Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 21, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025

Salam petang Jumaat 20 Ramadan. Kita sekarang sudah memasuki 10 hari terakhir bulan puasa. Semoga dapat meningkatkan ibadat dan menggapai malam Lailatul Qadar. Bermula malam ini 21 Ramadan insyaallah saya akan beriktikaf bermalam di masjid sekurang-kurangnya pada setiap malam ganjil. Petang ini kebetulan ada majlis di tempat saya sedang belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Malam pun ada. Jadi niatnya hendak beriktikaf di masjid sana. 

Sebelum bergerak biar dilepaskan dahulu artikel kompilasi bagi perjalanan Pantai Timur. Perjalanan itu sendiri sudah menyaksikan saya dan isteri bermalam di masjid-masjid selain beriktikaf pada masa-masa lain. Jadi bermalam pada 10 hari terakhir adalah kesinambungan semulajadi.


Perjalanan secara rasminya bermula pagi Khamis 13 Mac 2025 bersamaan 12 Ramadan 1446 Hijriah apabila menghantar isteri ke pejabat di Shah Alam. Selepas mengambil beliau pada petangnya terus bergerak ke Pantai Timur lalu berbuka di Cherating, Pahang. Selepas menunaikan solat Tarawikh di masjid bandar Chukai, Kemaman, Terengganu bertolak ke Kuala Berang lalu beriktikaf dan bermalam di masjid belah sana. Siangnya Jumaat 14 Mac bersamaan 13 Ramadan pergi menziarahi tempat-tempat dan makam yang ada kena mengena dengan jejak satu watak bernama Sharif Muhammad Baghdadi dan keturunan. 

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu kemudian Kuala Besut sebelum bermalam di rumah kawan di Kandis, Bachok, Kelantan. Esoknya Sabtu 15 Mac bersamaan 14 Ramadan mendaki Bukit Marak yang dikatakan tempat persemayaman Puteri Saadong kemudian bermalam di rumah saudara di Perol. Ahad 16 Mac bersamaan 15 Ramadan menziarahi makam dan masjid Tok Kenali sebelum masuk ke bandar raya Kota Bahru. Selepas ke Masjid Kampung Laut yang telah dialih ke lokasi berdekatan tapak asal yang sudah terhakis ke dalam Sungai Kelantan pergi ke makam dan tempat suluk Tok Selehor seterusnya Masjid Brunei di Danau Tok Uban.

Masuk ke Perak melalui jalan Jeli-Gerik lalu bermalam di Masjid Raja, Kampung Chepor, Lenggong. Pagi Isnin 17 bersamaan 16 Ramadan mendapat tahu abang kepada isteri sedang nazak lalu mahu berkejar melihat di hospital Banting. Pun begitu dibuat persinggahan ke beberapa tempat bersejarah terutama makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan dan masjid warisan keluarga di Batak Rabit. Dipendekkan cerita, akhirnya kembali ke rumah setelah 7 hari 7 malam berada di perantauan lalu telah memandu sejauh lebih 1,712 km.

Ini adalah perjalanan paling jauh kami sejak lebih 2 tahun kebelakangan. Sebelum itu ada dibuat perjalanan lebih 2,000 km membawa sekali anak-anak. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022. Artikel kompilasi perjalanan Ramadan 2025 ini adalah artikel ke-2,636 di CATATAN SI MERAH SILU. Berikut adalah artikel siri bersama artikel sokongan :-


1. Masjid (Mosque of) Cherating

2. Pantai Timur Ramadan 2025 - Sasaran yang sedikit lari

3. Lawatan baru (New visit to) Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang

4. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Raja Ri

5. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Gajah

6. A visit to the terrapin preservation centre of Kuala Berang

7. Rupa baru makam-makam di (New look of the tombs at) Bukit Paloh

8. Terengganu river from bridge Kampung Pueh bridge



12. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Pauh

13. Kota Temir waterfront

































Khamis, Mac 20, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025 - Perkongsian dalam Tiktok

Salam semua. Sebelum berbuka sebentar lagi biar dilepaskan ini. Kiranya bersambung daripada Pantai Timur Ramadan 2025 - Ke Shah Alam diikuti majlis ilmu dan iftar di UIAM.



Pada penghujung artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyelesaikan ziarah dan imbauan sejarah di Perak walau harus berkejar ada dinyatakan bahawa sejak memulakan perjalanan kami telah membuat video-video untuk siaran dalam akaun TikTok isteri terutama apabila singgah ke tempat-tempat bersejarah. Menariknya video-video ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ada yang mendapat lebih 200,000 tontotan dan lebih 1,000 perkongsian (share) dalam tempoh 4 hari selepas diterbitkan. Sekarang biar dikongsikan pautan :-


1. Kembara Pantai Timur Ramadan 2025 - Testing Live 





























Pantai Timur Ramadan 2025 - Ke Shah Alam diikuti majlis ilmu dan iftar di UIAM

Pergi pada hari terakhir perjalanan yang dipanjangkan sehari lagi akibat hal yang telah diceritakan. Bersambung daripada Pantai Timur Ramadan 2025 - Nuzul Quran bersama kaum keluarga isteri.



Pagi Rabu 19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadan 1446 Hijriah. Selepas bermalam di rumah kakak isteri di Jenjarom kami menyambung lagi perjalanan.



Keluar menghadap arus kesesakan lalu lintas  orang hendak pergi berkerja seperti halnya pada hari pertama perjalanan. Lihat Pantai Timur Ramadan 2025 - Sasaran yang sedikit lari.



Cuma dari arah yang bertentangan tetapi sama tujuan, untuk menghantar isteri masuk ke pejabat di Shah Alam.



Sebelum sampai ke pejabat ada terlihat ramai orang memakai baju Melayu cantik seperti hendak beraya, di Yayasan Restu. Selepas isteri turun kereta terasa hendak singgah melihat...



Rupa-rupanya ada rakaman takbir raya satu badan korporat yang terkait dengan kerajaan negeri. Ingatkan ada majlis bacaan Al Quran atau sebagainya. Mungkin boleh turut serta walau tidak berpakaian seperti mereka.




Alang-alang sudah menjejakkan kaki masuklah ke dalam. Teringat pernah menjayakan acara anjuran sendiri di bangunan ini hampir 13 tahun lalu. Lihat artikel Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Carilah ruang yang cukup selesa boleh duduk santai. Membaca beberapa muka surat Al Quran untuk proses pengkhataman bulan Ramadan. Ketika itu sudah masuk juz ke-21.



Kemudian baru beriktikaf di masjid negeri, satu perkara yang menjadi kebiasaan sebulan kebelakangan sejak selalu menghantar isteri ke tempat kerja.



Petang selepas mengambil isteri bergerak lagi ke Lembah Klang.




Pergi ke kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak untuk satu majlis ilmu.




Menurut rancangan asal majlis mahu diikuti setelah kembali ke rumah dari perjalanan Pantai Timur  Selasa malam Rabu 18 Mac. Tetapi disebabkan perubahan seperti diceritakan dalam artikel-artikel sebelum ini ia menjadi sebahagian daripada perjalanan kerana belum kembali ke rumah lalu belum putus permusafiran.



Membaca beberapa muka surat lagi Al Quran sementara menunggu majlis bermula. Rektor UIAM, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar kemudian memperkenalkan dengan memberitahu, pembicara iaitu Imam Feisal Abdul Rauf dari Amerika Syarikat adalah anak kepada Rektor pertama iaitu almarhum  Tan Sri Profesor Dr. Muhammad Abdul Rauf, seorang tokoh akademik kelahiran Mesir keturunan Arab. Osman yang merupakan guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa  Pemikiran dan Tamadun Islam) adalah Rektor ketujuh. Majlis diadakan dalam bangunan utama pentadbiran universiti yang diberi nama Abdul Rauf Building, sempena nama almarhum.




Feisal diminta berkongsi keadaan semasa Islamifobia atau fobia terhadap Islam di Amerika. Pada mulanya saya tertarik dengan perkongsian ilmu beliau tentang keadaan semasa disertai huraian tentang perbezaan mazhab dan pendekatan dalam ilmu feqah. Tetapi masuk sesi soal jawab di mana saya sempat melontarkan soalan tentang hukum fekah bagaimanakah menurut beliau harus terpakai bagi warga minoriti Islam di Amerika supaya tidak dilihat serong oleh majoriti bukan Islam timbul rasa kurang enak. 

Beliau lebih menumpukan pada bagaimana harus menyesuaikan diri dengan budaya Barat lalu kedengaran menjurus ke arah fahaman liberal. Antaranya dengan menyatakan aurat boleh dibuka bahkan ketika bersolat sekali pun kerana katanya ada dalil pernah berlaku begitu pada zaman Nabi Muhammad SAW. Sehingga menyatakan menutup aurat itu sendiri cuma perintah terhadap golongan atasan, bukan semua umat Islam. Kalau golongan bawahan terutama dalam kalangan hamba sahaya berlaku banyak contoh buka aurat yang menurut beliau tidak dilarang Nabi. 

Khilaf ini, yang saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya, kelihatan mahu diangkat bagi memberikan kelonggaran. Itu belum lagi bab sentuh menyentuh antara dua jantina yang dianggap biasa dalam kalangan orang Barat. Pada masyarakat mereka tiada masalah memeluk dan mencium bahkan isteri orang sekali pun atas nama keramahan dan persahabatan. Takkan kita pula hendak menerima atas dasar perlu menurut uruf, budaya tempatan demi 'menjaga keharmonian'? 

Tetapi jawaban beliau kedengaran menjurus ke arah penerimaan. Dan kelihatan juga beliau seperti mengelak daripada menjawab apa yang ramai di luar sana dapat lihat. Bahawa Islamifobia, serangan terhadap orang Islam dan ajaran syumulnya adalah gerakan terancang yang sudah dilaksanakan sejak zaman berzaman. Bukan kerana silap faham tetapi disebabkan musuh, terutama gerakan Zionis Israel, sangat bencikan Islam.




Iftar atau berbuka selepas majlis. Ada orang mengajak mengambil gambar dengan Feisal. Saya yang sudah berdekad biasa bertemu golongan VVIP tidak terasa hendak bergambar. Memang jarang sekali hendak bergambar dengan tokoh, apatah lagi bila sudah hilang rasa hormat.




Ke masjid Sungai Chinchin tidak jauh dari UIAM untuk menunaikan solat Tarawikh...







Sampai ke rumah lewat malam didapati sudah memandu lebih 1,712 km dengan selamat. Alhamdulillah. Insyaallah akan ada lagi perjalanan-perjalanan menyusul dalam masa terdekat :]


Pantai Timur Ramadan 2025 - Nuzul Quran bersama kaum keluarga isteri

Salam 19 Ramadan. Setelah beberapa lama baru dapat menulis dari rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya. Bersambung daripada Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyelesaikan ziarah dan imbauan sejarah di Perak walau harus berkejar.



Petang Selasa 18 Mac 2025 bersamaan 17 Ramadan 1446 Hijriah, hari Nuzul Quran. Selepas menginap dan berehat di rumah pusaka keluarga isteri di Kampung Tanjung Sepat kami keluar sebentar sekitar jam 2.30.




Kami telah membasuh baju-baju kotor sepanjang perjalanan di rumah. Pergi kedai dobi untuk membuat pengeringan lalu sambil menunggu dihasilkan lalu diterbitkan artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Jejak legasi wali-wali Kelantan.




Selepas jam 4.30 baru betul-betul meninggalkan kampung. Menyusur jalan Pantai Barat ke arah utara...









Pergi ke wad ICU (pusat penjagaan rapi) hospital Banting untuk melihat keadaan abang isteri yang sedang ditidurkan.



Alhamdulillah, kelihatan harapan untuk terus hidup malah boleh jadi lebih sihat kini lebih kuat. Bukan seperti hari itu kelihatan begitu nazak sehingga isteri meminta agar berkejar ke kampung secepat mungkin. Sedangkan kami sedang berada begitu jauh di Lenggong, lebih 350 km perjalanan. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak.




Dengan itu perjalanan diteruskan lebih ke utara lagi melalui laluan Pantai Barat.




Oh. Kakak tertua isteri yang datang dari Felda Jelai di Negeri Sembilan ikut sekali dalam kereta kecil kami sejak dari Tanjung Sepat.



Kami pergi ke rumah seorang lagi kakak isteri di Kampung Jenjarom lalu menginap malam itu. Berbuka puasa juga bertarawikh bersama adik bongsu isteri dan keluarga yang datang dari Semenyih. Kiranya sepanjang hari Nuzul Quran asyik bersama keluarga baik di Tanjung Sepat mahupun di hospital Banting begitu juga di Jenjarom. Kalau tidak kerana abang jadi nazak tentu sudah ikut rancangan asal menginap dan beriktikaf di masjid warisan keluarga belah bapa saya di Batak Rabit, Teluk Intan. Tengah hari harus masih berlegar di Perak menziarahi makam-makam kerabat yang ada kena mengena sebelum kembali ke rumah.

Rabu, Mac 19, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyelesaikan ziarah dan imbauan sejarah di Perak walau harus berkejar

OK. Kalau ikut rancangan asal hari ini sedang berehat di rumah setelah sampai selewatnya sebelum tengah malam semalam. Tetapi disebabkan hal seperti dinyatakan dalam artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak dua hari lalu sehingga kini masih lagi dalam permusafiran. Di celah-celah itu dilepaskan cerita demi cerita supaya tidak tertunggak. Maka pergi pada cerita hari keempat perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada Pantai Timur Ramadan 2025 - Jejak legasi wali-wali Kelantan.



Pagi Isnin 17 Mac 2025 bersamaan 16 Ramadan 1446 Hijriah. Memandang ke luar daripada tempat kami menginap di Hulu Perak.




Ia adalah masjid lama yang dikatakan berusia hampir 500 tahun. Lihat artikel Lawatan baru ke Masjid Raja (New visit to the king's mosque), Kampung Chepor, Lenggong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dalam masjid itulah dibuat 15 artikel sokongan sebelum  mempersembahkan artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak.



Dalam artikel tersebut ada dinyatakan, saya tidak ingin memanjangkan cerita kerana isteri mendapat tahu abangnya di Tanjung Sepat sedang nazak lalu kami harus bergerak ke sana.  Namun hampir jam 2.20 petang baru betul-betul siap artikel lalu boleh dipersembahkan. Selepas itu harus mandi bertukar pakaian dan menunaikan solat. Sekitar jam 3 baru bergerak hendak menuju ke Tanjung Sepat, lebih 350 km perjalanan.



Oh.. Sebetulnya abang ipar saya itu sedangf berada di Hospital Banting, dalam Wad ICU, unit jagaan rapi. Walaupun mahu berkejar isteri setuju kami tetap singgah di makam moyang saya iaitu Laksamana Raja Mahkota di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan. Kebetulan laluan yang ditunjukkan Google Map melalui simpang masuk ke makam Tok Temong. Isteri pun mengajak singgah.



Sambil berjalan isteri menghubungi adik beradik bertanyakan khabar tentang abang. Dimaklumkan beliau sudah ditidurkan sebagai usaha terakhir untuk memanjangkan nyawa. Diberitahu juga waktu melawat tamat jam 6.30 petang sedang mustahil kami sempat sampai. Dengan itu isteri menyedari tiada gunanya terkejar-kejar. Kalau hendak melawat pun kena tengok keesokan hari. Lalu bersetuju agar satu lagi rancangan asal ditunaikan iaitu singgah ke masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat batu nesan tunggal dalam masjid menandakan tempat ghaibnya Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah ketika bersolat Jumaat hampir 500 tahun lalu.




Ke makam Laksamana Muhammad Amin itu sudah tentulah. Bagi saya ini tempat yang sangat penting dalam melanjutkan satu penceritaan dan menegaskan hala tuju perjuangan...




Kalau ikut rancangan asal selepas itu ke makam Daeng Selili di kampung berdekatan belakang Bukit Chandan diikuti Kampung Pulau Semat menghadap makam Sultan ke-4 Perak, Sultan Tajul Ariffin yang terletak di pulau, tengah Sungai Perak. Kemudian ke makam Raja-raja Beruas di Kampung Kota, Beruas. Selepas itu mahu ke Beting Beras Basah, tempat terakhir perlu dijejaki setiap Sultan Perak ketika ada pertabalan. Sebagai gantinya cuma meneruskan perjalanan dengan mengambil laluan yang kebetulan berdekatan dengan tempat-tempat tersebut.



Setelah beberapa lama menyedari meter bawah kereta akan menghampiri nombor cantik 313.1. Ini menandakan sudah memandu sejauh 1,313.1 km sejak meninggalkan rumah. Saya pun memperlahankan kereta agar dapat berhenti mengambil gambar dari bahu jalan.




Tenyata ia tidak jauh dari satu papan tanda penunjuk jarak...




Nah. Cantik nombor-nombor ini bukan? Seperti ada suatu petunjuk.




Menyeberangi Sungai Perak berdekatan Teluk Intan jam 6.11 petang.



Isteri bersetuju kami singgah di masjid warisan keluarga Laksamana di Batak Rabit, 6 km keluar dari laluan terus untuk ke Banting. Dapatlah menziarahi makam-makam nenek moyang.






Melihatkan sudah tidak terlalu lama untuk sampai waktu berbuka puasa isteri juga bersetuju melaksanakannya di masjid keluarga.



Alhamdulillah, selepas berbuka dapat juga beriktikaf menunaikan solat Maghrib dan menjamakkan Isyak serta melalukan wirid pada malam Nuzul Al Quran. Cukuplah itu walau tidak dapat menunaikan rancangan asal untuk bermalam.


Nota : Sebetulnya sejak memulakan perjalanan kami telah membuat video-video untuk siaran dalam akaun TikTok isteri terutama apabila singgah di tempat-tempat bersejarah. Kemuncaknya adalah apabila membuka hal kepincangan di sebalik Perjanjian Pangkor di makam Laksamana Muhammad Amin kemudian dipanjangkan lagi hal di Batak Rabit. Namun untuk CATATAN SI MERAH SILU biarlah dikumpulkan pautan untuk video-video itu dalam satu artikel khas selepas selesai berkongsi cerita perjalanan harian ya.


Selasa, Mac 18, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025 - Jejak legasi wali-wali Kelantan

Salam petang Selasa 17 Ramadan hari Nuzul Quran. Menurut rancangan asal kami suami isteri sepatutnya berada di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan hingga tengah hari kemudian kembali ke rumah. Sebaliknya kami sedang berada di kampung isteri di Tanjung Sepat, asbab apa yang diselitkan cerita dalam artikel sebelum ini iaitu Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak. Pada ketika ini sudah memandu hampir 1,550 km. Asbab perubahan rancangan insyaallah Rabu malam Khamis baru kembali ke rumah, setelah memandu lebih 160 km lagi tambahan. Sekarang biarlah disambung cerita. Pergi pada hari keempat perjalanan.



Pagi Ahad 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446 Hijriah kami keluar awal setelah menginap di rumah saudara di Perol, Kota Bahru, Kelantan.



Menuju ke Kubang Kerian lalu di masjid besar ini. Teringat pernah memberikan ceramah sejarah dalam dewan utama solat . Lihat artikel-artikel lama berikut (tahun 2012) :-







Kami ke Kubang Kerian untuk menziarahi makam wali terkenal Kelantan awal abad ke-20, Tok Kenali.




Sudah menjadi kebiasaan kalau ke Kota Bahru mesti singgah ke makam dan masjid almarhum.




Selepas beriktikaf pergi ke Pasar Khadijah untuk mencari juadah istimewa tempatan.




Selepas itu beriktikaf di Masjid Muhammadi.




Perjalanan diteruskan ke masjid Kampung Laut yang baru 2-3 tahun dikembalikan berdekatan lokasi asal. Lihat artikel Masjid Kampung Laut berdekatan lokasi asal (Kampung Laut mosque near original location) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Lokasi asal telah terhakis tenggelam ke dalam Sungai Kelantan. Lihat artikel Kelantan river from the relocated again mosque of Kampung Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Seterusnya ke makam Tok Selehor yang hidup sezaman dengan Tok Kenali. Almarhum juga dikatakan bertaraf wali, ada tempat suluk dalam lubang kubur yang menurut ceritanya boleh memberikan pengalaman alam kubur termasuk disoal malaikat Munkar dan Nakir.



Perjalanan diteruskan ke arah Pasir Mas. Terlihat masjid ini terasa hendak singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.



Selepas itu baru ke masjid putih yang memiliki tarikan dan makna tersendiri. Lihat Lawatan baru ke Masjid Brunei (New visit to Brunei mosque), Rong Chenok diikuti New visit to Brunei mosque and Danau Tok Uban.



Puas menjejak tempat-tempat yang ada kena mengena dengan legasi wali-wali di Kelantan sejak zaman berzaman bergerak menuju ke Perak melalui jalan Jeli ke Grik.




Sempat menunaikan solat Tarawikh berjemaah di masjid Grik.




Menziarahi makam Tun Saban di Lawin...




Dekat tengah malam mengambil jambatan klasik ini menyeberangi Sungai Perak ke tempat bermalam dan iktikaf.