Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, June 05, 2015

Daulah Melayu - Bergegas ke Pekan dan Kota Tinggi

Pada artikel Daulah Melayu - Tarikan batu bersurat dan orang yang menulisnya yang baru disempurnakan 2 jam tadi telah dinyatakan kenapa ia lewat dimasukkan tulisan sedangkan gambar-gambar telah dipersembahkan jam 9.39 pagi. Nasib baik cerita seterusnya tidak memerlukan apa-apa artikel sokongan. Dapatlah saya mempersembahkannya tanpa perlu terlalu berpenat-lelah...


Pagi Khamis 4 Jun 2015. Saya melihat pemandangan ke luar chalet di Cherating.


Chalet terletak sekitar 100 meter sahaja dari pantai. Sayang, saya tidak membawa seluar pendek atau apa-apa kain basahan yang sesuai. Kalau tidak tentu saya dah layan berendam dalam laut...


Di chalet itulah saya menyiapkan beberapa artikel sokongan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) untuk menceritakan perjalanan yang dibuat pada hari Rabu. Bila hendak memulakan penceritaan induk di blogspot ini tengok-tengok ahli lain tim dah bersiap untuk meneruskan perjalanan. Terpaksalah saya akur ikut.



Kami berpatah balik ke Kemaman untuk mendapatkan gambar-gambar elok masjid yang kelihatan. Artikel tentangnya telah dipersembahkan lebih 6 tahun lalu. Lihat Masjid (mosque of) Kampung Tuan, Kemaman.


Tanpa disangka muncul seorang warga kampung yang menyebut dirinya waris keturunan pembina masjid lama ini. Dapatlah kami mendengar cerita tentang masjid.


Kami juga dibawa ke rumah berdekatan di mana ada tersimpan satu salinan kajian tentang masjid. Dapatlah lagi maklumat yang boleh digunakan untuk projek dokumentari "Daulah Melayu".


Selepas itu baru bergegas ke destinasi seterusnya iaitu bandar diraja Pekan, Pahang.


Sebelum sampai ke bandar iaitu sebelum mengambil jambatan menyeberangi Sungai Pahang, kami mengambil simpang ke kanan masuk jalan kampung untuk menziarahi juga mengambil gambar makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka.





Tentang sultan ini dan makamnya telah saya tulis 7 tahun lalu. Lihat artikel lama Makam (tomb of) Sultan Muhammad Shah, Pahang...


Perjalanan diteruskan ke bandar diraja Pekan...


Masuk dahulu ke Kampung Mengkasar untuk menziarahi sejumlah makam lama bawah satu bumbung. Lihat (The place known as...) Makam Chondong.



Ada cerita menarik bagaimana saya pertama kali sampai ke sini lebih 7 tahun lalu. Lihat Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah?


Selepas itu kami cuba mencari sebuah lagi makam yang dicadangkan mahu dimasukkan ke dalam dokumentari. Tetapi setelah melilau ke sana ke mari bertanya beberapa orang kami tidak dapat menemuinya. Kelihatannya ada maklumat tidak tepat atau kurang tentang makam yang dicadangkan. Setelah beberapa lama kami memutuskan untuk menamatkan pencarian lalu berehat makan tengah hari lewat iaitu pada jam 4.45 petang...


Sesungguhnya ini bukan kerja main-main. Banyak perkara perlu dibuat untuk memastikan kejayaan dan untuk bertahan lama segalanya harus dibuat dalam keadaan santai dan tenang, tidak terlalu serius sehingga menyebabkan stress, tidah boleh tergopoh-gapah. Selesai hal di Pekan pun perjalanan masih jauh kerana kami harus berada di Kota Tinggi hari itu juga. Letaknya dalam 240 km dari Pekan dan menurut perisian Waze perjalanan harus memakan masa hampir 3 jam lagi berdasarkan kondisi atau keadaan jalan.


Kami sampai ke Mersing jam 7.30 petang sedangkan masih ada sekitar 90 km perjalanan...


Sampai ke Kota Tinggi pula hampir jam 9. Selepas check-in di hotel, melepaskan hajat, mandi dan bersolat baru saya dapat menghadap lagi Internet, dalam keadaan begitu penat tetapi kerja mesti dibuat. Saya tak mahu backlog tulisan jadi berlonggok kalau tidak segera bertindak. Itu yang penulisan mula ditambah jam 10 untuk menyempurnakan artikel Daulah Melayu - Tarikan batu bersurat dan orang yang menulisnya. Selepas jam 11 baru saya dapat turun makan malam lewat. Kembali ke hotel saya membuat persediaan untuk menceritakan aktiviti siang tadi lalu mendapati tidak perlu membuat apa-apa artikel sokongan,,, bolehlah terus bercerita lengkap di blogspot ini, alhamdulillah... :]



No comments: