Salam. Saya tak pasti nak sebut ini sebagai sukacita ke dukacita. Cuma terasa harus dimaklumkan tinggal 7 sahaja naskah buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) atau BKA I yang boleh dibeli. Tak tahulah jika masih ada lagi terselit di mana2 kedai. Yang pasti sejak 2-3 tahun ini, untuk siri novel BKA saya tidak lagi berurusan dengan mana2 kedai buku mahupun pengedar kecuali seorang kawan. Itupun stok yang diberikan kepadanya sudah habis semuanya pada Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC yang tamat Ahad lalu.
Sekadar untuk memberikan perspektif, buku itu dicetak 3,000 naskah tetapi diterima 3,048 kesemuanya untuk menghabiskan gulungan kertas, satu perkara biasa dalam industri percetakan. Ia tidaklah sebanyak buku2 panas seperti novel cinta bersandarkan populariti artis yang kadangkala dicetak 10,000 sekali pergi namun tetap satu pencapaian yang tinggi kerana merupakan genre travelog sejarah yang ada cerita kesufian yang bukanlah kegemaran masyarakat umum terutama di Malaysia. Apabila kawan tadi diberitahu tinggal 8 naskah sahaja (1 saya simpan untuk diri sendiri, itupun tak ingat letak kat mana. Yang pasti bila disemak memang tinggal 7 dan itulah yang tinggal boleh dibeli) dia menyangkakan itu adalah baki dari 1,000 naskah dicetak. Agak terperanjat dia apabila disebut saya sebenarnya mencetak 3,000. Ini kerana sebagai penjual buku2 berbentuk akademik yang rata2 susah ditemui di kedai2 biasa dia tahu bukanlah senang menjual buku seperti BKA kerana memiliki khalayak yang terhad.
Semasa BKA dicadangkan mahu diterbitkan satu syarikat besar 8 tahun lalu (sebelum saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya sendiri) mereka setakat berani mencetak 500 naskah dahulu. Itupun sebahagian isi mahu diubah agar lebih komersial sedangkan ini melanggar prinsip jujur perkongsian dan luahan ilmu saya. Hakikatnya di luar sana banyak buku yang tidak mengikut trend kegemaran pasaran cuma dicetak sedikit sahaja. 500 naskah itu perkara biasa, kalau ada permintaan selepas itu barulah dicetak 1,000 untuk cetakan kedua, itupun selalu 500 lagi sahaja. Maka itu jika sesuatu buku bukan mengikut trend dicetak berulang kali ia sudah dikira popular. Namun ini tidak menghairankan pada mereka yang sudah faham industri. 6 kali cetak yang mungkin disebut sebagai bukti ia laris itu mungkin cuma bermakna 3,000 sahaja dibuat (6 x 500). Atau paling banyak 6,000 iaitu 6 x 1,000.
Tinggalnya 7 sahaja naskah dari 3,048 buku BKA I yang dicetak 7 tahun lalu sebenarnya adalah satu pencapaian yang tinggi untuk buku jenis ini. Dengan itu biar dimaklumkan saya tidak bercadang untuk membuat ulang cetak kerana terasa tak mampu lagi menanggung kos keseluruhan penerbitan yang termasuk penyimpanan sementara menunggu stok habis. Realiti dunia penerbitan, sebenarnya banyak buku harus disimpan lama kerana tidak begitu laris atau lambat dibeli. Tanya sahaja orang di DBP misalnya. Kita dengar nama2 hebat seperti A. Samad Said (maaf Pak Samad, saya cuma memberi contoh) dengan buku2 sajaknya. Tapi tahukah anda buku2 begitu, apatah lagi tulisan ahli akademik yang tidak memilik nama cukup gah berlonggok tersimpan di stor syarikat kerana masyarakat awam tidak mahu membelinya?Kalau dapat dijadikan pembacaan atau teks wajib di sekolah barulah ia bergerak...
Sebab itu juga jualan Big Bad Wolf di The Mines baru ini boleh menjual buku pada 10% harga pasaran atau lebih murah. Ia sebenarnya longgokan buku dalam simpanan dan mahu clear stock dari luar negara. Maka secara efektifnya 7 naskah terakhir BKA yang ada untuk dibeli sudah jadi rare item. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya, seelok2nya satu set dengan BKA II dan BKAII. Lihat panduan di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
Oh. Berbalik pada hal kawan lama, kawan yang membeli satu set buku. Adapun namanya ada disebut dalam satu perenggan buku. Biar disertakan links cerita berkaitan...
Beberapa lagi cerita kenangan Muar boleh dilihat di sini...
Cerita-cerita Muar dalam "Berpetualang ke Aceh"...
Tempat jatuh lagi dikenang...
Views from on top of Muar town...
Muar river cruise part I...
Muar river cruise part II...
Muar river cruise part III
Climbing Bukit Treh with the wife and baby