Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 22, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya

Salam pagi Sabtu 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444 Hijriah. Selamat hari raya maaf zahir batin daripada saya dan keluarga. Untuk hari raya ini biar dipersembahkan artikel kompilasi bagi perjalanan terbaru ke Perak yang berlangsung Sabtu malam Ahad 15 April bersamaan 25 Ramadhan sehingga petang Selasa 18 April bersamaan 27 Ramadhan. Sebagai gambar hiasan biar disuakan kad/poster hari raya yang dibuat berdasarkan kulit buku terbaru saya yang insyaallah akan siap dicetak 3 minggu lagi. Rujuk artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan diikuti Buku Laksamana Muhammad Amin dan Orang Kaya Arsyad dah masuk kilang.



Poster raya ini menggabungkan gambar saya dan keluarga bersama gambar Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah (1874-1877), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan sejumlah pejuang Perak di kota milik kaum kerabat kami di Batak Rabit pada 12 April 1874. Perjalanan ke Perak 15-18 April 2023 pula berlaku 149 tahun kemudian atas asbab mahu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah. Ia adalah kali pertama saya hadir perbicaraan bagi tahun 2023.  Sebelum itu selalu hadir, hampir setiap bulan tahun 2022. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama yang dipersembahkan pada 22/12/22, artikel terakhir di blogspot CATATAN SI MERAH SILU bagi tahun lalu. Tetapi selepas itu tidak dapat bersama disebabkan hal serta komitmen lain.

Seperti biasa apabila dah keluar berjalan ke Perak saya berusaha untuk singgah ke tempat-tempat menarik terutama melibatkan sejarah yang terkait dengan asal usul dan perjalanan keluarga. Ini boleh dilihat melalui artikel-artikel berikut :-


1. Masjid (Mosque of) Kampung Kelan, Slim River

2. Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng

3. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak

4. Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng siang hari (during daytime)

5. Going into Gua Tempurung 

6. Going further into Gua Tempurung

7. Visiting the Gaharu Tea Valley

8. Visiting oher parts of the Gaharu Tea Valley.

9. Masjid (Mosque of) Kampung Raja in Parit, Perak 

10. Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Pulau Semat

11. Masjid (Mosque of) Kampung Rambai Tujuh

12. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Panglima Alang Ishak

13. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari Gua Tempurung ke Bukit Chandan

14. Sebuah makam terserlah di Pengkalan Pegoh (An outstanding tomb at Pengkalan Pegoh)

15. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit

16. A more meaningful look of the Perak river at Batak Rabit

17. Makam terserlah di Kuala Bidor (An outstanding tomb at Kuala Bidor)

18. Perak river from Sungai Suli

19. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Jejak persekitaran Kuala Bidor


Jumaat, April 21, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Jejak persekitaran Kuala Bidor

Salam hari Jumaat 30 Ramadhan. Sebetulnya saya merasa amat lega malam semalam apabila mendapat tahu bahawa hari raya 1 Syawal 1444 Hijriah jatuh pada  Sabtu 22 April 2023. Dengan itu dapatlah menyelesaikan siri kecil perjalanan ini sebelum raya. Pergi pada hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit.



Pagi Selasa 18 April bersamaan 27 Ramadhan. Melihat-lihat ke luar masjid warisan keluarga di Batak Rabit.




Pergi ke tepian Sungai Perak di hadapan masjid. Kali ini lebih bermakna kerana selepas beberapa bulan mengkaji sejarah yang terkait dengan perjalanan hidup keluarga Laksamana Raja Mahkota saya lebih faham kepentingan kedudukan tempat-tempat di sekitar, antaranya ada sudah hilang langsung daripada peta moden. Misalnya Tanjung Putus kira-kira 1.6 km ke hilir Batak Rabit dan Tanjung Medan seberang sungai setentang masjid. Lihat artikel A more meaningful look of the Perak river at Batak Rabit di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Jam 8.23 saya meninggalkan masjid.




Masuk berjalan-jalan di bandar Teluk Intan.




Kemudian ke Kampung Bahagia di mana saya berbuka di masjidnya malam sebelumnya seperti dinyatakan dalam artikel Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit.



Seterusnya ke tanah perkuburan lama berdekatan untuk menziarahi makam Keramat Kuala Bidor.




Kali ini didapati satu lagi yang makam yang dianggap keramat di kawasan kelihatan begitu terserlah. Lihat artikel Makam terserlah di Kuala Bidor (An outstanding tomb at Kuala Bidor) dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Masuk ke Kampung Suli yang di sebelah.




Sebelum ini setakat pernah masuk sedikit sahaja ke kampung orang Cina itu dalam kawasan ladang kelapa sawit. Kali ini pergi hingga ke jalan paling hujung kemudian masuk lain-lain simpang...







Dapatlah melihat Sungai Perak dari belah sana. Lihat Perak river from Sungai Suli.




Seterusnya mengambil satu jalan kasar melalui tepian Sungai Tungku (di seberang itu terdapat makam Kerama Kuala Bidor) yang memanjang sebelum membelok masuk ke tepian Sungai Bidor...






Semua kawasan yang dijelajahi ini terletak dalam lingkungan Kuala Bidor yang pernah menjadi pusat pentadbiran keluarga Laksamana sebelum beralih ke Durian Sebatang di seberang sungai sekitar tahun 1826 Masihi.




Saya mengambil masa untuk 'merasai' jejak persekitaran. Sampai ke rumah lewat petang didapati perjalanan memakan jarak keseluruhan 620 km. Kalau dicampur perjalanan bersama keluarga hari Sabtu sebelum bergerak ke Perak lewat malam (rujuk Demi anak-anak) jadi 825 km. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,383 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Khamis, April 20, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit

Salam petang Khamis 29 Ramadhan 1444 Hijriah. Harus sekarang ini ramai tertanya-tanya apakah kita ada beraya esok Jumaat atau lusa hari Sabtu. Kena tunggu dahulu keputusan melihat anak bulan selepas Maghrib. Sementara itu pergi pada hari ke-3 perjalanan Perak baru ini. Bersambung daripada artikel Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari Gua Tempurung ke Bukit Chandan.



Pagi Isnin 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadhan 1444 Hijriah. Setelah bermalam di sebuah surau di Kampung Temong, Kuala Kangsar saya meneruskan perjalanan.



Sebelum bermalam saya telah menziarahi makam Tok Temong.



Oleh itu tak perlu singgah lagi pagi itu. Saya harus berkejar ke Ipoh.




Lalu di Sungai Siput mandi dan bertukar pakaian di sebuah masjid...




Seperti disebut dalam artikel pembukaan perjalanan iaitu Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak ia berlaku atas asbab mahu menghadiri perbicaraan kes melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Ipoh. Ini adalah kali pertama saya hadir buat tahun 2023. Entah kenapa perbicaraan kali ini bermula lewat iaitu pada sekitar jam 11 pagi sedangkan ramai saudara mara sampai jam 8.30. Saya sendiri sampai sebelum jam 9. Biasanya memang perlu menunggu tapi kebiasaannya jam 10 sudah bermula.



Selepas perbicaraan ditangguhkan jam 12.40 tengah hari pergi bermesyuarat dengan saudara mara di inap desa berdekatan. Kemudian bermesyuarat lagi bersama saudara mara lain yang menginap di hotel ke timur bandar raya Ipoh.



Selesai itu pergi bersolat dan beriktikaf sebentar di Masjid Panglima Kinta. Timbul rasa untuk menghubungi seorang kawan yang sudah beberapa kali bertandang ke rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang. Tetapi saya sendiri belum pernah sampai ke rumahnya di Ipoh.



Kebetulan kawan yang selalu berulang alik ke Kuala Lumpur ada di rumahnya di Ipoh. Rupa-rupanya rumahnya terletak kurang 5 km ke selatan Masjid Panglima Kinta. Entah atas gerak apa beliau kemudian mengajak saya berjalan-jalan melihat satu kawasan. Ditunjukkanlah tanah kebun yang diwarisi daripada keluarga yang katanya adalah antara tanah asal di Pengkalan Pegoh. Maksudnya bukan tanah lombong yang dikambus kembali dijadikan perumahan dan sebagainya seperti banyak terjadi di sekitar itu.



Dibawa pula melihat kawasan-kawasan lain dalam lingkungan lama Pengkalan Pegoh. Untuk pengetahuan tempat ini memiliki sejarah tersendiri sebagai satu pengkalan utama bagi mengeluarkan hasil bijih timah dari Lembah Kinta Inilah pusat aktiviti bagi seluruh lembah sebelum Ipoh menjadi bandar penghujung abad ke-19.

Hal kawan membawa berjalan tanpa dipinta ini seperti mahu menjawab persoalan berkenaan yang terbit dalam fikiran secara spontan hampir 6 bulan lalu. Lihat Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah. Saya juga ditunjukkan sebuah makam lama yang kelihatan milik orang penting wilayah dahulukala. Lihat artikel Sebuah makam terserlah di Pengkalan Pegoh (An outstanding tomb at Pengkalan Pegoh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Saya meninggalkan Ipoh dan persekitarannya selepas jam 5.40 dalam hujan renyai.




Ambil jalan ke Bota Kanan kemudian ke Kampung Gajah dengan niat untuk sekurang-kurangnya menziarahi makam Sultan Muzaffar Syah I, II dan III. Tetapi akhirnya sekadar memberikan salam dari tepian jalan. Ini kerana mendapati tidak cukup masa kerana Maghrib semakin menghampiri.




Hampir jam 7.15 baru sampai ke masjid Kampung Bahagia yang merupakan masjid terdekat ke makam Keramat Kuala Bidor, moyang utama keluarga Laksamana...



Berbuka puasa kemudian bersolat Maghrib di sana.




Perjalanan diteruskan masuk ke bandar Teluk Intan.




Selepas tumpang mandi dan bertukar pakaian di sebuah masjid di tengah bandar baru ke masjid warisan keluarga Laksamana di Batak Rabit.




Memang saya berniat untuk beriktikaf dan bermalam 27 Ramadhan, ulang tahun kelahiran saya yang ke-54 menurut kalendar Islam di masjid keluarga.



Tengok-tengok ada pula majlis khatam Qur'an. Tiba-tiba saya dipanggil untuk menyampaikan cenderamata kepada beberapa orang imam sebagai mewakili keluarga Laksamana. 


Rabu, April 19, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari Gua Tempurung ke Bukit Chandan

Petang semalam saya sampai ke rumah daripada perjalanan baru Perak. Sukacita dimaklumkan, tadi tengah hari saya telah ke kilang cetak untuk sedikit lagi urusan tentang  buku terbaru saya Laksamana Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad - Perjuangan yang Belum Selesai lalu diberitahu insyaallah 100 naskah awal boleh diambil sebelum majlis pelancaran buku yang dirancang mahu diadakan di rumah petang Sabtu 13 Mei. Sekarang biar diteruskan dengan cerita hari ke-2 perjalanan. Bersambung daripada Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak.


Dalam artikel sebelum ini telah disebut saya bermalam di sebuah masjid berdekatan Gopeng malam 25 Ramadhan. Ini rupa masjid pada pagi Ahad 16 April 2022. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng siang hari (during daytime) dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 



Kedudukannya tidak jauh dari Gua Tempurung. Timbul pula rasa untuk ke sana.




Dah. Layan masuk gua pulak. Lihat artikel Going into Gua Tempurung diikuti Going further into Gua Tempurung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Dari Gua Tempurung ambil jalan dalam ke suatu tempat.




Tempat yang merupakan kebun pokok Gaharu seluas 300 ekar menjadi asbab kenapa bermalam berdekatan Gopeng. Lihat artikel Visiting the Gaharu Tea Valley diikuti Visiting oher parts of the Gaharu Tea Valley.




Perjalanan diteruskan melepasi Gopeng dan Batu Gajah membawa ke Parit...







Menghala  pula ke Pulau Semat kemudian Manong. Singgahlah ke beberapa ke beberapa tempat. Antaranya adalah dalam artikel  Masjid (Mosque of) Kampung Raja in Parit, Perak dan Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Pulau Semat.




Masuk jauh ke dalam di Kampung Tanjung Rambai.




Tujuannya semata-mata untuk melihat sebuah rumah lama banyak ukiran yang  pertama kali saya perasan ketika kembali dari selatan Thailand penghujung tahun lalu. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022
.



Ia dapat dilihat di Lebuh Raya PLUS selepas Kuala Kangsar menuju ke Ipoh. Saya juga singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Rambai Tujuh.




Masuk ke Sayong menghala ke Kota Lama Kanan ziarah lagi beberapa tempat. Antaranya dinyatakan dalam artikel Rupa baru makam (New look of the tomb of) Panglima Alang Ishak.




Sebetulnya saya ziarah ke beberapa makam yang sudah disebut cerita-ceritanya sebelum ini seperti makam Almahum Raja Sulong di Tepus, Sultan Yusuf I di Sayong dan Sultan Ali Mukammil, juga di Sayong lalu tidak perlu dipanjangkan cerita. Masuk pula ke pusat bandar diraja Kuala Kangsar.



Naik ke Bukit Chandan terus ke Kampung Padang Changkat di belakang istana untuk menziarahi makam Daeng Selili kemudian ke Masjid Ubudiyah lalu meletakkan kereta di luar.




Masuk ke kawasan pemakaman diraja di sebelah masjid untuk menziarah makam  Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan beberapa kerabat diraja Perak.




Selepas itu baru berbuka di masjid dan bersolat.


Selasa, April 18, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak

Salam petang Selasa 27 Ramadhan 1444 Hijriah. Adapun pada tarikh ini genaplah umur saya 54 tahun menurut kalendar Islam. Merujuk pada artikel Kali pertama balik Muar tahun 2023 yang dipersembahkan jam 1.37 petang tadi. Pada pembukaannya ada disebut bahawa sebetulnya saya dalam peringkat akhir satu perjalanan solo di Perak lalu bercadang untuk berkongsikan cerita hari pertama perjalanan yang bermula Sabtu 15 April 2023 bersamaan 24 Ramadhan 1444 Hijriah. Tetapi apabila memuatnaik gambar-gambar daripada kamera digital ke komputer riba didapati ada cerita-cerita lebih awal harus dilepaskan. Lalu ditulislah artikel tersebut diikuti Demi anak-anak (dipersembahkan jam 1.57). Sekarang baru boleh dibuat cerita Perak.



Perjalanan ini berlaku atas asbab mahu menghadiri perbicaraan kes melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Ipoh. Ia adalah kali pertama hadir buat tahun 2023. Sebelum itu iaitu pada tahun 2022 sudah beberapa kali. Lihat artikel Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama yang dipersembahkan pada 22/12/22, artikel terakhir di blogspot CATATAN SI MERAH SILU bagi tahun lalu.




Oleh kerana perbicaraan dijadualkan berlangsung pada pagi Isnin 17 April bersamaan 26 Ramadhan dirancanglah supaya malamnya 27 Ramadhan atau Malam Tujuh Likur dapat beriktikaf di masjid warisan keluarga Laksamana di Batak Rabit. Biar dibuat iktikaf 3 malam Batak Rabit menjadi penutup. Itu yang bergerak lewat hari Sabtu malam Ahad 15 April. Padahal sebelum itu telah memandu lebih 200 km bersama isteri dan anak-anak. Lihat Demi anak-anak.


Ikutkan penat mahu sahaja bermalam di rumah. Esoknya baru bergerak. Tapi kalau begitu tak dapat kejar sasaran. Asalnya mahu malam pertama  di Kuala Kangsar tapi tak larat. Disebabkan masa yang perlu diluangkan bersama keluarga selepas jam 10.30 malam baru bergerak.  Fikirnya di masjid Tanjung Malim sekitar 40 km dari rumah pun  dah boleh iktikaf kerana sudah masuk Perak.

Namun timbul rasa untuk terus bergerak lebih jauh ke arah utara. Hampir jam 11.40 baru berhenti di masjid ini untuk menunaikan solat Tarawikh yang tidak sempat sebelum itu. Kemudian berehat sebentar dan beriktikaf. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Kelan, Slim River  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu ada berhenti makan ringan di sebuah restoran mamak di Slim River. Timbul rasa mahu mencari masjid lama sebelum pekan Gopeng untuk beriktikaf dan menginap. Nampak dalam Google Map ada satu. Tetapi apabila sampai masjidnya dah tinggal tembok dan tapak. Nasib baik ada masjid selesa lain berdekatan. Saya pun singgah dan bermalam 25 Ramadhan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng.