Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, May 23, 2008

Kisah "beruk" pencen... Satu tatapan hujung minggu sebelum cerita kembara Negeri Sembilan mula jadi serius...

Ada orang bertanya, gambar mandi saya sudah dipaparkan... Gambar memanjat bila lagi? Hmm... Bila ya? Saya pun tak tahu kerana tak pernah rancang... Sepertimana gambar klip video mandi air panas di Hulu Langat yang dipaparkan dalam posting bertajuk Kembara Negeri Sembilan... Mandi air panas dahulu di Hulu Langat untuk "mengambil" kesegaran... semalam tidak dirancang sebaliknya terjadi akibat gerak yang muncul tiba-tiba ketika berada di menara tinjau antara Hulu Langat dan Ampang untuk membuat rakaman video sambil berjalan ke Negeri Sembilan Ahad lalu.

Apapun, rasanya bab panjat-memanjat ni saya dah kira pencen le sebab rasa dah tak berapa larat dah... Sekali-sekala kena panjat pagar rumah, masjid dan makam tu kira biasa le, bukannya kira serius memanjat... Kalau serius panjat, sekurang-kurang saya akan naik bangunan seperti masjid ataupun pokok sehingga 30 kaki ke atas tapi itu dulu-dulu... Ketika tubuh-badan saya lebih kemas dan aktif membuat pelbagai aktiviti lasak. Sekarang ni rasanya power dah kurang kot?

Dahulu, semasa umur 6 tahun pun saya selalu naik bangunan buruk tadika tempat saya belajar kecil-kecil di Muar yang terletak di atas tiang-tiang... Ala macam rumah-rumah kayu orang Melayu biasa dulu-dulu... Lepas tu panjat tingkap, terus meloncat ke bawah... Dari pangkal tingkap sampai bawah tu ada le tinggi 10 kaki... Lepas tu saya lari balik naik atas tadika dan panjat tingkap lalu lompat lagi dan lagi... Apa nak buat? Inilah perangai kanak-kanak hyperactive macam saya...

Masa di sekolah rendah pula saya selalu panjat tiang kawasan pejalan kaki yang ada bumbung, lari sorang-sorang atas bumbung lepas tu terus lompat ke bawah... Ada le tinggi 10-12 kaki. Masa sekolah menengah pula saya cuba lompat daripada tingkat 2... Alhamdulillah lepas... Cuba daripada tingkat 3. Dapat juga. Nak lompat daripada tingkat 4 tak berani... Rasanya tak boleh buat. Takut "terpele'ot" nanti! Sampai tingkat 3 pun jadilah... Lepas tu bila dah boring, saya panjat daripada bawah balik ikut tiang dan railing... Bila dah sampai atas, saya pun lompat lagi ke bawah...

Hmm... Tiba-tiba teringat semasa darjah 6. Seorang kawan sebaya saya pernah ikut memanjat pohon jejawi yang agak besar lalu jatuh daripada aras lebih 20 kaki, koma 2 minggu... Duduk dalam hospital sebulan lepas tu terus kepala teleng (senget sebelah) sampai sekarang. Ceritanya ada diabadikan dalam buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Syiar yang Asal". Ada diletakkan di sini, dalam posting-posting berikut yang dibuat Julai 2007 :-



MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active

MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...

MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?



Tu le kerja saya dulu-dulu. Memang saya lasak dan ada pulak orang kata kepala "tergejal" gitu! Hehe... Sekarang ni umur dah masuk 38 tahun, exercise pun dah jarang... Boleh kata macam dah takda langsung! Selalu pulak kena sakit urat. Mana tak... Dalam keadaan badan dah tak fit macam dulu pun kadang-kadang saya bantai buat kerja mengarut juga. Contohnya akhir sekali saya layan memanjat bangunan tinggi adalah panjat menara telekomunasi setinggi hampir 200 kaki di Muar tanpa sokongan apa-apa alat-alat keselamatan sampailah ke penghujung paling atas. Kiranya kalau jatuh, kemungkinan untuk patah-riuk malah "gol" terus amatlah besar!

Gambar-gambar berkaitan ada saya letak dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH pada Oktober 2007, dalam posting bertajuk Views from on top a telecommunication tower in Muar... . Ceritanya pula di Text for Views from on top a telecommunication tower in Muar...

Lihat sendiri gambar-gambar itu dan bayangkan diri anda memanjat setinggi itu menaiki tangga-tangga besi yang licin akibat hujan sebelumnya tanpa apa-apa peralatan keselamatan yang mampu menyokong jika tersilap langkah. Dan bayangkan pula, petang sebelumnya, jantung saya pernah terhenti sedetik dua dan badan sakit gila... Akibat terjatuh pokok dan dihempapnya ketika cuba menyakat kera-kera di Tanjung Emas, Muar!

Semasa itu saya seronok melihat kera-kera itu bermain-main di sekitar dan pokok-pokok lalu terus berlari dan melompat memaut sebuah batang pokok yang saya anggar sebesar setengah pemeluk. Tidak disangka, pangkalnya rupa-rupanya sudah reput... Sebaik sahaja dapat memaut batang yang terkeluar menyendeng itu, saya terus menaikkan badan serta kaki pula mula memaut batang. Kononnya mahu menggantungkan diri secara terbalik dengan kaki memaut di atas seperti yang saya biasa buat apabila datang angin gila-gila ketika memanjat pokok...

Tengok-tengok terus batang pokok itu patah di pangkalnya... Hasilnya, bukan sahaja saya jatuh bedebuk dalam keadaan terlentang pada ketinggian tidak kurang 8 kaki malah turut dihempap batang pokok sebesar setengah pemeluk dan sepanjang sekitar 15 kaki! Bayangkan. Dan esoknya saya boleh pergi memanjat menara telekomunasi setinggi 200 kaki selepas hujan pula...

Rasanya sekarang ini saya mahu pencen daripada semua ini. Selain telah merasa jatuh pokok beberapa kali, saya juga pernah beberapa kali teruk jatuh motosikal juga jatuh akibat pelbagai aktiviti lasak lain seperti main ragbi zaman sekolah dan kolej. Kiranya nasib saya baik kerana belum pernah patah mana-mana bahagian tulang, belum pernah pengsan... Tetapi siapa tahu kesan segala ini terhadap sistem dalaman dan urat saraf? Maka kalau diikutkan, memang tubuh-badan saya sudah menanggung begitu banyak pukulan dan kesannya sebenarnya ada... Mungkin ini yang menyebabkan saya sekarang selalu sakit-sakit badan dan urat?

Apapun, saya cuma akan memanjat apabila perlu. Sementara itu untuk mereka yang ingin melihat saya memanjat, cukuplah disajikan video di bawah ya, diambil selepas melepasi kawasan Batu 18 Hulu Langat, hampir sampai ke Sungai Gabai... Sejurus sebelum masuk ke Negeri Sembilan melalui Kuala Klawang...

Inilah dia gaya "beruk" pencen sejurus sebelum aksinya dilihat 2 orang wanita yang lalu di situ... Selepas ini, klip-klip video tentang perjalanan di Negeri Sembilan akan bernada lebih serius... Tetapi tetap ada bahagian yang mana saya tak dapat tahan nak melayan gila... Maka terimalah semuanya seadanya ya! Selamat berehat hujung minggu!




3 comments:

Anonymous said...

kehkehkeh....kelakar lak tgk gbr beruk pencen tu...ana rasa cik kak dua orang tu control gelak je tgk ko MS....sib baik depa pompuan melayu terakhir...

Radzi Sapiee said...

:]

PerpatihTulus said...

hahahah.. aku pun pelik, apasal lah kau suka sangat buat gaya beruk tu. Suka hati kaulah... asal bahagia..