Kelihatan adalah poster bagi majlis berkenaan. Tajuk dan panelis yang terlibat boleh dilihat dengan jelas. Ia adalah anjuran NGO bernama MUAFAKAT dengan Mi'raj berserta Akademi Pengajian Islam UM.
Adapun selepas mempersembahkan artikel
Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hikmah dan falsafah yang muncul dalam kegelapan jam 4.04 pagi di tempat saya menginap malam sebelumnya iaitu masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) saya harus melakukan lagi beberapa perkara. Sekitar jam 4.26 baru dapat melelapkan mata, bangunan kembali jam 4.54 untuk bersahur kerana mahu menunaikan puasa sunat hari Khamis. Jam 5.15 sambung tidur sebelum dikejutkan oleh laungan azan Subuh jam 5.38. Selepas solat berjemaah buat sedikit kerja, jam 7.20 sambung lagi tidur. Maka itu dekat jam 9 baru betul-betul bangun lalu bersiap. Jam 9.30 baru meninggalkan ISTAC. Jam 9.51 sampai ke UM melalui pintu belakang dekat Bukit Damansara.
Dari pintu masuk ada lagi jarak untuk sampai ke lokasi majlis iaitu bangunan Akademi Pengajian Islam UM atau singkatannya APIUM. Gambar ini diambil jam 9.51 dari dalam kereta sebaik sahaja sampai ke perkarangan. Itupun tak pasti di manakah lokasi tepat iaitu satu bahagian bangunan yang dipanggil sebagai CUBE. Di belah manakah ia? Kelihatan beberapa buah bangunan sedangkan ia adalah kali pertama saya sampai. Selama ini saya cuma biasa dengan Jabatan Sejarah dan Akademi Pengajian Melayu (APM) serta tempat-tempat berdekatan di UM.
Saya mengambil sedikit masa untuk mengikat sampin memakai bengkung dan melengkapkan pemakaian busana tradisional Melayu. Nasib saya baik apabila melangkah masuk ke bangunan utama akademi terus ternampak sepanduk-sepanduk menyatakan sudah sampai ke lokasi tepat. Gambar ini diambil jam 10.01. Sekali lagi nasib saya baik kerana ketika sampai itu terdengar pengumuman panelis pertama baru sahaja dipanggil untuk memulakan pembentangan.
Dengan itu saya cuma terlepas upacara pembukaan yang mengandungi ucapan-ucapan alu-aluan oleh tokoh-tokoh berikut. Biar ditulis menurut atur cara terperinci yang diberikan :-
1. Profesor Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail, ketua Jabatan Siyasah Syar'iyyah APIUM
2. Dr Wan Adli bin Wan Ramli, presiden MUAFAKAT
3. Datin Profesor Dr Raihanah Abdullah, pengarah APIUM
Menurut atur cara pembentangan kertas kerja pertama harus bermula jam 9.45. Tetapi ia nampaknya terlewat lebih 15 minit untuk memberi peluang bagi saya mengikutinya sejak mula.
Kelihatan pembentang pertama Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Hussain sedang memuliakan bicara. Beliau yang dinyatakan dalam senarai atur cara sebagai penasihat undang-undang Universiti Malaysia Perlis pernah menjadi penasihat undang-undang Sultan Terengganu dan duduk dalam majlis diraja sana. Beliau juga adalah penasihat Mi'raj.
Tajuk yang dibawa adalah "Sejarah Pemakaian Prinsip Perundangan Islam di Malaysia Menurut Jurispridens Watan".
Diceritakanlah sejarah perundangan di Malaysia yang sebenarnya sudah bermula selewatnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lebih 500 tahun lalu. Kita sudah ada undang-undang bertulis dalam bentuk Hukum Kanun Melaka diikuti Undang-undang Johor, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-undang 99 Perak dan sebagainya. Malangnya apabila penjajah British datang lalu membawa pengaruh undang-undang Barat undang-undang sedia ada dilonggokkan sebagai sastera undang-undang sahaja lalu tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya. Pun begitu undang-undang tempatan negeri-negeri Melayu terus terpakai sekurang-kurangnya dalam wilayah masing-masing untuk mentadbir penduduk sehinggalah undang-undang British jadi terpakai selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tahun 1957 diikuti pembentukan Malaysia tahun 1963.
Berdasarkan perkembangan sejarah tempatan inilah Perlembagaan Negara yang mula terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu diasaskan tahun 1948 sepatutnya dibaca menurut kaca mata anak watan bukan kaca mata asing. Ini kerana sejarah dan perkembangan undang-undang di Tanah Melayu tidak sama dengan di United Kingdom di mana raja pernah dilucutkan kuasa lalu konsep kehendak orang ramai mengatasi undang-undang asal yang berdiri atas kedaulatan dan keabsahan raja sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Di Tanah Melayu keabsahan tersebut dengan raja-raja sebagai khalifah untuk mendirikan hukum Allah SWT masih lagi berperanan besar malah paling tinggi jika Perlembagaan dibaca menurut kaca mata yang sepatutnya. Menurut kaca mata tersebut Perlembagaan Negara sebagai sumber undang-undang tertinggi memang sedia mengatasnamakan kepentingan agama Islam juga hak-hak orang Melayu. Ia termaktub jelas dalam beberapa artikel atau perkara Perlembagaan selain tersirat dalam perkara-perkara lain. Daripada segi sejarah pula ia memang kesinambungan daripada undang-undang Tanah Melayu yang berdiri atas hukum Syariah dan agama Islam.
Namun Wan Fauzi yang kepakarannya adalah dalam bidang jurisprudens iaitu falsafah undang-undang menegaskan bahawa berdasarkan prinsip undang-undang, surat-surat perjanjian negeri-negeri Melayu menunjukkan ia tidak pernah dijajah British. Ia sebaliknya menerima naungan, yang dijajah cuma Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaupun perbuatan British masuk campur hal ehwal negeri-negeri Melayu atas nama naungan kelihatan sama seperti penjajahan kerana boleh jadi melampau sehingga dapat menurunkan raja yang tidak disukai untuk digantikan dengan raja pilihan mereka (contoh saya ini) daripada segi undang-undang ia bukan begitu. Daripada segi perundangan wilayah yang dijajah sudah hilang hak untuk meneruskan prinsip-prinsip perundangannya yang asal. Berbeza dengan negeri-negeri naungan yang mana undang-undang terdahulu masih terpakai kerana merupakan kesinambungan sejarah sejak zaman berzaman. Maka daripada segi itu boleh dikehadapankan bahawa Perlembagaan Negara Malaysia adalah kesinambungan daripada undang-undang terdahulu yang mengutamakan Islam lalu boleh ditafsir melalui kaca mata berkenaan.
OK. Tidaklah berhajat saya untuk menerangkan kesemua isi yang dikongsikan dalam pembentangan kerana banyak perkara teknikal yang walaupun alhamdulillah dapat saya faham tetapi adalah amat memenatkan jika hendak ditulis panjang lebar.
Cukuplah dikatakan, menurut Wan Fauzi perkara-perkara sedia ada dalam Perlembagaan memang mengutamakan Melayu dan Islam juga institusi beraja sebagai badan yang menjalankan amanah pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Syariah. Dalam keadaan saya cuma dapat tidur kurang setengah jam sebelum sahur kemudian sambung dalam 23 minit sebelum Subuh kemudian sambung lagi sejam setengah selepas matahari naik iaitu tak sampai 2 jam setengah secara keseluruhan saya amat bersyukur dapat mengikuti pembentangan dengan baik, apa lagi ketika itu (dan sampai sekarang sebenarnya ketika menulis ini) saya dilanda selsema, sakit gigi dan sakit kepala. Cuma rasa kurang tahan sejuk penghawa dingin akibat faktor-faktor tersebut disertai puasa yang menyebabkan tiada pembakaran makanan dalam badan bagi memberikan kehangatan.
Pembentang kedua Dato' Salehuddin bin Saidin cuma disebut dalam atur cara sebagai peguambela dan peguamcara bagi syarikat guaman Salehuddin Saidin & Associates.
Dalam slaid pula disebut beliau adalah anggota Majlis Agama Islam Selangor. Sebetulnya beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Sultan Selangor dan duduk dalam majlis diraja.
Beliau bermula dengan menerangkan kedudukan Perlembagaan Negara atau Perlembagaan Persekutuan membawa kepada undang-undang Islam negeri.
Umum tahu secara rasminya Sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri. Maka undang-undang Islam adalah hak bagi setiap negeri di bawah kuasa Sultan.
Jika Wan Fauzi menerangkan kedudukan undang-undang negara berdasarkan kaca mata ideal anak watan terhadap Perlembagaan Salehuddin pula menunjukkan realiti sebenar pengalaman perundangan di dunia nyata yang mana kita harus berhadapan dengan tafsiran undang-undang dan kekuatan organisasi orang-orang yang meremehkan Islam.
Disebut bagaimana pada tahun-tahun terdahulu Mahkamah Syariah yang berada di bawah kuasa setiap negeri (kecuali di Wilayah Persekutuan - terus di bawah Yang di-Pertuan Agong) boleh menegakkan penghakiman masing-masing tanpa dapat diganggu-gugat Mahkamah Sivil. Tetapi akhir-akhir ini sudah dikacau apabila tafsiran lain diberikan terhadap undang-undang berkenaan. Misalnya kes ibu atau bapa masuk Islam. Apakah boleh mendaftarkan anak bawah umur 18 tahun sebagai penganut Islam? Dahulu sudah cukup jika salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam untuk melakukannya. Mahkamah Syariah berkuasa untuk memutuskan lalu tidak boleh disanggah Mahkamah Sivil. Sekarang undang-undang sama ditafsirkan sebagai perlu persetujuan kedua-dua pihak oleh Mahkamah Sivil. Tentunya ini membatalkan pengIslaman anak bawah 18 tahun yang salah seorang ibu atau bapa tidak mahu masuk Islam.
Menurut Salehuddin masalah yang melanda sehingga Mahkamah Syariah dipandang begitu kecil berbanding Mahkamah Sivil adalah antara lain disebabkan undang-undang agama Islam antara negeri tidak selaras.
Lalu diberikan beberapa cadangan bagaimana undang-undang Islam boleh diperkasakan.
Pembentang ketiga adalah Dr Mohammad Zaidi bin Abdul Rahman, pensyarah kanan Jabatan Siyasah Syar'iyyah, APIUM.
Beliau membentang tentang Piagam Madinah yang digubal oleh baginda Rasullah SAW sebagai rujukan terbaik untuk mendirikan undang-undang Islam...
Seterusnya naik mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz untuk merumuskan semua perkongsian sambil memberikan buah fikiran tambahan Beliau turut menjawab tuduhan sesetengah pengamal undang-undang bahawa Malaysia kononnya adalah sebuah negara sekular, bukan negara Islam. Ini adalah satu perkara yang kebetulan saya lihat sedang diviralkan oleh pihak-pihak tertentu sehari sebelum majlis berlangsung. Hal ini dengan segala alasannya sempat saya panjangkan kepada penganjur melalui WhatsApp apabila terlihat ia dalam Facebook lewat hari Rabu malam Khamis. Biar dicopy paste dakwaan-dakwaan yang dalam tempoh 7 jam naik di FB sudah dapat 58 share...
Mahathir shocked a lot of people when he declared in 2001 that Malaysia was an Islamic state. When Najib became PM, he said the same.
But here is a well-argued case against that.
In a speech delivered at a seminar in Kuching on November 9, retired Court of Appeal judge Mohd Hishamuddin Yunus gives not one but 10 reasons that clearly show why Malaysia is not an Islamic but a secular state.
One, while Islam is declared to be the State religion, the Constitution stipulates that [the position of Islam] is subject to the provisions on fundamental liberties, citizenship, the separation of the legislative, executive and judicial powers in Malaysia, federal-state relations, finances, elections, public services, etc. [Article 3(4)]
Two, the Constitution proclaims itself to be the supreme law of the Federation, as opposed to the holy book of any religion. [Article 4(1)]
Three, the Constitution guarantees the Rule of Law and Separation of Powers i.e. Malaysia’s laws are made, executed and interpreted by three secular institutions, namely, Parliament, the Yang di-Pertuan Agong (or the Cabinet or any other person as determined by Parliament) and the Courts respectively. [Article 39, 44 and 121]
Four, the Constitution confirms that decisions in Parliament are made by a majority; a basic feature of Democracies, and not Theocracies. [Article 62(3)]
Five, the Constitution regards “written law” and “common law” as the applicable laws in Malaysia. Substantive Islamic law is not considered “law” under the present legal framework; it must be legislated for. [Article 160 and 74(2)]
Six, the creation of key religious authorities i.e. the Majlis Agama, the Mufti and the Syariah courts, are all pursuant to laws passed by a secular institution i.e. the State Legislative Assembly. [Item 1 of State List]
Seven, all Ministers of Cabinet, members of the Houses of Parliament and Judges take an oath of office which requires them to “preserve, protect and defend” the Constitution, as opposed to any religion. [Sixth Schedule]
Eight, the Constitution guarantees freedom of religion for all persons. [Article 11(1)]
Nine, the Constitution does not create a Head of the religion of Islam for Malaysia.
Ten, there is no religious qualification with respect to office(s) in Government; thus, a person of any religious affiliation can be a member of the Legislature, Executive or Judiciary in Malaysia.
Butiran dakwaan tersebut dijawab Fairuz satu persatu sehingga butiran atau poin ke-7 di mana beliau berkata tak perlulah dipanjangkan lagi. Secara rata beliau berpendapat ia semua dibuat secara "suka-suka logik entah ke mana" (kata-kata saya ya) demi hendak mengetepikan keutamaan Islam dalam Perlembagaan. Kemudian masuklah sesi terbuka di mana hadirin termasuk saya sendiri dapat bersoal jawab. Banyak perkara timbul tetapi biar dikongsikan sedikit sahaja...
Ramai tokoh-tokoh besar Melayu hadir menjadikan ini suatu majlis yang penting lagi bersifat intelektual. Kelihatan Tan Sri Abu Zahar Ujang, mantan Yang Dipertua Dewan Negara memberikan maklum balas berdasarkan situatisi politik negara kini. Secara rata beliau menyatakan betapa ahli parlimen sekarang ramai yang tidak berkualiti atau berpelajaran tinggi. Oleh itu mereka perlu 'disekolahkan' terlebih dahulu, baru boleh memahami hakikat sebenar undang-undang negara temasuk Perlembagaan yang secara tersurat dan tersirat meninggikan Islam mengatasi apa-apa agama lain.
Seterusnya seorang peguam muda yang dikenali sebagai Buzze Azam memberikan maklum balas sebelum menimbulkan pertanyaan. Beliau agak terkenal sebagai peguam yang berani mengenengahkan pendapat di Internet berdasarkan pengetahuan undang-undang untuk melawan arus ganas pihak-pihak yang asyik mencabar hak serta kedudukan Melayu dan Islam berdasarkan apa yang mereka dakwa sebagai rule of law (konon) . Baru-baru ini beliau telah memfailkan ke mahkamah cabaran ke atas kewujudan sekolah-sekolah vernakular (menurut kaum seperti sekolah Cina dan India) yang sebenarnya adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Kata Azam beliau membuat cabaran kerana pihak-pihak berkenaan sudah melampau sehingga belanjawan negara pun mahu diberikan kepada sekolah-sekolah tersebut walhal yang layak menerimanya cuma sekolah-sekolah kerajaan juga sekolah agama Islam.
Walapun ia ditolak oleh mahkamah (peringkat Persekutuan kalau tak salah) cabaran masih boleh diangkat melalui mahkamah peringkat lain. Dikongsikan sedikit strategi beliau kepada hadirin. Tak perlulah didedahkan. Buat apa beri pelung untuk musuh siap siaga? Cukuplah dikatakan bahawa cabaran terhadap kewujudan sekolah vernakular cuma yang pertama antara 9 cabaran yang akan dibuat Azam dan kawan-kawan peguam berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan.
Perkongsian, maklum balas dan sebagainya menyebabkan majlis yang sepatutnya tamat jam 1 petang berpanjangan sehingga 2.30. Majlis akhirnya ditutup dengan bacaan "7 Wasiat Raja-raja Melayu" oleh budayawan Dr Ibrahim Ghaffar. Secara rata semua bersetuju bahawa Perlembagaan Negara atau Persekutuan memang bersifat menjaga kepentingan Islam dan Melayu. Kedudukan raja-raja juga diletak tinggi sebagai pelindung orang Melayu dan khalifah bagi menjalankan hukum-hukum Islam apalagi Perlembagaan itu sendiri bersumber daripada kuasa raja-raja yang didelegasikan ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 71 tahun yang lampau.
Masalahnya adalah bagaimana hendak menghadapi realiti dunia sebenar di mana ramai para peguam dan hakim bersikap anti-Islam bermaharajalela menafsirkan perkara lalu bertindak untuk mengatasi apa-apa usaha bagi mendaulatkan Islam. Sesungguhnya senario politik tanah air semakin meruncing meminggirkan Melayu dan Islam dengan naiknya puak-puak cauvinis yang amat membencikan kita lalu berusaha untuk merubah negara menurut selera yang menjahanamkan. Untuk menghadapi ini orang Melayu Islam harus bersatu hati menggabungkan kepelbagaian kepakaran lalu bergerak secara bijak dan berstrategi. Lebih penting lagi bagi saya adalah semua yang berjuang harus memperbaiki diri supaya betul-betul jadi orang Islam yang bertakwa. Dengan itu barulah boleh mendapat nusrah pertolongan Allah SWT selain tidak boleh dibeli, dipermainkan mahupun diugut oleh musuh yang mahu membantutkan perjuangan.
Nota untuk diri sendiri : Ini adalah artikel ke 1,874 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Nombor ini mengingatkan pada Perjanjian Pangkor tahun 1874 yang ada disebut sedikit dalam sidang meja bulat. Masuk bab campur tangan British yang termaktub melalui perjanjian seorang panelis iaitu Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi memberitahu hadirin bahawa turut bersama dalam majlis adalah keturunan Laksamana Muhammad Amin. Beliau menunjuk pada saya yang sedang memakai busana tradisional Melayu penuh berkeris, bersampin, bertanjak.
Untuk pengetahuan moyang saya itu adalah salah seorang yang terlibat dalam perjanjian. Tetapi beliau kemudian dibuang negeri ke Pulau Seychelles tahun 1877 bersama Sultan Perak ketika itu, Sultan Abdullah. Sesungguhnya saya melihat Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik penting 'penjajahan' British terhadap Tanah Melayu sehingga terbentuknya Malaysia yang kita lihat sekarang galak dengan cabaran umat bukan Islam terhadap pemiliki asal berbangsa Melayu dan Islam. Fauzi pula melihat perjanjian tidak melunturkan kuasa raja-raja seperti dibaca ramai. Pada beliau syarat yang kelihatan menghadkan kekuasaan raja pada hal agama Islam dan adat Melayu sahaja itu boleh dibaca kembali menurut tafsiran anak watan sebagai meliputi segala sesuatu kerana tersirat dalam makna agama dan adat.