Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Jun 30, 2025

Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula

Salam semua. Adapun saya dan isteri baru kembali dari satu perjalanan baru ke selatan Thailand. Selepas jam 12.30 malam tadi baru sampa ke rumah. Lusa pagi hari Rabu hingga Khamis petang pula mahu menghadiri majlis-majlis ilmu di tiga tempat berlainan di Lembah Klang. Oleh itu tanpa membuang masa biar dimulakan perkongsian cerita. 



Beberapa hari setelah kembali dari perjalanan terdahulu ke selatan Thailand 4-11 April (lihat Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand)  seorang kawan dari Seberang Perai menelefon memberitahu mahu membuat perjalanan serupa terutama ke Patani lalu meminta saya memberikan senarai tempat-tempat bersejarah yang harus dijejaki dan lokasi. Isteri pun memberitahu kawan, kalau begitu bawalah saya berjalan. Mudah untuk menunjukkan arah selain memberitahu apakah sejarah dan kepentingan tempat,  kaitan antara satu sama lain. Cuma perlulah menanggung belanja. Kawan pun bersetuju.




Tidak lama kemudian kawan menghubungi lagi untuk memberitahu beliau mahu membawa beberapa orang bersama. Beliau mengajak sekali isteri saya turut serta lalu sedia menanggung belanja kami berdua. Kelihatan beliau mahu pergi secepat mungkin. Tapi kami masih kepenatan sedangkan ada lagi urusan bakal mendatang. Maka dicadangkanlah agar dibuat pada suatu waktu selepas Raya Haji.




Isteri kemudian mencadangkan agar dibuat hampir penghujung bulan Jun bermula Rabu 25 haribulan bagi memanfaatkan cuti Ma'al Hijrah yang menurut kalendar jatuh pada hari Jumaat 27. Beliau boleh mengambil cuti kerja Rabu dan Khamis lalu perjalanan boleh dipanjangkan hingga hari Ahad. Kawan meminta tempoh untuk berbincang dengan lain-lain peserta. Beberapa hari kemudian ini dipersetujui. 



Cuma dimyatakan kami boleh berada di selatan Thailand 3 hari 2 malam sahaja. Ini disebabkan salah seorang peserta sangat terhad masa. Maka itu diaturlah agar dapat memulakan perjalanan dari Padang Besar, Perlis pagi Rabu dan keluar petang Jumaat. Sabtu nanti boleh dibuat susulan di sekitar Gunung Jerai bersama kawan kerana tempat-tempat yang mahu dijejaki berpunca daripada kerajaan Kedah terawal yang menurut hikayat bermula di gunung itu. Selepas beberapa lama baru ada keturunan berhijrah ke persekitaran Patani lalu mendirikan kerajaan yang dikenali sebagai Langkasuka. Nama Patani muncul lama kemudian meliputi wilayah yang sama.



Disebabkan itu kawan yang sudah banyak kali masuk ke selatan Thailand tetapi tidak pernah sampai ke Patani menamakan perjalanan sebagai "Jejak Langkasuka". Saya pula menamakannya sebagai "Jejak Langkasuka 2025". Ini kerana sudah banyak kali melakukannya. Bahkan nama "Jejak Langkasuka" sudah dipakai bagi perjalanan pertama saya lebih 8 tahun lalu. Cuma ditambah perkataan "Aceh" kerana ada hal berkaitan. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.



Itu adalah pada awal 2017. Pada penghujung tahun dibuat lagi perjalanan meliputi Patani bahkan pergi lebih jauh hingga ke utara Bangkok lalu meliputi lebih banyak tempat. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation. Apapun perjalanan kali ini secara rasminya bermula petang Selasa 24 Jun 2025 bersamaan 27 Zulhijjah 1446 Hijrah apabila meninggalkan rumah lalu mengambil lebuh raya ke utara. Itu yang ditunjukkan dalam gambar pertama dan kedua di atas.  Di Tapah mula mengambil jalan biasa. Itu yang ditunjukkan dalam gambar ketiga dan seterusnya.



Ini pula ketika melalui bandar Kampar. Oh. Kalau ikut rancangan paling awal pun lewat petang baru bergerak dari rumah. Tapi hampir sampai waktunya isteri mengambil cuti kerja separuh hari. Disebabkan itu boleh melakukan kerja dari rumah, tidak perlu ke pejabat di Shah Alam. Yang penting selesai untuk sesi pagi. Dapatlah bergerak lebih awal...



Di Gopeng, sekitar Kampung Gunung Mesah singgah makan durian kampung dan manggis di gerai pertama ditemui dalam laluan. Ketika itu dekat jam 6.30 petang. Takut gerai lain sudah tutup. Kami singgah kerana ia juga berdekatan sebuah tempat menarik Lihat artikel Tempat kayu menarik (Interesting wooden place in) di Gopeng  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN




Rupa-rupanya ada beberapa lagi gerai durian masih dibuka menuju ke tol Gopeng. Selepas itu kembali mengambil lebuh raya sehingga ke Seberang Perai. Rancangannya adalah bermalam di rumah kawan. Selepas Subuh bergerak ke Padang Besar lalu masuk ke selatan Thailand.



Makan malam di kedai berdekatan papan tanda. Sekian cerita buat masa ini.