Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, December 12, 2006

Habis dah... Bahagian 6 Mencari Makam Raja Ahmad...

(Posted: 06 October 2006 at 2:05am)

Hmm... Aku rasa apa yang aku dah cite balik ni cukup le untuk cover balik perjalanan mencari Makam Raja Ahmad... Harap KetuaLanun dan member-member yang follow puas ngan cite aku setakat ini...
Tentang siapaka itu Raja Ahmad sebenarnya? Heh... Itu rahsia beso yang cuba digelapkan orang tertentu sehingga sanggup menyatakan dia sebagai anak Sultan Abdul Malik sedangkan baginda adalah menantu... Sampai sjarah rasmi (seperti tercatit kat signboard) tu mengenalkan baginda sebagai Raja Kecil Tengah tapi ada sumber lain menyebutnya sebagai Sultan Ahmad malah Sultan Ahmad Khalifatullah Johan Berdaulat, siap dipanggil Waliyullah lagi!!! Kenapa? Sebab nak menyorokkan asal-usul sebenar Raja Ahmad yang berkait dengan keturunan tertentu yang berkuasa di bumi ini...
Macam ni le... Kalo ikut salasilah rasmi yang dipegang kerajaan sampai hari ini, moyang aku Laksamana Muhammad Amin (aku keturunan ke 5 dia) yang jenazahnya dikembalikan ke makam diraja Perak di Bukit Chandan adalah saudara tiga pupu kepada Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles... Sebab mak Sultan Abdullah, Wan Mahtra dari keturunan Laksamana adalah sedara tiga pupu bapak Laksamana Muhammad Amin...
Tapi kalo mengikut salasilah rahsia digelapkan yang mengandungi identiti sebenar Raja Ahmad (He! He! Engkorang ingat aku tak tahu???), Laksamana Muhammad Amin dan Sultan Abdullah sebenarnya adalah sepupu sebelah bapa...
Cukuplah aku cite setakat ini... Rahsia ini besar maknanya demi menghilangkan salasilah sebenar satu keturunan yang hak... Hingga tercatit dalam sejarah rasmi, pada tahun 1920an, Raja Bendahara terus naik Sultan sedangkan jawatan Raja Muda kononnya tak wujud ketika itu... Mana bley takda Raja Muda... Tipu le engkorang puas-puas... Sebelum tu, sebelum aku tahu cite ni suma, adalah 2-3 orang dah bagitahu bahawa tahun 1920an tu ada kaum kerabat terdekat aku dah kena bunuh kerana perebutan takhta.... Sejak tu le paling banyak cite digelapkan...
Ah... Apapun, aku bukan pedulik pasal takhta... Aku dah cakap aku benci istana, yang aku suka cuma satu rumah buruk di Janda Baik yang dibawa dari Perak sebab ada semacam rasa yang mengingatkan aku pada satu zaman... Nur pun pernah lepak n tido kat situ dan dapat merasakan apa yang aku rasakan...
Yang aku dahagakan adalah jawaban... Jawaban yang dapat menutup perjalanan aku yang tanpa henti macam jadik robot kena remote control ni, dah le orang tak faham penat aku camana, pandang buruk kat aku lagi dengan fitnah lagi... Letih...
OK le, aku rasa cukup le cite ni setakat ni yek... Pas ni cite lain plak yek...


.......................

Saudara dan saudari pembaca sekalian, setelah tamat nukilan yang diambil balik daripada Forum CVT ini, diharapkan saudara/saudari jangan pedulikan apa-apa komen sensitif di dalamnya terutama yang melibatkan takhta dan istana. Adapun saya menulis di Forum CVT banyak mengikut gerak hati semasa, maka pendirian atau mood saya (dulu mungkin marah-marah, sekarang lebih tenang) mungkin telah jauh berubah berbanding ketika penulisan itu dibuat.
Apapun, saya memaparkan cerita "Mencari Makam Raja Ahmad" ini supaya dapat dikongsi dengan lebih ramai pihak... Selain itu, saya juga ingin melegakan gerak hati yang menyuruh supaya ia diletakkan di sini. Diharap para pembaca faham... Sekian! :]

11 comments:

Anonymous said...

Dari mana datangnya Sultan Ahmad tu hingga menjadi rahsia?

Anonymous said...

Kebanyakannya begitu lah..disebabkan nak takhta sanggup berbunuhan walaupun darah daging sendiri..sebut psal raja ahmad ni..saya teringat moyang saya, yang keluar dari istana dan masuk sekolah agama pondok.tp belah negeri sembilan la..die raja majid bin raja ahmad.kesilapan raja terdahulu, sanggup membunuh kerana termakan hasutan isteri dari bangsa asing.nenek saya sebelah ibu menyimpan brg2 istana kerana dia anak perempuan seorang dan dapat la tanah dan brg pusaka.kerana kesusahan hidup, brg termasuk gong istana habis dijual.saya tau ni sebab moyang dan nenek masih hidup dikala mereka menceritakan ini. sekrang moyang sudah tiada.

Radzi Sapiee said...

Baru tergerak nak menjawab. Rahsianya adalah Raja Ahmad tu berasal dari satu keturunan yang bernasabkan Raja-raja Aceh campur Raja Bugis sedangkan secara rasminya, keSultanan Perak cuma mahu dikaitkan dengan warisan keturunan Sultan Melaka. Dirahsiakan kerana jika terbuka, ia akan mengangkat kembali hak keturunan Laksamana dan Maharajalela untuk turut menjadi raja kerana mereka juga berketurunan raja.
Lagipun perebutan takhta di Perak malah boleh kata semua negeri di Tanah Melayu penghujung Abad ke 19 Masihi adalah soal perebutan keluarga yang anti penjajah dengan mereka yang rela mengikut telunjuk penjajah agar dapat memerintah. Lalu keluarga yang lebih patriotik sayangkan agama, bangsa dan negara dan tidak mahu rakyat terus berpecah kerana pergaduhan kerabat banyak yang patah hati... Letih terpaksa bergaduh dengan kaum kerabat sendiri yang dihasut Inggeris sehingga rakyat yang patut dilindungi turut sengsara lalu mereka membawa diri keluar daripada lingkungan istana.

Anonymous said...

Alah, Inggeris hanya ambil kesempatan, sebab melayu2 semua cam kau asik nak kan nama dan pangkat. Kau dah takda apa, masih nak cari nilai diri yg dah haprak dengan mengatakan diri kau tu keturunan raja yg hak.

Kalau hati kau sama dgn mulut kau bercakap, takdala kau kecoh aja nak beri tau org lain.

peng9917 said...

Saya nak tanye kat negeri sembilan tu kat seri menanti @ penajis.


Kebanyakannya begitu lah..disebabkan nak takhta sanggup berbunuhan walaupun darah daging sendiri..sebut psal raja ahmad ni..saya teringat moyang saya, yang keluar dari istana dan masuk sekolah agama pondok.tp belah negeri sembilan la..die raja majid bin raja ahmad.kesilapan raja terdahulu, sanggup membunuh kerana termakan hasutan isteri dari bangsa asing.nenek saya sebelah ibu menyimpan brg2 istana kerana dia anak perempuan seorang dan dapat la tanah dan brg pusaka.kerana kesusahan hidup, brg termasuk gong istana habis dijual.saya tau ni sebab moyang dan nenek masih hidup dikala mereka menceritakan ini. sekrang moyang sudah tiada.
Monday, December 17, 2007 1:27:00 AM

Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Salam Merah Silu

Sekadar berkongsi maklumat - Raja Ahmad @ Raja Kechil Tengah Ahmad @ Sultan Muda Ahmad itu merupakan putera kpd Raja Said (raja Bugis dari Selangor). Raja Ahmad ibn Raja Said ini telah membantu DYMM Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Marhum Jamalullah - Sultan Perak ke-19) dalam menentang serangan pihak Siam dan juga penentangan nenek moyang saya, DYAM Raja Bendahara Mahmud (Marhum Sayong) ibn Raja Kechil Muda Ibrahim ibn Almarhum Sultan Mahmud Shah II (Marhum Muda - Sultan Perak ke-16). Raja Ahmad berjaya menyempurnakan misi tersebut. Sebagai membalas jasanya, Sultan Abdul Malik Mansur Shah telah mengahwinkan Raja Ahmad itu dengan puterinya, Raja Che Puan Busu bt. Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan Raja Ahmad juga diberi jawatan Raja Kechil Tengah dan kemudiannya bergelar Sultan Muda. Gelaran "Sultan Muda" bukanlah gelaran bakal Sultan. Wallahu a'lam

Yang benar,
Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih atas maklumat. Ya, nama Raja Said itu memang ada disebut sebagai ayahanda Raja Ahmad. Selain itu ada yang menyebut Raja Ahmad berasal dari Daik.

Ada pula menyebutnya sebagai anakanda Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin (Raja Lumu) ibni Daeng Chelak atas alasan Sultan kedua Selangor itu memiliki seorang anak bernama Raja Ahmad yang mengahwini anakanda kepada seorang yang dikenali sebagai Enche Malik. Lalu Enche Malik itu pula dikaitkan dengan Sultan Abdul Malik Mansur Perak. Tetapi saya mendapatinya tidak tepat, saya sudah lupa apakah alasannya.

Berbalik pada nama Raja Said. Ada yang kata itu adalah Raja Said, seorang anakanda Daeng Merewah kalau tak salah ingatan. Apapun, memang ada pihak yang percaya Raja Ahmad adalah keturunan Daeng Merewah. Saya pula terus memerhati jika ada lagi maklumat atau pendapat untuk difikirkan. :]

Anonymous said...

Assalamualaikum,biarla saya di kenali sebgai tidak bernama sahaja.apa yang suadara utarakan dlm post2 saudara,mengingatkan saya pada sejarah keturunan saya.moyang pada moyang saya merupakan sultan perak yang dibuang negeri,kerana perebutan takhta,
tetapi Alharhum tidak lari ke negeri lain sebaliknya menetap bersama permaisuri dn anak2 di sebuah gua di daerah lenggong.Kerana sumpahan(keizinan Allah),baginda tidak mendapat anak lelaki selama 5 keturunan.Baginda membuang segala pangkat & darjat,hanya mengejar ibadat dan amalan bekalan ke alam akhirat.
Ada versi yg saya dengar,ceritanya macam Raja ahmad dibunag istana,jatuh ke dalam sungat & menjadi penjaga jin2 di beting beras basah
Saya tidak ambil kisah semua ni,tapi 3 tahunlepas,saya mendapt mimpi tentang kisah dia selama setahun,setiap mimpi,merupakan sambungan bagi setiap mimpi(mimpi bersambung2)...

Anonymous said...

Salam Merah Silu...sila kaji keturunan Sultan Perak ke 16 yang lebih berhak dan masih ada waris lelaki..

Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin said...

Wassalam

Memang benar waris Sultan Perak ke-16 masih lagi ada hingga ke hari ini. Akan tetapi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Bahagian Ke-2 hanya menekankan Waris daripada Sultan Perak ke-18 sahaja.

Masalah ini timbul kerana ada sejarahnya yang tersendiri

Anonymous said...

Kesultanan perak bersilih ganti bermula perjanjian dibeting beras basah,sultan pertama keturunan sultan melaka,keturunan sultan melaka ditawan aceh dan mangkat diaceh,setelah itu kesultanan perak diwarisi acheh sebelah lelaki selepas itu perak diwarisi olih kesultanan siak,dan selepas siak diwarisi bugis,selepas bugis diwarisi zuriat sultan perak ke18 iaitu cucu daeng selili.Daeng selili berkahwin dgn puteri kerajaan pasir/kesultanan Banjar.Disini ada perjanjian antara Daeng selili dengan kesultanan Banjar.Anak daeng selili dikesultanan pasir/kesultanan banjar dibawa keperak sehingga cucu dari zuriat ini ditabal sultan perak ke18.Sehingga undang2 tubuh perak mengatakan kesultanan perak zuriat benih dari waris sebelah lelaki jika tiada yang layak maka waris dari tanah perempuan.Ini secara ringka sahaja