Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.






Lanjutan daripada usaha penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" kemudian membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Sila rujuk kumpulan links artikel pada bahagian paling bawah blogspot ini kiri, links di bawah tajuk "Siri refleksi sejarah" Penulis juga terpanggil untuk menjadi seorang aktivis yang agak aktif mendaulatkan pelbagai aspek keMelayuan dan Islam. Lihat blogspotHimpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Sambil itu usaha penulis untuk menyelaraskan sedikit pengetahuan lama yang diwarisi daripada orang tua-tua dengan pengetahuan baru yang diperolehi daripada golongan cendekiawan melalui kaedah-keadah saintifik dan ilmiah mula mendapat perhatian ramai. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu.


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku pertama yang akan membentuk siri baru berwarna-warni dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Kalau tiada aral melintang siri baru ini akan mula dipersembahkan kepada khalayak ramai bulan Julai. Penulis juga telah diambil menjadi penyelidik dan hos siri dokumentari "Daulah Melayu", satu projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu yang mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan Melayu. Insyaallah projek ini akan membawa penulis untuk mengembara ke merata tempat di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh kurang 2 tahun lagi.

Sunday, May 20, 2007

Kaitan agama Hindu dan Buddha dengan Syariat Nabi Ibrahim AS

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Tadi, selepas makan malam di kawasan Dagang Avenue, Ampang, saya telah membaca buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II sampai ke bab bertajuk "KeSultanan Melaka: Kesinambungan Pasai ke Aceh". Timbul pula gerak hati untuk berkongsi sebahagian cerita yang berkait dengan asal-usul agama di blogspot ini. Maka ini dia, sila baca dengan teliti dan hayati isi dan kandungannya supaya kita lebih faham akan hakikat setiap agama yang wujud di mukabumi ini, insyaallah!
-----------------
Buku-buku sejarah tentang Nusantara serta kerajaan-kerajaan di bumi sebelah Timur ini termasuk buku teks yang dipelajari di bangku sekolah sering menyatakan masyarakat di sini dahulukala beragama Hindu tak pun Buddha sebelum kemasukan Islam. Penduduk di kawasan pendalaman seperti orang-orang aborigine atau orang Asli pula dikatakan menganut fahaman animisme di mana segala benda di alam ini seperti batu, pokok dan sebagainya mempunyai semangat atau dihuni oleh makhlus halus.
Tetapi menurut beberapa orang tua yang pernah ditemui Rasyid, hakikatnya dahulu tidak pernah wujud pun mana-mana agama pun yang bernama Hindu ataupun Buddha. Kata mereka, kalau nama-nama itu wujud, tentu ia telah dinyatakan di dalam kitab-kitab lama seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu yang ada menceritakan peristiwa pengIslaman raja-raja dahulukala serta perkembangan kerajaan-kerajaan sebelumnya.
"Perkataan Hindu dan Buddha ini sebenarnya cuma diwujudkan baru tak sampai tiga abad kebelakangan," kata seorang pakcik yang memiliki ijazah Masters in Education daripada University of Harvard, Amerika. "Ia cuma satu panggilan umum untuk beberapa fahaman atau cara hidup yang diamalkan masyarakat setempat, itu sahaja!" Malah menurutnya, perkataan Hindu cuma wujud setelah penjajah Inggeris sampai ke India yang dahulu dikenali sebagai benua Hindi, abad yang ke 18 Masihi.
"Pada masa itu telah wujud berbagai-bagai fahaman yang menyembah berbagai jenis Dewa dan Tuhan. Penjajah yang tidak tahu hujung pangkal sebenar telah menyerkap jarang keadaan dengan melabelkan semua fahaman ini sebagai agama Hindu, sedangkan terdapat banyak perbezaan di antara fahaman yang berbagai ragam ini." tambah orang tua yang pernah menerajui sebuah jabatan penting dalam perkhidmatan awam kerajaan ini.
Pakcik yang sekarang lebih selesa menjadi petani di kampung terpencil di Negeri Sembilan ini memberi contoh: Golongan Brahmin tidak menyembah apa-apa jenis patung mahupun berhala... Tidak seperti golongan Hindu lain yang memerlukan perantaraan untuk berhubung dengan konsep keTuhanan tinggi seperti Brahma seterusnya Atma.
"Cuma konsep keTuhanan tanpa rupa yang diamalkan para Brahmin ini tidak mampu dicapai kebanyakan orang. Ingat, Brahmin adalah golongan intelektual berIQ tinggi, maka mereka mampu ‘melihat’ perkara yang tidak tercapai dek akal masyarakat umum. Golongan lain ratanya memerlukan perantaraan yang disifatkan sebagai Dewa-dewa untuk memenuhi keperluan harian. Dan Dewa-dewa inilah yang diwujudkan rupanya untukmenjadi patung dan berhala supaya senang ‘dilihat’ mereka," katanya.
Kata pakcik itu lagi, Dewa-dewa ini ada bermacam jenis, rupa, pangkat dan peringkat... Masing-masing ada tempat tersendiri di dalam hieraki masyarakat Hindu yang pelbagai lapis dan disembah mengikut keperluan tertentu berdasarkan sifat-sifat yang dikaitkan dengan mereka... Misalnya Dewa Perang yang diharapkan dapat memberi kemenangan dalam sesuatu perselisihan dan Dewa Pengasih yang menjadi tempat rujukan pasangan bercinta serta mereka yang mahu menyatukan keluarga. Maka itu muncullah berbagai aliran agama, juga fahaman kebatinan di benua Hindi, salah satunya penyembah Dewa Kali yang dikira agak ganas kerana sukakan kematian dan kemusnahan, aliran yang selalunya dianuti golongan yang suka bergaduh, juga mereka yang menjadi para gangster ataupun samseng.
"Tidak cukup itu, muncul pula Dewa-dewa kecil, Dewa-dewa tempatan yang dipuja di sesuatu tempat tetapi tidak ada dan tidak dikenali di tempat lain. Dewa-dewa ini dipuja sebagai perantaraan untuk ‘sampai’ kepada Dewa yang lebih besar... Ibarat pegawai bawahan yang digunakan untuk berhubung dengan pegawai atasan yang mempunyai access kepada pemerintah tertinggi. Sedangkan seorang Brahmin boleh terus melompat tanpa melalui hierarki sebegini untuk sampai kepada Tuhan yang Satu."
Masalahnya, kecuali beberapa Orang Putih yang sanggup mempelajari berbagai ragam kepercayaan masyarakat Hindi dengan teliti, kebanyakan penjajah Inggeris tidak faham semua ini. "Terlalu banyak Dewa-dewa yang dipuja dan disembah rakyat di benua itu, sampai beribu jenis pun ada! Maka Barat lebih senang melabel mereka semua sebagai penganut agama Hindu, sempena perkataan Hindi yang merujuk kepada benua India juga kumpulan peradaban mereka sedangkan golongan Brahmin pula dianggap sebagai pengamal Hindu kasta tertinggi," orang tua itu memberi kesimpulan.
Sebenarnya pada mereka yang betul-betul mengkaji, semua fahaman yang wujud dan pernah wujud di dunia ini berasal daripada satu fahaman atau agama sahaja iaitu agama Tauhid, agama yang mengesakan kewujudan Tuhan yang Satu... Kerana inilah yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul, daripada Nabi Adam ke Nabi Nuh, turun ke Nabi Ibrahim sampai ke Nabi-nabi Bani Israel seperti Nabi Musa, Sulaiman dan Isa sebelum berakhir dengan junjungan kita, Khatamul Anbiya Nabi Muhammad SAW.
Rasyid teringat penerangan yang diberi seorang tua berumur 80 tahun yang hidup di kawasan pergunungan Pahang... Orang yang mula-mula mengajarnya bahawa semua agama di dunia ini tidak kira dari belah mana asalnya adalah agama Islam jua! Kerana fahaman yang betul-betul mengEsakan Allah Subhanahuwata’ala akan menyebabkan penganutnya menyerah kepada aturan Tuhan lalu mencapai kesejahteraan, atau dalam bahasa Arabnya "Salam" sedangkan Islam itu bermakna penyerahan.
Ini boleh dibuktikan, melalui ‘ikrar’ para hawariyun, ‘sahabat-sahabat’ Nabi Isa AS dalam Ayat 52 Surah Ali Imran yang bermaksud:

Tatkala Isa mengetahui kekafiran di antara mereka itu, ia berkata: Siapa yang menolongku kepada Allah? Sahabat-sahabat Hawariyun berkata: Kami menolong Allah; kami beriman kepada Allah dan menjadi saksilah engkau bahawa kami orang Islam.

"Bahagian akhir ayat itu berbunyi: Amanna billahi wa ashada bi anna muslimin" pakcik itu menerangkan dalam satu pertemuan. "Bukankah terang disebutkan di dalam Al-Quran orang-orang ini mengaku di hadapan Nabi Isa dengan bersaksikan baginda bahawa mereka itu Muslim, orang Islam?"
Walaupun terbukti nanti ada di antara ‘sahabat’ ini membuat ‘ikrar’ palsu kerana mengkhianati baginda untuk diserahkan kepada musuhnya tentera Rom sehingga orang Kristian percaya baginda akhirnya mati disalib (orang Islam sejati percaya baginda telah diangkat ke langit, yang disalib adalah pengkhianat baginda), yang penting, dalam ayat Al-Quran ini mereka telah menggunakan perkataan Muslimin sebagai pernyataan mereka telah ‘beriman’ kepada Tuhan. Maka itu ternyata perkataan Islam itu sangat luas pengertiannya untuk mencakupi mereka yang menyerah kepada Allah SWT daripada zaman Nabi Adam AS sampailah sekarang, bukan setakat pengikut Nabi Muhammad SAW sahaja seperti yang selalu diwar-warkan.
"Cuma Syariat iaitu cara perlaksanaan sahaja yang berbeza daripada semasa ke semasa," dia menambah "Kerana ini boleh berubah mengikut keadaan masyarakat setempat juga zaman. Maka itu telah diturunkan 313 Rasul dan 124,000 Nabi untuk membawa manusia ke dalam agama Tauhid yang sebenar. Cuma kita telah diajar supaya wajib mengenali 25 Rasul."
Apapun, cuma tiga sahaja dicipta untuk diamalkan secara meluas, bukan setakat untuk umat tertentu sahaja. "Pertama sekali Syariat Nabi Adam, kerana baginda adalah bapa segala manusia. Kedua, Syariat Nabi Ibrahim kerana daripada bagindalah terbit semua Nabi-nabi selepas baginda, raja-raja serta pemimpin umat-umat kemudian, juga pecahan bangsa-bangsa besar Arab (daripada isterinya Siti Hajar), Bani Israil yang merangkumi bangsa-bangsa Barat ataupun Eropah (dari Siti Sarah) dan bangsa Jawi (dari isteri ketiga Siti Batturah yang tidak semua orang tahu kewujudannya)," orang tua itu menerangkan. "Yang ketiga dan terakhir, adalah Syariat yang memperbaharui semua yang lain iaitu Syariat Nabi Muhammad SAW. Kerana baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman, Syariatnya sesuai untuk semua umat setiap ketika sampailah ke hari kiamat."
Maka itu jika diteliti kitab-kitab Melayu lama, agama yang ada disebut wujud sebelum kemunculan Nabi Muhammad adalah Syariat Nabi Ibrahim iaitu agama Islam juga. Cuma untuk membezakan Syariat ini dengan Syariat Nabi Muhammad, wujud satu istilah untuk memanggil pengikut ajaran Nabi Ibrahim sebagai orang-orang Hanifiyah iaitu mereka yang lurus.

10 comments:

Anonymous said...

as salam cik merah silu,

mohon di tukarkan background di blog ini..menyukarkan pembaca menerima apa yang di tulis..harap membantu.

tq

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Saya rasa apa yang ada sudah cukup elok dan terang. Saya sudah dapat feedback orang dan melihat dari komputer lain seperti di Cyber Cafe juga di Perpustakaan Negara. Mungkin setting monitor saudara yang tak kena. Harap maklum.

Anonymous said...

syabas...kelakar abang sapiiee.. ni..

Anonymous said...

Maaf, saya rasa background blog ini tidak sesuai dengan warna tulisan saudara. Ia menyebabkan mata perlu menumpukan apa yang dibaca dengan latar belakang nya. Terpulang pada saudara, saya cuma menasihat. Tida niat lain selain ingin mamabantu pembaca blog anda.

Radzi Sapiee said...

Terima kasih atas nasihat itu. Mungkin saya akan menukarkan di masa hadapan mungkin tidak. Benda ni ikut rasa dan feel saya jugak. Bukan senang nak dapatkan kombinasi warna yang dapat memuaskan semua pihak. Tak semua mata nampak sama. Kalau nak play safe pakai saja background plain tapi saya pulak boring. Tak pa le ya...

p/s: Saudara anon semua ni orang yang sama rupanya. Maaf saya tak dapat membantu...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Radzi Sapiee said...

Kalau begitu sila ikut panduan di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html

Anonymous said...

Saya sgt setuju dgn pandangan saudara. Kefahaman ini sgt penting buat umat Islam sejagat.

daniel doughnutz said...

salam. setelah saya membaca dan meneliti setiap baris ayat saudara didlm keterangan ini,saya tidak menafikan segala kajian2 yg saudara terangkan .malah saya menyokong apa yg terkandung didlm keterangan ini. di sini saya hanya ingin menambakan sedikit keterangan akan perihal dimana terdetik dan ter maktub sejarah dan kajian yg seringdi putarbelikan oleh sejarahwan orentalist barat utk meletakkan tetamadunan mereka itu lebih baik sedang segala sejarah dan kejadian sebenar,, mereka-mereka semua didalam era kegelapan. bak kata Tun Mahathir berkata dunia barat diketika abad 14 adalah satu era penuh kegelapan. maka mereka banyak menukarkan sejarah lalu menonjolkan bahawa mereka adalah tamudun yg bagus.jadi tak hairanlah saya. bagi saya kita di fahamkan bahawa ugama yg ada di nusantara utamanya di tanah melayu telah banyak di salahkan erti oleh org yg ingin mendapatkan kepentingan utk mereka. terutama org2 barat.Hatta itu kita sebagai bangsa melayu harus banyak mengkaji dan meneliti bahawanya bangsa jawi sebelum memeluki syariat muhammad S.A.W kita harus mengkaji adab resam agama yg di anuti ketika itu. jadi saya bersetuju bahawa bangsa jawi bukan menganuti agama hindu. tetapi waktu bangsa melayu jawi sudah di ajar fahaman agama tauhid iaitu dinamakan ugama hanif yg dibawa oleh nabi Ibrahim A.S sehinggalah raja parasmewara (melaka ) di tukarkan syariat sang yg tunggal(bahasa sankrit) ke syiar islam iaitu.. Allah yg Esa. TETAPI disebbkan para sejarah orentalis tidak memahami akan ha ehwal hidup rasmi ISLAM tadi maka mereka mengatakan hawasa masyarakat bangsa melayu beragama hindu. jadi sebenarnya saya tidak bersetuju apa yg diwartakan oleh sejarah. nasihat saya kepada saudara teruskan penelitian dan mencari jati diri dalam umat bangsa melayu. selamat maju jaya.

sha sha said...

Shiva datang dlm mimpi.. dia bgtau saya Tuhan itu Satu dan saya mengiyakan.
Brahma, Wishnu dan Shiva adalah tiga serangkai. tetapi brahma tertinggi. brahmin adalah golongan yg mnyembah brahma. brahma adalah Pencipta. Wishnu adalah pemelihara manakala Shiva bererti Pemusnah.
Seorang penganut hindu juga mengajar saya erti hakikat kejadian. saya dapatkan pengesahan daripada mursyid saya. ia juga menguatkan hujah dr MAZA bhw bukan Islam juga boleh masuk syurga atas dasar tertentu. kini pandangan saya terhadap manusia berubah sama sekali.