Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 07, 2010

Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Sembilan makam Sultan dan lain-lain di Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua. Setelah lebih seminggu membuka langkah dengan artikel bertajuk Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Perjalanan malam ke Kuala Kangsar baru kini penceritaan dapat disambung kembali. Itupun setelah membuat 10 artikel baru sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...


OK. Inilah surau di Kampung Temong tempat kami bermalam...


Ini pula ruang tempat kami tidur. Kelihatan Al-Rasyid sudah mula aktif sebenarnya sejak jam 7 pagi lagi. Boleh tahan hyper budak ni... apa nak buat, anak bapak... :]

Oh, malam sebelum tidur isteri saya ada mengadu ternampak kelibat perempuan tak berkepala seperti memerhati dari sudut di luar kiri gambar. Saya cakap jangan pedulikan walaupun perempuan itu terus duduk di situ. Tak kiralah jika ia ingin membuat kacau atau sekadar tersesat di surau, Allah jua yang menggerakkan segala sesuatu...

Kami pun bersiap dan keluar. Entah kenapa tergerak pula ingin berjalan hingga ke Chegar Galah.


Sungai Perak di sebelah sana...



Sebenarnya kami berjalan hingga ke Chegar Galah untuk mencari kedai atau warung untuk makan pagi. Tengok-tengok takda pulak... terpaksalah berpatah-balik hingga hampir ke surau, sebelum mengambil jalan ke Kati, pekan kecil terdekat...


Selesai sarapan baru kami menziarahi makam Tok Temong yang terletak tidak sampai 1 km pun dari surau. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Temong yang dibuat jam 10 malam tadi.


Dari Kampung Temong kami mengambil jalan lama ke Ipoh untuk menyeberang Sungai Perak masuk ke Kota Lama Kanan...





Bukan apa, nak ziarah Masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat batu nesan yang menandakan tempat ghaibnya seorang Sultan. Lihat Masjid (Mosque of) Kota Lama Kanan dan batu tanda (and the marking stone for) Sultan Mansur Shah






Dari Masjid Kota Lama Kanan kami mengambil jalan dalam tepian sungai untuk ke Sayong. Jalan yang melalui bawah Jambatan Sultan Abdul Jalil ini menyambungkan Sayong dan sekitarnya ke bandar Kuala Kangsar. Lihat The bridges across the Perak river at Kuala Kangsar...





Sambil berjalan kelihatan kawasan bandar di seberang.




Ini pula adalah masjid 'tingkat' yang boleh kelihatan daripada jalan naik ke Bukit Chandan. Lihat artikel lama Masjid (mosque of) Sayong, Kuala Kangsar...



Perjalanan melalui jalan dalam ini membawa ke sebuah pusat membuat labu Sayong...




Kami pun singgah untuk membeli buah tangan.






Kami terus lagi ke selatan melalui jalan dalam...



Sebenarnya saya teringin untuk menjejakkan kaki lagi di muara Sungai Sayong. Bukan apa... teringat kali pertama sampai tahun 2001. Disebabkan timbul gerak hati untuk ke sinilah saya mendapat tahu akan kewujudan batu nesan yang menandakan tempat ghaibnya seorang Sultan di Kota Lama Kanan. Ini ada diceritakan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" (terbit November 2007), pada Bab 12 di mana saya menyebut pengalaman awal mengembara untuk menziarahi makam-makam Sultan. Lihat gambar dan huraian lebih teliti di Mouth of Sayong river and the palace of Bukit Chandan.

Selepas itu kami masuk ke jalan besar untuk pergi ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Sayong Tengah


Di sisinya terdapat makam Sultan Yusuf I...





Ini diikuti ziarah ke makam Sultan Ali. Lihat Dua makam Sultan di Sayong (Tombs of two Sultans in Sayong)





Selesai ziarah kami singgah di kedai makan menghampiri balik Kota Lama Kanan.





Di sini laksanya diletakkan telur goreng. Sedap woo... salah satu hidangan laksa terbaik pernah saya rasakan di mana-mana.





Selesai makan kami menyeberang jambatan untuk ke bandar Kuala Kangsar...





Ziarah sebentar ke kawasan pemakaman Temenggung Wan Hassan...





Letaknya di tepi jalan pinggir bandar.





Dari situ kami naik ke Bukit Chandan...



Oleh kerana masih ada setengah jam sebelum masuk waktu Zuhur, kami terus ke Kampung Padang Changkat untuk menziarahi makam Daeng Selili... sempat juga singgah di rumah Pak Mazin, tukang senjata besi Melayu yang terkenal. Lihat Makam (Tomb of) Daeng Selili.






Isteri saya teringin untuk masuk ke istana hinggap lama yang sudah dijadikan muzium. Sayangnya ia ditutup kerana kerja-kerja membaik-pulih...



Kami pun ke Masjid Ubudiyah. Kebetulan sampai ketika masuk waktu Zuhur...






Selepas solat Zuhur berserta jamak Asar, saya membiarkan Al-Rasyid yang keletihan berehat sebentar. Sebenarnya saya pun turut sama berehat... pancit wooo, malam sebelumnya memandu hingga ke Kuala Kangsar, siangnya memandu dan singgah ke merata tempat di sekeliling...




Kami perlu mengumpul tenaga untuk meredah cuaca panas demi menziarahi makam 7 orang Sultan Perak yang disemadikan di kawasan pemakaman diraja bersebelahan... sempat juga menjenguk makam Laksamana Muhammad Amin yang tersergam indah tidak jauh daripada makam Sultan Abdullah II. Lihat artikel Makam 7 orang Sultan di Bukit Chandan (Tombs of 7 Sultans at Bukit Chandan) dan Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin.



Lepas jam 3 baru kami bersedia untuk meninggalkan Kuala Kangsar. Misi di sini boleh dikira selesai. Selain 2 makam Sultan di Sayong, 7 di Bukit Chandan dan satu makam tanda di Kota Lama Kanan, kami juga sudah menziarahi makam Tok Temong, Daeng Selili dan Laksamana Muhammad Amin demi memperbaharui pertalian juga mengenalkan anak kami Muhammad Al-Aminul Rasyid sebagai ahli keluarga baru yang akan meneruskan perjuangan. Setelah setahun setengah tidak ke Kuala Kangsar, lawatan terbaru jadi lebih bermakna dengan kehadiran anak kecil yang menambah keceriaan, Alhamdulillah!


4 ulasan:

nadz berkata...

Assallamualaikum,
Betapa cekal adik sekeluarga menjelajahi daerah-daerah di situ. Kakak teringat bagaimana sukarnya waktu kakak menyiapkan tesis "Seni Islam Perbandingan - Masjid Ubudiah" dahulu. Hanya satu masjid pun dah rasa letih dan payah..
Tahniah buat adik, isteri dan baby yang comel itu.
Kakak sentiasa membaca N3 ini.
Dah cari rata kat kedai buku di Kedah dan Seberang Prai..masih tak jumpa buku berkenaan..rasa nya nanti akak order kat sini ja.
Alhamdulillah, terima kasih.
Selamat Menjelajah lagi. w/salam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. You're welcome kak! Saya pun amat bersyukur kerana dikurniakan isteri dan anak yang mampu berjalan seiring. Kalau tak, pendek le langkah... silap-silap boleh pendek umur... :]

Mansor Shah berkata...

Assalamualikum, rupanya Saudara dah sampai ke tempat saya terutamanya di Masjid Kota Lama Kanan.Tak ada rezeki bertemu saudara.Mungkin lain kali jika di izinkan tuhan. Berkenaan Laksa yang ada telur goreng tu memang sedap dan hargapun murah jika di bandingkan dengan yang ada di K.Kangsar.Cuma tak ada publisiti saja .

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Yep, teringat kali pertama saya terpanggil untuk menziarahi makam-makam lama. Ketika itu sekitar Oktober 2001 kalau tak salah ingatan. Saya masuk ke Kuala Kangsar melalui Sayong dengan niat nak menuju ke makam Tok Temong. Sebaik sahaja melepasi tapak Jambatan Sultan Abdul Jalil yang ketika itu belum siap, timbul rasa yang kuat untuk mencari kuala Sungai Sayong... :]