Sabtu 15 Mei, saya dan isteri bangun tidur jam 3:30 pagi untuk mandi dan bersiap. Jarak rumah kami ke Kuala Lumpur lebih 40 km sedangkan ikut jadual saya harus menaiki keretapi di KL Sentral jam 4.50. Di atas adalah kawasan ruang membeli tiket keretapi di KL Sentral.

Jadual waktu perkhidmatan. Kami akan menaiki keretapi Ekspress Langkawi turun ke Gemas.

Dari Gemas baru kami boleh mendapatkan keretapi lain untuk ke Pantai Timur...

Ini pula jadual perkhidmatan
shuttle ke Ipoh dan balik, satu perkhidmatan yang baru dimulakan semenjak projek
double-tracking atau membuat dua landasan berkembar berjaya disiapkan hingga ke bandaraya Perak itu.

Ternyata keretapi kami sampai sekitar 5:05 pagi, selepas jam 5:30 baru berlepas. Oh, lupa hendak beritahu. Bersama saya adalah jurugambar Faliq dari syarikat penerbitan Karnadya. Isteri saya sudah meninggalkan KL Sentral bersama anak...

Oleh kerana waktu masih awal, saya mengambil peluang untuk berbaring dan berehat...

Tetapi tidaklah sampai terlelap. Setiap kali keretapi berhenti atau terlihat sesuatu yang menarik kami akan cuba mengambil gambar. Lihat artikel
Early morning trip from KL Sentral di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Keretapi kami dijadualkan sampai ke Gemas jam 8:10. Namun ia terlewat lebih sejam! Lihat
On to Gemas.

Nasib baik keretapi ke Pantai Timur yang dijadualkan bergerak dari Gemas jam 9:22 juga sampai lewat malah setengah jam lambat. Dapat juga menikmati makan pagi di stesyen dengan tenang.

Perjalanan diteruskan melewati Bahau...

Seperti biasa, setiap kali keretapi berhenti kami mengambil peluang untuk menangkap gambar. Lihat
From Gemas to Jerantut.


Pada ketika ini keretapi sedang berada betul-betul di atas kuala Sungai Lipis. Untuk pengetahuan itulah asal-usul nama Kuala Lipis. Sungai ini mengalir masuk ke Sungai Jelai yang seterusnya membentuk Sungai Pahang. Lihat
The scenic route after Batu Sembilan.

Di Kuala Lipis kami sempat berjalan sekeliling stesyen kerana keretapi berhenti agak lama.

Perjalanan diteruskan hingga ke Gua Musang. Lihat
Kuala Lipis to Gua Musang....

Keretapi Lambaian Timur yang kami naiki sepatutnya berhenti terus di Gua Musang. Kami dijadualkan menyambung perjalanan dengan menaiki keretapi tempatan hingga ke Tumpat. Namun kelewatan telah mengubah rancangan. Keretapi Lambaian Timur sampai ketika keretapi tempatan dijadualkan berlepas... maka ia disambung fungsi menjadi keretapi tempatan...

Sebagai keretapi tempatan ia harus berhenti di stesyen-stesyen kecil sepanjang perjalanan.

Keretapi terus seperti Ekspress Wau tentu akan bergerak laju dari Gua Musang ke Dabong tanpa singgah di stesyen kecil. Sedangkan banyak juga perkara menarik boleh dilihat jika kita mengambil masa untuk singgah. Lihat
Gua Musang to Dabong.

Perjalanan diteruskan dengan persinggahan dibuat di beberapa tempat terutama Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas. Ketika ini langit semakin kelam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan