Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mei 29, 2024

Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"

Merujuk pada artikel Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man" yang dipersembahkan jam 3.16 pagi tadi. Saya masih belum betul-betul dapat berehat disebabkan gerak kerja dan ilham yang muncul selepas itu. Adapun flyers yang dikongsikan dalam artikel tersebut dibuat hitam putih untuk cetakan bajet bagi disebarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung sekarang terutama ketika diskusi buku nanti. Lihat Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024. Namun timbul rasa untuk menyebarluaskan ia melalui Facebook dan WhatsApp.


Selepas matahari naik baru terfikir. Eh. Kalau sebarkan melalui Facebook dan WhatsApp kenapa perlu hitam putih sahaja? Buat aje le yang berwarna. Bukan kena bayar pun.

Itu yang dibuat ini pula. Yang di atas dalam bahasa Melayu, walaupun buku itu sendiri dalam bahasa Inggeris. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu mungkin tahun hadapan baru ada. Yang di bawah dalam bahasa Inggeris. Lagipun boleh dibuat poster terhad bersaiz A3 bagi promosi di pesta buku malah di mana-mana. 



Dengan itu juga saya telah menerima banyak pertanyaan tentang cara mendapatkan buku. Sememangnya sudah ada sejumlah naskah dapat dijual sendiri termasuk melalui pos sejak mengambil sejumlah stok daripada penerbit, selepas buku keluar dari kilang cetak pagi Isnin 2 hari lalu.

Sebetulnya penerbit iaitu Crescent News KL adalah satu syarikat besar yang lebih terkenal sebagai pengedar buku yang memiliki jaringan luas di seluruh Malaysia. Maka buku dijangka akan memasuki toko-toko utama seperti Popular malah pada ketika ini pun sudah masuk di beberapa reruai di PBAKL walau baru sahaja keluar.

Di sini ingin dinyatakan cara-cara bagi mendapatkan buku terus daripada saya... 


-----------


Harga buku adalah RM49. Sangat berbaloi bagi buku setebal 320 muka surat yang sarat dengan pelbagai maklumat ilmiah termasuk cara penyelesaian yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini. Sehingga ada yang memberitahu harga ini sangat rendah. Sepatutnya RM120 pun boleh pergi. Ini harus lebih sesuai untuk pasaran antabangsa, dalam matawang USD.

Apapun, pembaca boleh mendapatkannya terus daripada saya. Boleh bertandang ke rumah yang beralamat:


29, Jalan Cemperaisari 3D,

Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang,

Selangor Darul Ehsan.


Tapi itu kalau sanggup datang. Boleh WhatsApp 013-3082131. Tanya dahulu jika saya berada di dalam kawasan. Atau boleh sahaja berjumpa di mana-mana kalau kebetulan saya ke suatu kawasan luar terutama ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Saya selalu ke sana terutama pada hari Jumaat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu.


Atau boleh minta sampaikan melalui Poslaju dengan harga tambahan RM7.90 menjadi RM56.90. Untuk itu sila masukkan jumlah berkenaan ke akaun saya :


Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


Selepas itu WhatsApp ke 013-3082131 bukti pembayaran berserta alamat pos dan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk kegunaan Poslaju. Saya akan poskan secepat mungkin.


--------------


Penulisan buku ini sebenarnya memiliki sejarah yang panjang. Ia bermula dengan suatu macam ilmu ahli Sufi yang disampaikan orang tertentu kepada saya sekitar tahun 2004-2005, ketika sedang hanyut dalam pencarian makna diri dan keTuhanan lalu banyak menghabiskan masa di Janda Baik dalam keadaan seperti seorang musafir majnun. Namun pada tahun 2013 baru ilmu berkenaan cuba dizahirkan melalui kiraan matematik, tahun 2015 diperhalusi dan diperbaiki sebelum dipanjangkan dalam buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu : Menyelaraskan Pengetahuan Tentang Penciptaan Manusia Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" yang diterbitkan secara 'berkembar' dengan buku ke-12, "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia : Menyelaraskan Sejarah Pergerakan Manusia Sejagat Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" pada bulan Mac 2018.

Ini seterusnya membawa kepada rentetan peristiwa yang mana saya akhirnya mendaftar masuk ke ISTAC, supaya dapat mengangkat apa yang diutarakan ke peringkat lebih tinggi, peringkat yang boleh diakui ahli akademik dan para cendekiawan. Terbitlah tesis berkenaan membawa kepada penganugerahan ijazah Sarjana (Master's) dalam bidang Malay World Studies (Pengajian Dunia Melayu) penghujung 2023. Itulah yang diperbaiki untuk menjadi buku.

Rentetan panjang itu boleh diikuti melalui artikel-artikel berikut :-


1. Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'

2. Memperhalusi kira-kira masa sebenar berdasarkan beberapa maklumat baru

3. Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?

4. Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal...

5. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC

6. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar

7. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah

8. Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL 2018

9. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia

10. Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan

11. Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku

12.  Antara dunia Melayu dan pemikiran ketamadunan Islam sejagat

13. Buku ke-15 dalam pembikinan untuk terbitan lepas raya...

14. Buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" - Mengejar PBAKL 24 Mei


Sesungguhnya buku ini adalah pengzahiran bagi satu perjuangan untuk mengangkat martabat orang Melayu dan ketamadunnya juga pemikiran tinggi Islam.


Tiada ulasan: