Tu dia, saya masih tak dapat duduk diam dan tak pasti kenapa. Bila masuk Facebook pula terlihat gambar yang diambil seorang kawan, daripada gathering atau perjumpaan semula bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor batch 83-87 (SPM tahun 87) yang dibuat pada 1 Januari. Timbul rasa untuk berkongsinya di sini. Ceritanya telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 3 hari selepas perjumpaan. Lihat Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... . .
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, Januari 09, 2010
Masuk umur 40 daaa...
Tu dia, saya masih tak dapat duduk diam dan tak pasti kenapa. Bila masuk Facebook pula terlihat gambar yang diambil seorang kawan, daripada gathering atau perjumpaan semula bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor batch 83-87 (SPM tahun 87) yang dibuat pada 1 Januari. Timbul rasa untuk berkongsinya di sini. Ceritanya telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 3 hari selepas perjumpaan. Lihat Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... . .
Tiga komponen teka kacang...
Gambar ini menggambungkan 3 elemen daripada 3 buah artikel berasingan. 3 buah artikel ini masing-masing menggunakan gambar-gambar yang diambil pada 3 tahun berlainan iaitu 2007, 2008 dan 2009. Teka kacangnya ialah ini. Daripada gambar di atas dapatkah anda mengenalpasti perkara-perkara ini?
1) Apakah 3 komponen gambar yang dipakai - Apakah yang di atas kepala, tentang gambar saya pula gambar ketika buat apa agaknya dan ketiga latar-belakang itu apa dan di mana?.
2) Yang mana satu komponen dari gambar yang diambil tahun 2007, mana satu 2008 seterusnya 2009?
3) Dari artikel-artikel lama manakah komponen-komponen ini diambil?
Mari kita mulakan teka kacang...
Jumaat, Januari 08, 2010
Apa ada di Bukit Belimbing?
Khamis 3 petang. Isteri saya balik awal untuk sama-sama membawa anak ke klinik. Ada temujanji suntikan antibodi Al-Rasyid. Selesai itu timbul rasa untuk berjalan-jalan ke Kuala Selangor. Selepas menikmati air kelapa segar di Pasir Penambang tergerak pula untuk mencari tempat sekitar yang kami belum pernah singgah. Ternampak simpang ke Bukit Belimbing, teringat entah di mana saya ada terbaca bahawa di bukit itu ada tinggalan sejarah yang berkaitan dengan keSultanan awal Selangor...
Selepas mengambil simpang baru saya tahu di Bukit Belimbing juga ada pusat kelip-kelip...
Dipendekkan cerita kami pun sampai ke pusat tersebut. Tapi siang-siang mana le boleh nampak kelip-kelip?
Apapun kami sudah biasa melihat kelip-kelip yang banyak di Kampung Kuantan, bahagian lain daerah Kuala Selangor. Dan lagipun kami ke sini untuk melihat apakah ada sesuatu di Bukit Belimbing yang boleh menerbitkan rasa tentang sejarah lama.
Sebaik melepasi pintu masuk kelihatan jambatan kayu menuju ke sekumpulan chalet atas air. Aittt? Dah sampai tepian sungai ke fikir saya kerana walaupun pertama kali sampai ke sini, saya pasti seperti di Kampung Kuantan, kawasan kelip-kelip di Bukit Belimbing juga mestilah di tepian Sungai Selangor.
Memang Sungai Selangor ada kelihatan di hadapan sana. Saya pasti ia Sungai Selangor kerana tidak ada lagi sungai lebih besar di sini (dan lagi balik ke rumah kemudian saya telah memeriksa kedudukan melalui gambar satelit di Google Earth).
Sambil menuju ke sungai, kelihatan sungai lebih kecil awal tadi bersambung dengan Sungai Selangor...
Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri...
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
Bersambung kita daripada artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pontian di siang hari... .
Setelah beberapa lama meninggalkan Pekan Nenas sampailah kita ke satu kawasan paling selatan di Semenanjung...
Sejurus kemudian kami mula menyusuri jalan tepian selat... Selat Tebrau yang memisahkan tanah besar dengan pulau kecil yang boleh tahan lagaknya iaitu Singapura!
Perjalanan tepian selat mengingatkan kepada zaman kecil-kecil di mana saya dan keluarga sering berkunjung ke rumah saudara-mara di Johor Bahru dan Singapura. Teringat betapa dahulu sepanjang perjalanan ini ada pantai yang cantik di mana orang sering bermandi-manda. Teringat mengutip siput laut yang bermacam rupa... lebih menarik lagi kehadiran bermacam jenis haiwan tapak sulaiman yang sering terdampar lalu saya bawa balik ke Muar di mana ia mula mereput dan menjadi busuk...
Seterusnya di tepian selat boleh kelihatan Masjid Abu Bakar, sama lebih kurang seperti dahulu...
Dari masjid seseorang boleh mendapatkan pemandangan yang elok menyeberangi Selat Tebrau sehingga ke Singapura...
Tadi semasa membuat artikel baru tentang masjid ini di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru saya tersedar batu asas masjid ini diletak pada 1 Muharam 1310 Hijrah. Ini bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, namun faktor 131 pada tarikh Hijrah tetap nampak terserlah. Sila lihat artikel Masjid (Mosque of Abu Bakar), Johor Bahru... ).
Sepanjang berada di masjid, Al-Rasyid cuma tidur sahaja di dalam kereta. Sejak meninggalkan Pontian sejam lebih awal tadi begitulah keadaannya...
Selepas meninggalkan masjid timbul gerak rasa spontan untuk mencari makam diraja Johor di Johor Bahru yang belum pernah dilawati sebelum ini...
Saya sebut "makam diraja Johor di Johor Bahru" kerana tahun 2008 saya sudah pergi ke makam diraja Johor di Kota Tinggi tetapi tidak pernah menziarahi makam yang di sini. Makam di Kota Tinggi adalah tempat bersemadinya keluarga diraja Johor lama yang berasal dari keturunan Sultan-sultan Melaka sedangkan yang di sini pula adalah dari keturunan Temenggung yang merupakan satu pecahan keluarga Bendahara Johor lama.
Bangunan utama makam menempatkan jenazah sultan-sultan dan kerabat diraja terdekat. Yang menarik, sebaik sahaja kami sampai, pintu telah terbuka malah baru sahaja dibuka. Rupa-rupanya ada seorang ahli kerabat diraja Johor yang baru kembali dari majlis istana datang melawat. Dapatlah saya melihat apa yang ada di dalamnya. Lihat artikel Makam diraja (Royal tomb complex of) Johor, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru ) yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi...
Daripada kerabat diraja itu saya dapat tahu kedudukan makam Sultan Ismail, Sultan ke 25 Perak yang pernah diturunkan takhta oleh Inggeris selepas Perjanjian Pangkor 1874 kemudian diasingkan ke Johor akibat penglibatan baginda dalam pembunuhan Residen pertama Britsh ke Perak, J.W.W. Birch. Sahabat saya Merbawi yang rajin mengunjungi blogspot ini telah terlebih dahulu menjejaki kedudukan makam ini. Lihat artikel Mencari Makam Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah (Marhum Mangkat Di Sekudai) Sultan Perak Ke 25 yang dibuatnya Julai 2009.
Antara gambar yang diambil adalah sudut bandaraya yang ini. Saya ingat, suatu masa dahulu ia boleh dikira permulaan masuk ke bandaraya (dahulunya bandar) Johor Bahru... sedangkan kini sempadan bandaraya telah meluas lebih 10 kilometer ke semua arah ke utara Selat Tebrau...
Termasuk tempat/binaan/bangunan yang melambangkan keberadaan Johor Bahru adalah tambak Johor menyeberangi Selat Tebrau membawa ke kawasan Woodlands di Singapura...
Kompleks kastam dan imisgresyen lama yang kelihatan seperti itik kartun sedang tersengih di latar-belakang juga merupakan satu komponen yang menjadi satu identiti Johor Bahru walaupun kini fungsinya telah berpindah ke bangunan baru sedikit ke utara...
Kini kepesatan pembangunan Johor Bahru hampir menyamai apa yang ada di Kuala Lumpur. Tentunya ia jauh lebih maju daripada masa-masa ketika ia masih dikenali sebagai Tanjung Puteri iaitu sebelum dijadikan ibunegeri oleh keluarga Temenggung yang mula menaiki takhta penghujung abad ke 19 Masihi. Maka berbalik kita pada pada bait-bait akhir lagu "Tanjung Puteri" sebagai menyambung bahagian lagu yang membuka artikel ini...
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Lalu mungkin ada yang bertanya kenapa pula tajuk kecil artikel ini diberi nama "Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri"? Entahlah. Sebenarnya saya main bantai aje setelah teringat lagu "Tanjung Puteri". Bagi warga Johor yang tahu cerita-cerita lama, tentu pernah mendengar kisah pahlawan Si Bongkok ini. Namun ada yang menyebut pusara sebenarnya terletak lebih menghampiri Kota Tinggi dan Tanjung Puteri yang dimaksudkan itu sebenarnya terletak berhampiran Bukit Belungkor, menyeberangi Sungai Johor yang sangat lebar itu, ada le juga dalam 20km kalau berjalan terus dari Johor Bahru ke situ (laluan jalanraya lebih jauh kerana perlu ke Kota Tinggi sebelum menghala ke tenggara).
Apapun, nama Tanjung Puteri tetap disebut ramai sebagai nama lama Johor Bahru. Mungkin Si Bongkok dalam konteks ini lebih sesuai dikaitkan dengan Sultan Ismail Perak yang makamnya memang terletak di lereng bukit di Jalan Mahmoodiah? Kerana tidak mustahil pada akhir hayatnya baginda mula menjadi bongkok akibat hidup tua dalam keadaan terbuang daripada daerah asalnya. Atau mungkin juga Si Bongkok itu adalah saya sendiri yang sering 'terbongkok-bongkok' ke sana ke mari mencari entah apa lalu melepaskan cerita-cerita sebegini di blogspot ini? Kalau begitu di manakah pula pusara Si Bongkok ini yang kini menetap di Bandar Tasik Puteri?
Rabu, Januari 06, 2010
Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pontian di siang hari...
Dalam artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan... ada disebut bahawa saya memilih untuk bermalam di satu tempat tertentu di Pontian. Apakah tempat itu? Bolehkah diagak daripada gambar atas yang diambil keesokan harinya?
Maka petunjuknya begini. Kami telah bermalam di sebuah tempat di Pontian di mana boleh kelihatan perairan Singapura dengan terang. Bangunan hijau yang kelihatan inilah tempat kami bermalam. Petunjuk seterusnya... letaknya di atas laut, bukan di daratan.
Tempatnya seperti kelihatan di atas ini. Sudah dapat jawabannya? Kalau masih kabur, lihat artikel Staying above the waves at Tanjung Piai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Satu keistimewaan kawasan ini adalah kedudukannya yang unik di peta dunia. Ya, kami berada di Tanjung Piai, tempat paling selatan di tanah besar benua Asia. Lihat artikel The southernmost tip of mainland Asia... juga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Kukup juga terkenal dengan restoran-restoran makanan laut segar terutama di kalangan warga Singapura. Lihat artikel The little town of Kukup . Namun kami suami isteri memilih untuk makan di tempat lain...
Sebelum itu kami singgah dahulu di Muzium Bugis yang terletak antara Kukup dan bandar utama Pontian di Pontian Kechil...
Oleh kerana Al-Rasyid sudah nyenyak tidur, kami biarkan sahaja dia 'melihat' dari dalam kereta. Tu dia... penat dia nampak mengalahkan driver! Bayi le katakan, umur pun baru lepas 40 hari...
Kami ingin makan di satu kawasan tepian pantai di Pontian Kechil...
Selesai makan baru kami menyambung perjalanan untuk ke daerah lain. Boleh agakkah ke mana dengan melihat papantanda?
Yang pasti di jalan menuju ke daerah itu boleh kelihatan Gunung Pulai yang tingginya lebih 2,000 kaki... tak lah setinggi mana tapi masih lagi daratan tertinggi di sekitar itu.
Sampai di Pekan Nenas timbul juga rasa untuk 'melencong' ke Gunung Pulai. Tetapi ketika itu sudah melepasi jam 4 petang dan kami mahu menikmati suasana siang secepat mungkin di daerah seterusnya. Cukuplah tentang Pontian.