Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 25, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan lama Gelanggayu, kopi Kluang dan kenangan sekolah menengah lalu...

Assalamualaikum semua. Biar diteruskan kisah pengembaraan Al-Rasyid ke selatan ya, bersambung daripada artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan Johor Lama, waris Empayar Melaka? .


Ini adalah datuk saudara yang saya panggil Tok Su Sehat. Kini berumur 85 tahun, beliau adalah yang termuda antara generasi berpangkat datuk saya yang masih ada...


Adapun selepas puas berjalan-jalan di Kota Tinggi, kami bermalam di rumah tempat beliau menetap di Bandar Tenggara kerana satu, memang saya ingin berjumpa Tok Su Sehat untuk bertanyakan tentang sejarah diri dan keluarga sebelahnya. Kedua, kerana rumahnya terletak dalam perjalanan untuk ke daerah seterusnya iaitu Kluang.



Bandar Tenggara ini masih terletak di dalam daerah Kota Tinggi. Di situ terdapat simpang untuk masuk ke Empangan Linggiu di mana dipercayai terdapat tapak sebuah kerajaan lama Melayu yang telah wujud 1,000 tahun lalu. Kerajaan yang dikenali sebagai Gelanggayu atau Klangkiu ini ada disebut dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Ingat tak suatu masa dahulu kecoh dalam suratkhabar menyebut seorang penyelidik bebas telah bertemu tapak kota lama Gelanggi? Itulah tempat yang dimaksudkan. Sila lihat artikel Linggiu, the site of an ancient Malay kingdom now taken over by Singapore? yang telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih awal tadi.


Kemudian baru kami bergegas ke Kluang. Lihat artikel Gunung (Mount) Lambak and the road to Kluang...


Selain mahu melawat bandar yang pernah menjadi tempat saya membesar (saya pernah belajar di Sekolah Menangah Sains Johor 1982-1986, sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka), saya juga ingin membawa isteri untuk menikmati kopi stesyen keretapi Kluang yang sangat terkenal...




Rupa-rupanya cafetaria atau kantinnya tutup setiap hari Khamis...






Nasib baik di tengah bandar Kluang terdapat sebuah restoran istimewa yang menawarkan kopi malah segala menu makanan yang sama. Lihat artikel Kluang railway coffee .

Oh. Semasa meletakkan kereta di hadapan restoran inilah saya sedar betapa jauh kami telah membawa Al-Rasyid berjalan sejak meninggalkan rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang seminggu sebelumnya. Meter kereta sudah direset kepada kosong semasa meninggalkan rumah sedangkan sebelum sampai ke Singapura lagi ia telah mencecah angka 999 kemudian masuk kosong kembali. Di hadapan restoran kopi Kluang pula ia masuk 633. Ini bermakna setakat itu kami sudah berjalan sejauh 1,633 km!



Selesai minum kami berjalan-jalan di bandar pula...






Antara jalan yang diambil adalah jalan melepasi Masjid Jamek Kluang di mana dahulu saya sering lalu berjalan kaki ke bandar... daripada masjid selepas solat Jumaat untuk outing atau tempoh keluar yang dibenarkan 2 minggu sekali, daripada sekolah waktu malam ketika saya sering cabut panjat pagar untuk menghilangkan kebosanan duduk terkurung di asrama...




Saya turut membawa anak dan isteri melihat sekolah lama. Oleh kerana sebuah cerita bertajuk Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... telah dibuat di blogspot ini 2 tahun lalu, biarlah gambar-gambar terbaru lawatan dibuat di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula. Lihat artikel My old alma mater, Sekolah Menengah Sains Johor (Johor Science Secondary School) . Cukup buat masa ini...



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, MS nak tanya sikit le, isteri tu lulusan mana. Tak pernah sebutpun, asyik MS saje. Isteripun banyak tau hal sejarah, cikgu sejarah ke ? Eloklah... dapat sama minat, orang kata duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. kalau dua-dua sama Lulusan matematik lagi gah.... anak mesti mewarisi kepintaran... kecik-kecik lagi dah diajar mengembara... .

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Isteri saya juga sekolah sains sebelum menyambung di bidang telekomunasi kolej tempatan. Apapun itu tak penting. Yang penting dia sudah ada kepandaian dan keserasian semulajadi yang dapat menampung keperluan saya. Cukup...

Zulkiflee Segara berkata...

Bang radzi! patutla tengok muka mcm kenal je..rupanya satu sekolah dulu tp abg senior saya.. saya SMSJ 85-89

Radzi Sapiee berkata...

:]