Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, December 09, 2006

Dokumen Syaitan! Bahagian terakhir "Agenda Yahudi dan Media"

Protocols of the Elders of Zion, satu kumpulan dokumen Zionis yang memperincikan rancangan jangka panjang mereka untuk menakluki dunia ada menguntukkan satu bab penuh berkenaan penggunaan media untuk mengabui mata orang ramai. Kalau nak ceritakan secara terperinci memang panjang. Cukuplah kalau saya utarakan sedikit sedutan. Salah satu daripadanya ialah pengumuman "not a single announcement will reach the public without our control". Dalam bahasa Melayu bunyinya: "Tidak satu pun pengumuman (melalui media) akan sampai kepada orang ramai tanpa pengawalan kami."

Ertinya semua maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah seperti yang mereka kehendaki mengikut citarasa dan agenda mereka. Ini merupakan satu azam oleh pendukung Zionis yang terdahulu kerana dokumen sulit yang sepatutnya hanya dimiliki oleh orang-orang mereka ini telah terlepas ke tangan orang lain sekitar tahum 1905. Azam ini bukan azam kosong. Sambungan dari ayat tadi berbunyi: "Even now this is already being attained by us in as much as all news items are received by a few agencies, in whose offices they are focussed from all parts of the world." Ertinya pada zaman itu lagi mereka telah berjaya menguasai banyak agensi-agensi yang berkaitan dengan penyiaran maklumat. Memang pun mereka telah menguasai kebanyakan media di Amerika dan Eropah. Bayangkan betapa besar dan berkuasanya rangkaian mereka sekarang yang termasuk agensi-agensi berita dan majalah-majalah yang berpengkalan di Hong Kong dan Singapura untuk mengawal citarasa orang Asia termasuk orang Malaysia dan orang Melayu.

Anda boleh mengkaji sendiri Protokol ini. Paling senang cari kat Internet. Malah Henry Ford yang menulis buku "The International Jew" telah menyertakan salinan dokumen ini dalam buku yang pertama diterbitkan dekat 80 tahun dahulu. Ingat, Ford bukan orang sebarang. Dialah yang memulakan syarikat kereta Ford yang sekarang telah mempunyai pasaran di serata dunia. Takkanlah orang macam ni berani nak sertakan dokumen begini dalam penulisannya jika dia tak yakin kesahihannya. Ford merasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini kerana dia telah nampak bagaimana Yahudi menggunakan bermacam-macam wadah untuk menguasai Amerika. Itu pada tahun 1920an.

Penguasaan pihak Zionis ke atas berbagai institusi dunia sekarang jauh lebih hebat dari zaman Henry Ford. Amerika Syarikat yang didalangi Yahudi telah menggunakan akhbar dan segala media untuk meraih sokongan dunia sebelum mereka menyerang Afghanistan. Walaupun mereka mempunyai kekuatan tentera yang jauh lebih hebat dari apa yang dimiliki oleh mana-mana negara lain, mereka tahu usaha mereka tidak akan berjaya tanpa sokongan ramai terutama dari kuasa-kuasa besar yang lain. Kalau tidak, mereka mungkin terpaksa berhadapan dengan kekuatan gabungan negara-negara lain dalam ketenteraan. Walaupun Amerika Syarikat mungkin boleh menang, mereka akan menanggung kerugian yang besar jika terpaksa berperang dengan negara-negara besar yang lain. Dalam seni peperangan, kita mesti memastikan yang kita tidak akan menanggung kerugian yang besar sebelum melangkah ke medan perang dan media-media sebaran adalah alat yang sesuai untuk memastikan kemenangan mutlak.

Tengok apa yang sudah terjadi pada Russia selepas menceroboh Afghanistan pada tahun 80an. Ketika itu mereka masih lagi dikenali sebagai Soviet Union. Mereka akhirnya dihalau tentera Mujahiddin walhal pada ketika itu Soviet Union dianggap mempunyai kekuatan tentera yang setanding dengan Amerika Syarikat. Tidakkah ini disebabkan mereka bertindak sendirian dan telah salah menganggar kekuatan Mujahiddin yang berjuang dengan semangat fisabilillah.

Amerika telah belajar dari kesilapan Russia dengan menggunakan akhbar dan media-media sebaran untuk meraih sokongan dunia. Lama juga mereka memainkan sentimen tentang perlunya Afghanistan diserang untuk menghapuskan pengganas. Macam-macam alasan diberikan dan ini disiarkan oleh hampir seluruh media massa di dunia termasuk media kita sendiri. Lepas itu baru digunakan saluran politik untuk memeterai perjanjian bersama di antara beberapa negara, setelah media massa berjaya meyakinkan mereka bahawa Afghanistan mesti diserang dan kerajaan Taliban mesti dijatuhkan demi keamanan sejagat. Hasilnya, mereka bukan sahaja dapat mempengaruhi beberapa negara lain untuk ikut berperang malah dapat menggunakan orang Afghanistan untuk melawan saudara seagama sendiri. Tindakan bijak menggunakan media untuk mewarnakan "world opinion" atau pendapat masyarakat dunia supaya merasa perlu untuk menyerang Afghanistan juga dapat memastikan yang tindakan jahat Amerika ini tidak mendapat tentangan negara lain.

Saya teringat bibit-bibit peristiwa selepas serangan menggunakan kapal terbang pengangkutan awam ke atas menara berkembar World Trade Cente di New York pada September 11. Belumpun selesai kerja-kerja menyelamat mangsa, akhbar-akhbar dan media Barat yang dikuasai Zionis telah mengaitkan serangan itu dengan Osama bin Laden. Polis, CIA, FBI atau mana-mana badan keselamatan Amerika pun belum habis menyiasat tapi media telah menjatuhkan hukum. Dalam dunia kewartawanan, apabila sesuatu media telah mengutarakan sesuatu "kajian" atau pendapat yang membabitkan banyak pihak terutama keselamatan negara, tidak dapat tidak pihak yang terbabit akan terpanggil untuk berbuat sesuatu. Contohnya bila akhbar tempatan mencanangkan kes VCD cetak rompak dengan bertalu-talu dari hari ke hari, sekejap menggunakan pendapat golongan selebriti yang rasa ditindas, sekejap menggunakan komen orang ramai, kadang-kadang dapat pulak pendapat dari pak-pak menteri. Mahu tak mahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terpaksa melancarkan operasi walaupun selama ini mereka membutakan mata terhadap masalah itu. Mereka tentu tidak mahu dituduh tidak berbuat sesuatu kerana orang kampung semua dah tahu. Polis pun akan terpaksa membuka balik kes-kes lapuk jika kes-kes ini dihidupkan semula oleh media kerana jika tidak, pihak polis akan dianggap masyarakat sebagai tidak cekap. Bila ditekan, macam-macam boleh terjadi. Orang yang tak bersalah boleh jadi "scapegoat" atau kambing korban demi untuk membuktikan pihak terbabit telah menjalankan tugas.

Dalam kes Osama, pihak berkuasa Amerika dipaksa menurut rentak media untuk mengaitkan bekas jutawan Arab itu dalam serangan September 11. Samada bukti telah didapati tidak penting. Media telah memainkan supaya semua orang percaya ini kerja Osama dan orang Islam. Mungkin ini sendiri adalah satu wayang ciptaan Yahudi. Entah betul entah tak Osama tu berjuang untuk Islam. Tak mustahil dia juga boneka Barat. Kalau tak kenapa sampai sekarang dia tak dapat ditangkap walhal kerajaan Taliban dah jatuh tersungkur? Dalam hal ni boleh tanya Pak Habib. Dia lebih tahu.

Apa yang pasti, keadaan huru-hara ini sebenarnya adalah rahmat bagi kerajaan Amerika Syarikat di bawah George W. Bush yang baru sahaja beberapa bulan memegang tampuk pemerintahan. Mungkin mereka mempunyai agenda tersendiri. Dalam permainan catur, tak salah mengorbankan berapa banyak anak buah asalkan kita berjaya mengalahkan pihak lawan atau mencapai matlamat. Matlamat menghalalkan cara dan banyak ahli politik berfikir macam pemain catur lebih-lebih mereka yang pernah membaca buku The Prince karangan Niccolo Machievelli, seorang pemikir politik Itali dahulu kala yang menyarankan penggunaan tipu helah dan segala macam kejahatan tak kira pada lawan atau kawan.

Ingat tak pilihanraya besar Amerika yang menyaksikan Bush yang mewakili parti Republican menang tipis melawan Al Gore, calon parti Liberal Democrat yang pernah menjadi timbalan kepada presiden Bill Clinton? Itupun Bush hanya menang setelah undi beberapa kali dikira balik dan disemak, keputusan pilihanraya dituda beberapa bulan. Disebabkan itu, dewan senat dan kongress Amerika berpecah dua. Sebaliknya peristiwa September 11 membuka peluang untuk Bush menjadi jaguh dan meraih sokongan ke dua-dua dewan. Kita boleh menyatukan keluarga yang berpecah dengan mengajak mereka bersama memerangi orang luar. Orang boleh melupakan perselisihan sesama sendiri jika dipaksa berganding untuk menghadapi masalah yang sama dari luar. UMNO dan PAS boleh bersatu jika negara diserang orang asing. Ini bukan taktik luar biasa. Malah inilah salah satu polisi luar negara Amerika bila menghadapi masalah dalaman - dengan mengacukan muncung senapang ke arah mana-mana negara yang perlu.

Lagipun Amerika sedang menuju kemelesetan ekonomi yang boleh menenggelamkan populariti Bush. Orang tentu akan membuat perbandingan dengan Clinton yang begitu popular dan telah berjaya membawa era kecemerlangan ekonomi Amerika ketika memegang tampuk kuasa. Sedangkan Bush telah mencuba sedaya upaya apabila kerajaan pimpinannya beberapa kali menurunkan kadar faedah bank pusat tapi masih tidak dapat mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam keadaan ini, musuh luaran adalah satu rahmat. Orang mengantuk disorongkan bantal. Cadangan media kepunyaan Zionis yang mahu Osama dibabitkan memang datang tepat pada masanya.

Tidak lama kemudian, media Amerika mencanang yang Osama ada di Afghanistan di bawah naungan kerajaan Taliban. Amerika memang membenci Taliban kerana sebab-sebab tertentu. Salah satunya ialah kerana Taliban telah memilih sebuah syarikat lain untuk membangunkan rangkaian paip minyak di Afghanistan, bukannya syarikat Amerika seperti yang diharapkan setelah Amerika secara sulit menolong Afghanistan menghalau askar Russia dari bumi mereka dahulu.

Sebenarnya, media Amerika telah pun lama memburuk-burukkan kerajaan Taliban. Mereka dituduh ekstrim, jumud dan sebagainya. Cara mereka menyimpan janggut diperbesarkan untuk diperolok-olokkan dan Taliban juga dituduh menindas kaum wanita dengan tidak membenarkan mereka bekerja dan memaksa mereka menutup segala aurat sampai ke muka. Memang dari satu segi kerajaan Taliban agak ekstrim. Tapi pernahkah pengkritik-pengkritik ini mengkaji dalam situasi manakah keadaan ini berlaku kerana keadaan Afghanistan yang telah bertahun-tahun dikacau kuasa luar dan dihuru-harakan pula pergaduhan puak-puak dalaman belum lagi betul-betul sesuai untuk kaum wanita bergerak bebas. Taliban itu sendiri muncul kerana digerakkan peristiwa di mana seorang anak di Kandahar telah diculik dan diperlakukan sesuka hati oleh seorang ketua perang yang beragama Islam. Ini berlaku lama selepas Russia meninggalkan Afghanistan. Ketika ini puak-puak yang berbagai yang pernah berjuang bersama menentang Russia mula bergaduh se sama sendiri akibat gila kuasa.

Taliban juga telah menghapuskan perdagangan dan penanaman candu telah berakar lama di Afghanistan tapi pernahkah Barat mengakui usaha baik mereka? Tidak sama sekali. Malah ketika Afghanistan hampir diserang, media-media Amerika pula mencanang yang Taliban akan menghidupkan industri candu yang pernah merosakkan beribu-ribu rakyat kerana kerajaan Taliban memerlukan wang untuk membeli senjata dan membiayai kos peperangan. Astagfirullah.Saya bukanlah menyokong Taliban kerana cara mereka mendirikan kerajaan Islam juga banyak kepincangannya tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya menghapuskan banyak perkara tidak elok di Afghanistan termasuk hubungan homoseksual lelaki sama lelaki yang telah lama dibudayakan di bawah kerajaan yang lebih sekular.

Apa yang pasti, Amerika memang tidak sukakan Taliban. Kes Osama dikaitkan dengan Taliban untuk membuka ruang menghalalkan serangan Amerika dan sekutunya sambil mencengkamkan pengaruh atas bumi Afghanistan. Media massa juga digunakan untuk meraih sokongan orang-orang Afghanistan yang bencikan Taliban. Ini termasuk orang-orang gila kuasa yang hilang pengaruh. Pendapat mereka dicanangkan media ke seluruh dunia untuk menggambarkan yang Taliban tidak pernah mendapat sokongan ramai. Akhirnya melututlah kerajaan Taliban sedangkan Osama yang diburu entah ke mana. Yang rugi adalah rakyat kerana merekalah yang menjadi mangsa peperangan dan terus menerus diperkudakan.

Bertepuk soraklah orang Yahudi yang bermain "remote control" di sebalik tabir. Bush pula mendapat durian runtuh setelah dicanangkan sebagai wira yang membela rakyat Amerika dari keganasan. Memang dasyat wayang ni. Skripnya memang hebat. Kebetulan pula Hollywood pun di kuasai oleh orang Yahudi yang memang pandai bermain propaganda. Seperti biasa, Mat Salih menang lagi sedangkan rakyat dunia yang cintakan keamanan termasuk orang Islam di Malaysia cuma mampu ternganga. Dunia oh dunia.

Percayalah, wayang ini akan ada "sequel"nya. Tidak lama selepas Afghanistan jatuh, Bush telah menamakan beberapa negara termasuk Iraq yang dianggap layak diserang Amerika atas nama memerangi keganasan. Seperti biasa, media Amerika dan seterusnya media-media antarabangsa pun mewar-warkan kenyataan ini dengan penuh meriahnya. Ini satu peluang baik untuk Bush menjadi hero lagi kerana bapanya yang menjadi presiden sebelum Clinton dulu pun pernah berperang dengan Iraq. Anda tentu masih ingat peristiwa Perang Teluk kan.

Media juga yang mencanangkan cadangan pihak keselamatan Amerika untuk menyerang tujuh buah negara yang dianggap boleh menimbulkan ancaman nuklear. Sekali lagi Iraq yang merupakan duri dalam daging buat Amerika dibabitkan. Iraq memang hendak dihapuskan kerana ia juga adalah ancaman yang nyata buat Yahudi. Negara yang masih diperintah oleh musuh ketat Bush iaitu Saddam Hussein ini pernah menyerang Israel dengan peluru berpandu Scud buatan Russia semasa Perang Teluk. Jadi negara Yahudi itu memang dalam lingkungan ancaman Iraq.

Sementara itu rakyat Palestin terus ditindas malah Israel menjadi semakin ganas bila mereka menceroboh seluruh bumi Palestin lebih kurang dua minggu yang lalu kononnya untuk mencari dan menghapuskan pengganas yang bersarang di sana, sama seperti alasan Amerika untuk menyerang Afghanistan. Padahal rakyat Palestin bukanlah mempunyai senjata sangat, cuma harapkan serangan bom berani mati yang kesannya tak lah sebesar berapapun berbanding dengan kerosakan yang dilakukan Israel dalam setiap "serangan balas" mereka. Nampak tak apa yang sedang berlaku? Kalau tak nampak juga saya tak tahulah.

Sebenarnya begitu ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu Islam yang alpa dengan keadaan semasa. Mereka menganggap akan berlaku proses perdamaian yang ditaja pihak luar, mungkin PBB atau Amerika di Palestin. Pada mereka yang berfikiran sebegini, kajilah sejarah bangsa Yahudi. Mereka bukanlah orang yang menghormati perjanjian malah mereka akan berdamai hanya untuk mengambil masa untuk mengatur strategi-strategi baru demi meluaskan pengaruh mereka. Kalau tak mahu kaji sejarah, cuba-cubalah buka dan baca kitab-kitab lama. Bukan Al-Quran sahaja yang pernah menceritakan pasal kecurangan bangsa Yahudi.

Sedarlah apa-apa proses perdamaian mengenai masalah Palestin adalah wayang kulit sahaja. Amerika dan segala kuasa-kuasa besar sebenarnya mengikut telunjuk Israel. Kalau ikut logik semata memang susah nak faham. Macam-mana negara sekecil Israel boleh memperkudakan kuasa terbesar di dunia. Tetapi dalang sebenarnya bukanlah duduk di Tel Aviv atau wilayah Israel tetapi di merata tempat. Mereka inilah golongan Zionis yang menentukan peristiwa-peristiwa dunia dari balik tabir. Mereka tak perlu tinggal dalam Israel kerana mereka telah pun memegang institusi-insitusi utama dunia seperti perbankan, sistem politik dan sebagainya hasil dari perancangan jangka panjang yang memakan beratus-ratus malah beribu tahun seperti yang diceritakan dalam Protocols of the Elders of Zion.

Sekarang bukalah mata dan minda. Saya akan cuba mendedahkan mekanisma-mekanisma lain yang digunakan Yahudi sehingga mereka berjaya menggenggam seluruh dunia dalam lingkungan pengaruh mereka. Insyaallah anda tidak akan tertipu lagi. Wassalam.