Adapun 7 wali yang tersenarai ini hidup penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20 Masihi. Nama mereka terpilih kerana peranan masing-masing dalam membela umat Islam di Tanah Melayu sambil menentang penjajah yang sedang bermaharajalela ketika itu. Buku ini pertama kali saya baca sekitar 15 tahun lalu sebelum terjumpa lalu membeli cetakan kelima yang dibuat tahun 1998.
Hmm... rasanya cetakan tahun 1998 itupun dibeli selepas tahun 2001... selepas timbul minat untuk mengenali salasilah keluarga lalu terbawa untuk menziarahi makam para wali di seluruh Semenanjung Malaysia. Kini saya telah menziarahi makam ketujuh-tujuh wali yang tersenarai dalam buku selain berpuluh, mungkin beratus lagi makam orang-orang lain yang dikatakan bertaraf wali. Di sini biar disenaraikan nama 7 wali Melayu dari buku itu berserta link-link untuk artikel lalu di blogspot ini yang dibuat selepas menziarahi makam. Sila lihatnya...
1. Habib Nuh
Saya tak pasti jika pernah menziarahinya sewaktu kecil kerana sering pergi ke Singapura sekurang-kurangnya sekali setahun sehingga saya berumur 15 tahun begitu. Selepas itu saya pertama kali masuk Singapura pada tahun 2006 iaitu lebih 20 tahun kemudian lalu terus melawat makam itu. Lawatan seterusnya baru dibuat kira-kira 2 minggu lalu maka ceritanya belum dibuat lagi. Apapun lihat cerita yang ada ini...
Lawatan ke Singapura 2006. Makam Habib Nuh dan segala macam makam di sana...
2. Tokku Paloh
Saya pertama kali sampai ke makam beliau pada tahun 2003, setelah mendapat gerak untuk ke makam Tok Pulau Manis yang terletak di Hulu Terengganu terlebih dahulu. Nama Tok Pulau Manis tidak tersenarai dalam buku "7 Wali Melayu" kerana beliau hidup jauh lebih awal tetapi turut disebut dalam bab berkenaan Tokku Paloh. Sejak itu saya telah beberapa kali menziarahi makam juga masjid wali ini. Antara artikel berkaitan yang pernah ditulis di sini ialah :-
Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...
Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam
3. Tuan Tulis
Makam wali ini juga sudah saya lawati beberapa kali tak pasti sejak bila, mungkin sejak 2002. Kedudukan menghampiri Kuala Pilah tidaklah begitu jauh dari Lembah Klang. Namun ia tetap memakan jarak lebih 100 km...
Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan
Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis
4. Sheikh Muhammad Said al Linggi
Kedudukan makam wali ini yang berdekatan bandar Seremban menjadikan ia agak senang dilawati...
Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi
5. Sheikh Muhammad Nor al Kholidi
Antara 7 wali yang tersenarai di sini, makam beliau adalah paling senang dilawati kerana kedudukannya di sekitar Gombak, Lembah Kelang...
Satu Jumaat dan projek buku masjid
(Nota: Oleh kerana dalam artikel di atas ini tidak menyebut tentang makam Sheikh, sekadar menyentuh masjidnya sahaja, biar diberi link ini, Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan (and) Sheikh Muhammad Nur dari blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) )
6. Tok Kenali
Rasanya makam Tok Kenali yang terletak di Kota Bahru, Kelantan adalah makam paling kerap saya kunjungi antara makam 7 wali Melayu, kecuali makam Sheikh Muhammad Nor, itupun kalau difikirkan kembali terasa lebih kerap ke Tok Kenali walaupun ia terletak paling jauh. Sejak tergerak untuk ke sana awal 2004 gitu saya terasa ada satu kaitan peribadi yang sangat kuat. Baca betul-betul artikel-artikel yang diberi ini...
Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali
Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?
Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"
Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - Tok Kenali dan sekitar Kota Bahru
7. Tuan Hussein Kedah al Banjari
Dan antara 7 wali Melayu yang tersenarai dalam buku, makam Tuan Hussein di Kampung Titi Gajah, Alor Setar adalah makam yang paling akhir saya lawati iaitu pada penghujung tahun 2008...
Projek buku masjid - akhirnya, cukup tujuh wali...