Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Tuesday, May 17, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Sekitar Rantau Panjang, Masjid Beijing dan Golok di selatan Thailand

Assalamualaikum semua. Masuk kita kepada hari keempat perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat penghujung 2010. Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Menyusuri Sungai Golok hingga ke Rantau Panjang.

Sekitar 7 pagi Selasa 28 Disember 2010. Selepas puas berehat di sebuah hotel budget di tengah bandar Rantau Panjang saya keluar menghirup udara pagi. Kelihatan stesyen bas dan teksi di hadapan.




Zoom in. Bangunan-bangunan tinggi di bandar Golok yang terletak di selatan negara Thailand seperti memanggil-manggil kami masuk. Tapi elok juga saya berjalan kaki beriadah melihat Rantau Panjang dahulu. Lihat artikel An early look at Rantau Panjang town centre di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Dalam berjalan-jalan itu terlihat sebuah masjid yang sebaris dengan rumah kedai. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Mahmoodi, Rantau Panjang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).








Saya juga sempat pergi lagi ke bahagian Sungai Golok yang terdekat dengan pusat bandar Rantau Panjang. Selain melihat orang berulang-alik mengangkut barang antara negara (antarabangsa le jugak, hehe) saya ingin memastikan sekali lagi keadaan bandar Golok dari warga tempatan, apakah selamat dikunjungi ataupun tidak. Lihat Sungai Golok at Rantau Panjang town centre.


Apabila naik balik ke pusat bandar kelihatan orang sudah mula berniaga makan pagi.



Saya terus berjalan kaki ke timur bandar.



Singgah lagi sebuah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Hidayah, Rantau Panjang.



Hampir jam 9 baru anak-anak dan isteri sedia untuk berjalan.



Sarapan dahulu di stesyen bas dan teksi.



Keluar dari bandar (ke pekan? Tulis sahaja bandar lah...) Rantau Panjang.



Kami ingin melawat Masjid Beijing.



Inilah kali pertama saya juga isteri dan anak-anak sampai ke sini.



Ternyata ia sebuah masjid yang amat menarik.



Rekabentuk dari negeri Cina ini memang unik.



Ini pula gambar anak kedua kami Haziq cuba memanjat masuk naik ke menara masjid.



Tapi dia berani naik setakat itu sahaja kerana tangga besi asyik bergoyang sedangkan masih lagi agak jauh untuk sampai ke atas, perlu melalui bahagian yang gelap pekat. Saya sendiri agak seriau naik ke atas kerana ada beberapa bahagian tangga yang terasa begitu licin berminyak. Namun saya gagahkan dan beranikan jua naik sampai ke atas. Lihat hasilnya di Views from the tower of Masjid Beijing.



Ini pula keadaan di dalam dewan utama solat. Untuk lebih banyak gambar masjid lihat Masjid Beijing (The Beijing Mosque).



Puas melihat masjid kami pun mengorak langkah untuk menyeberangi sempadan masuk ke Golok.



Jika sebelum ini saya agak was-was juga apabila mendengar kata-kata Cikgu Najib bahawa keadaan di Golok lebih teruk dari Takbai akibat pertempuran antara polis dan tentera Thailand dengan puak pemisah yang inginkan wilayah Melayu Patani bebas dari cengkaman penjajah, tetapi apabila mendengar 'laporan' dari warga tempatan malam sebelumnya juga awal pagi, saya menjadi yakin keadaan cukup terkawal untuk membawa anak isteri...



Malah selepas meletakkan kereta di satu tempat yang dikira selamat kami berjalan kaki sahaja melihat bandar Golok.



'Laporan' keadaan dari warga tempatan boleh dijadikan sandaran, selain itu kami berserah kepada Allah.




Sekurang-kurangnya dapatlah juga saya membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di selatan Thailand. Dapat juga menghilangkan rasa kecewa isteri kerana tidak dapat membawa mereka ikut sama mengikut Cikgu Najib masuk ke Patani nanti.



Hmm. Ada juga 'Jalan Pusat Makanan Murah'...



Tiba-tiba Al-Rasyid merajuk. Dia mahu berjalan sendiri dan tidak mahu dipimpin.



Habis menonong ikut sukahati dia aje nak jalan ke mana, nak sentuh apa. Lihat Walking in the southern Thailand town of Golok.


Setelah puas berjalan keliling bandar Golok kami singgah berehat sebentar di sebuah masjid. Lihat Sebuah masjid di tepian Sungai Golok (A mosque besides the river Golok.


Kami pun kembali ke Malaysia, terus ke pusat bandar Rantau Panjang.



Untuk perjalanan seterusnya kami perlu ke timur Rantau Panjang. Bersambung nanti...



No comments: