Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, April 08, 2008

Salam daripada Raub... Dan pengembaraan terbaru hampir tamat!

Sejadah yang terdapat di surau Lorong Makam Lama di Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Sengaja saya letak di sini untuk menunjukkan bahawa sejadah "masjid mata" itu memang wujud... Bukan setakat khayalan atau gurauan semata-mata!
Harap jangan pula ada sesiapa yang berfikiran lucah lalu nampak lain pada "mata" di kubah masjid itu... Kemudian sanggup menuduh orang lain pula yang berfikiran kuning sedangkan fikirannya lah yang sebenar tidak betul lagi jahil tetapi sampai kini seolah-olah tidak sedar akan kebodohan diri sendiri itu! Ada hati hendak berlagak jadi cermin untuk "memperbetulkan" orang lain sehingga terlupa untuk mencermin diri sendiri, sehingga tidak sedar kata-kata yang dikeluarkan lebih menampakkan kebodohan dan kurangnya kematangan diri.
Inilah bahananya apabila terlalu asyik hidup dalam dunia sendiri tanpa memperhatikan betul-betul pandangan serta cara ukuran orang lain melihat keadaan. Ibarat orang mengambil kertas periksa lalu menandanya sendiri... Kalau boleh semua jawaban yang dibuatnya mahu ditandakan betul belaka lalu tidak nampak salah-silap diri sendiri yang cuma mampu dilihat oleh orang lain, itupun oleh orang yang berpengalaman dan jujur lagi bertaraf guru, bukan buat telahan syok sendiri yang selalunya dibuat untuk menutup kelemahan diri sendiri... Atau bahasa Omputih nya, in denial gitu...
Sebab itu dalam mengukur orang juga menilai diri sendiri perlu ada cermin yang betul, cermin yang betul-betul dapat menunjukkan keadaan sebenar kita... Adapun cermin pun ada pelbagai cermin, harus tahu memilih yang sesuai. Jangan pakai cermin sarkis... Yang gemuk dikatanya pipih... Yang bodoh banyak cakap dikatakan pandai lagi tahu menilai orang.
Sedarlah wahai manusia jahil! Cermin sarkis cuma layak digunakan untuk berhibur-hibur atau membuat lawak bodoh, bukan untuk menilai orang lain apalagi menilai diri sendiri sehingga cepat jadi perasan! Lagi teruk lagi apabila cermin sarkis digunakan untuk melihat permasalahan agama... Maka jadilah kamu celaru seumur hidup dalam dunia perasan syok sendiri nanti...


Dan ternyata sejadah "masjid mata" ini bukan ada satu malah banyak, dibuat dalam bentuk carpet lagi! Seperti biasa, saya yang suka tengok benda sedikit pelik terus teruja...

Kali pertama saya terlihat sejadah sebegini adalah di surau kecil dalam kompleks membeli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur. Kali kedua di masjid berhampiran Jalan Penarikan di Bahau, Negeri Sembilan. Dan yang ini, kali ketiga di sebuah surau bersebelahan makam moyang kepada Tok Ku Paloh, wali besar Terengganu abad ke 19 Masihi... Apakah ada kaitan yang tersurat dan tersirat untuk semua ini?



Assalamualaikum semua... Sukacita dimaklumkan saya kini berada di Raub, Pahang dan semakin menghampiri penghujung pengembaraan terbaru saya iaitu pengembaraan ke/melalui/berpusing Pantai Timur yang dimulakan melalui Jalan Penarikan di Negeri Sembilan 3 minggu lalu. Oleh kerana saya telah memulakan trend membuat laporan terkini pengembaraan di mana ada masa dan peluang selagi boleh sejak beberapa bulan ini, maka inilah laporan terbaru, sebagai sambungan kepada laporan Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali? yang dibuat Sabtu, 3 hari lepas...

Adapun sebaik sahaja siap laporan di Kota Bahru itu iatu hampir jam 4 petang baru saya keluar makan tengahari. Dan demi memenuhi hasrat seorang kenalan iaitu kakak saudara kepada seorang teman untuk bertemu berbual-bual seketika, saya pun pergi ke Nilam Puri berdekatan rumahnya di mana terdapat Masjid Kampung Laut... Dapatlah juga bersolat jamak di sana sementara menunggu kakak ini bersiap untuk keluar.

Kalau ikut rancangan awal, dari Kota Bahru saya mahu ke Kuala Krai lalu ke Dabong... Atau ke Nilam Puri untuk singgah di Masjid Kampung Laut, kemudian tetap ke Kuala Krai untuk ke Dabong... Ataupun harus ke Machang dahulu kerana bas yang melalui Nilam Puri harus ke sana... Yang penting, asal sampai ke Dabong nanti kerana ada tempat tertentu yang ingin diziarahi di sana.

Pertemuan dengan kakak ini telah mengubah rancangan. Dia kata elok saya naik keretapi ke Dabong kerana lebih murah... Memang saya merancang ingin naik keretapi ke sana tetapi daripada Kuala Krai. Sebaliknya akak ini membawa saya ke Wakaf Baru iaitu stesyen keretapi terdekat di Kota Bahru... Rupa-rupanya ada hikmahnya, hikmah yang sudah tentu akak ini sendiri tidak tahu kerana selama menemani saya berjalan-jalan di sekitar Kota Bahru beberapa hari itu, itulah baru kali pertama dia menziarahi tempat-tempat tertentu walaupun dia sendiri adalah anak jati orang Kelantan sedangkan saya adalah orang luar!

Dari Nilam Puri, kami melalui sebuah jalan potong sebelum masuk ke kawasan Wakaf Baru... Lalu sebuah kawasan bernama Kutan, terus saya teringat nama seorang ulamak besar Kelantan awal abad ke 19 Masihi iaitu Sheikh Wan Ali Kutan!

Dipendekkan cerita, saya rasa "terpanggil" untuk mencari makam Wan Ali Kutan. Sebaliknya bertemu dengan cicitnya lalu berbual-bual bercerita... Untuk pengetahuan Wan Ali Kutan telah dimakamkan di Mekah. Beliau adalah salah seorang guru kepada Tok Kenali. Antara bacaan amalannya ialah Hizb Bahr iaitu satu koleksi doa munajat oleh Imam Abul Hassan as-Syadzili yang ada saya paparkan di atas kanan blogspot ini...

Apapun, malam itu saya dapat menaiki keretapi ke Dabong, lebih 160km ke barat-daya Kota Bahru... Bermalam di masjid pekan kecil itu di mana saya menghadapi masalah sakit perut yang sangat teruk sehingga keesokannya, lebih 5 kali buang air besar cirit-birit! Mungkin kerana malam itu saya tidak makan malam betul-betul sebaliknya asyik mengunyah potato chips yang banyak garam bercampur keju kemudian mandi pula di masjid selepas tengah malam.

Dalam keadaan itu, pada paginya selepas solat berjemaah Subuh, saya menguatkan semangat untuk menuju destinasi seterusnya iaitu Gunung Stong... Walaupun dalam kesakitan badan, demam-demam serta rasa pinggang hendak "pecah" (bukan hendak patah ya, memang rasa macam nak pecah sebelah kanan) akibat sisa-sisa bisa sakit perut yang amat sangat dicampur kepenatan lama mengembara dan tidak dapat tidur betul, dapat juga saya berjalan memanjat sebahagian kecil gunung setinggi lebih 1,400 meter itu.

Cukuplah diberitahu saya sempat mandi di air terjunnya, di mana satu gigi air terletak pada aras 303 meter daripada paras laut lalu airnya menjunam ke bawah, katanya air terjun paling tinggi di Asia Tenggara... Kawasan ini juga dikaitkan sebagai tempat persemayaman terakhir raja perempuan Kelantan dahulukala iaitu Chik Siti Wan Kembang.

Sebelum itu saya pernah sampai sekali sahaja di sini iaitu pada tahun 1997... Ketika menaiki motosikal besar seorang diri mengikut jalan daripada Kuala Lumpur ke Perak menyusuri Sungai Perak sehingga ke Tasik Banding seterusnya masuk ke Jeli, Kelantan... Dari Jeli hendak ke Gua Musang melalui Dabong, ternampaklah gigi air terjun tinggi di Gunung Stong yang amat menakjubkan, terus membawa saya untuk bermalam di kaki bukit sebelum naik keesokan paginya semata-mata untuk melihat sendiri gigi air itu dengan lebih dekat...

Apapun, hari itu seterusnya saya ke Kuala Lipis dan bermalam di sana. Keesokannya petang Isnin, sempat menziarahi makam Tok Linggi @ Raja Ahmad (yang katanya datang dari Pagar Ruyung semasa Bendahara Wan Ali memerintah Pahang hampir 200 tahun lalu) sebelum menaiki bas ke Raub.

Itu sahaja laporan terkini daripada saya. Harapan saya, semoga kita banyak mencermin diri sendiri, bukan sentiasa berlagak pandai cuba hendak memperbetulkan orang lain sehingga orang lain tidak senang dengan kita pun kita masih belum sedar bahawa itu semua berlaku atas keceluparan mulut sendiri...

Percayalah, keadaan dunia sekarang semakin mendesak... Selama ini banyak yang saya cuba sampaikan kepada semua sebagai amanah keturunan yang patut disampaikan kepada ramai demi menghadapi cabaran akan datang, dan selalunya cuma mereka yang sudah ada sedikit pendedahan dan kefahaman sahaja yang dapat menangkap saranan yang diberikan sedangkan mereka yang tidak tahu apa-apa pula banyak sangat menyoal...

Bukan tidak boleh menyoal tetapi biarlah kena caranya... Kalau belum cukup pelajaran, pergi dahulu belajar di tempat lain sampai faham dan yakin kemudian baru berbincang kembali di sini... Jangan diganggu rentak penyampaian ilmu kepada orang lain...

Jangan sebab tak faham pelajaran di universiti maka pensyarah pula dituduh angkuh... Lain kali cermin diri sendiri yang semasa sekolah menengah dahulu pemahaman pelajarannya belum cukup cemerlang untuk naik ke tahap pelajaran seterusnya...

Jangan disangka banyak cakap dan suka membangkang itu satu kepandaian... Kalaulah itu satu kepandaian, sudah tentu para Nabi, para Wali dan para Ulamak menggalakkan para pengikut dan anak-murid mereka supaya selalu membangkang... Sebaliknya yang selalu disebut ialah samikna wa atokna, kami dengar dan kami taat... Bukannya kami membangkang bagi pendapat sendiri untuk menjadi "cermin" kepada orang lain.

Jangan le perasan dan terus hidup dalam perasan... Kelak kamu akan mati seorang diri tanpa ada seorang kawan pun di sekeliling kamu nanti. Kalau tetap mahu menegakkan benang basah dan "kepandaian" kamu yang tak habis-habis mahu orang lain menurut pendapat kamu, maka buat dalam blog sendiri... Tengok, orang suka ke tidak berkunjung dalam blog kamu itu... Kalau suka, Alhamdulillah, bagus untuk kamu... Kalau tidak, maka sedarlah bahwa yang kurang itu kamu, bukannya orang lain...

Sekali lagi, jangan perasan... Jangan kata orang tak datang blog kamu sebab orang lain semua bodoh.... Kamu sahaja yang lebih mengerti kerana ada "pandangan" tersendiri.

Bodoh! Seharusnya setiap hujah itu diukur dengan pendekatan Al-Quran dan Hadis serta Hikmah seperti cara Nabi... Dalam Hikmah, ada masanya kita perlu memukul orang yang terus-menerus tidak faham dan buat tidak faham... Orang yang terlalu buta dengan keadaan sehingga tidak sedar bahawa dia telah mengganggu ketenteraman dan talian silaturrahim orang lain.

Sebab itu ada Surah Al-Quran melaknat Abu Lahab... Sebab itu juga dengan Hikmah, kadang-kala kita perlu berterus-terang menyatakan seseorang itu BODOH! Maka belajarlah untuk lebih banyak mendengar sebelum menyatakan sesuatu pendapat. Semoga Allah menghilangkan KEBODOHAN kamu itu... Sekian!


32 comments:

Sofiya said...

Semoga Allah menghilangkan kebodohan kamu juga MS.... Marah itu saudara syaitan...

Menghina orang juga satu kekurangan yang kamu tak sedar..

Bila kamu cakap "perasan"..saya teringat ada satu comment tentang kamu yg perasan...Masa itu saya tak nampak perasannya...

Bila kamu marah dan dalam "denial" seperti yg kamu sebut itu.....Instantly saya terasa itu la juga utk kamu...

Kamu memberikan dan membuka hijab ayat itu kepada saya utk saya lontarkan balik kepada kamu.

mike zanon said...

Sdr Radzi,

Saya dapati yang dikatakan Mata di kubah masjid mata tu tak berapa jelas. Adakah ia berupa hajar aswad? Kalau benar, ia mengigatkah kita Ar Rahim.. ingat ibu kita, jangan derhaka kepada ibu kita, sayang ibu kita dan seterusnya.Ia juga meningatkan kita mengenai ladang untuk bercucuk tanam. Faham2lah.

Sofiya said...

Kekhilafan ...

Maksud saya semasa kamu tujukan word "denial" itu ...Instantly saya rasa it reflects back to you...

Banyak words when u utter it in anger...it reflects back...

Cuma sumtimes i chose utk diamkan and sumtimes cam skrg...i chose utk surface kan ...

Anonymous said...

hmmm,

takkan alat cucuk tanam letak atas sejadah...mike oii..

mike zanon said...

Sdr Anon,

Maksud tersiratnya, bercucuk tanam tu, ialah bekalan untuk akhirat. Banyak lagi maksud tersiratnya tertakluk pada sudut mana yang kita pandang, syariat ke hakikat.Salah atau tidak sesuatu itu bergantung pada sudut mana yang kita pandang dengan ilmu yang ada.

Begitu juga masalah 'bodoh'yang dipertikaikan sofiya dan radzi, ia menjadi satu masalah kerana sudut pandangan yang berlainan. Itu je.Tapi semuanya itu bisa di selesaikan apabila kita boleh atau dapat menghormati pandangan dan ilmu orang lain.Bukan menerima, tidak - hanya menghormati.

Saya setuju dengan sofiya bahawa marah itu adalah sifat syaitan. Selagi ada Nafsu Ammarah pada kita selagi itulah kita akan marah cuma tahapnya berlainan mengikut penyebab keadaan dan ilmu seseorang itu.Selain dari itu bahasa(tahap penguasannya yg berbeza2)yang digunakan dalam blog,surat,e-mail atau sms biasanya tidak dapat menyampaikan maksud kita secara lisan sepenuhnya, intonasinya tak ada,lemah lembutnya tak ada,sopan santunya tak ada, dll.Bila kita baca sebenarnya kita membaca mengikut emosi kita dan tahap pemahaman bahasa yang digunakan.Jadi kalau kita faham betul2 senario ini, mungkin kita tak akan berselisih faham

- Jangan gadoh2

tarabas said...

as'kum ms, apakah itu masjid mata?

Radzi Sapiee said...

Hehe, macam-macam respons... Walaupun apa yang diutarakan di artikel kali ini dibuat secara umum tanpa menyebut apa-apa nama, ternyata siapa yang makan cili dia terasa pedasnya... Maka ternyata juga sifat perasan orang itu, mahu bercakap dengan nafsu marah sedangkan dari dahulu sampai sekarang orang BODOH lagi pekak BADAK (bangga sungguh dengan sifat kulit BADAK tebal yang tak tahu malu) itu sering mengacau harmoni perbincangan di sini sehingga menjengkelkan semua orang. Itupun masih mahu berlagak sebagai "cermin" kononnya mahu membalikkan sifat-sifat "buruk" orang lain. Sungguh jengkel mereka-mereka yang hidup berpedomankan pancaran cahaya yang keluar daripada cermin sarkis @ cermin funfair.
Untuk Tarabas, masjid mata itu sebenarnya satu gurauan... Adapun sejak balik daripada pengembaraan di Kedah dan Perak, entah kenapa apabila ternampak masjid berkubah besar tinggi, tiba2 terbayang bagaimanakah agaknya jika di kubah itu ada satu mata yang dapat melihat sekeliling. Lalu mata ini dapat melihat, jika ada orang jahat hendak membuat angkara di kawasannya, terus keluar pancaran cahaya zup... Kena pada itu orang terus tinggal tulang...
Ala... Sesekali melayan imaginasi kartun apa salahnya... Jangan pula disalah anggap misalnya pada satu hari saya tergerak hendak meletakkan satu gambar mata Sauron daripada siri filem Lord of The Ring kerana terfikirkan akan "konsep" masjid mata ini... Rasanya semua orang boleh nampak, itu mata Sauron tetapi ada orang tak sedar diri boleh melihat mata itu sebagai "anu" pula kemudian sanggup menuduh saya pula yang berfikiran kuning!
Sekali lagi, itulah masalahnya jika hidup berpedomankan cermin sarkis @ cermin funfair... Lalu pancaran chaya sarkis yang terpercik di hatinya itu dikatakannya gerak hati serta pendapat yang benar kemudian mahu diwar-warkan pada orang ramai. Terus mata Sauron dikatakannya "anu"... Terus dituduhnya orang lain befikiran kuning sedangkan siapakah yang sebenarnya berfikiran kuning? Kesian... Itupun masih hendak menegakkan benang yang basah, Tidak berfikir pun selama ini orang memberi dia ruang melayan kerenahnya yang sering mengjengkelkan orang ramai tetapi semakin teruk dan kronik penyakit perasannya...

p/s: Macam2 cara orang mahu mencari perhatian... Apabila orang tak layan, mulalah mengemukakan pendapat yang bukan2 kemudian ajak orang bertekak.
Sebenarnya kesimpulannya mudah. Bagi sesetengah orang yang sebegini terutama mereka yang lanjut umur tetapi belum betul2 berpasangan, jika ditanya kepada pakar jiwa masalah kamu ini senang sahaja... Sexual frustration... Sudah hidup begitu lama tetapi belum pernah merasa nikmat hubungan bathin yang mampu membawa ketenangan. Lalu frustration itu kamu lepaskan kepada orang lain pula dan disebabkan sakit jiwa yang sudah lama bernanah in denial, kamu seronok membuat orang marah...
Itulah sifat syaitan, sengaja provoke buat orang marah. Memang pun syaitan dicipta untk menguji kesabaran manusia tetapi hakikatnya syaitan tetap syaitan walaupun ia dicipta untuk menguji keImanan. Para Nabi, para Wali, alim ulamak serta orang yang mencontohi mereka tidak akan sengaja membangkitkan kemarahan orang malah sentiasa cuba mententeramkan keadaan. Kecuali ternyata orang yang buat kacau itu tidak mahu sedar lalu terpaksalah para Nabi itu sendiri juga menempelak dengan kasar.
Sebab itu dicipta Syurga dengan Neraka... Bukankah manusia yang berdosa akan dibakar di api neraka? Jadi jika dibakar di neraka, apakah bermakna Allah itu tidak Maha Penyayang dan tidak tahu Hikmah? Mereka lupa,Allah itu juga Maha Penakluk, Maha Agung dan Maha Kuat... Yang pasti Allah itu Maha Bijaksana lalu dengan kebijaksanaan itulah dijatuhkan hukuman, bukan semata-mata berkata-kata ikut pantulan atau lontaran cahaya cermin sarkis... Lain kali simpanlah cermin itu sesi gelak ketawa bersama para badut...
Semoga mereka yang sakit jiwa sebegini cepat2 berkahwin. Semoga malam pertama kamu sungguh bahagia lalu terubatlah sakit jiwa kamu buat selama-lamanya. Dan semoga selepas itu kamu dapat betul2 menghargai erti keharmonian dalam berinteraksi...
Sekian! :]

mike zanon said...

Sdr Radzi,

Jalan sufi bukanlah mudah......pada zaman dulu seorang murshid akan melihat sama ada seseorang itu boleh di ajar atau tidak, semuanya tertakluk pada apa yang tertulis di Loh Mahfuz...

Anonymous said...

nape nie?????ribut2?

Radzi Sapiee said...

Hmm... Nampaknya adik Mike Zanon ni suka pasal dunia sufi... Silalah kemukakan sedikit ilmu untuk kami semua. Kalau boleh disertakan dengan pengalaman hidup sebenar, bukan ambik cakap-cakap orang atau setakat sedutan daripada kitab-kitab...
Semoga apa yang disampaikan itu setimpal dengan apa yang sebenarnya ada pada diri... Supaya diri adik tidak jadi seperti beribu-ribu orang yang suka bercakap hal yang tinggi-tinggi seperti yang biasa kelihatan di forum-forum di Internet tetapi hakikatnya jauh panggang daripada api....

p/s: Mungkin kata-kata ini kelihatan angkuh tetapi seeloknya adik yang baru berumur 20 tahun ini fikirkan dalam-dalam... Di ruangan comment untuk posting ini sahaja adik telah 3 kali memberikan comment bererti samada adik betul-betul memahami apa yang diperbincangkan atau adik sebenarnya inginkan perhatian.
Tetapi berdasarkan comment adik (ya, adik ya... Umur saya 38 tahun dan saya tahu adik masih belajar, saya tekankan supaya adik sedar betapa bezanya pengalaman hidup kita lalu keupayaan untuk menilai keadaan) di posting "Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?", biar saya paparkan kembali di sini...

Sdr Radzi,

Saya kagum dengan kesungguhan sdr mencari2 sesuatu, cari sana cari sini. Tapi tak apa yang penting ialah niat.

Tak teringin kah nak mencari DIRI macam Hamzah Fansuri?

-------------

Maaf... Kata2 ini lebih menjurus pada diminta beri perhatian selain menunjukkan adik belum cukup teliti memasuki perbincangan tetapi ingin sangat mengemukakan pandangan. Jikalau adik telah mengkaji isi blogspot ini maka adik tidak akan bertanya soalan sedemikian...
Lihat sahaja bahagian atas blogspot ini sendiri di mana ada cover buku bertajuk "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" ... Belum lagi disertakan sedutan isi buku kedua di mana pelajaran Sufi Hamzah Fansuri diterangkan sedikit sekadar cukup untuk menerangkan keadaan yang relevan pada message cerita buku...
Mungkin kita jujur mahu bertanya tetapi biarlah kita mengkaji sedikit terlebih dahulu... Soalan adik ini ibarat bertanya kepada seorang engineer apakah engineer yang bertauliah apakah engineer itu sudah lulus ijazah engineering?Soalan janggal sebegini cuma akan ditanya oleh 1... Orang yang tak tahu apa2 pasal engineering, atau 2 orang baru belajar jurusan Engineering tetapi menyangkakan taraf pemikirannya sudah cukup tinggi, sama dengan seorang engineer yang telah pun berjaya membina beberapa buah bangunan.
Maaf sekali lagi jika saya terpaksa menjawab secara angkuh. Ini kerana saya lihat seringkali ada orang2 tertipu dengan kepandaian yang sedikit serta penilaian tinggi terhadap diri sendiri... Penilaian yang seringkali pincang kerana kehendak dalaman diri yang sering mahu mengaku lebih tinggi daripada hakikatnya yang sebenar...
Sebab itu di dalam peperiksaan, kertas peperiksaan kita dinilai oleh orang lain yang sudah pun arif dalam sesuatu bidang, bukan dinilai diri sendiri... Kalau nilai sendiri, maka akan jadilah kes jauh panggang daripada api... Bila dah teruk sangat, jadi macam audition American Idol atau Malaysian Idol... Berapa ribu orang datang audition dengan menyangkakan dirinya cukup berbakat dan pandai menyanyi kerana selama ini nyanyian mereka setakat dinilai diri sendiri ataupun keluarga serta kawan2 rapat yang sebenarnya lebih banyak mahu menjaga hati mereka daripada memberi penilaian yang jujur. Bila dah audition peringkat professional, barulah mereka tahu rupanya suara mereka selama ini sumbang belaka... Cuma mereka sahaja yang rasa diri itu pandai atau suara mereka sedap akibat terlalu lama hidup dalam dunia sendiri serta pergaulan yang sempit, belum cukup melihat hiruk-pikuk cabaran dunia luar dan mengembara mengambil risiko di mana kesilapan penilaian dalam menangani sesuatu perkara ataupun situasi boleh menyebabkan kita dipukul orang malah dibunuh... Tak sama dengan menilai di dalam dunia Internet di mana segala kebodohan tidak menerima pembalasan sebegitu lalu teruslah kita berkokok dengan kebodohan tanpa apa-apa tindakbalas kecuali kutukan orang yang tidak sedikit pun melukakan badan.
Sesungguhnya di blog ini saya berkongsi perkara-perkara yang telah diuji lalu boleh dijadikan pakaian serta pedoman untuk mereka yang mahu belajar, bukan mereka yang terasa diri itu pandai lalu mahu pula memberi tunjuk-ajar tanpa dipinta... Seperti kata saudara Shahrum dalam ruangan comment "Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?"....

Its just a suggestion. I know that u went through a lot and met a lot of people during yr travels, therefore, in my humble opinion, the experience should qualify u to be a truely constructive social commentator.

Ini adalah kata-kata seorang wartawan lama berpangkat Bureau Chief yang menyelenggara berita akhbar The New Straits Times untuk seluruh Pahang. Tidak sama kata-kata orang berpengalaman dengan kata-kata orang yang baru nak belajar mengenal kehidupan.
Harap adik dapat mengambil iktibar untuk memajukan diri sendiri. Sekian! :]

Anonymous said...

Tulisan anda kali ini tidak ada apa2 yang istimewa, sebaliknya penuh dengan nafsu dan bersandar dibelakang syaitan.. Apabila sesuatu usaha yang baik dicemar dengan ketidak ikhlasan maka jadilah ia sebagai tempat syaitan bermain2.. Ianya bermaksud mungkin ada sedikit terselit bangga diri dalam jiwa anda yang paling dalam..

Radzi Sapiee said...

Terimakasih... Saya bukan mahu menonjolkan keistimewaan tetapi menyatakan rasa. Disebabkan mahu menonjolkan keistimewaanlah orang selalu berkira-kira dalam membuat penulisan supaya segalanya kelihatan muluk belaka... Lalu jadilah mereka hipokrit dalam menyatakan kata-kata... Sebabnya supaya kata-kata mereka mahu dpandang istimewa...
Saya pula menggunakan blogspot ini untuk menyatakan rasa saya pada sesuatu ketika biarpun risikonya saya akan kelihatan buruk. Sebab itu orang tua-tua menyebut, yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Kalau kata-kata saya buruk, janganlah dituruti. Kalau saya mahu segala tindak-tanduk saya dihormati dan diikuti, saya tidak akan membuang ijazah Matematik saya daripada London serta pengalaman wartawan arus perdana yang boleh bertutur dan menulis dan Bahasa Inggeris dengan lancar. Saya tidak akan tinggalkan kelebihan yang ada daripada lingkungan keluarga, kawan-kawan dan kenalan yang berada... Saya tidak akan menulis tentang Sejarah Melayu di buku dan di sini serta mengambil risiko bodoh mengembara ke sana ke mari untuk menelusuri warisan bangsa... Lebih elok saya masuk politik dan jadi jutawan... Bukannya saya tidak ada peluang malah telah banyak kali diberi peluang tetapi bukan minat dan perjuangan saya...
Ingat sekali lagi, di sini saya bukan mahu menonjolkan keistimewaan sebaliknya menyatakan rasa. Nama tempat inipun blogspot... Adapun asalnya blog itu seperti diari untuk menyatakan citarasa diri sendiri, itu sahaja. Lihat sahaja berapa banyak blogspot yang wujud di dunia Internet di mana selalu orang mahu menyatakan hobi, kegemaran diri sendiri dan sebagainya... Lihat sendiri betapa banyak orang yang inginkan perhatian tetapi sayangnya mereka tidak pun dikenali ramai... Lalu mereka cuba mencari perhatian di tempat orang lain pula...
Bukanlah salah mencari perhatian di tempat orang... Memang manusia itu umumnya inginkan perhatian, ingin berkawan dan dikenali ramai kerana itu adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Tetapi biarlah kena caranya... Lebih-lebih lagi apabila masuk ke tempat orang, ikutlah undang-undang di rumah itu, jangan ikut suka hati sendiri tak tahu malu nak tunjuk pandai... Sekian! :]

p/s: Saudara saudara sekalian, ambillah apa yang berlaku di ruangan comment ini sebagai contoh di mana apabila adab tuturkata berinteraksi tidak terjaga, maka masuklah unsur-unsur syaitan dalam perbincangan... Sebab itu daripada awal lagi saya melarang memaki-hamun dan memasukkan unsur-unsur politik yang boleh menyebabkan orang berpuak-puak. Sebab saya telah banyak kali melihat natijahnya di merata tempat.
Adapun posting kali ini serta komen-komen yang terkeluar sengaja dibiarkan mengalir "kurang-ajar" ajar saudara-saudari sekalian nampak akan natijahnya. Saya sendiri tidak peduli disumpah-seranah tetapi saya marah melihat perbincangan orang lain di sini terganggu akibat sifat sesetengah orang yang masih lagi mahu menonjolkan kedegilan menyatakan pendapat sendiri tanpa mahu mengaji dahulu kecenderungan orang lain lalu masuk perbincangan dengan cara yang lebih bertimbangrasa. Lebih sedih lagi apabila saya melihat, akibat kedegilan orang yang mahu terus menegakkan benang basah, kata-kata seperti "Aku doakan bini engkau tak beranak-beranak" dan "kesian laki engkau" ditujukan pada orang sedangkan saya mengharapkan suasana perbincangan di sini sentiasa harmoni.
Sebab itu saya terpanggil untuk memberi "kata-kata kesat" di sini, dan kita terus dapat melihat kesannya di sini bukan?
Sebagai pengendali blogspot ini, saya telah melihat kerenah berbagai warga chatbox... Sedih saya melihat apabila orang-orang yang saya ketahui selama ini amat berbudi-bahasa pun boleh naik angin kerana kerenah orang yang tidak bertimbang-rasa. Lihat, saya sendiri naik angin di sini... Apakah kerana salah saya atau salah orang yang tidak bertimbang-rasa?
Fikir-fikirkanlah dengan jujur, bukan dengan nafsu amarah yang sentiasa mahu memenangkan diri sendiri sehingga jadi buta langsung akan hakikat keadaan sebenarnya.
Sesungguhnya yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada saya belaka. Kalau perlu, anggaplah saya ini buruk, angkuh, jijik, jengkel, tidak istimewa dan sebagainya... Saya sedia menerima segala kutukan ini. Cuma satu sahaja saya pinta, TOLONG JANGAN GANGGU KEHARMONIAN PERBINCANGAN di sini. Sekian lagi... :]

mike zanon said...

Br Radzi,

Sya sebenarnya termasuk ke Blog Br kerana mencari cerita mengenai Nakhoda Muhammad Taib( supposed to be keturunan sebelah bapa saya dari Batu Bara).Ternampak pula "Berpetualang ke Aceh".Tapi tak sempat baca.Then sya curious nak tau siapa Br, so sya lihattlah about me " ...After a while circumstances initiated him into the mysteries of Sufism, another word for Islamic spirituality..." Perkataan 'mysteries of sufism' tu menarik perhatian sya. Jadi sya cuit2lah br, manalah tau kot2 dapat petunjuk. Sebab saya pernah terbaca " Awaluddin Makrifatullah" dan "Kenallah diri kamu. Apabila kenal diri kamu kenallah kamu akan Tuhan" dalam kitab2 Sufi. Itulah sbbnya sya tanya 'tak cari DIRI ke macam Hamzah Fansuri'. Tiba2 terbaca pula pantun2 Br dengan Sofiya. Eh kenapa pula tiba2 putih'sufi' menjadi merah... berkata hati sya.

Cerita2 mengenai wali-wali Allah di bumi kita ni memang sedikit sangat. Kalaulah Br boleh bukukan, best tu boleh jadi rujukan bagi kita semua peminat2 sufi.

Anonymous said...

Sdr Radzi,

Dari komen-komen di atas, saya dapati sdr juga menegak benang basah.

Sdr juga seperti tidak menerima pendapat orang lain.

Sdr masih budak baru belajar dalam dunia sufi, hanya kerana sdr travels sana sini tak semestinya ilmu cukup di dada

Sdr juga memandang rendah pada mereka yg saudara rasa tidak menerima petunjuk seperti saudara

Manusia sentiasa ada buat kesalahan termasuk juga saya. Pada hemat saya saudara dimasa dahulu pernah banyak berbuat dosa, maka itulah saudara berkelana ke sana sini mencari diri. Itu hukuman allah buat saudara.

Untuk org lain, pada hemat saya lain hukuman nya.

Anonymous said...

Sdr Radzi,

Kalau berdasarkan blog saudara ini, memang bagus isinya dan boleh dikira satu contribution juga kerana saudara memperkemaskan dalam bentuk tulisan segala macam cerita tentang salah silah keturunan yg saudara ambil berdasarkan cerita-cerita dari orang yg saudara jumpa semasa berpetualang.

Itu adalah perkara baik yang saudara lakukan.

Tetapi, sifat mazmumah samada tiada atau kurang dalam diri saudara. Ini juga termasuk mengenal diri, bukan setakat keturunan tapi sifat-sifat ammarah, sabar yang semua berlunaskan kepada nafsu.

Seperti kebanyakan orang zaman sekarang, banyak yang suka membuat benda-benda mencabar/adventurous untuk test kemampuan masing-masing.

Itu adalah dari segi luaran. Tetapi ujian yang paling mencabar dan ramai manusia gagal adalah cabaran dalam diri sendiri.

Amat sukar membenteng nafsu, nafsu itu segala macam nafsu, yang tertonjol dalam diri sdr adalah sifat marah, tidak boleh menahan sabar, tidak menghormati pendapat org lain, sdr saja yang betul -orang yang tidak berpetualang seperti sdr, sdr anggap kurang diyakini cakapnya. Sdr juga punya sikap bangga diri.

Kehormatan yang orang beri kepada seseorang biarlah ikhlas. Bukan diminta-minta.

Saudara memintakan org hormat dan humble tapi lihatlah diri saudara bila berkata. Tidak kurang juga kurang ajarnya.

Kalau sdr berilmu dan benar-benar sedang menuju ke arah sufi. Tentu saudara tidak membalas dengan kata-kata kesat.

Mungkin saudara ingin belajar tasauf. Baru setakat niat agaknya. Belum pun bergelumang. Harap mendapat guru yg arif agar saudara tidak dipesongkan oleh syaitan.

Benar kata zanon, seorang mursyid akan melihat diri anak muridnya dulu. Tasauf kalau salah bawa boleh membuat seorang itu menjadi tidak siuman.

Bibit-bibit awal adalah sikap bangga diri dan tidak menerima pendapat. Lama-kelamaan orang akan boleh menilai dan kamu akhirnya akan tinggal seorang.

Masa inilah ujian nya datang samada kamu balik ke pangkal jalan atau kamu menjadi tidak siuman.

Berdasarkan komen diatas, usia dalam 38, apakah yang kamu ada. Hanya bercakap sajakah dan sentiasa membentak agar org menghormati kamu.

mike zanon said...

Br Radzi n Anon,

Sya teringat pepatah Melayu' kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai'. Jadi kalau takut kena tembak jangan masuk ke 'medan perang'.Perang Badar sangatlah dahsyat.Tapi Nabi kita berpesan: 'Perang yang lebih dahsyat dari Perang Badar ialah perang dengan diri sendiri' Correct me if I am wrong.

Pada sayalah dalam sufi ni ADA 4 perkara yg kita mesti pegang: YAKIN, JUJUR, IKHLAS, AMAL.

I like this Br Radzi "Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...Seketul daging itu adalah hati," Jiwa dan hati menarik minat sya.

Tak taulah sya jika kita faham betul2 maksudnya. Sya rasa tentu kita faham kalau tidak tak kan kita berani nak sebut 'sufi'.

- cuit2 je

Anonymous said...

"....Para Nabi, para Wali, alim ulamak serta orang yang mencontohi mereka tidak akan sengaja membangkitkan kemarahan orang malah sentiasa cuba mententeramkan keadaan. Kecuali ternyata orang yang buat kacau itu tidak mahu sedar lalu terpaksalah para Nabi itu sendiri juga menempelak dengan kasar...."

Mana ada Nabi menempelak orang dengan kasar...

pernah dengar cerita peminta sedekah buta yang hari2 kerjanya mencerca nabi?.. Sungguhpun begitu tiap2 hari Nabi datang melawat memberinya makanan...(peminta sedekah tidak tahu itu Nabi) sehinggalah nabi wafat si peminta sedekah menunggu sebagaimana biasa...

Satu hari Saidina Abu Bakar datang dan memberikan makanan kpd peminta sedekah itu sebagaimana nabi berbuat selalu... Tetapi peminta sedekah itu tahu yg memberinya makan ketika itu bukanlah orang yg selalu datang melawatnya...

Setelah ditanya....akhirnya saidana abu bakar memberitahu kepada peminta sedekah bahawa orang yg memberi peminta sedekah itu makanan tidak dapat datang seperti selalu kerana beliau telah tiada lagi di dunia ini dan orang itu adalah orang yang dicercanya selalu iaitu Nabi Muhammad saw...

Maka menangislah peminta sedekah itu mengenangkan perbuatannya...dan beliau pun masuk Islam...

Untuk kesimpulan Nabi tidak menempelak, tidak menjawab kasar, dia berbuat baik walaupun pada orang yg membencinya... Tidak bermegah kerana menolong atau war-warkan berita...sehingga yang ditolong pun tidak tau...


"...Kata2 ini lebih menjurus pada diminta beri perhatian selain menunjukkan adik belum cukup teliti memasuki perbincangan tetapi ingin sangat mengemukakan pandangan...."

Di bahagian ini pula sdr menganggap org yg muda masih tidak teliti dan amat daif pendapatnya... Kerana saudara sedang berpetualang ke zaman lama..ingat kah di zaman dulu bagaimana seorang budak memberi pendapat mempertahankan negara dan dianggap lekeh oleh memanda menteri...?

Ambil lah iktibar dengan sejarah untuk memperbaiki diri dan bukan syok sendiri minta di hormati laksana raja...atau berbangga dengan keturunan raja, sedangkan sdr bukan pun raja berdaulat dalam negeri apatah belum tentu lagi mulia di sisi allah dengan segala kekurangan yang ada..

Belek-belek lah diri sebelum mengajar orang lain yg pada persepsi sdr rasa amat dangkal pendapatnya...

Persepsi saudara perlu dibetulkan dulu.

Radzi Sapiee said...

Wassalam dan terimakasih atas komen-komen terbaru ini. Untuk adik Mike Zanon, kan elok memperkenalkan diri begitu... Maka lebih senanglah berinteraksi. Begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pendatang baru di chatbox, perkenalkan diri dan perhatikan dahulu perbincangan orang, jangan terus buat terjahan. Perkara ini bukan perlukan ilmu sufi, cuma adab biasa dalam pergaulan. Kurang beradab menerjah apalagi apabila suasana menjadi panas akan menerbitkan keadaan yang kurang selesa.
Saya akui kelemahan saya dalam hal ini... Ya, bukan senang hendak menghilangkan sifat-sifat mazmumah. Saya akui saya masih ada sifat pemarah. Mungkin saudara Anonymous telah berjaya menghilangkan segala sifat-sifat mazmumah, Alhamdulillah. Diakui saya sebenarnya tidak ada apa-apa pencapaian... Contoh yang diberi tentang kata-kata orang tentang diri saya itu cuma sekadar perbandingan untuk difikirkan, bahawa walaupun daripada satu segi apa yang saya buat dan lalui sudah diiktiraf orang tertentu, hakikatnya saya masih tiada apa-apa.
Cuba ambil daripada sudut positif, bukan sudut kemarahan hati sendiri yang terus mahu menyatakan saya berbangga diri kerana diri itu sendiri sebenarnya yang tidak puas hati dengan nada interaksi kali ini... Umur saya yang 38 ini tentu tiada apa-apa bagi mereka yang dah berumur 60, 70 dan sebagainya... Pengembaraan saya yang "luaran" ini mencari salasilah tentu tiada apa-apa bagi orang yang sudah "sampai" serta amat tinggi pencapaian Tasawufnya. Dan memang hakikatnya saya bodoh, masih tiada apa-apa maka itu kelihatan begitu teraba-raba...
Ambil daripada sudut positif dan kamu akan lihat perbandingan, jika saya yang ada ijazah Mathematics daripada London dan pengalaman sebagai wartawan akhbar terkemuka dengan kenalan di tempat2 tinggi, telah pergi mengembara ke sana-sini mengalami pelbagai perkara (dan untuk menekankan betapa bangga dirinya saya ini seperti yang mahu dicanang saudara Anonymous beberapa kali, ya, saya telah berjumpa ramai dan bermacam-macam guru dalam pengembaraan tetapi selalunya saya cuma ceritakan cuma bab perkelanaan sahaja) pun tiada apa-apa dan hakikatnya tetap bodoh jua, inikan lagi seseorang yang hidupnya seperti katak di bawah tempurung dengan pergaulan dan pendedahan yang terbatas lalu mengharapkan informasi sekadar daripada pembacaan dan dunia Internet, itupun melalui website-website "terpilih" iaitu cuma menurut selera sendiri sahaja tanpa melihat perbandingan daripada sudut kajian orang lain. Yang pasti dari sudut sufi, kita semua ini bodoh belaka, yang pandai cuma Allah jua...
Ah... Sekali lagi kelihatan riak dan bangga diri saya ini yang amat sangat. Untuk menekankan suatu perkara, maka terdedahlah segala pekung dan sifat saya yang bodoh penuh mazmumah ini... Memang dosa saya terlalu banyak maka beginilah jalan kehidupan saya. Jadi terimakasih sekali lagi atas ingatan yang berkali-kali itu.Insyaallah saya usaha perbaiki kelemahan itu.
Tetapi isu sebenar yang menyebabkan meletus lalu tertonjollah kebodohan saya di sini untuk dilihat seluruh warga jagat raya adalah bukan tentang diri saya atau apa-apa keinginan untuk diiktiraf atau membangga diri. Isu sebenar adalah keharmonian berinteraksi untuk warga-warga chatbox ini. Dalam melihat perkembangan terbaru sejak kebelakangan ini, saya sering melihat interaksi di chatbox terganggu akibat ada pihak yang mahu sangat menekankan pendapatnya... Banyak kali dengan cara terjahan dan kasar sehingga menjengkelkan semua orang lain.
Setelah berkali-kali begitu juga keadaannya, timbullah rasa marah, marah kerana melihat blogspot yang saya usahakan jadi tempat orang berteduh yang hampir sefahaman ini (ya, mereka yang tidak sefahaman boleh sahaja memilih untuk berteduh di tempat lain, jangan buat kacau di sini)ini ada masanya kelihatan kucar-kacir... Lalu dalam kemarahan itulah akhirnya timbul cara teguran yang keras sehingga ternyata sungguh betapa hina dan jijik sifat saya sebenarnya...
Lihat sendiri dalam artikel di bawah artikel ini iaitu artikel bertajuk "Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]"... Walaupun saya tidur di Hotel Wali di bilik VIP, hakikatnya saya tidur dengan kepala saya berada di sebelah jamban... Maka maknanya memang saya kepala taik... Maka tidak perlu sangat saudara Anonymous cuba menilik-nilik diri saya kerana sudah ternyata saya adalah kepala taik...
Apapun itu adalah keburukan saya. Yang saya tak mahu adalah perbincangan di chatbox jadi buruk akibat orang-orang yang tidak tahu menghormati bahawa di blogspot ini adalah tempat bertandang orang-orang yang walaupun latar-belakangnya mungkin berbeza-beza dan tempat duduk masing-masing jauh tetapi terpanggil dengan tujuan yang serupa...
Usah bercerita sangat tentang pencapaian tasawuf yang tinggi-tinggi. Di luar sana, di forum-forum dan blogspot-blogspot yang bersepah di merata sudut alam Cyber, banyak lagi pihak sedang mencanangkan kehebatan pengajian masing-masing serta betapa mereka telah "sampai" kepada matlamat Sufi lalu bertungkus-lumus mahu mengangkat diri menjadi guru kepada orang lain.
Berbanding dengan itu semua, di sini perbincangannya lebih senang. Di sini, kami mengakui akan kelebihan dan peranan darah keturunan Ahlul Bait, bukan untuk membanggakan diri (walaupun sebagai insan yang lemah, seringkali terkeluar juga kata-kata yang mungkin menunjukkan sifat bangga diri) tetapi untuk menyambung silaturrahim demi menghadapi cabaran yang bakal mendatang akhir zaman.
Fahamilah ini, nescaya segala interaksi akan jadi lebih selesa dan senang. Yang difikirkan adalah keharmonian ramai, bukan "keunggulan" atau "ketrampilan" mana-mana orang perseorangan.
Tentang saya bercerita tentang pengalaman saya, itu sudah tentu kerana ini adalah blogspot saya... Nama pun blogspot...
Fungsi asal sesuatu blogspot adalah membuat log perjalanan kehidupan seseorang juga menyatakan buah fikirannya... Inilah diari perjalanan saya di mana saya sendiri dapat menatap apa yang pernah dilakukan untuk apabila mahu mengimbas dan mengambil iktibar nanti selain mahu mengingati apa yang telah berlaku pada sesuatu ketika.
Banyak lagi pengembaraan telah saya lakukan masa lalu sejak kecil lagi tetapi tidak direkod lalu ia hilang begitu sahaja.
Sesungguhnya sebagai seorang kepala taik yang banyak berdosa, perjalanan hidup saya yang sedikit pelik susah mahu diterima keluarga yang mahu saya menggunakan ijazah, kenalan, contact dan pengalaman untuk berbuat sesuatu yang lebih diiktiraf umum... Sepertimana cerita Sufiah Yusof di England (walaupun saya tidak sepandai dia), menurut mereka yang tahu tentang kebolehan saya sejak kecil, sepatutnya saya sudah menjadi seorang jutawan dengan pangkat tinggi di persada tanahair. Sebaliknya saya cuma seorang duda yang tidak punya harta apa-apa, kereta dan rumah sendiri pun tiada... Selalu pula keluar mengembara ke tempat-tempat mengarut seperti makam-makam lama...
Dalam usia 38, sesetengah kenalan sebaya saya adalah pengarah-pengarah tertinggi syarikat-syarikat multinasional serta angkatan politikus muda yang menggegarkan negara. Saya tidak mahu semua itu, yang saya mahu seperti ditekankan dalam buku-buku saya juga sesekali ketika bercerita di blogspot ialah saya terlalu inginkan damai rumahtangga sebenar yang saya panggil home sweet home... Kemudian Insyaallah, dapatlah saya menjalankan apa yang saya rasa patut walaupun orang lain terutama keluarga mungkin tidak akan faham sampai bila-bila...
Saya tidak ada apa-apa untuk ditunjuk kecuali sedikit buku dan blogspot-blogspot saya... Bukannya saya perlu apa-apa untuk menunjuk tetapi sebagai insan biasa yang lemah dengan fitrah masih sayangkan keluarga, saya mahu juga mereka nampak bahawa apa yang saya lakukan selama ini bukanlah membuang segala kelebihan dan kebolehan yang diberi oleh Tuhan.
Dengan adanya blogspot-blogspot yang merekodkan perjalanan saya ini, maka sekurang-kurangnya ternyata kepada mereka betapa apa yang saya lakukan ini tidak sia-sia semata kerana 1... Nampak lebih jelas apa yang telah saya lakukan dan 2. Ada orang lain yang membacanya lalu dapat dijadikan ilmu yang berfaedah untuk semua.
Maka untuk sesiapa yang mungkin terasa di luar sana, usahlah sibuk mencari hujah untuk menyedapkan hati sendiri seorang... Kalau saya mahu menyedapkan hati saya sendiri, sudah tentu boleh kerana ini adalah blogspot saya... Maka sememangnya saya ada hak untuk berkata-kata apa yang saya mahu. Tetapi sekali lagi diingatkan, segala kata-kata bodoh yang keluar daripada diri saya yang lemah beberapa hari kebelakangan ini dibuat untuk menjaga keharmonian interaksi warga chat-box di sini. Sesungguhnya dalam keharmonian mereka berinteraksi, saya dapat menumpang selesa bersama... Dapat juga menumpang rasa "berkeluarga" sementara menunggu home sweet home saya tiba.
Sekian! :]

Jiwa said...

salamssss .. .. sebenarnya apa yg dikehendaki di sini adalah keharmonian dan adab dalam pergaulan sesama kita .. .. susah benarkah untuk kita mendambakan dan meraih keharmonian dan kedamaian itu di sini?! .. .. apakah kita sudah terlalu alpa hingga terlupakan nikmat dan hikmah ke atas keharmonian dan kedamaian itu sendiri?! .. .. hingga perkara baik seperti itu menjadi begitu payah dan kabur di sini?! .. ..

untuk apa mencabar, mempertikai dan mencela sesama kita sedangkan kita tahu (mungkin terlupa jua?!) akibat dari pertelingkahan sebegini?! .. .. payahkah untuk kita mengamalkan adab hormat menghormati?! .. ..

kalau ini sudah menjadi suatu kepayahan maka begitu banyak sekali yang perlu kita usahakan dan kerjakan .. .. bersangka baik, berfikir baik, berkata baik, beradab baik .. .. maka semuanya kan baik baik belaka adanya - insyaAllah .. .. wsalamssss .. ..



"orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun diri sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu." (Hamka)

Anonymous said...

Salam...

Tetiba, teringat perbualan telefon dengan Kekanda Azlan Ghanie.

Kata dia, "Senyum selalu..."

Tengah senyum ler nih... :D

hehehe...

Mahadher

Anonymous said...

Sdr Radzi,

Siapa juara badak? Tak jelas lagi rupanya saudara. Memang pemerhati. Komen-komen seterusnya setelah saya baca blog sdr seterusnya dan komen-komen orang lain dan itulah sebab komen seterusnya terjadi begitu.

Sdr Radzi terbawa-bawa lagi kemarahan. Mungkin point sama, tak taulah, tapi yang nyata, orangnya lain.

Bawa-bawalah beristighafar.

Anonymous said...

Sy juga pemerhati di sini. Sy kira apa yang dilakukan oleh sdr Radzi itu tidak salah walaupun kelihatan sedikit kasar.

Sebagai tuanpunya blog, dia ada hak untuk menyatakan pendapatnya tentang arus perjalanan blog beliau dan membuat teguran kepada sesiapa yang tidak FAHAM dengan syarat-syarat yang tersurat dan tersirat di dalamnya.

Setelah pelbagai nasihat dan teguran dilakukan dengan baik, tetapi tidak berubah apa-apa malah semakin kelihatan menunjukkan lagak oleh individu yang tersebut itu, tentu sahaja ada tindakan yang lebih memberi IMPAK perlu dilakukan oleh sdr Radzi.

Itu bisa difahami dan dimengerti oleh orang yang berfikir secara tajam dan menelah dgn dalam dari sudut pelbagai pandangan.

Sekian.

Anonymous said...

Salamsss ....

Byk ek komen kali ni.
hehe ... sebenarnya aku pun selalu
menjadi pemerhati kepada perbincangan2 yg berlaku dimana2 forum ataupun blog ataupun groups dll.

Memang bila discuss benda2 tinggi ni ... peratus yang tinggi untuk letusan2 yg tidak sependapat.

Untuk MS, teruskan bro ... apa ujian pun yang datang, kita tetap tuju jalan kembali. Seronok dapat bersilaturrahim. Since hang sebagai tuan tanah, memang seeloknya hang yg kemudi. Byk ilmu yang dpt ditimba disini. Alhamdulillah.

p/s: ada ujian, ada tingkatan. Tak lulus kena repeat la next semester.

-awanbadai-

PerpatihTulus said...

Dont worry be happy.
:)

Anonymous said...

kenapa bro radzi marah sufiya, menaruh rasa atau terkesiwa?

kuikuikui

Kui Kui Kui said...

kenapa bro radzi marah sufiya, ada menaruh rasa atau terkesiwa?

Orang-orang said...

Kata-kata saudara Radzi

...Untuk Tarabas, masjid mata itu sebenarnya satu gurauan...


apa maksudnya? sedangkan saudara sedang memberi jawapan untuk sebab-sebab saudara meletakkan gambar mata sauron sebelum itu.

Anonymous said...

hehe...

Teruskan berkayuh saudara Radzi. Jgn dipedulikan orang orang yang jeles dan dengki ni. Maklumlah, depa kurang dapat sambutan tak macam hang punya blog. Kui kui kui tu yg rasanya syok dengan sufiya kot..keh keh keh..

Orang-orang said...

Petikan kata-kata saudara:


Sejadah yang terdapat di surau Lorong Makam Lama di Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Sengaja saya letak di sini untuk menunjukkan bahawa sejadah "masjid mata" itu memang wujud... Bukan setakat khayalan atau gurauan semata-mata!


Sekejap bukan gurauan, sekejap gurauan..

Anonymous said...

hehe...

Rupanya dah tukar nama jadi kuikuikui lak..itu bahasa badak kot...

Anonymous said...

Dear Radzi,

Move forword...!! Don't entertain these childish comments. You got a lot of others important things to look at. Cheer up bro..!!

keliru said...

Assalamualaikum....
Tiba-tiba aku tersesat di dalam 'rimba' soal jawab antara tamu dan tuan rumah, dengan masih tertanya-tanya apakah yang sedang perdebatkan, maka aku diamkan diri... Kenapa boleh jadi macam ni? Hilang punca aku jadinya... mmmmm....