Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, April 10, 2008

Salam daripada Kajang... Selesailah satu perjalanan lalu kita cerita sedikit tentang BADAK! Semoga semuanya kembali harmoni selepas ini...

Gambar Badak sebagai hiasan posting kali ini... Badak sendiri adalah binatang yang innocent, ia tidak membuat apa-apa kesalahan kerana ia cuma seekor binatang yang menurut naluri yang diberi... Sesetengah orang pula suka makan Cucur Badak... Kalau kena cara dan waktu, sedap juga rasanya ...
Yang menjadi masalah adalah apabila nama Badak digunakan sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak baik. Contohnya orang yang berkali-kali ditegur tetapi masih tidak faham dan tidak mahu mendengar... Maka boleh dikata dia itu Pekak Badak... Kalau orang tak tahu malu, kita boleh kata kulit dia tebal macam kulit Badak.
Kesimpulannya, jangan suka MEMBADAKKAN orang... Jangan jadi orang yang asal ada peluang sahaja menyelit di sini, kalau boleh mahu menyebut orang ini BADAK, orang itu BADAK, raja-raja itu keturunan BADAK dan sebagainya, kononnya mahu menyebut perkara yang "betul" daripada website-website di seberang...


Salam semua.... Sukacita dimaklumkan semalam saya telah kembali daripada Raub ke Kuala Lumpur. Kemudian saya ke Mid-Valley Megamall kerana teringin hendak menonton wayang cerita Three Kingdoms. Lewat malam saya pun kembali ke Kajang...
Di sini saya ingin menyentuh sesuatu keadaan yang berlaku beberapa hari kebelakangan... Akibat gangguan yang saya lihat terus-menerus berlaku di chatbox oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, timbul rasa marah lalu diluahkan dalam posting bertajuk Salam daripada Raub... Dan pengembaraan terbaru hampir tamat! yang dibuat 2 hari lepas.
Ternyata komen-komen yang timbul menjadi panas. Pagi tadi ketika saya masih terlantar di pembaringan akibat kepenatan mengembara 3 minggu ini, seorang teman telah menalifon lalu memberitahu isi komen terbaru... Katanya daripada orang yang tidak memakai nama atau dalam blogspot akan disebut sebagai Anonymous.
Saya akui bahawa 2-3 hari ini kemarahan saya jadi memuncak melihat apa yang berlaku di chatbox walaupun saya sendiri jarang masuk kecuali untuk memantau keadaan sahaja... Walaupun ia sebenarnya tidak melibatkan saya kerana kata-kata yang dituju adalah berkenaan orang lain, sebagai pengendali blogspot ini yang ingin suasana berinteraksi sentiasa harmoni, saya rasa tidak ada gunanya lagi menunjukkan kesabaran dan menggunakan kata-kata lembut ketika orang lain asyik sibuk "mencucuk" orang sana-sini dengan cara-cara yang membangkitkan kemarahan ramai...
Hasilnya jadilah posting tersebut lalu timbul komen-komen tertentu di dalamnya. Mendengarkan komen terbaru awal pagi tadi, timbul rasa kesedaran, saya juga telah terjebak dalam arus kemarahan lalu terkeluarlah kata-kata dengan nada yang tidak sepatutnya keluar daripada orang seperti saya...
Mungkin manusia yang memakai nama Anonymous ini adalah seorang pemerhati luar dan berkecuali yang jujur mahu memperbaiki keadaan. Mungkin dia betul-betul ikhlas mahu menolong memperbaiki diri saya daripada kekurangan-kekurangan diri yang jadi menonjol dalam keadaan marah. Maka itu saya terima dan sedia mengaku kesalahan...
Kemudian saya lihat timbul lagi komen-komen seterusnya daripada Anonymous. Lepas satu datang lagi satu... Gayanya seperti tidak puas hati komennya yang awal belum lagi dijawab. Mungkin dia tidak terfikir, bukan kerja saya hendak menghadap komputer setiap masa untuk memastikan diri saya kelihatan sentiasa bagus di kacamata orang ramai. Mungkin dia tidak sedar, selama ini saya dalam pengembaraan dan pagi tadi saya masih terlantar penat di pembaringan...
Tetapi begitulah adat orang yang cuma tahu mementingkan diri sendiri sahaja, dia mahu orang lain terus memberikan perhatian terhadap setiap kata-katanya tanpa memikirkan keadaan orang itu, samada sedang penat, sedia bercakap dan sebagainya... Fikirnya cuma diri sendiri, tak perlu pedulikan masalah serta kesusahan orang lain...
Seterusnya, komen-komen yang diberi kelihatan semakin terang seperti mahu menyerang peribadi. Jika komen awal pagi itu mungkin kelihatan jujur mahu memperbetulkan kesilapan saya, komen-komen seterusnya semakin nampak sebagai satu usaha untuk menjatuhkan nama serta kredibiliti saya.
Mungkin saya silap menilai tetapi rasanya anda semua boleh membaca sendiri... Seperti mana seluruh warga chatbox ini boleh melihat kerenah orang-orang tertentu sebagai mengganggu, dia sahaja yang masih keras kepala tidak mahu memperbaiki kesilapan diri sendiri!
Saya perhatikan sekali lagi... Nampaknya Anonymous ini adalah orang yang sama dan rasanya seorang saudari... Dan nampaknya ia bertungkus-lumus mahu mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang berlegar beberapa hari ini... Isu sebenar iaitu jangan ganggu lagi keharmonian di chatbox, mahu dialihkannya supaya saya sebagai pengendali blogspot ini yang mahu mempertahankan keharmonian berinteraksi pula kelihatan sebagai seorang yang buruk, lagi suka marah-marah.
Maka itu biar dinyatakan... Saudari Anonymous... Berhentikanlah perbuatan itu... Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kalau masih tidak senang dengan kata-kata saya , jangan masuk lagi ke blogspot ini lagi. Senang bukan? Kenapa masih beriya-iya untuk meluahkan rasa sambil mengutuk saya? Apakah untuk memberi gambaran bahawa di blogspot ini kononnya ada ramai peminat MEMBADAKKAN orang sedangkan hakikat sebenarnya telah pun terserlah... Bahawa kami tidak menerima teori BADAK?
Kalau mahu bercerita tentang sufi pula sepertimana taraf tinggi yang ada rasa anda miliki itu, banyak lagi tempat yang hebat-hebat. Saya memang bodoh dan tidak tahu apa-apa. Kalau mahu bercerita tentang BADAK juga ada website-website para pencinta BADAK. Bila-bila masa sahaja anda boleh ke sana dan memperbaharui hubungan silaturahim antara BADAK...
Lalu kenapa kamu mahu terus berkata-kata di sini sehingga mahu menyamar lagi? Apakah supaya semua orang menyangka, sifat kamu yang suka berkata-kata secara semberono itu mendapat sokongan orang lain? Hentikanlah! Sesungguhnya, semua orang di chatbox ini tidak suka akan usaha-usaha MEMBADAKKAN orang, kecuali JUARA BADAK yang tidak sedar diri!
Beginilah, baik JUARA BADAK, baik Anonymous (kalaupun Anonymous ini bukan JUARA BADAK), kalau tidak suka dengan saya dan cara kami berinteraksi di sini, ada banyak lagi tempat lain anda boleh bertandang... Pandai-pandailah anda membawa diri di sana. Ingat, ini adalah BLOGSPOT SAYA... SAYA ADA HAK UNTUK MENENTUKAN ADAB BERBICARA DAN ARAH-TUJU PERBINCANGAN DI SINI!
Biarlah kami di sini, terutama saya yang penuh dengan sifat mazmumah ini terus jahil tanpa bimbingan anda (satu atau berdua sama sahaja sifatnya rupanya)... Kalau betul anda tahu Tasawuf dan lagi tahu mengawal sifat marah, keluar sahaja daripada sini.
Tak perlulah beri apa-apa komen lagi untuk "membuktikan" betapa "sucinya" hati anda mahu mengajar orang tentang Tasawuf dan sebagainya. Sesungguhnya kehadiran terus-menerus anda di sini cuma membuktikan anda tidak mahu mengaku salah dan kalah lalu anda serang semua orang dan anda kata orang-orang itulah yang penuh dengan kekurangan.
Saya lainlah, ini memang blogspot saya... Sukahati sayalah apa yang hendak dikata... Sepertimana anda ada hak untuk menentukan segalanya di dalam rumah anda sendiri, begitu juga saya! Setakat ini saya sudah begitu toleran atas pelbagai kerenah orang kecuali yang mengganggu-gugat keamanan...
Di sini saya rasa ingin copy and paste balik komen terakhir saya yang dibuat dalam artikel Salam daripada Raub... Dan pengembaraan terbaru hampir tamat! , kiranya komen ke 18 di sana. Harapan saya semoga semuanya kembali harmoni selepas ini... Komen yang dibuat sebelum menyedari betapa ciri-ciri Anonymous itu serupa betul dengan ciri-ciri Juara Badak, walaupun bahasa Anonymous kelihatan lebih beradab. Sekian! :]

Wassalam dan terimakasih atas komen-komen terbaru ini. Untuk adik Mike Zanon, kan elok memperkenalkan diri begitu... Maka lebih senanglah berinteraksi. Begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pendatang baru di chatbox, perkenalkan diri dan perhatikan dahulu perbincangan orang, jangan terus buat terjahan. Perkara ini bukan perlukan ilmu sufi, cuma adab biasa dalam pergaulan. Kurang beradab menerjah apalagi apabila suasana menjadi panas akan menerbitkan keadaan yang kurang selesa.
Saya akui kelemahan saya dalam hal ini... Ya, bukan senang hendak menghilangkan sifat-sifat mazmumah. Saya akui saya masih ada sifat pemarah. Mungkin saudara Anonymous telah berjaya menghilangkan segala sifat-sifat mazmumah, Alhamdulillah. Diakui saya sebenarnya tidak ada apa-apa pencapaian... Contoh yang diberi tentang kata-kata orang tentang diri saya itu cuma sekadar perbandingan untuk difikirkan, bahawa walaupun daripada satu segi apa yang saya buat dan lalui sudah diiktiraf orang tertentu, hakikatnya saya masih tiada apa-apa.
Cuba ambil daripada sudut positif, bukan sudut kemarahan hati sendiri yang terus mahu menyatakan saya berbangga diri kerana diri itu sendiri sebenarnya yang tidak puas hati dengan nada interaksi kali ini... Umur saya yang 38 ini tentu tiada apa-apa bagi mereka yang dah berumur 60, 70 dan sebagainya... Pengembaraan saya yang "luaran" ini mencari salasilah tentu tiada apa-apa bagi orang yang sudah "sampai" serta amat tinggi pencapaian Tasawufnya. Dan memang hakikatnya saya bodoh, masih tiada apa-apa maka itu kelihatan begitu teraba-raba...
Ambil daripada sudut positif dan kamu akan lihat perbandingan, jika saya yang ada ijazah Mathematics daripada London dan pengalaman sebagai wartawan akhbar terkemuka dengan kenalan di tempat2 tinggi, telah pergi mengembara ke sana-sini mengalami pelbagai perkara (dan untuk menekankan betapa bangga dirinya saya ini seperti yang mahu dicanang saudara Anonymous beberapa kali, ya, saya telah berjumpa ramai dan bermacam-macam guru dalam pengembaraan tetapi selalunya saya cuma ceritakan cuma bab perkelanaan sahaja) pun tiada apa-apa dan hakikatnya tetap bodoh jua, inikan lagi seseorang yang hidupnya seperti katak di bawah tempurung dengan pergaulan dan pendedahan yang terbatas lalu mengharapkan informasi sekadar daripada pembacaan dan dunia Internet, itupun melalui website-website "terpilih" iaitu cuma menurut selera sendiri sahaja tanpa melihat perbandingan daripada sudut kajian orang lain. Yang pasti dari sudut sufi, kita semua ini bodoh belaka, yang pandai cuma Allah jua...
Ah... Sekali lagi kelihatan riak dan bangga diri saya ini yang amat sangat. Untuk menekankan suatu perkara, maka terdedahlah segala pekung dan sifat saya yang bodoh penuh mazmumah ini... Memang dosa saya terlalu banyak maka beginilah jalan kehidupan saya. Jadi terimakasih sekali lagi atas ingatan yang berkali-kali itu.Insyaallah saya usaha perbaiki kelemahan itu.
Tetapi isu sebenar yang menyebabkan meletus lalu tertonjollah kebodohan saya di sini untuk dilihat seluruh warga jagat raya adalah bukan tentang diri saya atau apa-apa keinginan untuk diiktiraf atau membangga diri. Isu sebenar adalah keharmonian berinteraksi untuk warga-warga chatbox ini. Dalam melihat perkembangan terbaru sejak kebelakangan ini, saya sering melihat interaksi di chatbox terganggu akibat ada pihak yang mahu sangat menekankan pendapatnya... Banyak kali dengan cara terjahan dan kasar sehingga menjengkelkan semua orang lain.
Setelah berkali-kali begitu juga keadaannya, timbullah rasa marah, marah kerana melihat blogspot yang saya usahakan jadi tempat orang berteduh yang hampir sefahaman ini (ya, mereka yang tidak sefahaman boleh sahaja memilih untuk berteduh di tempat lain, jangan buat kacau di sini)ini ada masanya kelihatan kucar-kacir... Lalu dalam kemarahan itulah akhirnya timbul cara teguran yang keras sehingga ternyata sungguh betapa hina dan jijik sifat saya sebenarnya...
Lihat sendiri dalam artikel di bawah artikel ini iaitu artikel bertajuk "Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]"... Walaupun saya tidur di Hotel Wali di bilik VIP, hakikatnya saya tidur dengan kepala saya berada di sebelah jamban... Maka maknanya memang saya kepala taik... Maka tidak perlu sangat saudara Anonymous cuba menilik-nilik diri saya kerana sudah ternyata saya adalah kepala taik...
Apapun itu adalah keburukan saya. Yang saya tak mahu adalah perbincangan di chatbox jadi buruk akibat orang-orang yang tidak tahu menghormati bahawa di blogspot ini adalah tempat bertandang orang-orang yang walaupun latar-belakangnya mungkin berbeza-beza dan tempat duduk masing-masing jauh tetapi terpanggil dengan tujuan yang serupa...
Usah bercerita sangat tentang pencapaian tasawuf yang tinggi-tinggi. Di luar sana, di forum-forum dan blogspot-blogspot yang bersepah di merata sudut alam Cyber, banyak lagi pihak sedang mencanangkan kehebatan pengajian masing-masing serta betapa mereka telah "sampai" kepada matlamat Sufi lalu bertungkus-lumus mahu mengangkat diri menjadi guru kepada orang lain.
Berbanding dengan itu semua, di sini perbincangannya lebih senang. Di sini, kami mengakui akan kelebihan dan peranan darah keturunan Ahlul Bait, bukan untuk membanggakan diri (walaupun sebagai insan yang lemah, seringkali terkeluar juga kata-kata yang mungkin menunjukkan sifat bangga diri) tetapi untuk menyambung silaturrahim demi menghadapi cabaran yang bakal mendatang akhir zaman.
Fahamilah ini, nescaya segala interaksi akan jadi lebih selesa dan senang. Yang difikirkan adalah keharmonian ramai, bukan "keunggulan" atau "ketrampilan" mana-mana orang perseorangan.
Tentang saya bercerita tentang pengalaman saya, itu sudah tentu kerana ini adalah blogspot saya... Nama pun blogspot...
Fungsi asal sesuatu blogspot adalah membuat log perjalanan kehidupan seseorang juga menyatakan buah fikirannya... Inilah diari perjalanan saya di mana saya sendiri dapat menatap apa yang pernah dilakukan untuk apabila mahu mengimbas dan mengambil iktibar nanti selain mahu mengingati apa yang telah berlaku pada sesuatu ketika.
Banyak lagi pengembaraan telah saya lakukan masa lalu sejak kecil lagi tetapi tidak direkod lalu ia hilang begitu sahaja.
Sesungguhnya sebagai seorang kepala taik yang banyak berdosa, perjalanan hidup saya yang sedikit pelik susah mahu diterima keluarga yang mahu saya menggunakan ijazah, kenalan, contact dan pengalaman untuk berbuat sesuatu yang lebih diiktiraf umum... Sepertimana cerita Sufiah Yusof di England (walaupun saya tidak sepandai dia), menurut mereka yang tahu tentang kebolehan saya sejak kecil, sepatutnya saya sudah menjadi seorang jutawan dengan pangkat tinggi di persada tanahair. Sebaliknya saya cuma seorang duda yang tidak punya harta apa-apa, kereta dan rumah sendiri pun tiada... Selalu pula keluar mengembara ke tempat-tempat mengarut seperti makam-makam lama...
Dalam usia 38, sesetengah kenalan sebaya saya adalah pengarah-pengarah tertinggi syarikat-syarikat multinasional serta angkatan politikus muda yang menggegarkan negara. Saya tidak mahu semua itu, yang saya mahu seperti ditekankan dalam buku-buku saya juga sesekali ketika bercerita di blogspot ialah saya terlalu inginkan damai rumahtangga sebenar yang saya panggil home sweet home... Kemudian Insyaallah, dapatlah saya menjalankan apa yang saya rasa patut walaupun orang lain terutama keluarga mungkin tidak akan faham sampai bila-bila...
Saya tidak ada apa-apa untuk ditunjuk kecuali sedikit buku dan blogspot-blogspot saya... Bukannya saya perlu apa-apa untuk menunjuk tetapi sebagai insan biasa yang lemah dengan fitrah masih sayangkan keluarga, saya mahu juga mereka nampak bahawa apa yang saya lakukan selama ini bukanlah membuang segala kelebihan dan kebolehan yang diberi oleh Tuhan.
Dengan adanya blogspot-blogspot yang merekodkan perjalanan saya ini, maka sekurang-kurangnya ternyata kepada mereka betapa apa yang saya lakukan ini tidak sia-sia semata kerana 1... Nampak lebih jelas apa yang telah saya lakukan dan 2. Ada orang lain yang membacanya lalu dapat dijadikan ilmu yang berfaedah untuk semua.
Maka untuk sesiapa yang mungkin terasa di luar sana, usahlah sibuk mencari hujah untuk menyedapkan hati sendiri seorang... Kalau saya mahu menyedapkan hati saya sendiri, sudah tentu boleh kerana ini adalah blogspot saya... Maka sememangnya saya ada hak untuk berkata-kata apa yang saya mahu. Tetapi sekali lagi diingatkan, segala kata-kata bodoh yang keluar daripada diri saya yang lemah beberapa hari kebelakangan ini dibuat untuk menjaga keharmonian interaksi warga chat-box di sini. Sesungguhnya dalam keharmonian mereka berinteraksi, saya dapat menumpang selesa bersama... Dapat juga menumpang rasa "berkeluarga" sementara menunggu home sweet home saya tiba.Sekian! :]

12 comments:

Anonymous said...

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza


Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

----------------------------------

Tiada kecil apabila membetul akan dikau AdilNya dan
tiada besar apabila berhadap akan dikau FadhalNya.

----------------------------------

Kita mungkin tidak rasa bersalah apabila mengambil sesuatu barang dari kawan baik kita tanpa izinnya, sedangkan itu sudah masuk ke dalam hukum "merampas". Kita mungkin tidak rasa bersalah apabila membeli sekilo ikan kembung untuk jiran kita yang memesan supaya dibeli sekilo ikan cencaru sedangkan itu "tidak amanah". Kita mungkin tidak rasa apa-apa apabila membaca al-Quran atau berzikir dengan kuat sedangkan itu telah masuk ke dalam hukum "tidak melaksanakan haq jiran tetangga" kita. Di dalam kita seronok berbicara mengenai peribadi seorang hamba Allah, kita tidak sedar yang kita telah berdosa kerana telah "mengumpat" kepadanya. Bayangkanlah bagaimanakah perasaan kita apabila kesalahan kita yang kecil-kecil ini, yang zhohir ataupun yang batin akan dipertontonkan kepada umum di hari perbicaraan nanti seterusnya dimasukkan ke dalam neraka sedangkan kita menganggap bahawa semua itu adalah perkara yang kecil-kecil sahaja. Inilah sebahagian daripada wajah atau rupa Keadilan Allah. Tidak sesuatupun yang yang tidak akan dikira.

Radzi Sapiee said...

Terimakasih. Sekali lagi, yang saya harapkan cuma keharmonian berinteraksi di sini. Maka itu saya mohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya...
Kata-kata kesat daripada diri saya yang lemah tidak menahan marah itu adalah contoh pembalikan atas kata-kata kesat seseorang yang sering menganggu keharmonian. Sekali-sekali saya lontarkan balik kebalikan cara-caranya berkata-kata yang sering mengganggu ketenteraman orang lain begini pula jadinya... Sedangkan caranya berinteraksi sebegitu menganggu orang lain telah dilakukan sekurang-kurangnya lebih sebulan dan kelihatan akan terus begitu kalau tidak ada kesedaran...
Sekarang biarlah kita melangkah ke hadapan ya... Harap apa2 yang tidak puas hati terlepas sudah supaya dapat kita meneruskan perjalanan. Sekian! :]

Anonymous said...

Bila Allah hendak menjadikan hambanya seseorang yang baik, Ia (Allah) menyingkapkan hijab di antara ZatNya dan jiwa yang menjadi Luh, lalu lahirlah pada jiwa itu sebahagian dari rahsia-rahsia yang terpendam dan tertulis makna-makna segala rahsia yang terpendam ini. Dengan ini dapatlah jiwanya mengucapkan rahsia-rahsia yang terpendam ini menurut kehendak kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Hakikat hikmah adalah diambil dari Ilmu Laduni, selagi seseorang itu tidak sampai kepada tingkat ini, tidak dpat dianggap sebagai seseorang yang HAKIM, kerana hikmah adalah dari kurniaan Allah Taala sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Baqarah;269 yang bermaksud;

"IA(Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran".


Ketahuilah bahawa ilmu manusia didapati menerusi dua jalan iaitu;
1. Pengajian Insani dan
2. Pengajian Rabbani

Jalan Yang Pertama
Jalan pertama adalah jalan yang termaklum dan saluran yang dapat dirasa, diakui oleh sekelian ahli akal.

Adapun Pengajian Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu;
Mendapatkan ilmu dengan pengajian dan;
Mendapatkan ilmu dari dalam iaitu dengan memenuhkan masa dengan berfikir.

Berfikir dari batin sama dengan pengajian pada lahir.
Pergajian adalah pengambilan faedah seorang peribadi(Al-Syakhos) dari seorang peribadi bahagian(Al-Syakahosul-Juz'ii) manakala

Berfikir adalah pengambilan faedah suatu Jiwa(Al-Nafs) dari Jiwa Keseluruhan (Al-Nafsul-Kulli). Jiwa Keseluruhan(Al-Nafsul-Kulli) lebih kuat kesannya dan lebih kuat pengajarannya dari sekelian ulama-ulama dan para ahli akal.

Ilmu-ilmu adalah terhunjam dalam umbi sekelian jiwa secara kekuatan, seperti benih dalam bumi dan seperti geliga pada dasar lautan atau dalam benda galian.


Latiff

shahrum said...

Hi Radzi,
cool it bro. orang kacau kutuk hang kan biasa je. aku ingat lagi macammana hang bawa diri masa kat nst dulu. orang cakap macam macam tapi hang cool je. biasa la tu bila ada orang yang rasa dirinya lebih holy dari orang lain. kita ni kan cuma mencari jalan terbaik demi mencari keredaan Allah. sifat kita yang lemah tu tetap ada, kalau orang niat nak cungkil untuk tunjukkan keburukan kita memang la boleh jumpa. yang penting kita cari jalan yang lurus tu, dan tak kacau sesiapa. depa nak kata apa pi lantak la. niat hati mereka, kalau busuk, biar Allah je yang menentukan kesudahannya. aku, walaupun boleh la dianggap lebih "stable" dari hang dari kacamata duniawi ni sebenarnya wish i can be more like u, being more free and able to search for myself the real deal of this life di alam fana yang sementara ni. walau pun ada yang nampaknya cuba memperlecehkan hang, janganlah biar depa distract u from your real mission. Ok la bro, aku nak tutup kedai ni. You take care and be cool, always.

10 said...

Salam...

Bro Shahrum ni kira kategori Sahabat nih... hehehe...

Bro MS,

I know you're cool... :D

Tengok gambor Bar-dark tu, tingat pulak kat Badak Sumatera- spesis yg makin pupus... heheh...



Mahadher

PerpatihTulus said...

minum 7 up ais satu.. kow-kow punya letak susu.. muahahah..

Radzi Sapiee said...

Terimakasih atas kata-kata semangat dan sokongan kawan-kawan. Mereka yang telah mengenali saya lebih dekat, telah berjumpa sesetengahnya pernah bekerja sama, ada juga yang pernah mengharungi sedikit pengembaraan termasuk pernah meredah hutan dan melawat makam-makam lama bersama lebih tahu akan keadaan serta peribadi saya yang sebenarnya.
Sebagai manusia biasa, saya sebenarnya sedih dengan percubaan hendak mentohmah saya, di sini, di blogspot saya yang boleh dikira rumahtangga saya sendiri!
Untuk Shahrum, masa kat NST tu orang kutuk aku pun aku cool... Tapi keadaan masa tu boleh kira lebih "siuman" daripada keadaan aku sekarang... Salah satu bezanya masa tu aku ada gaji tetap, ada gak self-respect yang family nampak. Sekarang, demi memegang pada kepercayaan hidup aku 100 peratus, aku tak bekerja dengan sesiapa dah sedangkan hang pun tahu, as a professional yang dah ada nama dalam bidang journalism, hasil kerja aku masih laku di mana-mana organisasi media, suratkhabar, mahupun TV jika aku mahu (dan sanggup menurut kehendak diaroang dalam mewarnai sesuatu berita)...
Maka aku takda income kecuali apa yang dapat pada jualan buku. Itupun bukan seberapa sangat sebab aku tak ikut popular trend... Aku tak buat novel cinta, buku motivasi, buku cara2 jutawan dan sebagainya yang biasa orang buat supaya lebih ramai pembeli. Aku buat sesuatu yang melawan arus zaman... Bukan senang hendak membawa masyarakat kembali cuba menggapai makna jatidiri Melayu dan Islam yang sebenar.
Nasib baik boleh juga hidup tetapi tak le macam penulis buku popular. Senang cerita, apa yang aku dapat memang tidak setimpal langsung dengan kelulusan, pengalaman serta background dan contact aku.
Aku takda main politik dan persatuan untuk ketengahkan buku aku. Aku takda pun guna mana-mana contact aku and you Shahrum as a still practising journalist controlling the news at state level should now, what level of contacts I have should I decide to really use it.... Bertepuk-tampar dengan para pembesar negara sehingga ke peringkat kabinet adalah perkara biasa... Asal sudi juga menurut "permainan" mereka...
Tapi aku tak pakai, sebab aku ada prinsip tak nak jadi you scratch my back I scratch yours lalu jadi terhutang budi. Aku tak mahu satu hari nanti aku kena korbankan prinsip aku demi membalas budi.
Aku takda apa-apa PR atau marketing mechanism untuk back-up usaha aku mewar-warkan makna sebenar Melayu dan Islam. Yang aku ada cuma blogspots di mana selain promote buku, dapat juga meluahkan perasaan aku selain tempat menjadi diari... Tu pun ada orang nak kacau bagi huru-hara...
Allah! Mereka-mereka di luar sana mungkin tak tahu hari-hari yang aku lalui seorang diri menangis buntu, kandangkala teresak-esak memohon simpati Ilahi agar dapat petunjuk jalan seterusnya yang harus dibawa demi untuk terus berpegang keras pada prinsip aku. Senang sungguh mereka yang tidak mengalami ini untuk membuat tohmahan kononnya aku berbuat semua ini kerana ingin berbangga diri dan meraih nama...
Engkau lebih tahu Shahrum, kalau nak meraih nama, baik aku terus duduk kat NST. Baik aku ikut permainan mereka... Kalau trak duduk kat NST pun contact masih banyak walaupun aku dah tak berhubung dengan mereka... Orang-orang macam Rocky masih mengenali aku. Kalau setakat nak famous, tahu le aku camana nak buat... Tapi famous for what?
Kalau aku ingin meraih nama maka biarlah sebagai seorang yang sanggup berhempas-pulas menghadapi kesusahan untuk memperjuangkan keyakinan aku terutama tentang makna sejati Melayu dan Islam yang aku dapat dalam usaha mencari salasilah beberapa tahun lalu. Itupun setakat supaya keluarga aku nampak dan iktiraf bahawa aku menulis ini ada juga faedahnya... Tak le terus diaorang pandang aku serong sebab jadi bodoh buang all the advantages I have untuk menulis sesuatu yang melawan arus demi kepercayaan dan keyakinan aku.
Anyway, sekali lagi, terimakasih semua. Tanpa sokongan anda, saya yang lemah ini tidak akan dapat mampu terus berjalan menongkah arus zaman yang kini hampir semuanya diwarnai agenda serta kepentingan golongan Yahudi Zionis.
Thanks n wassalam! :]

Anonymous said...

Yeah MS,

Teruskan usaha..anggaplah yang tidak faham itu seperti nada-nada sumbang yang perlu dibuang untuk mendapat lebih harmoni dalam irama sesebuah lagu.
Hanya yang pekak badak sahaja yang tidak tahu membeza nada yang sumbang dengan nada yang harmoni.
Sekian.

mike zanon said...

Br Radzi,

Nak tanya sikit, ada tak Br Radzi plan untuk convert artikel2 br sebagai e-Book? Kalau ada plan tapi belum ada masa boleh sya try with your permission ?

Radzi Sapiee said...

Hmm... Actually ada plan tapi memang belum ada masa. Sebenarnya proses penceritaan di sini still on-going... Selain bercerita untuk tatapan ramai, ia juga adalah pyschological proses untuk memperbaiki diri saya sendiri di mana segala beban jiwa yang saya tanggung seumur hidup cuba dilepaskan melalui proses bercerita. Sebab itu adakalanya terpapar segala bentuk emosi termasuk kecewa dan marah walaupun ia mungkin akan mendedahkan pekung di dada sendiri.
Proses ini ada saya sebut dalam bab terakhir buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" di mana dengan bersandarkan watak utama bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid, segalanya dilepaskan buruk dan baik sebagi proses mencari diri dan erti itu sendiri. Pekung dalam dada dibuka kepada khalyak ibarat panau yang didedahkan kepada cahaya matahari dengan harapan mendapat penyembuhan daripada luar...
Apabila telah dilepaskan kesemuanya, 1... Hilanglah bebanan besar termasuk ilmu pengetahuan sulit yang pernah ditanggung seumur hidup. 2. Kemudian saya boleh tatap kembali lalu menilai balik untuk merangka strategi bagaimana membawa diri untuk menghadapi tahap kehidupan seterusnya. 3. Ia boleh dijadikan contoh untuk orang lain pula menangani kehidupan sendiri.
Hmm... Kalau adik Mike Zanon nak cuba buat e-book tu silakanlah. Semestinya ada kredit untuk saya kerana ia berdasarkan kehidupan saya. Dan sememangnya diakui saya mahu diiktiraf sebagai penulis kerana hakikat kehidupan... Dengan pengiktirafan itulah baru pihak lain (maksudnya mereka yang lebih memintati karya popular seperti cerpen-cerpen cinta, motivasi dan cara-cara menjadi kaya) akan betul-betul tergerak untuk membaca karya-karya saya yang menongkah arus zaman... Lebih penting lagi, keluarga saya sendiri mengiktiraf hasil kerja saya sebagai sesuatu yang setimpal malah lebih baik daripada ijazah, kerjaya dan peluang "menjadi kaya dan berkuasa" yang telah saya ketepikan selama ini demi memegang terus kepada prinsip dan kepercayaan diri.
Dan kedua haruslah dibuat dalam kerangka yang sesuai iaitu semua ini adalah satu luahan rasa pahit manis kehidupan di mana dengan proses ini diharap akan terubatlah segala luka yang pernah ditanggung dan boleh dijadikan teladan dan sempadan hidup mana yang patut. Sekian...

10 said...

Sekadar lontaran idea.

Setelah siap ebook format.
1. Linkkan dgn e-purchase.

2. Boleh order dan dpt online.

3. Boleh wat side income, tolong promosi buku ni dgn izin MS tentuny. Asasnya, ikut langkah promosi dan komisyen jika edar buku fizikal. Medium shj berbeza- online.


Mahadher.

PS: Sdr Mike Zanon, jalan terus yg mana boleh dulu, MS dah kibar Panji Hijau tu. Jika perlu bantuan, hubungi saya. Ada kawan yg pakar bab nih. IA.

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih