprehensif. Diliputi namun ditanda lalu dibezakan pendakian berjalan kaki dengan pendakian yang boleh dibuat dengan kenderaan. Atau naik kenderaan sampai satu tahap kemudian baru menyambung dengan kaki. Sudah alang-alang begitu dimasukkan juga tempat-tempat tinggi yang kebetulan perlu dilalui dengan kenderaan untuk mencapai suatu tempat. Maka boleh dinyatakan sejak bayi lagi dah selalu naik kereta hingga mencapai ketinggian 630 meter dari paras laut, bahagian tertinggi jalan lama Pahang untuk kembali ke rumah Nenek di Raub. Namun mula mendaki sendiri bukit-bukit pada umur sekitar 7 tahun, cuma ke paras 240 m.d.p.a, bermula dari rumah Nenek yang terletak sekitar 155 m.d.p.a.

Oh. Gambar atas menunjukkan bahagian tertinggi kawasan perumahan di Ukay Perdana, pada paras sekitar 260 m.d.p.a. Gambar diambil dari kawasan tertinggi tanah perkuburan berdekatan yang mencapai 245 m.d.p.a. Pertama kali saya mendaki sampai ke puncak tanah tinggi yang layak dipanggil gunung adalah ke Gunung Lambak 510 m.d.p.a. Ini adalah ketika Tingkatan 1, tahun 1983. Ketika itu bersekolah asrama penuh di Sekolah Menengah Sains Johor lalu mengikuti aktiviti pengakap termasuk berkhemah dan bermalam di kaki gunung.



Zoom in. Saya pertama kali menyedari ketinggian Ukay Perdana apabila tergerak keluar meninjau malam-malam 27 September. Tinjauan merupakan antara salah satu manifestai kemaruk membuat senarai panjat bukit dan gunung yang dimulakan 18 Ogos. Sedangkan saya sebenarnya telah sampai ke tanah perkuburan tersebut tetapi pada paras bawah sedikit, 220 m.d.p.a apabila menghadiri pengkebumian jenazah seorang bapa saudara 25 Jun. Saya ingat tarikh-tarikh ini kerana dapat mencari rekod dalam koleksi gambar juga/atau dalam CATATAN SI MERAH SILU. Seingat saya itulah kali pertama pergi ke Ukay Perdana dan sekitar. Pagi Jumaat 31 Oktober baru dapat sampai ke bahagian tertinggi itu. Singgah sekali ke tempat-tempat berikut :-







Berbalik pada hal Gunung Lambak. Saya pernah mendaki lagi tahun 1985 bersama rakan-rakan sekelas selepas tamat peperiksaan SRP (Sijil Pelajaran Malaysia). Dalam tempoh masa berkenaanlah seingat saya pertama kali dibawa bapa ke Cameron Highlands dengan kereta (hingga 1,630m) dan Genting Highlands (1,750m). Awal 1998, ada mendaki lagi Gunung Lambak, seorang diri pada bulan puasa. Ini adalah di celah-celah perjalanan solo menunggang motosikal besar pusing Semenanjung. Sempat naik ke Cameron Highlands kemudian ke Penang Hill (833 m), Bukit Larut atau Maxwell Hill (1,250m), Gunung Jerai (sampai ke rumah peranginan 986m) juga Gunung Ledang (sampai ke pencawang 1,250m). 

Gambar atas ini diambil daripada bangunan di belakang masjid Bukit Antarabangsa. Sebelum itu sempat bersolat Jumaat di masjid kemudian mendaki puncak yang harus tertinggi dalam lingkungan terdekat kawasan perumahan berkenaan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Bukit Antarabangsa diikuti Going up to a peak of Bukit Antarabangsa di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Apabila disusur kembali perjalanan-perjalanan lama banyak juga bukit dan gunung telah didaki walaupun saya bukanlah seorang pendaki tegar, setakat suka-suka sambil melihat alam sekitar. Saya pernah mendaki bukit tertinggi di Pulau Pangkor (350m) bersama sekumpulan pelajar zaman kolej tahun 1989. Semasa zaman menjadi pelajar University College of London 1991-1995 pernah mendaki bukit Arthur's Seat di Edinburgh, Scotland (251m) tahun 1993 dan beberapa bukit kecil. Ketika berjalan pusing 11 buah negara di Eropah musim panas 1995 pernah mendaki sebuah bukit di Bratislava, Slovakia sehingga paras 400m dan istana berkubu di Salzburg, Austria (610m). Pernah berbasikal menaiki bukit melepasi pekan kecil Walzenhausen di Switzerland sehingga paras 800m, pernah menaiki kereta api gunung Rigi Kulm sebelum berjalan kaki sedikit ke puncak 1,797m.




Semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times 1996-2001 pernah mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke puncak tertinggi 4,095m, 22-23 Jun 1997. Kalau ke Fraser Hill dengan motosikal juga kereta sehingga paras 1,270m sudah banyak kali sejak tahun 1998. Kemudian-kemudian bermula tahun 2008 baru sampai ke paras tertinggi 1,325m. Saya pernah mendaki Gunung Nuang (1,493 m) seorang diri dari Janda Baik hingga ke puncak kemudian sesat 19 jam dalam perjalanan turun ke Hulu Langat tahun 2003. Sudah sampai ke puncak Gunung Brinchang (2,032m) 13 Ogos 2012 sebelum pergi lagi 7 Okt 2017 lalu mendaki Gunung Irau (2,110m) pada hari yang sama. Oh. Ini adalah Bukit Tabur di Hulu Klang setinggi 396m dilihat dari bangunan belakang masjid Bukit Antarabangsa. Alhamdulillah saya sudah 2 kali mendaki seorang diri, pertama kali sampai ke paras sekitar 330m, kali kedua baru sampai ke puncak tertinggi.



Ukay Perdana di sebelah kiri gambar. Di tengah terdapat kawasan perkuburan yang boleh membawa ke puncak bukit berdekatan (ke kanan) setinggi 300 m. Ini antara sasaran saya akan datang. Dari tempat yang sama, tetapi pada malam 27 Sep baru dapat melihat Ukay Perdana terletak lebih tinggi dari Bukit Antarabangsa.



Dahulu ketika semasa bertugas sebagai wartawan NST saya selalu juga ke Bukit Antarabangsa kerana ada seorang teman wanita menetap di sana. Tetapi semasa itu tak berapa ambil peduli sangat ketinggian tempat walaupun sejak kecil memang suka melihat bukit dan gunung. Gambar ini diambil di satu bahagian Bukit Antarabangsa. Selepas itu mendaki lagi satu puncak. Lihat Going up to another peak of Bukit Antarabangsa.



Ini pula di puncak Bukit Ulu Pudu petang Jumaat. Lihat The peak of Bukit Ulu Pudu. Dengan pendakian ini selesailah satu bab kemaruk, sejak pertama kali menyedari kewujudan bukit setinggi 165m ini selatan bandar raya Kuala Lumpur sekitar sebulan setengah lalu. Sukacita dimaklumkan hampir semua bukit di sekitar bandar raya telah didaki. Antaranya Bukit Kiara (258m) pada 14 Jul 2024 (selepas itu 2 kali lagi), Bukit Dinding (291m), 4 Sept 2024, Bukit Besi (juga 291m) 13 Sept 2024 dan Bukit Lanjan (335m) 1 Okt 2024. Dan masih lagi didaki oleh diri ini yang kini mencapai umur hampir 55 tahun.


Taklah hebat apa. Ramai lagi yang lebih kuat dan bertenaga. Tetapi cukuplah dalam keadaan menyedari saya ni kadangkala dilanda masalah pernafasan selain selalu bisa-bisa badan. La ni ada kecedaraan lama tulang belakang kembali terasa. Selalu juga mendaki bukit-bukit sekitar kawasan perumahan di Sungai Buaya (dari 100+m hingga 200+m) selain beberapa bukit luar. Antaranya Bukit Baginda (450m) 14 Jun 2025, Bukit Taisho (naik semua puncak yang ada, paling tinggi 348m) 16 Jun 2025 dan Bukit Penarikan (332m) 16 Jun 2025 di Negeri Sembilan, Bukit Mor (233m) 12 Jan 2019 dan Bukit Pengkalan (226m) 16 Ogos 2025 di Muar juga semua puncak di Bukit Payong (tertinggi 244m) 2 Mei 2025.  Ini pula pada keesokannya Sabtu 1 November.



Saya dan isteri keluar melihat rumah kami yang di Hulu Langat selepas lama tidak ke sana.



Lewat petang pergi ke Putrajaya untuk satu majlis perkahwinan. Ketika itu sudah kena sakit tekak, lepas Isyak tak boleh keluar suara. Esoknya petang Ahad 2 November kena bercakap untuk satu podcast. Nasib baik dapatlah keluar cukup suara. Selepas itu kena shutdown balik.



Ini pula tadi Rabu malam Khamis 5 Nov. Sepatutnya saya hadir ke majlis berkenaan di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak. Sudah beritahu sejak lebih seminggu lalu kepada guru merangkap penyelia saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, Rektor UIAM, pensyarah majlis ini bahawa akan datang. Sebaliknya apabila sampai masanya tak jadi kerana memang tak sihat. Tekak masih sakit, nak keluar suara susah. Badan demam-demam. 

Malah isteri saya pun sedang demam teruk ni, anak bujang kami pun sama. Itu yang sampai terlupa, sepatutnya semalam Selasa malam Rabu 4 Nov diadakan edisi ke-12 Merah Silu Live melalui Tiktok. Alahai. Tak pernah terlupa sejak dimulakan 3 bulan lalu. Tadi lewat petang baru teringat. Tetapi sudah terlewat.

Sebagai mengakhiri artikel ini biar diletakkan penulisan berikut seadanya...


----------------


Mula menghampiri format sekarang apabila mempersembahkan artikel-artikel berikut pada 30 Jun 2007 :-






Artikel bersekitar lawatan ke Bukit Fraser 23-24 Jun bermula dengan pergerakan menaiki bas awam dari Kuala Lumpur 21 Jun


Gaya penceritaan lebih teratur memanfaatkan ARTMELAYU dan BERPERTUALANG KE ACEH mula dibentuk Nov 2008 - Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam

April 2009 nampaknya baru mula meletakkan tarikh jelas bagi permulaan aktiviti 

Januari 2010 nampak atur letak ARTMELAYU dan BERPETUALANG KE ACEH Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Menyusuri kembali jalan ke Teluk Ramunia dan Tanjung Pengelih 


------------ 


Sebenarnya ini adalah antara pengisian yang cadangnya mahu dikongsikan apabila betul-betul selesai membuat senarai panjat bukit dan gunung. Saya mahu menunjukkan evolusi gaya penulisan dan cara mengatur perkara sejak CATATAN SI MERAH SILU dimulakan hampir penghujung 2006. Sebaliknya terbit artikel ini bersulamkan aktiviti beberapa hari kebelakangan terutama panjat bukit pada hari Jumaat 31 Oktober. Ini kerana diganggu kegelisahan fikiran mencapah pelbagai arah, pada kala telah menyambung kembali penulisan tesis dalam tempoh 2 minggu kebelakangan, setelah mendapat maklum balas terbaru dari penyelia. Semoga dengan terlepasnya penulisan ini fikiran jadi kembali teratur lalu penulisan tesis menjadi lancar mencapai matlamatnya. Doakan saya ya. Amin. :]