Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 13, 2013

Sekitar Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC

Kita masuk sat bab buku. Atau buku-buku. Meh...


Khamis malam Jumaat saya pergi ke Pusat Perdagangan Putra atau PWTC untuk menghadiri satu ekspo.


Ia adalah Eskpo Buku 1 Malaysia. Bermula Rabu 11 Disember ia adalah edisi kedua kalau tak salah.


Walaupun tidak sehebat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah jauh lebih lama berlangsung setiap tahun saya lihat ekspo ini memiliki tarikan tersendiri.




Ketika saya sampai kelihatan tak ramai orang. Mungkin kerana baru masuk waktu Maghrib.


Lalu di gerai KDN saya terpandang sesuatu yang boleh 'memusingkan' kepala.


Haha. Teringat zaman muda, ketika pertama kali sampai ke London 22 tahun lalu. Masuk aje kedai majalah terpampang merata gambar seperti ini... :]


Kita lihat bahagian lain...




Oh. Gambar-gambar setakat ini menunjukkan keadaan di dalam dewan utama.


Teringat pertama kali datang ke ekspo ini tahun lepas lalu menyertai persidangan di dewan. Di sinilah saya mendapat pencerahan baru tentang Bugis. Lihat artikel La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis yang dibuat Februari 2012.


Ini pula di luar iaitu di sisi dewan...








Di ruang legar belakang juga ada gerai.




Sebenarnya petang itu saya telah terlebih dahulu pergi ke satu ekspo atau lebih tepat jualan buku lain. Lihat artikel Bitten by the Big Bad Wolf...di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.






Walaupun jualan buku tersebut iaitu di Mines dekat Sungai Besi kelihatan lebih meriah, mungkin kerana buku-buku dijual pada harga lelong, pada saya apa yang terdapat di PWTC lebih menarik sekurang-kurangnya dari segi ilmu.


Selepas solat saya tergerak untuk masuk kembali ke dewan utama. Sampai ke gerai ini tertarik untuk melihat lebih dekat.


Sebetulnya saya tertarik melihat kain-kain yang digunakan untuk menutup buku. Ketika itulah tersedar buku-buku tulisan/terbitan saya turut dijual termasuk trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"


Ekspo akan berjalan sehingga 15 Disember iaitu Ahad ini. Insyaallah saya akan datang lagi. Selamat malam Jumaat... :]


Rabu, Disember 11, 2013

Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Tengah malam ini masuklah tarikh yang sangat cantik iaitu 11.12.13- 11 Disember 2013. Kebetulan juga ia adalah ulang tahun ke-5 perkahwinan saya dengan isteri. Namun seharian penuh siang hingga tadi dipenuhkan untuk membuat sejumlah artikel di blogspots juga memperbaiki beberapa perkara. Selesai itu barulah boleh menulis cerita ini...


Malam Jumaat 28 Nov saya dan keluarga berlepas ke selatan. Singgah sebentar di Cheras lalu ke kedai makan ini.


Selain mahu makan malam kami mahu berjumpa seorang rakan yang kiranya adik angkat untuk mendapatkan sebuah tanjak baru. Tanjak itu direka beliau khas untuk saya.


Tengah malam baru kami menyambung perjalanan ke selatan. Sampai ke destinasi malam itu iaitu Jasin, Melaka jam 2 pagi. Masuk bandar kelihatan tanjak gergasi menghiasi bulatan. Macam tau-tau aje kami ada bawak tanjak baru.


Kami ke Jasin untuk bermalam di rumah anak buah. Ketika menunggu beliau di satu jalan kelihatan masjid lama menarik.


Esok pagi kami singgah dan mengambil sedikit masa di dalam. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Air Barok, Jasin di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kami juga mengambil peluang menziarahi makam tokoh yang mengasaskan Jasin. Lihat artikel Makam (Tomb of) Datuk Senara.


Selepas itu kami ke bandar raya Melaka. Sampai waktu solat Jumaat saya memilih untuk ke pulau buatan berdekatan Banda Hilir lalu bersolat di sana. Lihat artikel Having a field day at Masjid Selat Melaka di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Petang selepas jam 3 kami ke Kampung Duyong untuk membuat persiapan. Oh, tujuan utama kami ke Melaka adalah untuk menjayakan acara terbaru HIKMAH. Lihat artikel HIKMAH VII bersedia untuk menggegar Hang Tuah Center di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Waktu malam pun kami harus ke sana untuk menyiapkan beberapa perkara. Allah SWT dan mereka yang sudah melihat dengan mata kepala sendiri sahaja tahu susah payah dan cabaran dalam membuat persiapan.


Pagi Sabtu 30 Nov. Bermulalah acara yang ditunggu sekian lama. Tak perlulah diterangkan panjang lebar di sini. Lihat sahaja artikel HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan.


Walaupun ada dugaan tak disangka berlaku sehingga mengganggu jadual asal, dengan kuasa Allah SWT segalanya dapat diatur balik menjadi cantik. Lihat HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam.




Nasib baik juga tetamu utama kita untuk waktu petang, sutradara terkenal Mamat Khalid dapat datang. Sesungguhnya saya dapat merasakan, atas sebab yang tak pasti apa, ada pihak yang mahu acara kami gagal. Kalau Mamat tidak datang tentu mereka akan mencanang kata saya membuat-buat atau mereka-reka cerita bahawa orang filem akan terlibat dengan majlis kami. Saya merasakan mereka ini menganggap segala cabaran yang dilalui ketika membuat acara-acara HIKMAH terdahulu cuma cerita-cerita palsu untuk menerbitkan sensasi. Sekali lagi, cuma Allah SWT dan mereka yang telah melihat dengan mata kepala sendiri, mata kepala yang jujur kalau tak pun suci, bukan rasa dengki sahaja tahu keadaan sebenar dan segala susah payah.



Mamat membawa sama beberapa orang pelakon. Ramai orang mengambil peluang untuk bergambar sama termasuk isteri saya. Ketika ini sesi berkumpulan, sesi yang kali ini dibuat untuk membantu mengisi filem terbaru Mamat sedang berlangsung. Lihat HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak.


OK. Fikir saya selesai sahaja majlis mahu kembali ke kampung di Muar berjumpa ibu bapa. Namun banyak pula perkara perlu diselesaikan, masuk jam 10 malam baru tamat. Ketika itu saya sudah teramat penat tapi rasa masih mampu untuk memandu 40 km ke sana. Namun selepas itu baru dapat tahu ada kawan yang kiranya adik angkat juga (bukan yang membuat tanjak) perlu berada di Pasir Panjang berdekatan Port Dickson jam 2 petang Ahad. Beliau datang bersama kami dari Kuala Lumpur dan selalu menolong menjayakan acara termasuk menjaga anak-anak.

Saya terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Muar. Mana larat nak berkejar 40 km ke selatan kemudian naik balik ke utara 100 km dalam masa begitu singkat? Tak berbaloi balik kampung, tak sempat rasanya bermesra dengan keluarga juga menikmati juadah kegemaran seperti Mee Bandung Muar dan Nasi Beringin di bandar. Maka saya memilih untuk meneruskan bermalam di Melaka. Esoknya boleh terus ke Pasir Panjang. Singgah sebentar makam yang dikatakan milik Hang Tuah dalam perjalanan. Lihat On to the tomb of Hang Tuah.


Di Pasir Panjang terlihat satu kawasan hutan atas bukit tepi pantai. Singgah le selepas hantar adik angkat. Lihat Hutan Lipur (recreational forest of) Pasir Panjang, Negeri Sembilan.


Kami makan tengah hari di Port Dickson sebelum mengambil jalan ke Sepang melalui Lukut. Fikirnya nak potong melepasi tepian KLIA dan Putrajaya hingga ke Rawang. Ternyata kesesakan lalu lintas sangat teruk mulai beberapa kilometer sebelum sampai ke Sepang. Ia nampaknya berpanjangan menghala ke KLIA lalu kami mengambil keputusan mengambil jalan pantai, singgah bermalam di kampung isteri di Tanjung Sepat.

Di atas adalah gambar selepas kami menyambung perjalanan siang Isnin. Alang-alang dah dari Tanjung Sepat, kami mahu menuju ke Jugra...


Sebenarnya apabila mengalami kesesakan lalu lintas di Sepang sudah timbul rasa mungkin kami harus ke Jugra. Untuk apa? Untuk menurut jejak Hang Tuah. Gambar atas, persinggahan sebentar di Morib.


Dari Morib kami mengambil jalan kecil menghala ke Pantai Kelanang. Antara pemandangan menarik yang dalam dilihat dalam perjalanan adalah pokok-pokok mati tapi cantik di tepian pantai.


Tidak lama kemudian kelihatanlah Bukit Jugra. OK. Apa kena-mengena semua ini dengan Hang Tuah? Pertama kami telah mengadakan HIKMAH VII di Hang Tuah Center yang terletak di Kampung Duyong, Melaka. Hang Tuah dikatakan pernah menetap, ada yang kata membesar di sana. Yang pasti masih wujud Perigi Hang Tuah sekitar 200 meter sahaja dari HTC.

Sekitar seminggu sebelumnya kami sekeluarga ada singgah di Gunung Datuk, dalam perjalanan ke Melaka untuk berbincang tentang acara. Lihat Sekitar Bukit Melaka ke Rumah Hang Jebat.  Gunung itu juga dikatakan berkait dengan Hang Tuah. Katanya tapak kaki beliau masih boleh kelihatan atas batu di puncak. 

'Kesinambungan' inilah yang membuat kami singgah ke makam yang dikatakan milik Hang Tuah. Walaupun ramai mengatakan ia milik orang lain, pada saya ia tetap satu simbol yang berkait dengan pahlawan ini. Kerana mereka yang ke sana menanam niat untuk menziarahi makam Hang Tuah. Dan lagi adik angkat kami tidak pernah ke sana dan ia terletak berdekatan pantai, dalam rangka perjalanan ke Pasir Panjang dan Port Dickson. 

Fikirkan, perjalanan ini tiada langsung dalam rancangan asal saya. Ia cuma terjadi apabila mendapat tahu adik angkat harus berada di Pasir Panjang 2 petang lalu saya dan isteri rasa bertanggungjawab untuk menghantar. Walhal beliau biasa ke sana menaiki bas...


Kesesakan di Sepang menyebabkan kami mengambil jalan ke Tanjung Sepat. Dari situ Jugra terletak cuma keluar sikit je dari Banting, jalan yang perlu dilalui untuk kami kembali ke rumah. Jadi dah sesuai sangat le singgah. Oh. Saya lupa cakap. Majlis HIKMAH VII melibatkan ramai kawan kami dari kumpulan Hulubalang Melayu yang berpengkalan di Banting. Mereka, saya, seorang kawan dari badan bernama Anjung Hikmah di Banting bersama-sama menjayakan penganjuran. Lalu ada yang bertanya kenapa persatuan-persatuan silat dari Melaka dan sebagainya tidak terlibat? Bukankah acara diadakan di dalam negeri mereka? Apakah kami tidak hormat tuan rumah?

Sebenarnya ada rentetan peristiwa yang membawa kumpulan dari Selangor sebagai penganjur bersama. Kenapa tak libatkan orang Melaka? Sebenarnya saya ada mengajak tapi tak bolehlah sebagai penganjur kerana itu hak Anjung Hikmah dan Hulubalang. Mereka yang mula mengatur perkara. Namun kehadiran mereka tetap ada kena-mengena dengan orang Melaka juga. Kenapa? Kerana disebut dalam kitab Hikayat Hang Tuah bahawa pahlawan Melayu yang tersohor itu menghabiskan sisa kehidupannya bersuluk mendekati Yang Maha Esa di Bukit Jugra. Ya, di Bukit Jugra.


Maka memang sesuailah kumpulan dari Banting itu membawa acara ke Melaka walaupun mungkin ada persatuan tempatan tidak merestui atau tidak senang tentangnya. Di Bukit Jugra saya sempat menikmati pemandangan Sungai Langat di kaki bukit juga masuk muzium baru. Lihat artikel Langat river at Bukit (hill of Jugra) dan Muzium Insitu (Insitu Museum of) Jugra.


Seterusnya kami singgah di Bandar  berdekatan Jugra di mana terdapat istana lama (gambar ke-3 dari bawah) juga masjid menariknya yang bernama Masjid Alaeddin. Inilah kali pertama anak kecil kami dibawa ke sini, sesuai juga le sebab nama dia ada perkataan Alauddin - Muhammad Alauddin Johan. Selepas itu kami mengambil jalan belakang yang boleh memotong terus ke Teluk Panglima Garang tanpa melalui Banting kemudian mencuba lebuh raya baru masuk ke Pulau Indah sebelum ke pinggiran bandar Klang kemudian ke rumah melalui Meru. Saja-saja je suka mencuba walaupun ternyata ia jalan lebih jauh. Sekurang-kurangnya dapat mengelak kesesakan lalu lintas di jalan biasa ke Klang. Cukuplah cerita untuk malam ini. Alhamdulillah... :]