Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 04, 2015

Daulah Melayu - Tarikan batu bersurat dan orang yang menulisnya

Masuk hari ke-3 perjalanan. Bersambung daripada Daulah Melayu - Tokku Paloh dan Batu Bersurat Terengganu.


Rabu 3 Jun 2015. Kami masih berada di Kuala Terengganu tapi menginap di hotel yang lain.


Kalau ikut rancangan asal memang kami harus menginap 2 malam di KT. Tapi kalau segala urusan dapat diselesaikan hari Selasa maka fikirnya bolehlah kami menghala ke Kuala Berang lalu bermalam di sana. Sebaliknya kami harus mengadakan satu lagi mesyuarat dengan orang tempatan berkenaan Tokku Paloh siang Rabu juga bertemu dengan pegawai Muzium Terengganu. Jadi nak tak nak kami harus berada di KT sekurang-kurangnya hingga tengah hari.


Selepas sarapan di gerai berdekatan hotel kami ke pantai Batu Buruk di mana seorang anak tempatan dan kawan-kawannya akan menunjukkan jalan menuju ke rumah waris Tokku Paloh.  Lalu di bulatan dengan replika gergasi Batu Bersurat Terengganu ini...



Sambil menunggu mereka sampai saya menikmati udara dan pemandangan pantai. Lihat artikel Batu Buruk from a tower di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Selepas beberapa lama anak-anak tempatan itu pun sampai. Kami pun mengekori mereka.


Sampai di kawasan rumah yang dimaksudkan baru teringat saya pernah sampai ke sini, dibawa oleh seorang ahli keluarga besar Tokku Paloh yang juga merupakan kerabat diraja Terengganu. Beliau dikenali sebagai Engku Mokhsin. Sedikit cerita tentang beliau ada dinukilkan pada artikel Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang...yang ditulis 7 tahun lalu. Biar dicopy and paste satu perenggan...


Kali pertama saya pergi ke tempat-tempat ini ialah pada tahun 2004, dibawa oleh seorang kerabat diraja tua yang amat sempoi orangnya iaitu Engku Syed Mokhsin. Kata orang, Engku Mokhsin ini seorang wali atau keramat hidup. Yang saya tahu, beliau amat dihormati masyarakat luar bandar yang mengenalinya... Saya pernah bersama dengannya dalam satu persidangan orang-orang kampung yang meminta Engku Mokhsin tolong menyelesaikan satu masalah masyarakat... Mereka semua begitu hormat dengannya, masing-masing membahasakan diri sebagai patik...


Tu dia. Bila baca balik perenggan ini rupa-rupanya saya berjumpa dengannya 11 tahun lalu! Saya dimaklumkan kerabat diraja Terengganu yang sangat sempoi ini telah kembali ke rahmatullah sekitar 2-3 tahun yang lepas.


Selesai mesyuarat sekitar 12.15 gitu kami membuat keputusan untuk terus menghala ke Kuala Berang. Tak jadi pergi berjumpa pegawai di Muzium Terengganu kerana harus pergi ke jalan yang berlainan arah sedangkan masa kami terhad lalu kami memberitahu hal ini melalui telefon.


Masuk jalan kampung untuk menziarahi dahulu makam Tok Pulau Manis yang terletak antara KT dan KB. Untuk cerita tentang beliau lihat artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17....


Kami sampai ke Kuala Berang sekitar jam 1.30. Berehat sebentar makan tengah hari.


Sejam kemudian baru kami bertolak ke destinasi yang mahu dituju, dalam daerah Kuala Berang.


Destinasi ini memerlukan kami menaiki bot menghulu dan menyeberang Sungai Terengganu. Lihat On to the tomb of Sharif Muhammad al-Baghdadi


Inilah destinasi yang dimaksudkan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sharif Muhammad al-Baghdadi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Untuk makluman Sharif Muhammad dikatakan wali besar Terengganu abad ke-13 Masihi. Batu Bersurat Terengganu yang sangat terkenal itu dikatakan ditulis oleh beliau dengan jari. Cerita tentang beliau juga kaitan dengan Tokku Pulau Manis sudah ditulis agak panjang lebar dalam artikel Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17....


Seterusnya kami ke Kampung Buluh untuk mencari tempat atau tapak Batu Bersurat Terengganu mula-mula ditemui orang. Letaknya tidak jauh daripada bandar Kuala Berang.


Di situ terdapat sebuah kompleks di mana dikatakan batu ditemui sekitar itu. Lihat artikel lama Memorial (of) Batu Bersurat Terengganu (the Terengganu inscribed stone).





Tapi batu bersurat itu sendiri sebenarnya ditemui di satu tempat sekitar 250 meter daripada kompleks. Di situ pernah terdapat sebuah surau lama di mana batu dijadikan alas kaki orang mengambil wudhuk. Lihat Tempat Batu Bersurat Terengganu ditemui lebih 100 tahun lalu (Place where the Terengganu inscribed stone was found more than 100 years ago)


Sebenarnya ada 2-3 tempat lagi yang kalau boleh kami ingin lawati di sekitar Kuala Berang. Tapi kami dapat mencari tempat batu bersurat ditemui dan sampai di sana pun dah sekitar 5.20 petang. Sedangkan kami masih harus berkejar ke Kemaman.


Maka itu perjalanan diteruskan ke bandar Chukai di Kemaman.


Tempat yang ingin dilawati adalah Masjid Kampung Tuan. Tapi kami sampai hampir Maghrib. Nak ambil gambar pun tak berapa cantik. Disebabkan itu kami harus datang lagi ke waktu siang. Kalau tidak kerana itu tentu kami boleh meneruskan perjalanan ke selatan Pantai Timur, mungkin bermalam di Pekan, bandar diraja Pahang.



Nota : Untuk pengetahuan gambar-gambar dalam artikel ini dimasukkan pada pagi Khamis 5 Jun di sebuah chalet di Cherating, Pahang. Tetapi saya tidak sempat menyiapkan cerita kerana harus bergegas untuk menyambung perjalanan dan kerja lalu ia dipersembahkan tanpa tulisan/ulasan dengan memakai tajuk "Daulah Melayu - Ke Kuala Berang dan Kemaman". Sebelum itu saya telah mengambil masa hampir 2 jam untuk menyiapkan artikel-artikel sokongan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Penulisan pada artikel ini cuma dapat dibuat setelah selesai segala urusan yang perlu hari itu. Ini dilakukan di sebuah hotel di Kota Tinggi, Johor bermula jam 10 malam Jumaat. Ketika itulah timbul ilham untuk menukar tajuk menjadi "Daulah Melayu - Tarikan batu bersurat dan orang yang menulisnya"...




No comments: