Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Khamis, April 19, 2007
Jihad dan Raja-Raja II
----------------------------
Ramai sedia maklum, pensejarahan peristiwa serta kisah kerajaan-kerajaan di Nusantara banyak diwarnai kacamata Barat tetapi kurang sedar akibat dan kesannya terhadap perkembangan jiwa serta pemikiran anak tempatan. "Malah sudut pandangan para pengkaji sejarah dan para orientalis yang bias, berat sebelah kerana cuba mengagung-agungkan peradaban Barat di samping memperkecilkan pencapaian bangsa lain terutama umat Islam mempunyai kesan yang sangat mendalam sehingga orang Melayu akhirnya menjadi rendah diri dan berjiwa kerdil," Rasyid memulakan polemik.
Pengkaji juga sering melihat sejarah daripada sudut materialistik semata - sudut untung rugi penaklukan sesebuah wilayah, perluasan kuasa demi memenuhi ego raja, penguasaan jalan-jalan perdagangan untuk mengaut lebih banyak laba... Lalu mengenepikan akan kewujudan niat murni para raja untuk mengembangkan syiar agama sebagai tanggungjawab memakmurkan umat sejagat seperti pernah dilakukan para Rasul dan Nabi.
"Dan kerana dasar penjajahan Barat sendiri dikatakan lebih bermotifkan kekuasaan dan perdagangan, pendek-kata untuk mencari keuntungan materialistik dan keduniaan semata, mereka lupa bahawa seorang Islam sejati terutama raja-raja dahulukala yang kuat pegangan ilmu Sufi atau Tasawuf memiliki sudut pandangan dan motif yang berbeza, motif-motif berunsur akhirat yang berada di luar jangkauan pemikiran Barat. Maka itu kegiatan Raja-raja Melayu diceritakan melalui perspektif keduniaan Barat yang mengenepikan niat murni raja-raja yang adil, raja-raja yang cuma mahu mempertahankan kedaulatan Islam semata. Lalu muncullah konsep para pemerintah Islam yang tamakkan kuasa dan harta, mahu mengembangkan sayap imperialistik mereka demi memuaskan ego sahaja...
"Atas sebab inilah kerajaan-kerajaan Melayu berjaya dilagakan satu sama lain oleh Barat sehingga bumi Nusantara ini berjaya ditakluki lalu dicorak sesuka hati mereka," Rasyid menambah. Pemuda itu percaya, di sebalik dasar penjajahan Barat yang kelihatan bersifat keduniaan semata, terdapat lanjutan Perang Salib di Timur Tengah yang sebenarnya adalah perang ideologi dan agama... Tetapi ini sengaja disembunyikan daripada mata umum. Maka masyarakat tidak mampu melihat bahawa perjuangan negara seperti Aceh adalah sebenarnya lanjutan jihad demi mempertahankan syiar Islam seperti yang pernah dilakukan kerajaan Islam di Timur Tengah untuk memastikan Baitul Maqdis di Jerusalem, kota suci ketiga selepas Mekah dan Madinah terus berada di dalam genggaman ummah.
Apapun, Rasyid tidak menolak hasil kajian Barat. Dia sendiri menulis berdasarkan beberapa fakta penemuan pihak sana termasuk menggunakan salasilah beberapa kerajaan Melayu yang agak terperinci, salasilah yang disusun begitu rapi berpandukan fakta daripada sini, nampaknya supaya dapat mengesan anak cucu Raja-raja Melayu seramai yang mungkin!
"Tapi kita mesti pandai menggunakan kebijaksanaan sendiri, pandai menapis maklumat yang ada supaya tahu mana yang boleh dipakai, mana tidak," dia memberitahu Daniel. "Kita perlu faham cara pemikiran Barat yang lebih banyak menafsirkan sesuatu peristiwa daripada pandangan zahir dan logik semata. Sedangkan orang Melayu dahulukala selalu membuat keputusan termasuk melancarkan perang melalui pandangan kerohanian... Melalui gerak hati, firasat malah pandangan mata hati yang kasyaf yang kadang-kala faedahnya langsung tidak dapat dilihat secara zahir."
Pemuda itu teringat perbualan dengan seorang tua di Perak, orang lama yang memperkenalkannya dengan nama Sultanul Awliya, raja para wali, Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani... Sewaktu dia mula-mula mengembara mencari jawaban kepada beberapa persoalan yang membelenggu jiwanya, sekitar tiga tahun lalu. Orang tua itu menerangkan, orang Melayu yang berpegang kuat kepada agama akan melakukan Solat Istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan... Berserah bulat-bulat kepada Yang Maha Bijaksana. Biar Allah jua yang menentukan apakah yang patut dilaksanakan.
"Inilah yang Mat Saleh, Orang Putih susah nak faham," katanya, marah. "Nak sangat bukti zahir, pakai akal dan logik semata. Bagaimana mereka hendak memahami, apalagi menyelami jiwa dan hati sanubari orang Melayu tulin yang percaya kepada Qada’ dan Qadar, faham makna sebenar Tawakal?" Menurutnya, sebab itu orang Melayu dahulukala sangat percaya dan ta’at kepada raja, sehingga mereka dituduh ta’at membabi-buta. "Kerana raja-raja yang betul-betul berdaulat, bukan raja yang zalim atau sebenarnya tidak layak menaiki takhta tetapi berjaya memerintah kerajaan dengan merampas tampuk kekuasaan negara melalui tipu-helah politik mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kebijaksanaan akal semulajadi yang jauh melebihi kemampuan orang biasa... Mampu memahami sesuatu perkara yang rumit sehingga ke akar-umbi, mampu pula melihat setiap kesan dan akibat sesuatu keputusan sehingga beberapa tahun akan datang. Atau telus pandangan mata-hati, kasyaf... Dapat melihat apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan terang dan nyata!"
Buku-buku sejarah yang diwarnai Barat sering menyatakan Raja-raja Islam ataupun Sultan adalah lanjutan daripada konsep Dewa Raja yang dikatakan salah-satu natijah kepercayaan Hindu. Ini kerana menurut konsep Hindu, raja-raja berasal daripada keturunan dewa-dewa lalu memiliki kesaktian yang tidak terdapat pada rakyat biasa. Maka tafsiran Barat menyebut, selepas kedatangan Islam ke Nusantara, konsep dewa raja dan kesaktian inipun dilanjutkan sebagai daulat yang menyebabkan rakyat takut kepada raja... Takut terkena tulah atau pun sumpahan, boleh muntah darah jika engkar kepada raja sehingga orang Melayu dikatakan berjiwa hamba, terlalu akur kepada setiap titah-perintah raja.
Pada Rasyid, para pengkaji Barat ini terlupa atau sengaja pura-pura tidak mengerti bahawa apa yang sebenarnya melayakkan seseorang menjadi raja adalah kewibawaan, ketokohan, bakat kepimpinan serta kebijaksanaan semulajadi yang dianugerai Allah Ta’ala, kelebihan yang tidak ada pada rakyat biasa. Kelebihan anugerah Ilahi ini cuma wujud dalam keturunan tertentu, bukannya artificial, plastik, boleh dibuat-buat atau dipelajari melalui mana-mana self-help book, buku-buku bacaan meningkatkan diri seperti How to be a leader, bagaimana hendak menjadi pemimpin dan sebagainya... Ia bukan kelebihan atau persepsi yang boleh dicipta melalui teknik tipu daya politik seperti dianjurkan pemikir politik Itali zaman renaissance Nicolo Machiavelli dalam bukunya The Prince.
Hmm... Mungkin susah untuk kita memahami, kelebihan seorang raja sejati bukan boleh diperolehi dengan ulangkaji seperti menelaah buku strategi perang kuno... Bukan seperti orang politik, ahli perniagaan serta para pemimpin sekarang yang suka membaca buku The Art of War karangan Sun Tzu, pemikir purba China yang hidup ketika zaman tiga kerajaan yang saling bersengketa, The three warring states... Bukan juga dengan cara peningkatan daya pemikiran melalui pembacaan buku-buku mengenai lateral thinking atau thinking using the seven hats karangan Edward de Bono. Kelebihan yang ada pada raja sebenar adalah kelebihan dalam darah-daging, suatu konsep yang agak asing bagi masyarakat sekarang. Lalu bagaimana mahu mencari seorang pemimpin sejati sebegini?
Orang tua di Perak yang menjadi salah satu tempat rujukan utama Rasyid untuk memahami cerita-cerita lama Melayu serta pengajian ilmu Tasawuf pernah memberitahu, kepimpinan yang sebenar telah ditentukan oleh Tuhan. Garis panduannya ada terdapat di dalam kitab suci Al Quran, jika dikaji lebih mendalam, seperti yang dinyatakan Allah Ta’ala dalam, firmanNya kepada Nabi Ibrahim dalam Ayat 124, Surah Al-Baqarah: "Sesungguhnya, Aku ingin menjadikan engkau imam (pemimpin) bagi seluruh manusia."
"Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim telah memiliki sifat-sifat tertentu yang melayakkannya menjadi seorang pemimpin. Kelebihan akal semulajadi yang ada sudah cukup untuk menyedarkan baginda tentang kejahilan masyarakatnya menyembah berhala iaitu patung-patung ciptaan tangan mereka sendiri," orang tua itu membuka cerita. "Semasa kanak-kanak pula, baginda telah terpanggil untuk mencari erti sebenar keTuhanan... Dengan melihat alam, bintang-bintang dan bulan terutama matahari yang nampak begitu hebat, memancar penuh keperkasaan tetapi pudar dan hilang jua apabila sampai masanya. Lalu baginda menyedari tidak ada satu benda pun di alam ini layak disembah apalagi hendak dipanggil dan diakui sebagai Tuhan yang Maha Pencipta."
Apabila sampai masa baginda sudah cukup matang dalam kehidupan, hijab Nabi Ibrahim pun dibuka. Lalu baginda ditunjukkan rahsia-rahsia kejadian alam dan hakikat sebenar keTuhanan kemudian diangkat menjadi Rasul untuk menyebarkan akidah Islam iaitu penyerahan mutlak kepada yang Maha Kuasa... Tetapi mengikut syariat baginda iaitu syariat Ibrahim Khalilullah. Maka turunlah firman Allah seperti dinyatakan dalam Ayat 124 Surah Al-Baqarah, firman yang ingin mengangkatnya sebagai pemimpin seluruh manusia.
Ayat sama turut menyatakan, selepas itu Nabi Ibrahim telah bertanya: "Dan keturunanku? (adakah mereka akan diangkat menjadi pemimpin umat juga?)" Lalu Allah menjawab: "JanjiKu tidak berlaku pada mereka yang zalim." Ertinya cuma anak cucunya yang adil dan bertakwa sahaja layak menjadi pemimpin.
"Di sini telah dinyatakan dengan jelas, pemimpin besar yang diberi kelebihan untuk memimpin umat adalah mereka yang berasal daripada keturunan tertentu... Mulai peringkat ini (sejak Nabi Ibrahim menjadi matang) daripada keturunan baginda. Tetapi bukan dari kalangan anak-cucunya yang zalim. Ayat ini sudah cukup untuk membuktikan terdapat keutamaan milik sesuatu keturunan untuk diangkat sebagai pemimpin," orang tua itu membuat kesimpulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan