Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, November 09, 2010

Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

Dua minggu lalu saya telah membuat artikel bertajuk Menyelesaikan bab Perak : Akhirnya sampai ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain! dengan cerita ditamatkan di masjid lama yang didirikan di tanah wakaf keluarga. Sebenarnya selepas itu saya, isteri dan anak telah pergi Bagan Datoh dengan niat untuk menamatkan proses ziarah makam-makam Sultan Perak dengan menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah. Tetapi disebabkan air sedang pasang besar ketika itu kami harus menundakan hajat ke suatu waktu yang lebih sesuai.

Waktu itu tiba pada hari Jumaat baru ini. Mengambil kesempatan atas cuti perayaan Deepavali kami anak-beranak pun meninggalkan rumah awal pagi untuk mengorak langkah ke Beting Beras Basah.


Kami telah mendapat maklumat bahawa air mula surut jam 8 pagi sebelum beting panjang pasir di tengah kuala Sungai Perak yang membentuk apa yang dipanggil Beting Beras Basah dapat timbul lalu boleh dilihat. Kalau pergi seminggu sebelum itu tentu tidak dapat kerana ketika itu air mati. Walaupun kawasan beting cuma diliputi air cetek separas betis gitu, rugilah jika menjejakkan kaki tanpa dapat melihat betingnya. Hmm... teringat begitulah keadaannya ketika Sultan Azlan Shah ditabalkan agaknya. Klik sini untuk melihat gambar.


Sejurus sebelum sampai ke Bagan Datoh kami singgah makan di satu kampung.


Kemudian baru menyambung perjalanan melepasi Bagan Datoh untuk masuk simpang ke Beting Beras Basah.



Perjalanan kami ditemani seekor belalang.




Apabila kereta diberhentikan, meter yang akhir sekali direset sebelum memulakan perjalanan ke Perak 2 minggu lalu menunjukkan nombor ini.





Perjalanan harus diteruskan dengan berjalan kaki menaiki pelantar batu. Turun dari kereta ternampak burung helang terbang di atas dalam bentuk bulatan sama seperti ketika hendak meninggalkan rumah 2 minggu lalu. Rujuk balik artikel Menyelesaikan bab Perak : Cerita sebenar Puteri Buih dan Tiang Bertarah di Sungkai berserta Kota Laksamana






Sebelum sampai ke penghujung pelantar, saya turun sebentar melihat pondok yang kalau tak salah ingatan dipanggil Panca Persada ini. Lihat artikel Panca Persada Beting Beras Basah? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Tanpa dirancang cerita kecil tentang Panca Persada itu menjadi artikel ke 444 di blogspot tersebut. Ini membuatkan saya mahu merujuk juga kepada artikel ke 444 di blogspot ini (lihat Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita) dan 444 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH (lihat The 444th step... forward on and march!). Mungkin ada kaitan antara kesemuanya?

OK. Biar diberitahu menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah bukanlah perkara mudah jika bukan dengan bot. Lihat betapa susahnya kami anak beranak harus bertungkus-lumus meredah lumpur sehingga saya hampir tenggelam hingga ke aras pinggang. Takut juga mati lemas terpacak dalam selut. Lihat artikel Walking to Beting Beras Basah dan Stepping foot on it... Beting Beras Basah that is yang baru dibuat tadi.




Namun semuanya amat berbaloi. Lihat video klip di atas. Di ketika kami risau tidak mampu lagi mengambil risiko menyeberangi selut dalam Allah memudahkan perjalanan kembali ke darat. Lihat artikel 'Escape' from Beting Beras Basah juga video klip bawah.




Alhamdulillah... kiranya perjalanan Jumaat itu adalah kemuncak kepada perjalanan menziarahi setiap makam Sultan Perak di sepanjang Sungai Perak bulan April, perjalanan yang baru betul-betul dapat dikira tamat apabila menjejakkan kaki ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain 2 minggu lalu. Selain itu ia juga adalah penzahiran niat yang sudah bersarang lama. Lihat artikel lama berikut...


Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

Ke Beting Beras Basah bersama isteri... nyaris tenggelam dalam selut daaa!

Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191



Cuma timbul satu sahaja masalah ketika kembali ke darat. Dalam kesibukan mengangkat anak turun dari bot mengharungi sedikit laut, dengan tidak disedari kamera terkena air. Dah tak boleh hidup, la ni hantar repair kat kilang mungkin kena tunggu sebulan baru siap... maklumlah, harapkan warranty je. Akibatnya sejak itu saya tidak dapat mengambil gambar. Ruginya rasa bila hujung minggu itu kami sekeluarga keluar bersama ibu dan bapa pergi ke Tanjung Sepat, Morib, Cyberjaya dan Putrajaya tetapi tidak dapat merakamkan apa-apa. Nasib baik gambar-gambar yang diambil sebelum itu dapat diselamatkan. Tu yang dapat tengok balik gambar di Beting Beras Basah. Alahai... :]


3 comments:

Allah and Rasulullah s.a.w in my Dreams said...

Asalam-o-Alykum, My name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w, My dreams about to Major Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time. I have shared many dreams on my fb page Allah and Muhammad pbuh in my Dreams and my blog Allah and Muhammad saww in my Dreams

Anonymous said...

SERABUT gaya penulisan blog ni.. branching merata2 xboleh nk fokus apa kau nak cerita sbnrnya bro? susunan bahan pn bersepah2 takde flow mcm blogger2 lain. Blogger budak sekolah rasany alagi teratur dn menarik untuk dikongsi ilmu.

Pastu gambar2 pulak xletak notation...lain cerita lain gambarnya. bahasa penulisan pun macam indon baru mendarat ke Malaysia..


hadoi lah! igt nk le cari psl sejarah2 Melayu ni.. pening kepala baca!

Radzi Sapiee said...

Orang IQ rendah memang rasa serabut baca. Pi ulangkaji bvku sejarah darjah 3...