Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 06, 2021

Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989

Salam pagi Khamis 24 Ramadhan. Semoga para pembaca sihat sejahtera hendaknya. Dalam beberapa hari kebelakangan saya telah bertungkus lumus untuk menyediakan lakaran peta bagi lebih 60 perjalanan supaya dapat dikira jarak. Untuk melakukan itu saya harus meneliti setiap cerita yang telah ditulis bagi setiap perjalanan berkenaan supaya dapat ditanda kedudukan tempat-tempat dalam Google Map bagi mendapatkan jarak. Sebelum itu proses sama telah dibuat bagi sekitar 40 perjalanan berserta membuat kompilasi artikel bagi cerita-cerita supaya mudah dirujuk dan dicapai. Sebelum itu lagi perkara sama telah dilakukan bagi 60 perjalanan untuk membina senarai dalam artikel Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa pada 23 April.

Dalam menangani lebih 160 perjalanan lama ini timbul kesedaran bahawa ada beberapa perjalanan yang telah diabaikan daripada senarai kerana dianggap tidak begitu penting rupa-rupanya patut diberikan perhatian sehingga dapat menjadi artikel tersendiri kalau tidak pun satu siri diikuti kompilasi. Maka berputarlah masa ke belakang pada satu perjalanan yang berlaku tahun 1989. Perjalanan ini ada disebut dalam artikel Kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989 - Kemusykilan tentang tempoh waktu perkara dan beberapa hal berkaitan yang dipaparkan pada 26 Februari iaitu lebih 2 bulan lalu. Itu pun dalam konteks untuk menentukan bilakah satu perjalanan lain iaitu berbasikal ke separuh Semenanjung berlaku sekitar tempoh tahun sama. 

Di sini biar disalin kembali bahagian berkenaan daripada artikel tersebut. Ia sebenarnya adalah salinan daripada satu posting di Facebook sebelum menerbitkan artikel...




OUTWARD BOUND TRAINING DI PULAU PANGKOR LEBIH 31 TAHUN LALU...

Haha. Junior bawah setahun saya semasa zaman kolej A Level di PPP/ITM bagi 2 gambar ini lalu ditunjukkan yang mana saya. Ia di waterfront di Lumut, katanya dalam bulan Disember 1989. Kami ada pergi ke Pulau Pangkor dari jeti Lumut untuk membuat outward bound training selama seminggu gitu. Masa tu Pangkor belum ada sangat jalan raya. Teringat dari jeti utama di timur pulau kami berjalan kaki sehingga ke penghujung utara pulau lalu berkhemah di teluk sana.
Esoknya kami memotong ke tengah pulau mendaki bukit bukau dan bermalam dalam hutan. Kami ada meredah paya sehingga ke paras pinggang kemudian mendaki bukit tertinggi di pulau (lebih 1,000 kaki tinggi dari paras laut). Teringat sampai ke puncak dalam keadaan ramai dah kena gigit lintah dan pacat sana sini. Jadi apabila dapat turun bukit lalu sampai ke pantai di barat laut alangkah gumbiranya hati dapat mandi laut seraya menghilangkan kesan gatal gigitan.
Seterusnya kami berjalan kaki ke satu teluk di bahagian selatan pulau lalu berkhemah di sana. Di situlah kali pertama saya melihat binatang yang dipanggil sebagai "kote Keling" berenang merata dengan penuh "lucah"nya. Seingat saya memang merata kami pusing pulau dengan berjalan kaki sahaja. Gambar yang ada 2 ini satu harus sebelum satu selepas keluar dari Pulau Pangkor kerana baju lain2, latar belakang sahaja sama. Cuma tak ingat yang mana dahulu yang mana kemudiannya.


------------ 

Apa yang dikongsikan ini sudah cukup untuk meringkaskan perjalanan. Saya boleh cuba menggali kembali lebih banyak butiran sehingga dapat menjadikan ini cerita bersiri kerana perjalanan berlaku selama beberapa hari kalau tak pun sampai seminggu. Tapi tak perlulah berbuat begitu kerana ia mengambil masa dan tenaga sedangkan ada cerita-cerita lain juga memerlukan perhatian. Lagipun sudah begitu banyak dilakukan semata-mata supaya dapat membuat analisis tren/corak perjalanan saya sejak tahun 1989. Oleh itu biar ditambah sedikit lagi maklumat/cerita sebelum dibuat lakaran peta berkenaan.




Rupa saya setakat dapat diambil daripada gambar-gambar tadi. Saya adjust sedikit menggunakan Microsoft Word supaya lebih jelas...


Dapat dilihat dalam gambar perjalanan ini disertai oleh 40 orang pelajar. Ini adalah cukup-cukup muatan satu bas besar biasa zaman itu. Rasanya kami menaiki bas milik ITM (Institut Teknologi Mara - sekarang dah jadi universiti) dari kampus PPP/ITM (Pusat Persediaan Pelajar bawah ITM) di Damansara Utama, Kuala Lumpur. Kami sedang disediakan untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda di United Kingdom.

Dalam ramai-ramai itu saya sahaja pelajar senior daripada Batch 7 (mereka yang mengambil peperiksaan SPM - Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1987). Lain semua daripada Batch 8 iaitu  setahun muda bawah saya. Semasa itu saya yang masuk program pada pertengahan tahun 1988 baik dengan mereka yang masuk pertengahan tahun 1989. Jumlah mereka juga lebih ramai, lebih 400 orang berbanding 200 gitu pelajar batch saya. Lebih penting lagi mereka ada menubuhkan kelab pengembaraan, batch saya tiada. Itu yang menyebabkan boleh mengikuti program mereka.

Selepas sampai dari Damansara Utama ke jeti di Lumut kami pun naik feri ke Pulau Pangkor. Untuk menyokong penceritaan biar digunakan gambar-gambar daripada perjalanan saya bersama keluarga tahun 2015. Ini boleh dirujuk melalui artikel Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun.



Ini adalah gambar ketika menaiki feri, masih dalam perairan Sungai Dinding di hadapan pekan/bandar Lumut. Ini adalah sebelum sampai ke selat yang membawa ke Pulau Pangkor. Artikel berkenaan diberi tajuk kecil "Pusing pulau setelah 15 tahun" kerana kali terakhir berbuat begitu adalah bersama bekas isteri tahun 2000. Kali terakhir ke pulau pula adalah pada tahun 2007 tapi tak pusing pulau, setakat berjalan hampir separuh pulau . Perjalanan tahun 1989 merupakan kali pertama saya sampai ke Pangkor dan kami boleh dikatakan pusing satu pulau.



Jalan menuju ke utara selepas sampai ke jeti. Dalam perjalanan tahun 2015 saya dan keluarga menyewa kereta lalu dapat pusing pulau. Dalam perjalanan tahun 1989 pula cuma bahagian tertentu sahaja ada jalan tar. Seingat saya kebanyakan adalah jalan tanah merah. Kami berjalan kaki sehingga ke sampai ke suatu teluk di utara pulau. Semakan dengan Google Map menunjukkan jaraknya adalah 6.5 km.



Satu gambar di tempat berkenaan iaitu Teluk Dalam tahun 2015. Pada tahun 1989 rasanya tidak ada apa-apa lagi bentuk pembinaan. Sekarang siap ada lapangan terbang dengan runway atau landasan kapal terbang mengunjur ke utara mendekati Teluk Dalam.

Oh, kami berjalan kaki itu dipimpin oleh seorang pelatih outward bound training. Ini merujuk pada latihan kemahiran iktiar hidup dalam hutan dan  di tempat-tempat di luar ketamadunan. Kalau tak salah pelatih yang saya perkirakan berumur lewat 20an atau awal 30an itu dibawa dari pusat latihan yang dipanggil sebagai Outward Bound School  di Teluk Batik, Lumut. Begitulah selalu disebut orang, tak tahu apakah namanya dalam bahasa Melayu. 

Pusat ini sangat terkenal waktu itu di seluruh Malaysia sebagai tempat anak-anak muda boleh mendapatkan pendedahan latihan ketahanan diri ala-ala komando tanpa perlu menjadi askar. Ia adalah satu-satunya pusat sebegitu di seluruh negara selama beberapa dekad. Turut menemani adalah 2-3 orang kaki tangan kolej. Kalau tak salah ada seorang pensyarah dengan staf keselamatan.

Kami bermalam dalam khemah di Teluk Dalam. Selepas itu seingat saya terus bergerak ke arah selatan masuk hutan dan mendaki bukit. Dalam satu kawasan hutan kami memasang khemah lagi lalu bermalam. Seingat saya ada masuk meredah paya sehingga paras pinggang sejauh tidak kurang 50 meter. Tak ingat apakah selepas berkhemah atau sebelum. Kemungkinan sebelum berkhemah kerana selepas bermalam kami perlu mendaki bukit sehingga ke puncak lebih 1,000 kaki tinggi dari paras laut.


Artikel tentang perjalanan tahun 2015 tidak ada menunjukkan gambar bukit berkenaan. Oleh itu biar digunakan gambar ini daripada artikel Berehat sebentar di Lumut tahun 2008. Ia menunjukkan muara Sungai Dinding dengan Pulau Pangkor di belakang dari arah jeti Lumut. Nampak bukit tertinggi di kiri gambar? Itulah yang didaki hingga ke puncak dalam perjalanan tahun 1989.

Saya ingat bagaimana mendaki itu seperti berlumba-lumba dengan beberapa orang pelajar laki-laki lain, Masing-masing tak nak mengalah, nak tunjuk macho le konon termasuk saya le tu. Mentang-mentang le muda remaja. badan tengah sihat, tegap berotot kekar sana sini. Tu pun penat nak semput jugak rasa. Tapi sebab tak nak mengalah tetap juga lari terkejar-kejar naik ke puncak sambil membawa beg rucksack boleh tahan berat dengan pakaian dan bekalan masing-masing. Bila semua dah tak tahan penat baru berhenti rehat. Setakat  supaya tak nampak le siapa yang kalah, kira semua menang-menang.

Tapi yang lebih saya ingat adalah ramai daripada kami termasuk saya badan dah banyak pacat, rasanya lintah pun ada. Hmm. Mungkin sebab meredah paya selepas berkhemah? Ke sebab masuk hutan lembap selepas hujan? Yang tu tak berapa ingat tapi pasti memang kami dah teruk kena pacat.

Saya tak ingat sangat apakah rasa keseronokan sampai ke puncak. Yang pasti memang sampai puncak dan disebut oleh pelatih sebagai tempat tertinggi di seluruh Pulau Pangkor. Yang ingat adalah keseronokan ketika turun menghala ke barat pulau. Sebab apa? Sebab bila sampai bawah boleh jumpa laut. Terus masuk dengan segala macam pakaian stok kasut bagai. Baru terasa lega hilang kesan gigitan pacat dan lintah. Yang tu saya ingat sangat.



Berdasarkan ingatan dan apa yang saya tahu tentang geografi Pangkor sekarang kami masuk laut itu harus di Teluk Nipah. Rasanya tak jumpa orang selain kami ketika itu. Seingat saya pulau ini belum menjadi tempat pelancongan terkenal seperti halnya sekarang. 

Di atas adalah gambar teluk daripada perjalanan tahun 2015. Ia adalah daripada satu sudut yang tenang. Sebenarnya terdapat ramai orang di bahagian lain apa lagi ada aktiviti snorkelling di pulau yang kelihatan iaitu Pulau Giam.

Selepas puas mandi dan mendapat sedikit rehat kami berjalan ke selatan. Hmm. Lupa pula apakah ada berkhemah satu malam atau pun tidak? Yang pasti kami kemudian berjalan ke selatan. Maka harus lalu di tempat yang kini menjadi pantai paling ramai pelancong di Pulau Pangkor iaitu Pasir Bogak. Lihat gambar bawah...




Dari Pasir Bogak ada jalan menuju ke timur untuk sampai kembali jeti ke Lumut. Kami pun mengambilnya, cuma di sini ada timbul keraguan apakah dengan berjalan kaki atau ada menaiki pengangkutan awam setempat? Walaupun pada tahun 1989 Pulau Pangkor belum menjadi tempat pelancongan sudah ada penempatan termasuk pekan di beberapa tempat. 

Yang pasti selepas sampai ke pekan di sekitar jeti kami berjalan kaki ke arah selatan. Sampai satu kampung kami memotong masuk ke satu kawasan hutan sebelum sampai ke satu teluk yang sangat bersih, kawasan paling cantik di Pangkor seingat saya dalam perjalanan tahun 1989. Inilah yang diceritakan dalam posting di FB yang disalin pada awal artikel ini dengan kata-kata berikut :-


Seterusnya kami berjalan kaki ke satu teluk di bahagian selatan pulau lalu berkhemah di sana. Di situlah kali pertama saya melihat binatang yang dipanggil sebagai "kote Keling" berenang merata dengan penuh "lucah"nya.


Hmm. Tiba-tiba teringat pernah membelanja ibu bapa masuk ke Pulau Pangkor tapi dah lupa pada tahun berapa. Rasanya semasa masih bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001. Kalau tak salah turut dibelanja sekali beberapa orang lain, adik-adik saya kot? Sesungguhnya banyak perjalanan dibuat saya sudah lupa walaupun kelihatan seperti ingat semua kerana begitu banyak perjalanan telah dikongsikan ceritanya di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. 

Tidak. Walaupun kelihatan seperti semua benda yang dilalui hendak diberitahu kepada umum sebenarnya tidak semua dikongsikan cerita di blogspot. Seperti orang lain saya pun ada menyimpan rahsia. Banyak perjalanan dan perkara yang berlaku sebenarnya dah tak ingat. Dan ada yang ingat tetapi tidak dikongsi kerana tidak perlu malah tidak boleh didedahkan kepada umum.



Ini adalah gambar teluk berkenaan yang ditemui di Internet, namanya Teluk Segadas. Saya ada singgah lagi tahun 2007 tetapi tidak dapat menemui gambar. Lihat cerita berkenaan dalam artikel lama Pulau Pangkor dalam kenangan. Mungkin disebabkan ketika itu terserempak dengan komando tentera laut (PASKAL) sedang berkhemah dan membuat latihan? Tapi rasanya ada terlihat gambar diambil oleh seorang kawan lain yang turut serta ketika itu diletakkan dalam forum di Internet tempat kami berkenalan. Entahlah. Yang ingat saya sendiri tidak mengambil gambar kerana mahu menghormati kerahsiaan komando membuat latihan.

Setakat boleh dikongsikan kelihatan bot hitam komando berlegar-legar di perairan dengan beberapa orang di dalam memegang mesingan. Ada satu rak sebelah khemah penuh dengan mesingan, seingat saya diletakkan secara berdiri menyandar muncung ke atas dalam 6-7 laras. Walaupun sedang membuat latihan mereka dapat menerima kehadiran kami setelah saya yang mengetuai kawan-kawan lain menyapa dan memperkenalkan diri dengan baik. Dapatlah duduk berehat di sebelah khemah  dalam 10-15 minit setelah seorang memberi isyarat kepada yang lain seperti mengatakan "ini orang kita ni". Siapa yang faham faham le maksud walau saya bukan seorang komando.

Berbalik pada perjalanan tahun 1989. Di Teluk Segadas inilah kami berkhemah lama. Rasanya tak kurang 3 malam sambil membuat pelbagai aktiviti berkumpulan juga belajar ilmu ikhtiar hidup. Di sini terasa tenang amat. Selepas beberapa lama kembalilah kami dengan berjalan kaki ke jeti lalu naik feri ke Lumut kemudian kembali ke kolej.



Perjalanan kami di Pulau Pangkor boleh digambarkan dengan Google Map seperti dalam gambar atas. Namun ini berdasarkan laluan jalan raya sedia ada. Sedangkan pada tahun 1989 banyak laluan masih tanah merah. Apapun jarak yang ditunjukkan tidak termasuk memotong hutan tepian kampung untuk ke Teluk Segadas kerana sudah terkeluar daripada laluan jalan raya yang dikenali Google Map. Di situ ada jarak 1 km pergi dan 1 km keluar, jarak yang sedikit di atas jalan raya tetapi boleh tahan terasa apabila turun naik lereng bukit dalam hutan.



Ini pula adalah lakaran laluan dari Teluk Nipah mendaki puncak tertinggi di Pangkor sebelum turun di Teluk Nipah menggunakan Google Earth. Jarak laluan 3.2 km bukanlah apa sangat kalau di jalan raya biasa. Tetapi kalau dalam hutan mendaki bukit yang  ditunjukkan mencapai ketinggian hampir 1,200 kaki dari paras laut memang terasa mencabar apa lagi kalau ada meredah paya sehingga ke paras pinggang kemudian teruk digigit pacat dan lintah. Semakan saya menunjukkan bukit ini adalah sekitar 160 kaki lebih tinggi daripada Bukit Ungku Busu, bukit paling terserlah di Lumut. Didapati juga ia bukit paling tinggi dalam lingkungan jarak 18 km dari bandar Lumut.

Semakan dengan Google Map pula menunjukkan jarak dari Teluk Dalam ke Teluk Nipah menggunakan jalan raya adalah 2.5 km. Nampaknya jarak dengan mendaki hingga ke puncak bukit bukan sahaja lebih mencabar malah sebenarnya lebih jauh. Dengan ini jarak 20.1 km pusing pulau yang ditunjukkan dalam gambar sebelum ini sebagai rujukan harus ditambah agar mendekati 21 km. Campur pergi balik ke Teluk Segadas yangi tidak dimasukkan dalam kiraan 20.1 km kerana terletak di luar jalan raya maka tak salah untuk mengatakan kami telah bergerak 23 km di Pulau Pangkor. Tak campur lagi jarak ketika melakukan aktiviti dalam tempoh 3 hari atau lebih di kawasan teluk.



Jarak dari kolej ke jeti Lumut dan kembali pula adalah 443 km. Jarak perjalanan feri Lumut ke Pangkor adalah 20 km pergi balik. Campur dengan 23 km pusing pulau jadilah 486 km. Dengan ini cukuplah perkongsian mengenai perjalanan yang berlaku lebih 31 tahun lalu.


Tiada ulasan: