Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 05, 2013

Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation



Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan hari ini Isnin 27 Ramadhan 1434 genaplah umur saya 44 tahun mengikut kiraan Hijrah. Dengan ini biar dikumpulkan segala artikel siri "Terhencot-hencot ke Tanah Bugis" yang telah dibuat berdasarkan perjalanan saya dan isteri ke Makassar dan Tanah Bugis 3-12 Mei 2013. Biar dikumpulkan sekali artikel-artikel yang dibuat dalam blogspot saya yang lain. Dengan itu saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan keluarga. Ikut jangkaan tinggal 3 hari je lagi kita hendak menyambutnya, yeeehaaa!!! Semoga kita semua mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Amin... :]





3. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Sampai ke Makassar setelah 2 tahun menyimpan hajat

4. A look at the University of Hasanuddin, Makassar

5. On to Makassar city

6. Fort Rotterdam

7. Muzium (Museum of) La Galigo

8. Muzium La Galigo lagi (More of La Galigo Museum)

9. Masjid 'terapung' ('Floating' mosque of) Losari

10. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Fort Rotterdam dan 'gegaran' Muzium La Galigo

11. Muzium (Museum of) Balla Lompoa

12. Makam (Tomb of) Sheikh Yusuf Makassar

13. Makam (Tomb of) Sultan Hasanuddin

14. Makam raja-raja Gowa (Tombs of the rulers of Gowa

15. Masjid tua (Old mosque of) Katangka

16. Makam keluarga keturunan raja Gowa (Tombs of families of descendants of the rulers of Gowa)

17. Makam (Tomb of) Arung Palakka

18. Makam (Tomb of) Karaeng Pattingalloang

19. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Sheikh Yusuf dan pertentangan antara Sultan Hasanuddin dengan Arung Palakka

20. Leang Leang prehistoric park

21. The waterfall of Bantimurung

22. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Keluar dari Makassar selepas 3 hari berehat

23. Makam (Tomb of) Datu We Tenri Olle

24. Makam (Tomb) of Datu Pancai Tana

25. The road from Tanete to Wajo

26. The lake called Danau Tempe

27. Tempat bernama (The place called) Saoraja Mallangga

28. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Akhirnya, sampai ke Wajo, kerajaan leluhurku belah Bugis

29. Makam (Tomb of) Sayyid Jamaluddin Kubro

30. Makam-makam di sekeliling makam Sayyid Jamaluddin Kubro (Tombs around that of Sayyid Jamaluddin Kubro)

31. Tinggalan masjid lama Tosora (remains of the old mosque of Tosora)

32. Lagi makam-makam bertanda meriam (More tombs marked with cannons)

33. Benteng (Fort of) Tosora

34. Makam (Tomb of) La Madukelleng

35. Going back to Makassar via Bone

36. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Dari Sayyid Jamaluddin Kubro ke La Madukelleng meluruskan beberapa aspek sejarah

37. Makam (Tomb of) Pangeran Diponegoro

38. A resort of Bugis and Makassar traditional houses

39. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Pengeran Diponegoro dan Makassar hari akhir


Beberapa waktu selepas itu saya dan keluarga pergi ke Pontian, Johor untuk menyambung silaturrahim dengan saudara-mara berketurunan Bugis di sana. Biar diletakkan sekali pautan cerita yang terasa ada juga kena mengena...


Jejak Bugis di Pontian - Dari Parit Raja ke Parit Betak

Muzium Bugis (Bugis Museum), Pantai Rambah

Jejak Bugis di Pontian - Muzium Bugis dan Tanjung Piai