Salam siang 3 Syawal. Ada satu ralat mesti ditangani sebelum dapat meneruskan dengan proses-proses seterusnya melibatkan senarai perjalanan-perjalanan saya sejak tahun 1989...
Selepas selesai mempersembahkan artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain jam 9.19 malam semalam proses seterusnya perlu dilakukan adalah mengatur kembali semua perjalanan dalam senarai menurut turutan kronologi iaitu bilakah ia sebetulnya berlaku. Ini penting untuk membuat analisis tren/corak perjalanan. Baru nampaknya misalnya ada perjalanan dilakukan berturut-berturut dalam satu bulan. Masuk hujung minggu aje keluar berjalan. Dan ada mengikut tema tertentu, misalnya dalam tempoh waktu 2-3 bulan itu menjejak bukit-bukit yang ada signifikan tertentu di sekitar Kuala Selangor. Ada masanya pula menurut gerak untuk menyelesaikan beberapa perkara seraya menggali sejarah tersembunyi melibatkan Kesultanan Perak.
Proses ini mengambil masa. Dan ia bertambah masa apabila terjumpa kenyataan seperti dalam gambar atas di mana ada satu tajuknya "Pantai Timur penghujung 2010" yang telah diletakkan sebagai perjalanan ke-23 paling jauh dalam keseluruhan senarai. Ada pula "Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2010" yang diletakkan sebagai perjalanan ke-13 paling jauh. Semakan perlu dibuat untuk menentukan perjalanan manakah yang telah dibuat lebih dahulu supaya dapat diletakkan menurut turutan kronologi yang tepat. Keperluan ini tidak muncul dalam senarai menurut jarak kerana penekanan cuma diberikan pada yang mana lebih jauh itulah yang didahulukan dalam senarai.
Bila dua perjalanan tersebut diletakkan dekat-dekat untuk membina senarai baru baru tersedar bahawa kedua-duanya merujuk pada artikel kompilasi yang sama iaitu Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur". Terus timbul rasa pelik. Ait? Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana boleh merujuk pada perjalanan yang sama sedangkan satu dianggarkan meliputi jarak lebih 1,800 km, satu memberikan jarak tepat (berdasarkan meter kereta) iaitu 2,367 km? Nampaknya harus dirujuk lakaran peta bagi 'kedua-dua' perjalanan untuk dibuat bandingan...
-----------
-------------
Rupa-rupanya ia ada dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa yang keluar 23 April. Yang terlepas pandang sebenarnya adalah artikel pertama dalam kompilasi perjalanan sudah menyatakan ia memakan jarak 2,367 km. Disebabkan terlepas pandang itu saya membuat anggaran lain lalu terbitlah jumlah lebih 1,800 km. Ini menjadikan ia perjalanan ke-19 lain jauh dalam senarai.
Alhamdulillah. Setelah menyatakan hal ini baru boleh dibuat pembetulan berkenaan. Ini bermakna perjalanan sama yang dinyatakan sebagai 23 paling jauh dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain, kekalkan apa yang dinyatakan sebagai 13 paling jauh. Dengan itu perjalanan ke-24 terjauh dalam senarai harus dianjakkan naik ke-23, 25 jadi 24, 26 jadi 25 dan sebagai. Apabila perjalanan ke-60 dinaikkan ke-59 maka tinggal satu tempat kosong dalam senarai 60 terjauh.
Nasib baik terus nampak solusi bagaimana mahu mengisinya. Ambil kembali perjalanan 'tercorot' dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa yang dahulu dinyatakan sebegini :-
50. Hol Gunung Jerai 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017.
Ia telah 'ditendang' keluar daripada 60 terjauh apabila membina senarai baru lalu menjadi nombor 63 di bawah kategori "Lain-lain perjalanan yang tidak boleh diabaikan" dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain (diatur menurut kronologi, bukan menurut jarak). Pembetulan pembetulan berkenaan harus dibuat pada artikel ini malah tajuknya pun perlu diubah menjadi "Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain". Ia kerana jumlah 172 perjalanan harus dikurangkan menjadi 171.
Jumlah jarak keseluruhan semua perjalanan yang dinyatakan sebagai jumlah 181,189 km juga harus ditolak 1,800 km menjadi 179,389 km. Dibahagi dengan ukurlilit bumi di garisan khatulistiwa iaitu 40,075.017 km jadi 4.476. Dibahagi dengan ukurlilit membujur mengikut kutub utara dan selatan iaitu 40,007.86 km jadi 4.483. Maka jadi kurang sedikit 4.5 kali pusing bumi, bukan lebih seperti dinyatakan sebelum ini. Purata jarak bagi setiap perjalanan pula berkurang sedikit daripada 1,053 km menjadi 1,049.
Cukup sudah perkongsian ini supaya boleh disertakan dengan nota ralat pada pembetulan artikel-artikel yang 'terjebak'. Hmm. Ada baik "Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain" dijadikan artikel baru, bukan setakat menyunting kembali Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain dengan ralat. Malah ada baiknya setiap artikel yang 'terjebak' dijadikan artikel baru dengan pembetulan supaya jelas segala macam proses yang dibuat untuk membina kemuncak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan