Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Februari 03, 2008

Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor...

OK... Kita kembali semula kepada cerita-cerita mengenai perjalanan di Johor. Kali ini, cerita yang boleh dikira paling istimewa, satu cerita bergambar tentang tempat saya membesar lebih 20 tahun lalu, sebuah sekolah berasrama penuh kerajaan bernama Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) di Kluang, Johor...

Cerita ini sudah lama ingin dinukilkan di sini... Kalau tidak disebabkan kerana masalah komputer laptop yang rosak selepas perjalanan Mersing ke Kluang dahulu, mungkin ia sudah dipaparkan sebulan lalu di Muar, sebaik sahaja tamat perjalanan meliputi 8 daerah utama di Johor selama 2 minggu itu malah mungkin lebih awal semasa di Kluang lagi!

Tiga hari lepas, sebaik sahaja sampai ke Teluk Intan dalam pengembaraan terbaru saya meliputi lokasi-lokasi tertentu di Kedah kemudian Perak, timbul rasa kuat untuk membuat nukilan ini tetapi entah kenapa, tak terkeluar juga... Semalam semasa di Kuala Kubu Baru, hampir sahaja artikel ini dibuat kalau tidak kerana Internet Cafe sana ditutup awal. Kini di Rawang, 30km sahaja sebelum kembali ke Kuala Lumpur, baru tekad itu dapat dizahirkan... Maka terimalah persembahan ini seadanya... Wassalam! :]



Sudah lebih 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sekolah lama saya ini... Malah boleh dikatakan perjalanan keliling Johor yang tamat sebulan lalu sebenarnya terjadi semata-mata kerana timbul niat untuk ke Kluang demi menjejak balik kenangan suka-duka membesar di SMSJ. Begitu besarnya makna kenangan itu sehingga saya sanggup berjalan kaki hampir 2km daripada pusat bandar untuk ke sekolah dengan menyusuri jalan serupa yang dilalui ketika zaman bersekolah dahulu. Maka sebaik sahaja nampak papan-tanda di kaki bukit membawa ke sekolah ini terus timbul debaran dada yang kuat akibat rasa teruja yang amat sangat...




Saya pun menyusuri jalan yang ditunjukkan oleh papan-tanda... Sudah lain daripada jalan ketika saya membesar dahulu. Rupa-rupanya pintu masuk sekolah juga telah dialih, tak pasti sejak bila... Kali ini lebih dekat dengan kaki bukit...

Niat awal saya, kalau dapat sampai ke pintu masuk sekolah pun sudah cukup baik. Tetapi biarlah saya cuba untuk masuk ke dalam demi menelusuri nostalgia lama pahit manis membesar mengenal erti kehidupan yang penuh ranjau durinya.

Tentang masuk ke dalam kawasan sekolah ini, saya mempunyai satu pengalaman yang agak pahit. Terus terang saya cakap, di SMSJ inilah berlaku perubahan besar dalam hidup yang membawa saya memberontak lalu menjadi budak nakal. Sedikit sebanyak yang berlaku telah dinukilkan dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I... Lalu semasa di Kluang lagi saya bercadang ingin membuat posting mengenai SMSJ dengan menyertakan sedutan cerita berkenaan. Sayangnya ia tidak dapat ditunaikan kerana isi buku adalah di dalam komputer laptop sedangkan laptop itu telah mengalami kerosakan.

Apapun, yang tertera di dalam BKA I adalah pengalaman pahit yang menyebabkan saya mula jadi nakal. Pengalaman pahit masuk ke sekolah yang ingin diceritakan di sini pula adalah yang berlaku kemudian iaitu selepas hampir penghujung tahun 1986, selepas saya dibuang sekolah atas masalah disiplin...

Beberapa bulan kemudian iaitu dalam tahun 1987, saya tergerak untuk melawat SMSJ. Ketika itu saya sudah kembali ke kampung di Muar dan bersekolah di Sekolah Tinggi Muar. Saya telah masuk ke kawasan sekolah dan asrama untuk bertemu kawan-kawan lama. Akibat rindukan suasana lama, juga atas saranan kawan-kawan, saya pun terus melepak lama dengan niat untuk bermalam di asrama.

Hampir tengah malam, beberapa orang tertentu telah mencari saya termasuk pengawas, guru sekolah atau warden yang menjaga asrama dan pengawal keselamatan. Lalu saya ditegur dan disuruh keluar. Kata seorang warden, jika saya memberitahu lebih awal, mungkin saya dibenarkan bermalam di dalam. Betulkah ini atau ia cuma alasan? Maklumlah, walaupun saya dikenali sebagai seorang pelajar pintar, saya juga dikenali sebagai seorang yang banyak masalah disiplin dan suka melawan.

Pun begitu, saya bukan mahu membuat kacau, cuma mahu menghirup udara segar bermalam bersama kawan-kawan seperti dulu-dulu. Tetapi apa boleh buat, saya dilayan seperti seorang budak yang akan membuat kekacauan besar... Tengah malam itu juga saya melangkah keluar dan berjalan kaki menuruni bukit lalu ke pusat bandar sejauh 2 km untuk mencari hotel murah buat menginap. Ketika itu bukan macam sekarang... Jalan ketika itu sentiasa sunyi dan memang orang kata "berhantu"...

Untuk pengetahuan, itulah kali terakhir saya menjejakkan kaki di sekolah lama saya ini, tahun 1987 lebih 20 tahun lalu. Dalam keadaan memori ini masih sedikit terngiang-ngiang di kepala, bayangkan bagaimana perasaan insan ini ketika ingin melangkah kembali ke pintu masuk sekolah lebih sebulan lalu... Bayangkan...




Alhamdulillah, dengan berkat doa dan harapan yang dipanjatkan kepada Allah Subhanahuwataala, pengawal yang menjaga ketika itu iaitu seorang wanita berumur membenarkan saya masuk ke dalam. Saya berterus-terang memberitahu yang saya seorang bekas pelajar yang ingin kembali menggamit memori lama. Ketika itu pula cuti sekolah, maka sekolah itu kosong kecuali guru dan kakitangan yang datang bermesyuarat serta beberapa orang pekerja kontrak yang membuat kerja-kerja membaik-pulih... Mungkin sebab itu saya dibenarkan masuk? Apapun, syukur Alhamdulillah!



Sampai di sini, baru saya dapat melihat bangunan lama kelas dengan tangki air sekolah...


Sedikit ke hadapan adalah bangunan yang pernah (atau masih lagi?) menjadi tempat kelas Seni Perusahaan. Di belakang ini juga pernah terletak bilik gerakan Pengakap... Dahulu sebelum saya bertukar menjadi budak nakal, saya pernah menjadi seorang ketua Pengakap yang boleh dikatakan sangat rajin dan berdisiplin...



Semasa saya masih bersekolah dahulu, bangunan yang menjadi bengkel Seni Perusahaan ini terletak di satu hujung sempadan kawasan sekolah. Sekarang sudah ada tempat letak kereta dengan bumbung warna biru seperti yang kelihatan dalam gambar ini serta sebuah surau (atau masjid?) yang agak besar dan selesa di dalam kawasan sekolah sedangkan dahulu, kawasan ini merupakan hutan belukar tempat jin bertendang!


Ah... Daripada kawasan bukit di belakang bangunan Seni Perusahaan yang dahulu terletak di luar kawasan sekolah (sebenarnya di sinilah letaknya puncak kepada bukit yang menampung sekolah ini!) saya dapat melihat dengan lebih terang bangunan-bangunan lama sekolah yang menggamit begitu banyak kenangan...


Oh... Ini kawasan puncak bukit tempat saya berdiri mengambil gambar tadi, dilihat daripada tepi bangunan Seni Perusahaan. Dahulu, kawasan di belakang ini merupakan jalan utama saya untuk keluar malam-malam meloloskan diri daripada sekatan disiplin hidup berasrama penuh. Sebabnya, ada banyak pokok-pokok hutan belukar yang boleh digunakan untuk menyorok dan menyelinap demi mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa...

Semasa itu, jalan bertar yang kelihatan dalam gambar ini belum lagi wujud. Sebaliknya terdapat pagar sebelum letak jalan itu, pagar dawai yang selalu terpaksa saya bersusah-payah panjat untuk melepaskan diri...

Hmm... Kalau difikirkan, memang itulah perangai saya... Bukan soal panjat pagar atau soal melanggar disiplin tapi soal suka keluar seorang diri, solo membawa diri mencari ketenangan di dalam pengembaraan.

Bayangkan ketika berumur 15 tahun sudah mula keluar seorang diri meredah hutan belukar walau pada jam 3 pagi semata-mata untuk menghirup udara segar di luar. Rupa-rupanya saya masih begini... Sekarang sudah berumur 38 tahun pun sanggup masuk ke tempat-tempat yang dikira menyeramkan termasuk kawasan kubur purba seorang diri walau dalam gelap-gelita pagi buta kerana rimas dengan hiruk-pikuk sesak dunia sekarang yang penuh dengan fitnah Dajjal!

Oh... Sebagai satu peringatan... Kepada para pembaca terutama jika ada adik-adik muda (bagi saya boleh dipanggil anak kalau berumur 18 tahun ke bawah!) terbaca cerita ini, jangan ikut perangai saya ini. Susah... Takut tak tertanggung beban dan akibatnya... Yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bab berani tu elok juga diikut. Takut hanya pada Allah, bukan pada hantu, jin dan manusia. Tapi berani bukan bermakna jadi kurang ajar... Jangan suka melawan guru macam saya masa zaman nakal dulu. Dan jangan sampai melilau ke merata tempat sehingga tak dapat lagi mengatur hidup normal macam orang lain. Nak buat kerja biasa pun tak dapat... Macamana nak buat kalau nak duduk diam pun susah? Jangan jadi seperti saya... Takut menyusahkan masyarakat... Itu sahaja ya peringatan...

Oh... Berbalik pada puncak bukit tadi. Dahulu hutan belukar, sekarang sudah ada gelanggang bola keranjang dan gelanggang tenis!


Dari puncak itu juga kelihatan bangunan dewan tempat perhimpunan setiap pagi Ahad. Ketika zaman saya bersekolah dahulu, kami ada kelas setiap Ahad hingga Khamis kerana menurut waktu kerja di Negeri-negeri Tidak Bersekutu...


Lorong jalan kaki di sebelah bangunan Seni Perusahaan menuju ke kelas...



Oh... Terlupa hendak beritahu. Di dalam bangunan itu juga terletak kantin sekolah... Tiba-tiba teringat Mak Pah yang berniaga kantin dengan anak-anak perempuannya yang putih melepak cun-melecun tapi sedikit berisi... Hehe! :]


Salah satu blok bangunan kelas. Di tempat letak kereta inilah, pada tahun 1985, saya kali pertama melihat sebuah Proton Saga, kereta pertama buatan Malaysia setelah ia dikeluarkan tahun itu juga... Tak ingat milik siapa...


Bangunan dewan perhimpunan... Teringat sesi-sesi kelas muzik yang WAJIB dihadiri tetapi saya selalu "tuang" kerana tak suka. Hasilnya, saya termasuk salah seorang yang "didenda", kena mewakili sekolah dalam pertandingan koir (perkataan English nya choir, ala yang kena nyanyi beramai-ramai tu...) peringkat daerah.

Allah! Dah lah kena paksa, bila pertandingan, kena pakai bedak, dibedakkan orang malah di make up dan digincukan lagi! Aduh... Geli! Tapi dipaksa gak...

Yang lagi tak tahan, ingatkan dah buat "sehabis baik" nak selamatkan diri, tengok-tengok menang. Dah kena wakil daerah pulak lawan peringkat negeri Johor. Waduh!!! Pecah kepala dong!


Saya mula melangkah menelusuri padang utama sekolah. Saya sebut padang utama kerana sejak beberapa tahun lalu, mungkin juga beberapa tahun setelah meninggalkan SMSJ 1986, sebuah padang baru telah didirikan di sebelah bangunan asrama puteri.

Apapun, saya pasti padang ini tetap padang utama. Sebenarnya saya ada banyak gambar lagi untuk menyatakan kedudukan padang ini berbanding lokasi-lokasi lain di kawasan sekolah juga sebuah padang kecil yang pernah menjadi tempat para pelajar membuat latihan lompat tinggi dan bersilat. Tetapi kalau diletakkan, jadi banyak sangat pula gambar. Biar diletakkan beberapa yang terpilih sahaja ya...





Hmm... Sudah ada binaan seperti panggung utama stadium di lereng bukit tepi padang... Binaan ini belum wujud semasa saya bersekolah dahulu. Inilah kali pertama saya melihatnya. Tetapi binaan ini segar dalam ingatan sebagai salah satu senario dalam mimpi yang pernah dilihat secara terang beberapa tahun lalu. Untuk makluman, dalam perjalanan ke Johor ini, boleh kata tiap-tiap hari saya deja vu... Malah ada deja vu yang panjangnya melebihi setengah jam... Apa yang berlaku, sudut yang diambil, orang yang ditemui semuanya sama seperti dalam bayangan atau mimpi yang pernah berlaku entah berapa tahun lalu!


Dari panggung ini boleh kelihatan tulisan SMSJ serta KLG iaitu singkatan untuk Kluang dengan terang. Suatu masa dahulu, seseorang itu hanya perlu menyebut SMSJ untuk Sekolah Menengah Sains Johor dan tahu yang dimaksudkan adalah sekolah ini tanpa perlu menyebut duduk letaknya di Kluang. Ketika itu, SMSJ merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh sains di negeri Johor.

Pada tahun 1985 (kalau tak salah ingatan), muncul pula Sekolah Menengah Sains Muar, dan kemudian beberapa buah lagi sekolah menengah sains di Johor. Maka itu perlu disebut SMSJ Kluang supaya lebih terang sekolah mana yang dimaksudkan.


Ini adalah bangunan asrama putera atau asrama laki-laki. Jantung saya semakin berdebar kencang melalui kawasan ini...


Di tingkat 3 bangunan inilah terletak bilik-bilik tempat saya pernah bermastautin daripada tahun 1983-1986. Warga asrama, lelaki dan perempuan dibahagikan kepada 4 rumah sukan iaitu Segara (kalau tak salah, bahasa Sanskrit untuk lautan), Buana (hutan dan tumbuhan), Purnama (bulan) dan Suria (matahari). Lalu setiap rumah diberi warna yang sesuai dengan nama, Segara warna biru lautan, Buana hijau tumbuh-tumbuhan, Purnama merah (walaupun saya tidak pernah melihat bulan berwarna merah) dan Suria (kuning).

Dan setiap rumah diberi satu tingkat tempat menginap. Maka Segara yang mewakili lautan seharusnya di bawah diikuti Buana, Purnama seterusnya Suria di tingkat empat iaitu yang paling atas. Saya diberi rumah Purnama... Hmm... Seolah-olah memang saya ditakdirkan ada kaitan kuat dengan warna merah... Fikirkan... Lebih 20 kemudian, saya mula memakai nama Merah Silu di Internet, nama yang muncul sempena nama syarikat penerbitan saya Wasilah Merah Silu Enterprise. Hmm...

Tiba-tiba teringat. Adapun sejak kecil lagi saya mempunyai perangai lasak suka memanjat pokok dan bangunan, juga melompat atau terjun ke bawah setelah sampai ke atas. Dahulu, saya selalu juga melompat ke bawah daripada tingkat 2 atau rumah Buana. Kalau tak salah ingatan, daripada tingkat Purnama pun pernah. Tapi daripada tingkat Suria saya tak berani. Terlalu tinggi...

Sekarang kalau disuruh buat kerja macam ni, terus terang saya cakap, saya surrender walaupun tinggi setakat 5 kaki... Badan dah tak larat, kecuali terpaksa... Dulu dah banyak sangat lasak, dengan lompat-lompat, main ragbi, macam-macam... La ni macam-macam pulak dapat bisa-bisa badan. Hmm...


Ini pula dewan makan. Di sebelahnya adalah asrama puteri. Banyak juga kenangan macam-macam... Kalau nak cerita semuanya memang tak larat. Sekarang menulis ini pun dah terasa penat... Saya masih berada di Rawang, belum kembali lagi ke Kuala Lumpur setelah lebih 2 minggu mengembara dan badan pula tengah tak sedap... Tapi saya tetap menulis juga untuk meluahkan apa yang terbuku. Lagipun cerita ini sudah lama tergendala...






Blok bangunan kelas yang terletak betul-betul berhadapan dewan makanan ini mempunyai fungsi penting semasa zaman saya bersekolah. Dahulu, setiap Jumaat malam Sabtu (atau malam keesokannya? Saya pun terlupa tetapi memang malam hujung minggu), jika tidak ada apa-apa gangguan teknikal, akan datang sebuah van daripada luar membawa alat projektor serta segulung filem wayang... Filem itu akan dipancarkan pada dinding tingkat 2 bangunan ini... Lalu warga sekolah pun berhimpun di bawah samada bersila atas tikar atau membawa kerusi yang diambil daripada dewan makan untuk menonton cerita.

Mereka yang malas turun pula sekadar melihat daripada tingkap di bilik-bilik tingkat atas. Mereka yang lebih berani (dan selalunya juga lebih nakal) akan mencabut kepingan tingkap bilik lalu keluar untuk berbaring dan duduk di "kaki lima" luar bangunan yang tidak ada pagar keselamatan. Yalah, tempat tu bukan untuk orang keluar apa lagi bersantai. Maka kalau jatuh ke bawah, nasiblah, siapa suruh keluar! Tetapi setakat yang saya ingat, belum ada pelajar pernah jatuh ke bawah tu...

Apapun, yang menjadi keseronokan kami ketika itu adalah menunggu wayang cerita apa yang keluar. Tapi kalau buruk pun, bukannya kami ada pilihan... Selain daripada itu, apalagi bentuk hiburan yang kami pelajar sekolah berasrama penuh boleh dapat?


Ini pula binaan di hadapan asrama puteri. Adapun bangunan yang kelihatan di kiri ini pernah menjadi pondok pengawal keselamatan zaman saya masih bersekolah dahulu. Di situlah, di hadapan ratusan pelajar perempuan yang memandang, saya dan 2 orang rakan pernah dipaksa berdiri tanpa baju selama lebih sejam setelah ditangkap malam hari cuba menyeludup keluar daripada kawasan sekolah!

Bayangkan perasaan malu kami ketika itu! Nasib baik masa tu badan saya memang tough... Banyak muscle berketul. Bukan angkat diri tapi itulah kenyataannya sekadar menunjukkan keadaan ketika itu. Tapi malu tetap malu. Dan itulah kali terakhir saya dihukum disiplin kerana sebelum itu saya pernah beberapa kali dihukum atas kesalahan lain. Dan esoknya saya terus dibuang dari sekolah!

Oh... Itulah juga kali pertama saya tertangkap ketika menyeludup keluar sekolah! Sebelum itu saya telah keluar beberapa kali terutama ketika malam buta tetapi tidak pernah tertangkap atau disedari, mungkin kerana keluar seorang diri.

Apa yang berlaku ketika itu, saya dipujuk 2 orang rakan untuk menunjukkan jalan kerana mereka ingin membeli rokok di luar selain ingin merasa keluar malam hari seperti saya. Sedangkan ketika itu, bermula sekitar sebulan sebelum itu, saya telah berikrar kepada diri sendiri dan keluarga tidak akan melanggar disiplin lagi setelah pernah sekali dibuang atas satu kesalahan kemudian diterima masuk kembali...

Apapun biarlah apa yang berlalu terus berlalu, Saya setakat bercerita apa yang terbit dalam proses penceritaan secara spontan yang mungkin berguna untuk merungkai masalah diri saya sendiri. Lagi satu nak beritahu, kawasan pejalan kaki berbumbung di sebelah bangunan kecil yang pernah menjadi pondok pengawal itu dahulu adalah pintu masuk utama ke sekolah...


Bila dilihat kembali kedudukan-kedudukan bangunan lama ini, baru saya sedar masjid yang sekarang berada di kawasan sekolah ini, masjid yang belum wujud ketika saya bersekolah ini terletak di kawasan utama luar sekolah tempat ibubapa menziarahi anak-anak sambil "berkelah" makan-minum bertanyakan khabar...

Allah! Teringat bagaimana perasaan anak-anak kecil yang ibu-bapanya tidak berpeluang menziarahi, mungkin akibat sibuk bekerja, mungkin kerana duduk jauh... Kalau datang pun bukan boleh selalu berbanding mereka yang lebih beruntung duduk dekat dan selalu diziarah saudara-mara.

Bayangkan perasaan anak-anak kecil yang baru membesar mengenali erti kehidupan duduk jauh di asrama, jauh daripada lingkungan kasih-sayang keluarga... Duduk terkongkong penuh disiplin dalam kawasan sekolah dan asrama yang terkecil di Malaysia, seminggu sekali sahaja dapat keluar sementara untuk bersolat Jumaat, 2 minggu sekali baru dapat outing sehingga jam 6 petang sebelum pulang ke dalam. Bayangkan... Belajar erti kehidupan, kena ragging dan macam-macam, teringin mengadu kepada keluarga tetapi keluarga tidak dapat datang. Bayangkan keadaan anda jika sifat semulajadi anda dan cara pemikiran ada sedikit lain daripada yang lain tetapi dipaksa menuruti cara kebiasaan ramai demi untuk terus hidup dalam lingkungan anak-anak lain yang sekadar bertindak seperti kelaziman orang kebanyakan. Bayangkan menyimpan segala perasaan dan tekanan jiwa seorang diri di kala melihat rakan-rakan yang lebih beruntung ketawa bergembira bersama sanak saudara yang datang membawa berbagai juadah dan buah tangan.

Bukan ibu-bapa saya tidak datang... Cuma tak boleh selalu. Maklumlah ayah bekerja di Kuala Lumpur, seminggu sekali kembali ke Muar di mana ibu duduk dan bekerja. Tentu penat perlu berkejar pula ke Kluang. KL ke Muar hampir 200km... Mahu ke Kluang lagi 90km begitu... Dan zaman itu belum ada Lebuhraya Utara-Selatan untuk memendekkan perjalanan... Dan adakalanya, saya lebih suka ibu-bapa tidak datang walaupun rindu. Sebabnya, ayah saya sangat garang dan saya selalu dimarahi sedang saya sedang menghadapi banyak masalah di asrama...

Ah cukuplah! Cukuplah diberitahu jalan yang kelihatan dalam gambar di atas ini juga menandakan jalan yang perlu diambil untuk keluar masuk sekolah. Lebih jauh dan berliku berbanding jalan masuk sekarang yang lebih dekat dengan kaki bukit...


Nah... Inilah jalannya. Kembali kita ke sini...


Maka sampailah masanya untuk meninggalkan SMSJ dan segala kenangannya. Oh... Cerita ini boleh dianggap sebagai kesinambungan 2 buah cerita mengenai Kluang yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Untuk membacanya, sila klik...

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2

Selamat jalan! :]



48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat panjat pagar...

Tok Mie 7 @ Azmi Ahmad berkata...

Salam Radzi :)

Boleh tak saya copy gambar2 SMSJ di atas untuk saya gabungkan di http://picasaweb.google.com/azmi65

Terimakasih Wassalam,
Azmi Ahmad

SMSJ, SPM'82

fraudz berkata...

saya sgt menghargai sumbangan saudara ni. Sekolah ni dah nampak besar dah. masa saya dulu takde facility yg sebegini baik. harap anak2 yg belajar di SMSJ ni akan terus memperjuangkan matlamat diri, keluarga dan agama.

Keep it up SAJOHANs

Fuad
MCE 79

nasruddin mohd rawi berkata...

salam tuan,

banyak betul perubahan smsj sejak kami tinggalkan. kali terakhir saya ke smsj rasanya tahun 2001. syabas atas penulisan tuan.

nash spm80

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro..... nostalgia betul gambar2 nie. Wa pun Purnama jugak dulu, juniorlu setahun je.So now, if u wanna 'fly' & buy the 'deng' it's quite far & takes an extra effort. Kudos...... much more obstacles to endure.

faid berkata...

Menarik catatan bro ni.Hm, bro ni la Radzi one og the seniors yg sy ingat kena berlenggeng depan pondok jaga malam balik prep 1986.Masa tu sy form 1 dan kejadian tu masih segar dlm ingatan even after 22 years. Pengalaman mendewasakan kita.

Samdaddycool berkata...

Salam,

Bestentry ni! Ada sikit 'blues'..
Saya pon dah lama tak masuk smsj.. last sekali tahun 1994...

samdaddycool
sajoha
class of 93

Radzi Sapiee berkata...

Subhanallah. Entah kenapa malam ni baru nak terjenguk balik artikel ni... Tengok-tengok dah banyak gak komen. Terimakasih semua kerana sudi menjenguk...

Yep, saya salah seorang yang kena tangkap masa nak fly lepas tu kena berlenggeng depan asrama pompuan... Tahun 1986 masa tu... Seorang lagi rasanya Saiful Adli, seorang lagi lupa nama plak, budak India...

Bayangkan, dah berapa puluh kali saya keluar masuk kawasan asrama sorang-sorang siang malam tak pernah kantul... Tiba-tiba lepas saya bertaubat tak nak fly lagi dah, budak dua orang ni mintak tolong tunjuk jalan, last-last kantul gak, terus kena buang sekolah...

Hehe, kenangan dulu-dulu walaupun pernah pahit apabila diingat bertahun kemudian jadi manis pula. Selamat semua.

Oh, sesiapa nak gunakan gambar-gambar di sini malah mana-mana gambar di blogspot-blogspot saya untuk kegunaan sendiri silakan. Saya cuma minta berikan kredit kerana itulah satu-satunya cara supaya orang kenal blogspot saya dan satu hari insyaallah semua ini boleh digunakan sebagai mata pencarian untuk diri saya yang dah lama terumbang-ambing tak da gaji tetap sebab dah lama tak kerja dengan sesapa... Rezeki tak tentu ni.

Sekian, kirimkan salam saya kepada sesiapa sahaja yang mengenali. :]

Tok Mie 7 @ Azmi Ahmad berkata...

Terimakasih Radzi. Pasti saya akan letak kredit dan link untuk gambar2 saudara.

Saya cadangkan saudara letak email di blog ini, mungkin ada yang ingin menghubungi untuk silaturrahim atau pun pertanyaan buku/video.

Dalam blogspot.com juga ada fungsi yang boleh diguna untuk email alert, jadi kalau ada sesiapa tinggalkan komen di blog ini, saudara akan dimaklumkan melalui email.

Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah.

Thanks Wassalam,
Azmi

Tanpa Nama berkata...

salam Ramadhan...terimakasih kerana membuka semula lembaran silam SMSJ yang penuh suka duka. Sejak ambik result spm tahun 1987, aku tak pernah balik ke smsj..pernah sekali, tahun 1995 aku ada kursus kat kluang..dalam hati meronta-ronta nak tengok balik tempat yang banyak menyimpan kenangan tu...tapi bila dah sampai pondok guard depan, macam ada satu kuasa yang menahan aku dari memasuki kawasan sekolah. Sejak tu, aku tak pernah lagi ke SMSJ. Terlalu banyak kenangan yang masih menghantui aku hingga kini.

p/s: FakhrulRadzi, aku tak leh nak lupa hang pernah habaq kat aku yang hang nak bom sekolah lepaih hang kena buang dulu...kihkihkih..Aku pernah jumpa hang sekali masa hang masih jadik reporter NST...tapi tak sempat nak sembang! Terimakasih kerana menjadi sebahagian kenangan silam...yang tak mungkin dilupakan.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Salam Ramadhan juga kepada anda dan semua. Sapa yang bagi komen kat atas ni? Sebut le nama woiii... Aku punya memori pun bukan tajam sangat, dah macam-macam orang aku jumpa, sekolah pun dah banyak sekolah weh... Sekolah menengah je ada 3, buat A Levels pun kat 2 kolej. Abis tu dah banyak kali kena buang keluar masuk sekolah n kolej, hehe!
Tapi kan bab bom tu, bila hang sebut baru aku ingat hehe... Memang aku ada cakap nak bom sekolah, kalau tak salah ada le jugak 4-5 orang dengar, rasanya semua batch SPM 87. Tapi tu dulu-dulu le time frust n marah. Sekarang, aku cuma tersenyum lebar apabila mengingat segala yang berlaku walaupun masa ia berlaku dulu memang aku betul-betul marah dan pecah kepala.
Apapun kim salam le kepada semua orang... Sudi-sudilah menjengok cerita-cerita di blogspot aku. Ada 3 semuanya... Ni dia...

http://www.merahsilu.blogspot.com/

http://artmelayu.blogspot.com/

http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

salam FakhrulRadzi, kalu hang nak tau, aku batch SPM 86, senior hang setahun, tapi selalu gak dok lepak ngan hang kat belakang bgnn seni perusahaan tu...byk jugak benda pelik dan ajaib yang hang cerita n ajaq kat aku...Tapi aku heran la apasai depa (cikgu2 le n a few seniors) tak suka kat hang...walhal hang bukannya kacau orang..org kacau hang adala...Tapi la nih aku naik segan plak nak kenaikan diri aku kat hang...sbb hang dah popular...kihkihkih...rindu jugak kat hang n member2 lain...Tapi apakan daya...slammaattt! Ada rezeki kita jumpa lagi...insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Hey fly! Zaidat here. I am still in London for my sins. Thank you for the memories.

Tanpa Nama berkata...

hi Radzi...

Lily Sintum here..remember the girl from sabah....when u mentioned Gunung Lambak it reminds me of an incident (1985)...thank you so much ..

snowie berkata...

Hi FakrulRadzi a.k.a Pengkor,

It's Foo Siang Mun here. Thanks for the memory jog. Reminds me of being in the same howmetown too... Muar.

Radzi Sapiee berkata...

Hey guys... Good lord! Kenapa tetiba je engkorang contact aku? Padahal blogspot ni aku dah lama buat, posting ni pun dah lebih 8 bulan tercongok kat sini? Perhaps dah sampai masa Tuhan gerakkan kot?

Tu le, berapa tahun aku jadi cam orang utan merayap sana-sini... La ni aku baru nak atur hidup aku jadi normal balik tetiba macam-macam muncul. Orang mintak aku buat special writing job le, bagi speech naikkan semangat Melayu le... tetiba engkorang pulak contact aku hari ni. Masyaallah!

Anyway I will try to make time to meet you guys soon. To Lokman, I might be able to meet the guys around Bangi/ Kajang (set a place in Kajang) between 19-21 ni kot...

To Foo, that was a surprise getting your call first. Thanks for reminding me about the kuiz darjah 6. It was an important turning point as that was when I start to like girls! Hehe...

To Zaidat, at least we've last met in London sometime in 1995... I haven't meet most of you guys since 1986!

To Lily, now that you've mentioned it, yes I do remember what happened at Gunung Lambak, hehe! Sorry, can't help it... Darah muda, hehe! (God, I'm laughing really hard when I see your words here about it).

Feel free to visit and drop comments anywhere on my blogspots. Be seeing you guys soon enough. Send my regards to the rest. Cheers!

rafiz ibrahim berkata...

assalamualaikum Radzi,

Well done brother .Keep up the good job and effort.

Dont regret any failures in life .From lessons learnt ,you will realize the hikmat and be what u r today.

take care

Rafiz SPM 1983(ex prefect & PPI )

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam n Subhanallah. Somehow seeing Rafiz's comment here and your name tiba-tiba boleh terbayang your muka putih-putih ada taik lalat kan? Kalau tak salah, you are budak Muar jugak, Sekolah Ismail 2 atau 1 dulu.
Anyway, thanks for the comment and good words here. Alang-alang dah buat comment, glad to inform everyone that on Saturday night 18th Oct, I had small meeting with Lokman, Zulsafari, Tom, Adrian, Faris n Khairul Amali... all from SPM 87 batch after 22 years not seeing each other!
Alhamdulillah everything went well despite the heavy rain. Why, they even bought 3 sets of my books!
Anyway, I mentioned a bit on it in a posting here...

http://merahsilu.blogspot.com/2008/10/open-house-di-ampang-barbecue-geng-moto.html

So glad to have people from the old days of SMSJ visiting my blogspot. Cheers! :]

p/s: Teringat sometime in 2005 or so. Terjumpa a few batch SPM 86, Along, Balak and a few others kat wisma apa entah yang sebelah wisma MCA, Jalan Ampang. Masa tu aku tunjukkan mock copy untuk my first book... print sendiri pakai printer and bind together pakai gam dengan ketip. Kulit buku print-out colour pakai art paper, nampak le rupa buku.
Tak sangka, since then dah jadi buku betul malah dah jadi pun 3 buku yang walaupun tak top macam novel biasa tetap tersebar jugak kat seluruh Malaysia dan ada jugak beribu pengikut. Alhamdulillah! :]

Tanpa Nama berkata...

time kasih psl post gambo2 ni teringat balik semua kisah2 kat skolah.ada satu part dlm ni rasa nk balik gi skolah je...

sidek@gidin
SPM 1995

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm saudara Radzi,
Saya Cikgu Zanariah, mengajar di SMSJ mulai Mei 86 hingga kini. Mungkin kita pernah bertemu dan berkongsi langit serta bumi SMSJ buat seketika, mungkin juga tidak kerana tarikh saudara dibuang sekolah tidak disebut secara pasti. Tetapi yang pasti, cerita saudara bermalam di asrama SMSJ pada tahun 1987, pernah saya dengar cuma mungkin dalam versi yang berbeza. Setelah membaca kisah saudara, sebagai guru, tiada perkataan yang dapat saya cari bagi mengungkapkan pelbagai perasaan yang bercampur-baur kerana kegagalan kami mengesan, memahami dan mendepani secara bijak apa yang terbuku di hati saudara sebagai remaja, dan juga di hati pelajar-pelajar lain yang senasib yang terpaksa melangkahkan kaki dengan berat hati. Yang mampu saya katakan, mungkin ini lebih untuk memujuk perasaan sendiri -ialah, mungkin ada hikmah di sebaliknya...

Doa saya akan mengiringi perjalanan saudara. Semoga saudara berjaya dalam hidup...

-Zanariah
www.zanariah.myportal.my

leman berkata...

salam smua,

saya tidak bersekolah di SMSJ dan senior sikit dari Radzi, pernah bersekolah di SMT JB dan SMS Muar (6 bulan kursus TOEFL).....

setakat kena kantul dtg lambat (SMT), hisap rokok dh selalu sangat sampai kna denda tulis seribu ayat berulang2 dan kena hantor keesokkannya..biasa buat saya...Buat Cikgu Zanariah syukurlah kerana cuba memahami...sewaktu saya dulu memang dikategorikan "nakal" di kelas/skolah hinggakan seorg cikgu bernama "Fatimah" mengajar sains pertanian menangkap dan menanyakan saya kna sy berperangai begitu selagi tiada jawapan yg menasabah saya tidak dibenarkan masuk kekelas wlaupun sudah lambat.....walaupun puas sys katakan yang saya "nakal" masa cikgu2 tiada dlm kelas..lgpun sya adalah diantara murid2 yg agak2 pandai la jugek dlm kelas.....beliau masih x puas hati...akhirnya saya mehgalah dan mengatakan bahawa saya hanya mempunyai kawan2 disekolah dan hanya tinggal berdua dengan atok perempuan saya...jd sya perlukan kengkawan utk melepaskan kesunyian atau keboringan di rumah...dan selepas itu cikgu fatimah tidak lg memandang sebelah mata pada saya....cadangan saya pada cikgu Zarina ialah.....hampiri diri/kalbu mereka secara personal utk menangangi perangai budak2 yg semacam ini.....life in a hostel environment is really "SUCK" big time....masa di SMS Muar saya adalah diantara yg panjat pagar kubur untuk membeli apa2 yg perlu...(rokok, makanan..dll) tp kira slmat jugek x kna kantol....

Life is not purely academik! sebagai remaja yg membesar/naik naluri utk bermain/adventure terlalu tinggi...imbangi aktiviti lasak/luaran dgn akademik...jgn terlampau bertumpu pada akademik...itu saja utk masa ni....sekian

Radzi Sapiee berkata...

Salam dan wassalam pada semua. Dah lama saya tak menjengok ruangan komen di sini, tengok-tengok dah ada beberapa komen baru dah.
Untuk Cikgu Zanariah, saya tak pasti jika kita pernah bertemu. Kalau tak salah ingatan, saya ditendang keluar dari SMSJ selepas bulan Mei, mungkin bulan September atau Oktober gitu. Jadi cikgu dah mula mengajar di sana tetapi mungkin juga kita tak berjumpa kerana berada di kelas lain-lain. Kalau tak salah ingatan, saya akhir sekali belajar di kelas 4 Sains 2.
Apapun terimakasih kerana sudi dan cuba memahami. Dari satu segi, pelajar SMSJ sekarang jauh lebih beruntung kerana ada kawasan lebih 2 kali ganda luas untuk bermain-main sedangkan semasa saya masih di SMSJ, ia diakui sebagai sekolah berasrama penuh paling sempit di Malaysia. Faktor tersepit dalam ruangan yang sempit untuk waktu yang lama memang boleh mengganggu sesetengah pelajar, terutama yang jenis suka mengembara dan melihat alam luas di luar sana. Mungkin ini boleh ditangani dengan mengenal-pasti jiwa-jiwa sebegini lalu sering dibawa keluar melalui aktiviti-aktiviti pengembaraan yang cukup mencabar tetapi tetap teratur, wallahualam...
Untuk yang lain-lain, bagaimana pandai pun kita, kita tetap manusia biasa. Zaman remaja penuh cabaran bagi semua... dalam mengenali erti hidup itulah kita paling memerlukan pertolongan untuk memahami apa yang sedang berlaku berserta bimbingan penuh kasih sayang agar tidak tersasar dalam menangani kehidupan. Tetapi ada pihak mahu mengambil jalan senang dengan mengekang terus jiwa-jiwa yang banyak bertanya, dengan menggunakan undang-undang, kuasa, rotan dan sebagainya untuk meredakan gelora semulajadi. Lalu timbul jiwa-jiwa memberontak yang cenderung membuat kekacauan sedangkan kekacauan itu boleh dihilangkan kalau ditangani dengan lebih berhikmah, bukan dengan kekerasan. Sekian... :]

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm,

Kelas yang saya ajar pada tahun 86 ialah 4M1 dan 4M4. Bermakna saya tidak mengajar saudara. Tetapi, tak silap saya, selain saudara ada beberapa orang pelajar lain batch saudara yang dibuang sekolah.. Kalau tak silap ingatan.

Kepada bekas pelajar yang rasa rindu pada sekolah, telah datang ke sekolah, tetapi tidak dibenarkan masuk, minta maaf banyak2... Mungkin pengawal keselamatan sedikit tegas ketika itu..

Dalam kesempatan yang lain, jika rindu datang lagi, bolehlah berhubung dengan saya. Jika saya tiada di sekolah, boleh juga saya uruskan kebenaran masuk...

Datanglah... Tempat jatuh lagi dikenang...

asri berkata...

Salam Untuk semua,

Bila membaca dari catatan anda terharu sungguh. Memang sungguh berbeza SMSJ di awal penubuhannya dengan SMSJ sekarang. Bezanya seperti langit dengan bumi.Dulu masa saya mula-mula tiba di hadapan asrama SMSJ dari JB(berpindah), macam nak balik kampung aje sebab di sambut dengan bungakah2 batu.

Tak tahu apa nak kata. Anyway kami golongan pioneer terpaksa tabah menempuhinya.Beruntunglah pelajar-pelajar dan guru-guru sekarang.

Radzi Sapiee berkata...

Salam dan wassalam semua. Saya baru sahaja menghadiri family day @ reunioun SMSJ old students SPM 87di Melaka. Ada le dekat 20 orang ex-student hadir ngan family masing-masing kot? Insyaallah nanti saya akan buat satu posting tentang itu.
Apapun saya diberitahu memang keadaan SMSJ sekarang amat jauh berbeza. Dah tak ada lagi masalah pukul orang n ragging malah katanya result pelajaran pun lebih bagus.
Elok le gitu. Sebenarnya it takes orang yang bertakwa untuk membuat perubahan sebegini dan saya difahamkan pengetua sekarang begitu orangnya. Katanya lagi, sekarang ni kalau student tampar orang boleh terus dibuang sekolah. Sekali lagi, perkara begini cuma boleh dijayakan oleh orang yang bertakwa, dan orang yang layak diteladani.
Kalau cikgu marah budak tak solat atau marah budak pukul orang sedangkan dia sendiri pun ada tampar student dan duduk melepek kat bilik dengar lagu rock masa orang bersolat, camana orang nak respect? Student yang pernah merasa kena tampar dengan cikgu dedulu mesti tak puas hati lebih-lebih lagi apabila dimalukan, ditampar di hadapan public. Natijahnya dia akan lepaskan kemarahan tu kat orang lain terutama junior kemudian junior pulak akan buat pada orang lain bila dia naik senior.
Nak stop this vicious cycle kena ada strong leader. Strong leader bukan setakat tahu manage orang tapi tahu link kan orang dengan Tuhan, baru le ada pertolongan dari langit. Pendek kata to solve any problem kena balik pada Tuhan juga. But you must practise what you preach, bukan setakat tahu jatuhkan hukuman dan kenakan orang.
OK le, itu le kata-kata yang terkeluar buat masa ini. Wassalam! :]

p/s: TQ to Cikgu Zanariah kerana sudi menjemput orang-orang macam saya bertandang ke sekolah. Insyaallah nanti apabila digerakkan Tuhan sampaile kita...

Tanpa Nama berkata...

100% saya sokong pendapat anda itu Radzi. Kita mesti bawa manusia kepada Tuhannya untuk mendapat kasih sayang dariNya.

Tanpa Nama berkata...

Smsj..terlalu banyak kenangan buat ku jua..terutama bila takde air nak mandi, sebelum subuh akan turun kekampung bawah bukit smsj supaya dapat mandi dan tak bertembung ( aww malu) dgn aweks yang nak pergi kelas..ko igt tak tu penkor @ radhzi..
Kemudian masih kah ko ingat, tengah2 syok bermimpi dan menggigau...kringggggg kringgggg, fire drill daaaa.. pukul 3 pagi pulak tu, skrg ni ada tak ekk fire drill kat smsj lagi.......salam dari zulmid batch 83-87

Radzi Sapiee berkata...

Hehe. Apa pulak tak ingat? Malah aku ingat lagi, punya le nak carik perigi yang aku boleh conquer sorang-sorang sebab asyik sibuk je ramai orang, aku jalan masuk jauh kat area bukit kebun sayur Cina nun ke belakang sana. Akhirnya aku dapat le satu perigi, aku layan mandi sorang sepuas-puasnya.
Balik asrama malam tu aku mula kena gatal-gatal badan. Makin hari makin gatal naik pulak bijik-bijik kecik macam ketuat yang lagi gatal-gatal, kadang-kadang berair pulak tu. Rupa-rupanya aku dah kena scabbies. Tengok-tengok jadi wabak kat sekolah. Agaknya orang lain pun ada layan mandi kat perigi buta tu! Ish... :]

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Radzi...thanks coz menggamit semula kenangan lame di smsj.sy pun salah seorg pelajar yg nakal semase di sekola dulu.huhu.dpt merase 3 tahun saje berada di sane, dr form 1 sampai form 3.Di sini, sy nak kemukakan ketidakpuas hati sy pd skola dulu sbb telah mengabaikan sy punye rayuan utk teruskan persekolahan ke form 4.setelah 2 minggu rayuan di buat, masih tiada jawapan dan alasan yg di berikan oleh pengetua ketika itu Umar Kumari, mesyuarat belum di buat.Oleh kerana sudah hampir 3 minggu tidak bersekolah dan cemburu melihat kwn2 di kg ke sekolah, sy telah mengambil keputusan utk melangkah keluar dr smsj dan meneruskan pelajaran di skola harian biase.Maksud nye, sy tidak di tendang keluar tp pihak skola sengaja melambatkan proses rayuan dan akhirnye keputusan di buat oleh sy sendiri.Semua nye berpunca dr kes yg sy kantoi mase form 3.Kes ape? x perlulah diceritakan.Cik Zanariah mesti tau jika sy sebutkan di sini kerana itu adelah kes yg paling popular pade tahun 2000.Tp alhamdulillah, semua kwn2 satu batch masih lg keep in touch sampai skang.Mmg x dpt di lupekan semua kenangan di smsj.kalo nak di ceritakan, mmg x abis cerita nye.anyway...thanks again..

Suria83-87 berkata...

Radzi.. kau ingat lagi tak kat aku..aku pon budak muor..kita dlu satu kelas.Sanisah Salleh..Catatan kau ni mmg best.. menggamit memori semasa kita meningkat remaja kat smsj. Walaupun budak2 perempuan ada jugak perasaan memberontak masa tu tapi tak de lah sampai memboloskan diri keluar pagar skola.. apa pon tu semua bole jadi panduan utk kita mendidik anak2 kita pulak kan.. aku pon ada anak skola kat smsj skrg ni..selalu jugak ke smsj.. selalu aku pandang asrama tpt kita berkurung.. sayu jer perasaan aku.. teringat masa tengok wayang dari tingkap.. aku kat rumah suria.. so tak yah turun kat dpn dewan mkn..ahhh!!! smsj mmg bnyk kenangan.. kau ni budak genius matematik.. bila time add math bdak lain ramai tak lulus, kau bole dpt markah 90+..aku mmg selalu kantoi add math.. kdang2 ada dpt markah tak sampai 20 pon.. he he..
apa pon Radzi... aku doakan kau success dg kerjaya kau..

Radzi Sapiee berkata...

Mekasih Sanisah! :]

Ayex berkata...

Salam..
Kepada sesaper yang rindu kat Sekolah tu, datang jer. Tak payah pikir banyak. Lagi2 yang dah berpuluh tahun tak jengok SMSJ. Sian SMSJ, kalu korang sumer nak tau, SMSJ juga merindui korang semua.

Radzi Sapiee berkata...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua! (Ikut aje le standard line, nak cerita panjang-panjang tak terkeluar plak dari kepala)... Heh! :]

Taksiah berkata...

memangpun budak lelaki lebih berani i keluar gi tengok cerita Bobby he3 takutnya bukan main dlm panggung pusing belakang amboi ramainya budak2 sekolah. Lega sikit rasa. Yg paling tak dpt i gambarkan bila hubby i kena sumbat dgn tembakau oleh guru d asrama lelaki tertangkap merokok. Dah jadi wife baru tahu cerita. Banyak lagi cerita, i patutnya sambung belajar d sek lain lepas fr 3........

Unknown berkata...

Radzi,

Bagus le kau dah buat buku.Looking back you have done what you have told me masa kita makan nasi beringin kat NSTP dulu. So keep it up bro, no more spending nights kat bukit belacan. Keep it up bro.

Radzi Sapiee berkata...

Le... Azahir ke ni?

Aku pun dah lama tak bermalam kat Bukit Belacan. Sesekali aku masih merayap lagi tapi bini ikut sekali. Ni aku baru balik ngan dia, siap bawak baby kecik lagi (baru masuk 47 hari)... dari rumah kat Bandar Tasik Puteri turun KL, pi Kajang, Rembau baru balik Muo. Pas tu jalan2 BP, Pontian, Tanjung Piai, pi JB, masuk Singapore, naik pi Kota Tinggi, Desaru, Teluk Ramunia, Tanjung Pengelih, Johor Lama, Kota Tinggi lagi, Bandar Tenggara, Kluang, Air Hitam, Parit Sulong dan Pagoh sebelum balik Muar lagi untuk Aidil Adha.
Tadi singgah Melaka, ikut jalan laut ke Sungai Udang, Masjid Tanah, Lubok Cina, singgah KL sebelum balik rumah. Tengok meter kat kereta, kami dah jalan total 1,820 km! Mak oooiiii....

Aku rasa masa bulan puasa aku gi Pahang, Kelantan, Terengganu, Cameron Highland, Chenderian, Lata Kinjang n balik rumah pun baru 1,700 km...

Unknown berkata...

Ya bro... jauh kau berjalan. read your books, very intresting.

Tanpa Nama berkata...

aku spm 2004..
haha..lg degil..
kene tgkap kua skola lalu kolam blkg ber'5'..
bdk2 tu nama dia SOOD, FAMI, PANYOK, dgn TANJUNG..
haha..sape2 tau kes ni..mst tgelak..
kena tgkap pkol 3pg..kene sumpah pkai Quran dpan DSB..malunya..
haha..
mnyesal la..hidop FLY selama-lamanya..
from ZAKI

seyogia berkata...

Pengkor (aka glamournya Fly),

Tqvm sebab ajo aku buat homework Add Maths masa Form 4 & 5 masa Prep Malam (kau kan Maths genius), tak pasal2 masa A Levels aku amik Further Maths & Further Applied Maths... plus bila malam cantum dua katil & tido tiga orang termasuk dgn kau kat bilik kau kat Purnama, wahal bilik aku sebelah je... hehehe

Tak tahu pulak kau kena buang sekolah... 1986 tu time aku SPM.

Cara nak fly dari sekolah tanpa risiko (macam yg aku buat... hehehe) ialah pagi2 buat demam, tunjuk muka sedih kat Cikgu Warden Asrama. Pastu, tunggu Bro Driver Van hantar guna Van Sekolah gi Hospital Kluang. Sampai je Hospital (siap ada Supir hantar lagi... hehehe), keluar gi jalan2 kat Bdr Kluang. Pukul 3 petang, datang balik ke Hospital, tunggu Van Sekolah amik. Bila balik sampai asmara, buat tak tahu je (cuma sendiri tahu le...)

Last jumpa kau masa kat London, circa 1991 ke 1992..., masa tu kau kat UCL kan? Time tu kau jadi Mat Homeless, tido kat Park benches...

Tqvm for the memories...

MatYoSMSJ8286

Radzi Sapiee berkata...

Hehe Matyo... aku pun tak ingat camana plak aku ajo engkau add maths padahal masa aku Form 4 engkau Form 5. La ni otak aku dah karat... sains & maths langsung tak masuk, sejarah plak yang boleh on... :]

p/s: 1991-1992 aku belum homeless. Tapi aku dah memang seronok lepak ngan diaorang especially street performers, buskers kat Leicester Square. Tahun 1995 baru aku betul-betul try jadi homeless. Tu yang 3 bulan aku tido bersepah tepi jalan sebelum buat menda yang sama 1 bulan sambil round Europe.

seyogia berkata...

Pengkor, jasamu tetap ku kenang bro.

Masih kah kau ingat (stail lagu Kopratasa lah pulak...), masa kau Form 3, kau tolong aku buat Form 4 punya Add Maths assignment & begitu juga masa kau Form 4, kau tolong ajarkan Add Maths Form 5 kat aku (masa prep malam). Masa tu budak A Levels SMSJ (uniform dia orang baju putih & seluar putih plus kasut hitam) pun minta tolong kau ajarkan A Levels' Maths.

Masa Form 3, orang lain guna formula Maths utk settle Maths assignment, manakala kau pulak kaji macamana nak derive formula tu. Itu yg buat aku tak lupa hingga la ni, pasal kelebihan Maths kau masa tu... Tqvm bro

MatYoSMSJ8286

Tanpa Nama berkata...

slm bro,

baru jumpa blog nie, i loike sebab
1)my hobi pon ronda2
2)am pon sajohan (1979-1982) - yg membuang diri
3)love u cikgu zanariah - oh! wak hapeng to ms lorraine - i am still in set 5 lor

Tanpa Nama berkata...

My spouse and I absolutely love your blog and find many of your post's to be precisely what I'm looking for.
Do you offer guest writers to write content for you personally?
I wouldn't mind producing a post or elaborating on most of the subjects you write about here. Again, awesome web site!

Review my web blog: tile backsplash

Tanpa Nama berkata...

Ι think the admin of this ѕіte iѕ truly workіng harԁ in suppоrt of his site,
aѕ here every material is quality based ѕtuff.



My ωeb blog ... Augen lasern

Tanpa Nama berkata...

Kenangan yg xdpt dilupai.....terbaik dari semua

Celul 5M4 1994-95

Laili Suhaili berkata...

Assalamualaikum. Saya pelajar form 4 SMSJ pada tahun ini. InshaaAllah jika tiada aral melintang, saya dan batchmate yang dikenali dengan nama batch Infinite 1317 seramai 100 orang akan menduduki SPM pada tahun hadapan,2017. Moga2 cemerlang 100% perfect score aamiin
Apabila saya membaca entry ini, saya dapat melihat begitu besar perubahan yang telah berlaku di SMSJ yang kini dikenali sebagai SCORE(diperkenalkan oleh pengetua En. Ibrahim bin Omar pada tahun 2015)
Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan saya setelah menjadi SAJOHA usai tamat kertas terakhir SPM pada tahun hadapan.
Kami daripada warga pemimpin pengawas Science Johore Prefects Organisation (SJPO) sangat mengharapkan bantuan semangat, pendedahan stail badan kepimpinan SMSJ sejak tahun 1974 dan sedikit bantuan kewangan (untuk menempah blazer kerana SMSJ kini tiada blazer rasmi sekolah) daripada SAJOHA yg sudi meluangkan masa kepada kami. Kami sungguh menghargai bantuan tersebut. Komen ini saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan wassalam.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 010-8714590 (Laili)

Rosliza Bt Mohamed Kamalro berkata...

Salam. Suka dpt bce pgalaman2 di SMSJ. By the way, sy senior badge 81-85. Alhamdullillah awal thun ni dpt pulak join group wsap SMSJ 85 dan GEGURLSMSJ. Mmg kenangan di SMSJ sukar dilupakan.

asam pedas dan sambal belacan berkata...

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera to nonmuslim.
Terima kasih bro Radzi, sanggup menulis panjang.. Saya tak baca semua sampai habis... Tapi bacaan awal memang betul2 menggamit memori. Langsung berfikir sekolah ni lah titik awal hati memberontak dan nak jadi lebih nakal... Allahuakbar.. Saya masuk form 1, 1989.1990 pindah sekolah lain.. Agaknya kalau 5 tahun kat sini, mungkin kenakalan saya akan lebih padu. Dan mungkin juga takkan sampai 5 tahun dah kena buang juga... Hahhaha... Soalnya di sini saya malas nak ingat kisah lama. Pahitnya tetap terasa dan kalau gagal mengawal iman, memang jahanam...
Astaghfirullahal adziiiim.
Buang yg keruh ambil yg jernih, saya syukur saja pada Allah dan teruskan hidup.
Untuk anak2 saya, memang tak mungkin saya hantar ke sekolah2 berasrama penuh milik kerajaan walau mereka cemerlang upsr.
Akhir kata terima kasih bro Radzi atas penulisan dan perkongsian yang mantap! ..