Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Oktober 30, 2015

Bicara Dunia Melayu di Muzium Negara : Tradisi pelayaran Melayu

Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol Wali Songo yang gambar-gambarnya diletakkan Isnin malam Selasa ketika saya masih berada di Surabaya tetapi ceritanya dibuat 24 jam kemudian di rumah di Malaysia. Masih ada 2 hari penceritaan perlu dipersembahkan sebelum semua yang patut dikongsikan tentang perjalanan dan penggambaran selesai. Tapi sebelum ini biar dipersembahkan satu cerita daripada siang semalam...


Khamis 29 Oktober 2015 saya ke Muzium Negara untuk mengikuti wacana ilmu tentang pelayaran orang Melayu.


Sampai ke dewan auditorium, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, En. Kamarul Baharin A. Kasim sedang memberikan kata-kata aluan. Nampaknya ini KP baru JMM. Kali terakhir saya berurusan dengan pihak muzium, jawatan dipegang orang lain.


Selepas itu ada ucapan perasmian oleh timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi. Kita terus pergi kepada sesi pembentangan  ilmu yang bermula sekitar jam 10.10 pagi. 

Membuka sesi adalah tuan haji Mohd. Yusof bin Abdullah, Tajuk yang tertera pada buku kecil program adalah "Orang Melayu dan Alam Kelautan".


Setelah meneliti profail dalam buku baru tersedar orang ini adalah pengarah Muzium Negeri Terengganu. Beliau membuka dengan menunjukkan laluan biasa pelayaran orang Melayu sejak beberapa abad di kepulauan Melayu/ Asia Tenggara.


Asas kepada kepakaran orang Melayu dalam bidang pelayaran pun dimudahkan seperti berikut...








Yusuf kemudian menunjukkan contoh perahu dan kapal buatan Melayu.






Kaedah pembinaan turut diterangkan. Kemudian baru saya tahu beliau berasal daripada satu keluarga yang telah turun-temurun membuat bot di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.











Antara perkara menarik diceritakan tentang kebolehan orang Melayu dalam perkapalan adalah selain pandai membaca gerakan angin, kita dapat mengenal tempat berdasarkan air laut yang dicolet sedikit pada lidah untuk dirasa. Kata Yusuf, ini kerana air pada setiap tempat adalah unik kerana mengandungi zat daripada tumbuh-tumbuhan berdekatan. Secara rata orang Melayu dahulukala sangat peka dengan alam lalu dapat mengecam tanda-tanda untuk menafsirkan keadaan. Lagi misal yang diberi, bau hanyir di tengah laut boleh menandakan ada terumbu batu karang berdekatan.



Terus pada pembentangan kedua oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Tajuknya, "Undang-undang Pelayaran Melayu".


Ini dimulakan dengan menyatakan bahawa kedudukan seorang nakhoda kapal di laut adalah seperti seorang raja. Selagi berada dalam kapal dan di laut, beliau boleh memutuskan semua perkara seperti lagaknya seorang raja. Apabila menghampiri darat barulah terikat dengan undang-undang kerajaan yang menguasai daratan tersebut.






Pun begitu nakhoda tidak boleh berbuat sesuka hati juga kerana harus menurut undang-undang yang terpakai di laut. Wujudnya banyak naskah undang-undang laut menunjukkan orang Melayu sudah memiliki kerangka kerja yang cukup lengkap untuk mengatur perkara dan menangani segala macam kemungkinan...





Umumnya, undang-undang laut Melayu boleh dibahagi kepada dua :-

Undang-undang Belayar untuk mengatur apa yang berlaku apabila layar sudah dibuka menandakan kapal siap untuk meninggalkan perairan berdekatan/pelabuhan.

Undang-undang Perahu untuk mengatur perkara ketika kapal berlabuh. Apabila kapal berlabuh itu maka perahu sering digunakan untuk berulang-alik antara kapal dan daratan.

Perbezaan ini perlu untuk menangani keadaan yang berbeza. Misalnya jika yang dinaiki itu kapal sewa kemudian didapati kerosakan. Siapakah harus menanggung kos kerosakan, pemilik kapal atau penyewa? Maka itu ditetapkan, kalau kerosakan berlaku ketika kapal di perairan kuala (merujuk pada perairan pelabuhan yang biasanya terletak di kuala sungai) maka penyewa dan pemilik harus sama-sama menanggung kos. Kalau sudah belayar dan meninggalkan kuala, maka penyewa harus menangggung kesemuanya. Maka itu menjadi tanggungjawab penyewa untuk memastikan tiada kerosakan ketika mengambil kapal. Kalau ada kerosakan itu tanggungjawab pemilik...


Undang-undang juga dibuat untuk menangani jenayah seperti pencurian juga perzinaan (jika ada penumpang perempuan). Di sini saya tidak mahu memanjangkan perkara. Kedua-kedua kertas kerja daripada majlis di Muzium Negara ini boleh didapati di sini. Cukup perkongsian daripada saya.


Isnin, Oktober 26, 2015

Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol Wali Songo

Salam sejahtera semua. Salam kembali dari Malaysia. Ada pun saya sudah selamat kembali daripada perjalanan kerja membuat penggambaran di Jawa Timur 22-26 Oktober. Sebelum menaiki pesawat yang berlepas dari Surabaya sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan saya sempat memuatnaik gambar-gambar untuk kegunaan artikel ini tapi tak sempat meletakkan cerita. Sebab itu pada atas artikel tertera ia dipaparkan Isnin 26 Oktober 7.27 malam.  Pesawat mendarat di KLIA2 sekitar jam 10.15 malam waktu Malaysia. Jam 1 pagi baru sampai ke rumah. Sepanjang hari itu iaitu Selasa 27 Oktober saya amat kepenatan, lepas Maghrib baru membuka laptop kemudian melihat perkembangan di Facebook. Sekarang baru terasa boleh bercerita. Bersambung daripada Daulah Melayu di Jawa Timur - Penggambaran spontan di pesantren Pasuruan.


Pagi Sabtu 24 Oktober 2015, hari ketiga kami dalam perjalanan ini. Saya diminta bersiap untuk penggambaran jam 7. Namun saya mengambil masa untuk bersiap, mandi, buang air besar dan sebagainya. Bila keluar tengok-tengok penggambaran sudah bermula dengan sesi wawancara bersama Kiyai Ali Badri, seorang ulamak terkemuka di Jawa Timur.


Tapi ini tidak menjadi masalah. Kerana soalan-soalan yang dilontarkan boleh sahaja ditanya oleh orang lain, dalam kes ini oleh saudara Amin, penulis skrip kami. Cuma beliau tak boleh masuk dalam kamera. Wawancara boleh dilakukan kerana yang penting adalah jawaban yang keluar daripada orang yang diwawancara. Siapa yang bertanya tidak penting kecuali apabila mahu ditunjukkan dalam kamera...





Saya standby sahaja sambil melihat keadaan. Memang akan ada shoot atau penggambaran melibatkan saya. 



Nah. Selesai sahaja wawancara yang dibuat oleh Amin terus saya dimasukkan dalam penggambaran selepas itu. Kelihatan Kiyai Ali Badri menerangkan tentang pesantren yang diasaskan oleh beliau sekitar 3 tahun lalu.


Bergambar bersama setelah selesai penggambaran peringkat ini...


Selepas berehat sebentar saya dan Amin berjalan kaki ke masjid berdekatan untuk penggambaran seterusnya. Pak Kiyai pergi naik motosikal, krew penggambaran pula naik pick-up truck sebab harus membawa banyak peralatan.


Tuan pengarah, saudara Munawar memutuskan penggambaran dibuat di serambi masjid. Masjid ini terletak di dalam kawasan pesantren lama yang didirikan oleh datuk kepada Kiyai Ali iaitu Kiyai Mustaqim. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Darul Mustaqim, Candibinangun, Sukorejo Pasuruan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Selepas berehat sebentar wawancara tambahan diadakan di serambi. Saya menanyakan soalan sesuai dengan tugas sebagai hos. Gambar ini diambil sebelum penggambaran, daripada sudut pandang duduk di sebelah Pak Kiyai...


Selepas wawancara ada satu lagi sesi penggambaran, kali ini menggunakan drone, satu alatan boleh terbang seperti helikopter membawa kamera untuk rakaman dari atas udara. Ini digunakan untuk mendapatkan panorama menarik masjid dan persekitaran.


Saya dan Pak Kiyai pula diminta berada di satu bahagian serambi lalu berbual-bual. Drone akan mengambil gambar dari atas kemudian menuju ke hadapan kami.



Produser Daulah Melayu saudara Shahril sendiri mengendalikan drone...


Inilah kali pertama alatan canggih ini dapat digunakan dengan jayanya untuk penggambaran Daulah. Dahulu ia pernah cuba digunakan untuk meliputi sesi lawatan lapangan yang dianjurkan pihak saya untuk satu majlis di Perak. Lihat Acara ke-15 HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Tetapi drone terlanggar wayar tiang eletrik (ke telefon? Saya tak pasti yang mana) di luar Muzium Beruas lalu terjatuh dan rosak. Lihat artikel lama HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan 



Selepas berehat 2 jam setengah, antaranya untuk makan tengah hari, penggambaran disambung jam 1.45 tengah hari. Saya tak dapat join makan sebab masih berpuasa sunat. Setelah dapat melakukan puasa pada hari Khamis 9 Muharram dan Jumaat 10 Muharram, saya meneruskan untuk hari Sabtu 11 Muharram. 


Penggambaran kali ini melibatkan 4 orang santri atau pelajar pesantren dan dilakukan di sawah bersebelahan. Oh, sawah sedang kering hingga merekah. Kami diberitahu, di sini sudah kemarau 7 bulan...


Dalam penggambaran ini para santri kononnya sedang berjalan balik daripada mengaji lalu terserempak dengan saya yang sedang berjalan kaki menikmati pemandangan desa daripada arah bertentangan. Shoot menggunakan drone turut dibuat lalu kawasan yang luas harus diliputi untuk mendapatkan hasil terbaik. Ini bermakna kami perlu berjalan kaki jauh. Ia pula diulang-ulang untuk mendapatkan gambaran cantik daripada beberapa sudut. Lihat artikel "Daulah Melayu" shoot at a dry village in Pasuruan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Kali ini baru terasa keringnya tekak disebabkan berpuasa sunat. Puasa 2 hari sebelum itu tidak begitu terasa, cuma ada terliur tengok orang lain makan hidangan yang kelihatan enak. Nah. Alangkan puasa wajib Ramadhan pun kita diperbolehkan tidak berpuasa jika sedang bermusafir, saya pula berpuasa sunat ketika bermusafir sambil membuat penggambaran dalam panas terik. Apapun saya bertekad mahu melengkapkan puasa sunat 9-11 Muharram. Sebelum ini saya cuma pernah puasa 10 Muharram iaitu sempena Hari Asyura.


Sekitar jam 4.30 petang sampailah Kiyai Dhiauddin, seorang lagi ulamak besar Jawa Timur yang mahu diwawancara untuk dokumentari Daulah Melayu. Beliau inilah yang menumpangkan kami di rumahnya di Surabaya malam Jumaat. Lihat awal artikel Daulah Melayu di Jawa Timur - Penggambaran spontan di pesantren Pasuruan.



Turut mengikuti wawancara adalah 2 orang ahli tim Daulah Melayu yang datang ke Jawa Timur sedikit lewat iaitu pada pagi Jumaat. Mereka tidak terlibat secara langsung dengan penggambaran. Tugas mereka lebih pada penyelidikan dan menambah maklumat lalu mereka juga sampai ke Pasuruan lewat iaitu bersama Kiyai Dhiauddin.


Wawancara berlangsung agak panjang, cuma dihentikan apabila masuk waktu Maghrib. Selepas itu kami semua harus bersiap untuk majlis seterusnya, hol Wali Songo yang menjadi asbab kami boleh sampai ke pesantren desa di Pasuruan.


Inilah iklan untuk majlis yang kami terima sekitar sebulan lepas. Kami anggap ia satu peluang untuk merapati beberapa orang ulamak besar sekali gus, sambil itu juga membuat liputan di makam para Wali Songo.



Rasanya tak perlulah dihuraikan cerita sekitar hol ya. Cukup gambar sahaja menerangkan...



Untuk lebih banyak gambar sila masuk artikel Commemorating the deeds of Wali Songo.



Cukuplah ditambah, beginilah saya berpakaian khas untuk majlis. Hinggakan ramai menyangkakan saya salah seorang raja atau kerabat yang diundang untuk memeriahkan.



Ketika hendak mendekati pentas ulamak saya diminta agar duduk bersama para raja dan wakil istana. Demi menjaga adab majlis saya menurut sahaja. Kalau ikutkan darah keturunan pun tidak salah saya duduk bersama apatah lagi raja dan wakil yang datang daripada beberapa tempat di Indonesia tidak lagi memiliki kedudukan seperti halnya sultan-sultan di Malaysia. Namun daripada segi adat mereka masih ada wibawa walaupun daripada segi hukum tetap rakyat biasa. Saya anggap duduk bersama mereka sebagai penghormatan kepada tim Daulah Melayu, juga mewakili anak-anak bangsa yang gigih berusaha mahu mendaulatkan Melayu dan Islam. Insyaallah... :]