Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, August 02, 2009

Pulau Besar dan nombor 535 sebagai penutup gerak 'antara' cerita Aceh!

Bersambung daripada artikel Negeri Sembilan ke Pulau Besar... asam pedas Melaka dan Masjid Kampung Hulu...


Selepas bermalam kemudian solat Subuh di Masjid Kampung Hulu, saya dan isteri pun bersedia untuk menyambung perjalanan...


Jika malamnya kami ada singgah di makam Hang Kasturi, awal pagi itu kami singgah sebentar pula di makam Hang Jebat. Sila lihat artikel A night walkabout in Melaka... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Selain memaparkan gambar berjalan kaki di tengah bandaraya Melaka malam itu, saya juga ada meletakkan klip video keadaan Subuh di Masjid Kampung Hulu.



Kemudian kami singgah di Bukit Senjuang atau Bukit St. John.


Inilah kali pertama isteri saya sampai ke sini walaupun dia pernah belajar dan duduk di Melaka sekitar setahun setengah. Baru dia tahu sejarah di mana bukit ini pernah dan sekitarnya pernah ditakluki tentera Aceh dalam usaha mereka untuk memerdekakan Melaka dari tangan Portugis, dalam perang Aceh-Portugis tahun 1629-1630. Lihat artikel Bukit (Hill of) Senjuang, Melaka yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tahun lepas.

Kemudian baru kami mengorak langkah keluar dari bandaraya Melaka... ternampak masjid yang menarik di Semabok ini. Walaupun saya sudah banyak kali lalu di sini, kali ini baru saya terasa ingin melihatnya lebih dekat.

Saya terambil jalan jauh untuk masuk ke masjid. Terlihat makam yang agak terserlah ini. Lihat artikel Sebuah makam di Semabok (A tomb in Semabok) dan Masjid (mosque of) Al-Abrar, Semabok .

Sampai di masjid isteri saya tertarik pada pokok besar ini. Entah apa yang ada... saya main ambil gambar sahaja.


Seterusnya kami pergi ke jeti Anjung Batu untuk mendapatkan feri paling awal pagi ke Pulau Besar...




Rupa-rupanya saya sudah tersilap jangkaan. Feri awal pagi sudah berlepas jam 8 sedangkan saya menyangkakan ia mula bergerak jam 8.30. Rupa-rupanya tersilap baca malam tadi... 8.30 pagi tu dari Pulau Besar ke Anjung Batu. Ada-ada je le engkau Labuuuu!!!


Feri seterusnya berlepas jam 10 pagi. Saya pun keluar sebentar untuk mencari suratkhabar sementara isteri terus menunggu di jeti. Lalu di masjid yang dikenali sesetengah orang sebagai Masjid Baginda Ali. Baru saya tahu nama rasminya ialah Masjid Al Kauthar.


Kenapa ia juga dikenali sebagai Masjid Baginda Ali?



Jawabannya terletak pada makam di hadapannya. Sila lihat artikel lama Makam (tomb of) Baginda Ali . Saya pun menziarahi makam. Tengok-tengok pada batu nesan ada pula senaskah kitab Surah Ya Sin. Saya pun membaca surah untuk dihadiahkan kepada Baginda Ali, kemudian baru membeli suratkhabar.



Alhamdulillah, apabila kembali ke jeti, ada feri mahu berlepas lebih awal iaitu pada jam 9.30. Dapatlah jimat setengah jom kot setelah tertinggal feri jam 8.




Sampai di jeti Pulau Besar, kami terus menaiki van penumpang yang dibawa seorang rakan. Isteri saya sudah kurang larat berjalan kaki jauh untuk masuk ke dalam...




Van terus masuk jauh hingga ke makam Tujuh Beradik. Nak tengok video-video klip perjalanan naik feri tadi juga pemandangan Pulau Besar dari dalam van? Lihat artikel Videos of 26th July trip to Pulau Besar... yang menutup sesi penulisan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH buat kali ini.



Wakaf makan di kawasan makam Tujuh Beradik...




Kemudian kami berjalan kaki ke destinasi sebenar kami (selain makam utama lee)...




Laluannya di sini...



Inilah tempatnya. Pondok High Chapparal atau Survivor milik rakan kami. Sila lihat artikel lama Bertandang ke Pulau Besar. Pondok tempat rehatku di sana! ...




Lepas jam 4 petang baru kami keluar... dengan menaiki van yang dipandu rakan.



Sebelum kembali ke tanah besar, kami singgah di surau dahulu untuk bersolat...



Ternyata kolam air di belakang telah diletakkan papan amaran. Baru saya perasan... teringat peristiwa yang berlaku ketika lawatan kami ke sini awal tahun lalu di mana dua orang kanak-kanak hilang sebelum ditemui mati tenggelam di dalam kolam. Saya pula ternampak biawak besar masuk ke dalam kolam ketika waktu kanak-kanak itu dikatakan hilang...



Seterusnya kami singgah di makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, duduk sebentar untuk membawa Surah Ya Sin...



Selesai itu saya dan isteri berjalan sebentar di pantai hadapan. Terasa batu besar di laut lepas seolah-olah memanggil-manggil saya untuk datang...



Manakan tidak. Air surut memberikan laluan untuk orang bermain-main di sekitar. Kalau tidak kerana larangan isteri yang risau kami kesuntukan waktu, mahu sahaja saya berlari terus ke sana...


Apapun, kami bergerak ke jeti menaiki van sekitar jam 5.15 gitu...



Di sini saya cuba test shot 'orang kenit'. Teringat peristiwa sebenar saya secara tidak sengaja terambil gambar orang kenit di satu kawasan terpencil Pulau Besar. Sila lihat artikel lama Orang kenit di Pulau Besar, Melaka?



Kemudian baru kami berlepas bersama orang ramai...



Dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur, kami singgah sebentar di rumah seorang makcik di Rembau, kiranya mak angkat kami, lawatan yang asalnya mahu kami buat setelah selesai melihat Empangan Talang @ Hulu Sungai Muar hari Sabtu. Sampai di sana masuk waktu Maghrib, hampir jam 10 malam gitu baru kami keluar untuk menyambung perjalanan.



Akhirnya, kami sampai di rumah di Bandar Tasik Puteri hampir tengah malam. Yang menarik di halaman rumah kami mendapati meter bawah kereta menunjukkan nombor 535.9 bersamaan 535.9 km iaitu jumlah jarak perjalanan sejak meter dikosongkan di hadapan balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari Sabtu. Kalau terlebih berjalan sikit tentu dah jadi 536 atau lebih. Sebaliknya ngam-ngam je dapat maintain nombor 535. Terus teringat artikel bertajuk Artikel ke 535 di sini, jalan di Putrajaya dan kaitan kerajaan lama dengan kerajaan akhir zaman? yang dibuat pada Julai 13. Apakah ada kaitan semua ini dengan perjalanan dan tempat-tempat yang dilawati 2-3 minggu ini?

Dengan ini tamatlah siri penulisan yang 'lari' sebentar dari cerita-cerita tentang perjalanan ke Aceh bulan Jun. Selepas ini kita sambung balik gerak penceritaan Aceh ya, setelah keadaan membawa saya 'melilau' jauh ke lain-lain tempat, selepas menyajikan artikel Baru sampai ke makam Syiah Kuala yang amat terkenal itu! pada 7 Julai. Selamat malam! :]

No comments: