Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 16, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Panggilan Salman di Bireuen dan pusing Danau Lut Tawar

Adapun gambar-gambar pada artikel ini telah diletakkan hari Rabu. Tetapi selepas solat Jumaat baru timbul gerak untuk memulakan cerita. Maka itu sekali lagi salam Jumaat. Bersambung dari Misi HIKMAH Aceh - Sambutan di Pidie dan perjalanan ke Takengon.


Pagi Rabu 26 Mac 2014. Saya melihat keadaan di sekitar hotel.


Tetapi kami belum sampai ke Takengon lagi, sekadar di Bireuen. Ini kerana sambutan mesra di Pidie hari Selasa menyebabkan kami sampai ke Bireuen lewat. Sedangkan untuk ke Takengon masih memerlukan lagi 3 jam perjalanan. Lihat artikel Bireuen from a hotel rooftop di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian baru saya teringat pernah menyimpan hasrat untuk bermalam di Bireuen satu hari nanti. Ini kerana ia terletak di dalam wilayah kerajaan lama yang dipanggil Jeumpa, kerajaan yang katanya pernah didatangi seorang putera raja bernama Maharaja Syahrian Salman dari kerajaan Parsi sekitar tahun 777 Masihi. Dari Salman yang saya percaya tidak lain tidak bukan adalah sahabat besar Nabi Muhammad SAW yang bernama Salman al-Farisi itulah muncul raja-raja yang memerintah kerajaan Perlak. Biar di copy paste cerita berkenaan dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006)...


Dicatat dalam sejarah, pada awal abad ke 9 Masihi telah datang rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah berlabuh di Perlak, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Mereka ini dikatakan telah melarikan diri daripada buruan kerajaan selepas gagal dalam percubaan menggulingkan pemerintahan Bani Abbasiyah.

Ahli rombongan ini dikatakan terdiri daripada keturunan Rasulullah SAW melalui puteri baginda Fatimah az-Zahrah dan suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajha, juga para penyokong yang mahukan kepimpinan anak cucu Nabi. Termasuk di kalangan mereka adalah seseorang bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar Al-Sadiq.

Ketika itu, Perlak sedang diperintah raja berketurunan Parsi, Merah Syahir Nuwi. Raja dan rakyat Perlak tertarik dengan akhlak ahli rombongan lalu menganut Islam, Rombongan itu dimuliakan dan Ali dikahwinkan dengan adik perempuan Raja Perlak yang bernama Makhdum Tansyuri.

Ada sumber menyebut nama penuh Ali ialah  Ali Muktabar Muhammad bin Ad Diba’ie bin Jaafar As Siddiq. Tetapi Rasyid lebih cenderung mempercayai Ali adalah anak kepada Muhammad  bin Jaafar as-Sadiq...

Apapun, Merah Syahir Nuwi mangkat sekitar 840 Masihi. Anak lelaki Ali dengan Makhdum Tansyuri pula diangkat menjadi raja baru Perlak,   Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Maka bermulalah  keSultanan Islam Perlak yang akan menjangkau tempoh lebih 400 tahun.

Ali diketahui sebagai anak cucu Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang alim-ulamak besar berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Malah ulamak ini dikultuskan sebagai seorang imam maksum dalam fahaman Syiah. Yang menjadi persoalan, apakah asal-usul Merah Syahir Nuwi yang menjadi raja asal Perlak? Lebih penting lagi siapakah dia Nakhoda Khalifah?

 Ada catatan lama menyebut Merah Syahir Nuwi berasal dari keturunan  seorang bangsawan Parsi bernama Salman yang telah berhijrah ke bumi Serambi Mekah beberapa kurun terdahulu. Pelabuhan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah sejak kedatangan rombongan 100 orang pendakwah itu, sempena nama ketua mereka Nakhoda Khalifah. Tetapi sebelum menyingkap siapakah Nakhoda Khalifah,  eloklah kita kenal dahulu siapakah Salman yang menurunkan Merah Syahir Nuwi.


                                                 ————————

                     
Rasyid telah menghabiskan masa lebih tiga bulan menelaah berbagai sumber mengenai Perlak tetapi tidak berjaya menemui apa-apa catatan rasmi untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi selepas mengkaji beberapa cerita lama, dia yakin orang yang tersebut ini ialah Saidina Salman al Farisi, sahabat Nabi yang memperkenalkan teknik peperangan parit di Tanah Arab. Parit itu telah digali mengelilingi kota Madinah untuk menghalang serangan orang  kafir Quraish dan sekutu mereka dalam perang Khandaq.

Menurut satu cerita, Salman telah diangkat Rasulullah SAW menjadi seorang Ahlul Bait atau ahli keluarga baginda yang mulia. Sahabat ini juga diketahui kuat mengembara sebelum memeluk Islam di tangan Nabi di Madinah. Salman  dikenali ramai sebagai seorang bangsawan Parsi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu  baginda juga  adalah seorang pewaris kerajaan Parsi, sebuah daripada dua kerajaan terbesar di dunia zaman itu?

“Sebab itu ada kitab-kitab lama Melayu menyebut Saidina Salman al Farisi sebagai Raja Salman,” kata Rasyid, menerangkan asal-usul kerajaan Perlak kepada beberapa orang teman yang juga meminati cerita-cerita lama. “Cuma Salman yang berasal daripada Dinasti Sasanid, keturunan Raja Nurshirwan Adil yang dikenali dalam kitab-kitab lama sebagai Raja Mashriq dan Maghrib  iaitu Timur dan Barat itu tidak tertarik atau berminat kepada harta dan kekayaan mahupun kuasa dan nama.”

Sebagai seorang berdarah raja, baginda lebih berminat menimba ilmu mencari kebenaran demi memahami hakikat sebenar kehidupan. Lalu Salman sanggup meninggalkan segala kuasa dan kemewahan untuk mengembara mencari jawaban Menurut satu riwayat, bangsawan Parsi ini pernah menganut agama Zoroaster, agama utama di wilayah kelahirannya. Agama itu asalnya agama Tauhid yang mengEsakan Tuhan sebelum diseleweng unsur-unsur penyembahan api. Kemudian Salman menjadi penganut  agama Nasrani ataupun Kristian yang berasal daripada ajaran Nabi Isa AS  yang juga telah lari daripada landasannya yang sebenar.

Lama kemudian, barulah baginda mendengar khabar daripada beberapa orang pendita tentang kewujudan agama Hanifiah (orang-orang yang lurus) iaitu agama Tauhid Syariat Nabi Ibrahim AS. Tetapi menurut mereka, agama ini telah pupus di Parsi. Kalau hendak belajar juga, harus mencari seseorang di Tanah Arab. Itulah agama syumul yang diwarisi Nabi Muhamad SAW daripada moyangnya Nabi Ibrahim AS sebelum baginda mendapat wahyu untuk mengajar Syariat akhir zaman.  Maka selepas bertahun-tahun berkelana mengkaji dan menganut pelbagai ajaran dan fahaman, Saidina Salman Al-Farisi akhirnya menemui kebenaran, selepas berjumpa Khatamul Anbiya, penutup segala Nabi, Rasulullah SAW.

Rasyid tidak pasti bilakah Salman sampai ke Perlak. Adakah sebelum  atau selepas berjumpa Nabi. Kalau menurut cerita-cerita yang ditampilkan dalam buku sejarah, ada kemungkinan baginda sampai ke Perlak sebelum itu kerana keturunannya,  Merah Syahir Nuwi  dikatakan  hanya menganut Islam selepas kedatangan  rombongan Nakhoda Khalifah. Tetapi ada kemungkinan juga baginda telah sampai ke sana selepas Rasulullah SAW wafat, lebih tepat lagi selepas kemangkatan Saidina Ali yang menyaksikan Muawiyah bin Abu Sufian merampas keKhalifahan umat Islam. Maka baginda pun membawa diri jauh daripada kemungkaran yang berleluasa semasa pemerintahan Muawiyah lalu  sampai ke Perlak? Wallahualam...

Perkahwinan Ali bin Muhammad bin Ja’afar al Sadiq dengan adinda Merah Syahir Nuwi merupakan pertemuan dua cabang termulia keturunan Nabi Allah Ibrahim. “Seperti kebanyakan raja-raja besar, Raja-raja Parsi juga memiliki titisan darah Iskandar Zulkarnain, penakluk agung yang menurut sesetengah sumber adalah keturunan Nabi Sulaiman,” Rasyid membuka cerita.

Nabi Sulaiman memiliki kerajaan luas yang merangkumi manusia, jin dan haiwan juga unsur-unsur alam seperti angin yang boleh diperintahkan untuk membawanya ke sana-sini. Baginda adalah anak Nabi Daud,  keturunan Nabi Ishaq, anak Nabi Ibrahim dengan isteri pertamanya Siti Sarah. Imam Ja’afar al Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein bin Saidina Ali Karamallahuwajha, suami Fatimah Az-Zahrah binti Nabi Muhammad SAW  pula berasal daripada keturunan Nabi Ismail, anak sulung Nabi Ibrahim dengan isteri keduanya Siti Hajar. “Maka bertemulah dua nasab mulia keturunan Nabi Ibrahim menjadi Sultan-sultan Perlak..”



Siapa sangka hasrat untuk bermalam di dalam lingkungan kerajaan Jeumpa tempat Salman memulakan hidup baru itu ditunaikan tanpa dirancang apabila perjalanan ke Takengon menjadi lewat akibat sambutan di Pidie? Sungguh Allah SWT itu sebaik-baik perancang. Alang-alang sudah bermalam di Bireuen teringat juga hasrat lama untuk melihat kawasan laut terdekat. Kami pun pergi ke sana. Lihat The beach at Kuala Raja.


Kembali ke bandar Bireuen untuk masuk simpang ke Takengon terlihat lori membawa telur. Tertulis di belakangnya "Sering kencing mendadak". Entah apa maksudnya. Apa pula kena-mengena dengan gambar perempuan cantik dan kepala lori 'Transformer?


Perjalanan mendaki kawasan pergunungan ke Takengon pun dimulakan. Lihat Morning trip to Takengon.


Singgah makam tengah hari di sebuah pekan atas gunung.


Sampai sahaja di Takengon terus ke masjid besarnya untuk bersolat. Lihat artikel Masjid agung (Great mosque of) Ruhama, Takengon di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Satu lagi hasrat yang sudah lama disimpan adalah untuk membuat perjalanan keliling tasik besar di sebelah kota Takengon. Kami pun menuju ke pinggir tasik. Sempat melihat sebentar sebuah masjid lama. Lihat Sebuah masjid lama di Takengon (An old mosque in Takengon).


Tidak seperti hasrat untuk bermalam di Bireuen juga melihat laut berdekatannya, hasrat untuk mengelilingi tasik besar yang dipanggil Danau Laut Tawar ini saya ingat. Ia memang dirancang mahu dilakukan dalam perjalanan ke Aceh kali ini yang merupakan ke-6 buat saya, ke-5 buat isteri, ke-4 buat anak kami Rasyid, pertama kali buat anak bongsu kami Johan juga ibu bapa saya.


Sejak pertama kali sampai ke Takengon awal 2010 saya sudah menyimpan hasrat tersebut. Ketika itu kami sempat berada di sekitarnya tak sampai 24 jam. Berehat di tasik pun cuma di satu bahagian selepas sampai hampir Maghrib. Esok pagi terus meninggalkan Takengon kerana ada urusan perlu dikejar. Lihat artikel lama Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Ke tasik 4,000 kaki tinggi dari paras laut dan satu bab mengenai penipuan degil Batak diikuti Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Melihat warisan Tun Sri Lanang.


Kali ini kami memiliki banyak masa untuk berjalan-jalan. Sampai di Takengon pun sekitar jam 1 tengah hari, lebih 5 jam awal berbanding dahulu. Cuma hasrat saya adalah untuk membuat pusingan lawan arah jam. Tetapi pemandu kereta telah masuk ke kawasan tasik mengikut jalan arah jam.


Tak mengapalah, saya ikut aje apa yang telah Allah SWT aturkan. Kalau mahu tentu saya boleh meminta pemandu menukar arah. Tetapi selepas meninggalkan masjid tadi dia telah membawa ke arah timur kerana mahu mencari tempat penginapan sesuai yang menurutnya terletak di sebelah itu. Dalam pencarian itulah kami bergerak makin ke timur sehingga terjumpa simpang ke Danau Laut Tawar. Setelah beberapa lama terjumpa satu kawasan yang terasa sesuai untuk berhenti melihat pemandangan. Lihat The views at Danau Lut Tawar.


Ke hadapan sedikit terjumpa tempat perhentian yang lebih menarik. Sambil menikmati kopi dapat menikmati sekali pemandangan indah tasik. Lihat Danau Lut Tawar from a coffee stall.






Kami juga mengambil kesempatan turun ke bawah menghampiri gigi air. Anak-anak sempat bermandi-manda. Saya pula terlupa nak bawak seluar pendek atau apa-apa pakaian basahan. Kalau tak tentu saya pun masuk sekali. Lihat Touching the waters of Danau Lut Tawar.



Perjalanan diteruskan ke hujung timur tasik. Untuk pengetahuan kota Takengon terletak di hujung barat. Antara dua hujung itu ada jarak tegak hampir 16 km, kalau mengikut jalan yang berliku turun naik, mahu lebih 20 km dari hujung ke hujung.


Kelihatan pekan di hujung tasik.



Selepas itu kami masuk ke jalan selatan tasik, sebelum itu jalan adalah di belah utara...





Sempat singgah di sebuah masjid lama sebelum masuk ke gua tepian tasik. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Baiturrahim, Laut Tawar, Danau Lut Tawar from Gua Loyang Koro dan The cave called Loyang Koro








Kami masuk kembali ke kota Takengon hampir jam 5.30. Alhamdulillah baru berjumpa hotel yang dirasakan sesuai.


Letaknya berdekatan stesyen bas utama Takengon. Di situlah kami makan malam.


Peta ini menunjukkan kedudukan tasik Danau Lut Tawar.


Lihat kedudukan kota Takengon dan tempat-tempat kami berhenti. Perjalanan pusing tasik memakan jarak tidak kurang 40 km.


Tiada ulasan: