Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 23, 2015

Jejak Kalimantan Barat – Compiled

Siri ini pula telah selesai dipersembahkan hampir sebulan lalu. Baru kini links untuk semua artikel berkaitan dikumpulkan untuk menjadikan ini artikel ke 1,355 di blogspot ini...



Satu perjalanan yang dibuat meliputi beberapa tempat di Kalimantan Barat 8-12 Jun 2015. Ini adalah kali pertama saya sampai ke wilayah yang memiliki kawasan lebih luas daripada Semenanjung Malaysia ini. Dalam 5 hari perjalanan saya dan seorang kawan meliputi kawasan seluas negeri Johor. Kesultanan-kesultanan lama yang sempat dilawati adalah Pontianak, Mempawah, Sambas dan Landak.


1. Flight to Pontianak

2. On to Pontianak city and across...

3. Tugu Khatulistiwa (Equator monument)





8. Masjid istana Mempawah (Mosque of the palace of Mempawah)


10. Jejak Kalimantan Barat - Sejenak di Pontianak kemudian di Mempawah

11. The sea off a resort hotel in Mempawah

12. Mempawah river from Sebukit Rama

13. Makam (Tomb of) Daeng Menambon









































54. Landak river from Al-Muslimun, Ngabang

55. Memorial mangsa Jepun (Memorial for Japanese victims), Mandor 

56. Makam massal (Mass tombs of) Mandor










Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation



Siri ini terbit disebabkan perjalanan ke Pulau Pinang untuk menyelesaikan satu kes di mahkamah pagi Isnin 29 Jun 2015. Ketika itu sudah masuk minggu ke-2 bulan puasa Ramadhan, Alang-alang dah pergi jauh ke utara saya mengambil peluang singgah di beberapa tempat. Apabila melalui Perak dalam perjalanan kembali ke rumah saya juga menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu dan beberapa tempat yang berkaitan menurut jejak ziarah yang mesti dilakukan seorang Sultan Perak selepas ditabalkan. Ini mengambil kesempatan atas pertabalan Sultan ke-35 Perak, Sultan Nazrin Shah yang berlangsung awal Mei. Maka itu makam-makam dan tempat berkaitan berada dalam keadaan cantik dengan jalan-jalan masuk telah diperbaiki untuk pertabalan.



1. Masjid (Mosque of) Alimsah Waley

2. Misi Pulau Pinang dan Perak - Semalam di pulau, nasi kandar di 3 tempat











13. A quick look at Kuala Gula bird sanctuary

14. Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar

15. Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja

16. Misi Pulau Pinang dan Perak - Melengkapkan jejak ziarah makam.

17. Misi Pulau Pinang dan Perak - 15 Ramadhan di Beting Beras Basah

18. Rupa terbaru makam Tok Temong (Latest look of the tomb of Tok Temong)

19. Rupa terbaru batu peringatan Sultan Mansur (Latest look of the commemorative stone of Sultan Mansur)

20. Rupa terbaru makam Sultan Ali al-Mukamal (Latest look of the tomb of Sultan Ali al-Mukamal)

21. Rupa terbaru makam Sultan Yusof Sharifuddin (Latest look of the tomb of Sultan Yusof Sharifuddin)

22. Rupa terbaru makam diraja Bukit Chandan (Latest look of the royal mausoleum of Bukit Chandan)

23. On to Pulau Semat, again 

24. Rupa terbaru makam Sultan Tajul Ariffin (Latest look of the tomb of Sultan Tajul Ariffin) 

25. Perak river from the right bank of Pulau Semat

26. Rupa terbaru makam almarhum Tepus (Latest look of the tomb of almarhum Tepus)

27. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar III Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar III Perak)

28. Rupa terbaru makam Sultan Alauddin dan Sultan Ahmadin (Latest look of the tombs of Sultan Alauddin and Sultan Ahmadin)

29. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar II Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar II Perak)




37. Rupa terbaru batu peringatan Raja Ahmad (Latest look of the commemorative stone of Raja Ahmad)

38. Jetty to the tomb of Sultan Mahmud Shah

39. Rupa terbaru makam Sultan Mahmud Shah (Latest look of the tomb of Sultan Mahmud Shah)

40. Jetty to the tomb of Sultan Abdul Malik Mansur Shah

41. What fate awaits the old mosque at Teluk Memali?

42. Rupa terbaru makam Sultan Abdul Malik Mansur (Latest look of the tomb of Sultan Abdul Malik Mansur)

43. Finally. Birch and minions got what they deserve

44. Perak river near Birch's graveyard...

45.  Jetty of the tomb of Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda

46. Rupa terbaru makam Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda (Latest look of the tomb of Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda)









55. Beting Beras Basah at dusk


Rabu, Julai 22, 2015

Daulah Melayu - Ke Jeli dan Selatan Thailand

OK. Sampai masanya untuk menutup cerita shooting "Daulah Melayu" di utara baru ini. Bersambung daripada Daulah Melayu - Jejak industri besi purba di utara.


Adapun kerja-kerja penggambaran sudah selesai setelah meliputi tapak arkeologi Sungai Batu diikuti ziarah ke makam Sultan Muzaffar Shah I. Keesokannya Jumaat 10 Julai 2015 krew penggambaran boleh kembali ke Lembah Klang. Tapi bagi saya dan beberapa ahli tim "Daulah Melayu" kerja belum selesai. Daripada Sungai Petani kami bergerak ke Jeli. Kelantan melalui laluan yang menyambung ke Grik, Perak...








Setelah beberapa lama kelihatan sebuah gunung yang agak tajam.



Ini menandakan kami sudah menghampiri Grik.



Sejurus sebelum sampai ke bandar kami membelok kanan untuk masuk ke lebuh raya timur-barat.



Sampai di Tasik Banding berhenti sebentar berehat sambil menikmati pemandangan. Lihat artikel The temporary public jetty at Tasik Banding di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Ini pula di hentian rehat Banjaran Titiwangsa.


Kami berhenti menikmati pemandangan dan angin segar. Turut berhenti rehat adalah satu konvoi penunggang motosikal besar daripada Thailand...





Setelah beberapa lama sampailah kami ke daerah Jeli di Kelantan. Pemandangan Gunung Reng di tepian sungai cukup untuk menjadi pengenalan.


Kami meneruskan perjalanan beberapa kilometer lagi ke hadapan. Sampai di tempat rehat yang kelihatan kami check-in di sebuah hotel lalu berhenti rehat.


Hampir jam 3 baru kami keluar untuk berjumpa dengan kenalan dari Selatan Thailand. Asalnya kami bercadang untuk berjumpa di tempar kerja dan tinggalnya di Waeng, Thailand, cuma 22 km sahaja daripada hotel, melalui pintu sempadan di Bukit Bunga, sebelah Thailandnya bernama Buketa.


Tetapi kenalan tersebut kemudian memberitahu beliau ada urusan di Rantau Panjang, 40 km perjalanan lalu meminta kami bertemu di sana.


Sampai di Rantau Panjang beliau memberitahu tidak dapat masuk ke Malaysia kerana terlepas border pass terakhir untuk menyeberangi sempadan tanpa paspot hari itu. Maka kami pula terpaksa masuk ke Thailand. Nasib baik semua dah sedia bawa paspot.


Dah alang-alang masuk ke Thailand kami mengikut ke tempat kerja dan tinggal beliau di Waeng. Makanya kembali pada rancangan asal untuk bertemu lalu berbincang di sana, Cuma kami masuk melalui Rantau Panjang. Bila keluar baru lalu Bukit Bunga...

Kalau nak duduk lama, kenalan sudah mengajak bermalam di rumahnya. Malah kalau nak jalan beberapa tempat beliau yang memegang jawatan penting dalam kerajaan boleh membawa kami merata kerana ada kelapangan buat sehari dua. Cuma kami dah check-in hotel di Jeli lalu meninggalkan barangan di sana. Lagipun kami sudah 4 hari keluar jauh daripada rumah demi menjayakan dokumentari "Daulah Melayu". Sedangkan sambutan hari raya Aidil Fitri akan menjengah cuma seminggu lagi...


Secara rata kami cuma berada di Thailand 2 jam 20 minit sahaja. Itupun campur masa perjalanan, selainnya sempatlah kami berbincang sedikit tentang keperluan untuk membuat penggambaran "Daulah Melayu" di Thailand kemudian. Lihat artikel Two hours plus in Southern Thailand.


Esoknya pagi Sabtu 11 Julai kami pun mengorak langkah untuk kembali ke Lembah Klang.


Semua orang sudah penat dan rindu mahu kembali ke rumah. Jadi tidak adalah apa-apa persinggahan panjang ke mana-mana tempat. Dengan ini selesailah cerita perjalanan "Daulah Melayu" untuk segmen penggambaran di utara tanah air. Insyaallah beberapa hari lagi kami akan keluar lagi, kali ini untuk membuat penggambaran di Pantai Timur dan selatan.


Misi Pulau Pinang dan Perak - Perincian jejak pertabalan Sultan Perak

Salam semua. Adapun dalam tempoh beberapa hari kebelakangan sebelum hari raya Aidil Fitri 1 Syawal menjelma Jumaat lalu saya telah cuba menyelesaikan siri "Misi Pulau Pinang dan Perak" dalam keadaan tergesa-gesa. Disebabkan kepenatan selain angin tidak berapa baik saya cuba juga menyuakan cerita tetapi begitu ringkas. Akibatnya 3 artikel terakhir dalam siri itu, artikel-artikel yang menceritakan perjalanan di Perak 30 Jun hingga 2 Julai dipersembahkan tanpa apa-apa artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lalu melanggar kebiasan saya bercerita.

Ketika itu saya setakat mahu melepaskan rasa sebelum Aidil Fitri menjelma. Kalau nak letak artikel sokongan menurut apa yang berlaku dalam tempoh 3 hari itu kena buat banyak dan ini memakan masa selain amat memenatkan. Oleh itu 3 artikel tersebut dipersembahkan setakat untuk memberikan rasa lega sebelum raya lalu dapatlah saya membuka cerita lain, misalnya tentang penggambaran luar dokumentari "Daulah Melayu" yang sudah bermula di utara tanah air 7 Julai. Selepas beberapa hari menyambut raya baru timbul rasa bahawa artikel-artikel sokongan mesti dibuat agar penceritaan terasa betul-betul lengkap. Maka itu dibentuklah artikel baru ini. Bersambung daripada Misi Pulau Pinang dan Perak - 15 Ramadhan di Beting Beras Basah...




OK. Artikel pelengkap gerak ini cuma dapat dipersembahkan setelah 44 artikel sokongan dapat disiapkan untuk memperincikan perjalanan dan tempat-tempat yang dilawati sepanjang berada di Perak (kemudian sedikit di Selangor) 30 Jun hingga 2 Julai. Di sini biar dipersembahkan links untuk artikel-artikel tersebut. Saya kelompokkan menurut 3 artikel siri yang telah dinukilkan secara ringkas sebelum raya. Links di bawah ini adalah untuk menyokong penceritaan dalam artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja yang dibuat Isnin 13 Julai. Pandai-pandai le padankan dengan penceritaan dalam artikel...


1. Rupa terbaru makam Tok Temong (Latest look of the tomb of Tok Temong)

2. Rupa terbaru batu peringatan Sultan Mansur (Latest look of the commemorative stone of Sultan Mansur)

3. Rupa terbaru makam Sultan Ali al-Mukamal (Latest look of the tomb of Sultan Ali al-Mukamal)

4. Rupa terbaru makam Sultan Yusof Sharifuddin (Latest look of the tomb of Sultan Yusof Sharifuddin)

5. Rupa terbaru makam diraja Bukit Chandan (Latest look of the royal mausoleum of Bukit Chandan)

6. On to Pulau Semat, again 

7. Rupa terbaru makam Sultan Tajul Ariffin (Latest look of the tomb of Sultan Tajul Ariffin) 

8. Perak river from the right bank of Pulau Semat

9. Rupa terbaru makam almarhum Tepus (Latest look of the tomb of almarhum Tepus)

10. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar III Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar III Perak)

11. Rupa terbaru makam Sultan Alauddin dan Sultan Ahmadin (Latest look of the tombs of Sultan Alauddin and Sultan Ahmadin)

12. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar II Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar II Perak)





Links berikutnya harus dipadankan dengan cerita dalam artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - Melengkapkan jejak ziarah makam yang dibuat Selasa 14 Julai...


1. Rupa terbaru makam Sultan Abdullah Muazzam dan Sultan Jaafar Muazzam (Latest look of the tombs of Sultan Abdullah Muazzam and Sultan Jaafar Muazzam)

2. Rupa terbaru batu peringatan Raja Ahmad (Latest look of the commemorative stone of Raja Ahmad)

3. Jetty to the tomb of Sultan Mahmud Shah

4. Rupa terbaru makam Sultan Mahmud Shah (Latest look of the tomb of Sultan Mahmud Shah)

5. Jetty to the tomb of Sultan Abdul Malik Mansur Shah

6. What fate awaits the old mosque at Teluk Memali?

7. Rupa terbaru makam Sultan Abdul Malik Mansur (Latest look of the tomb of Sultan Abdul Malik Mansur)

8. Finally. Birch and minions got what they deserve

9. Perak river near Birch's graveyard...

10.  Jetty of the tomb of Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda

11. Rupa terbaru makam Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda (Latest look of the tomb of Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda)











Seterusnya padankan links berikut dengan artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - 15 Ramadhan di Beting Beras Basah yang ditulis Khamis 16 Julai iaitu sehari sebelum raya. Dengan ini baru penceritaan betul-betul lengkap dan saya terasa selesai tugas... :]


1. Beting Beras Basah at dusk