Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Disember 12, 2006

Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)

Makam Tok Temong di daerah Kuala Kangsar...


Demi mengikuti apa yang sebenarnya berlaku dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT ketika perbincangan mengenai pencarian Makam Raja Ahmad sedang berlangsung, biar disajikan sedikit cerita mengenai Tok Temong... Tulisan di bawah adalah jawaban kepada persoalan beberapa forumer selepas saya memaparkan gambar batu nesan Tok Temong di forum itu... 


--------------


(Posted: 05 October 2006 at 11:02am) Hmm... Memang batu nesan tu jenis batu nesan Aceh tapi lain sikit daripada batu nesan Raja Merah Silu @ Sultan Malikus Salih... Yang aku post tu batu nesan kat Makam Tok Temong.... Designnya lebih-kurang sama dengan beberapa batu nesan Makam Raja-Raja Beruas kat Kampung Kota, Beruas... Ni, biar aku copy n paste daripada satu website... (tengah rasa malas nak menaip cite ni...) 



TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG) 

Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong. 

Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak. 

Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak. 

Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak. 

Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. 

Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan. Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Warah Matullah,

Terima kasih kerana menyediakan bingkisan cerita mengenai kisah Tok Temong.

Saya adalah salah seorang anak jati Kg Temong. Sewaktu kecil, setiap kali adanya majlis pertabalan pasti kerabat diraja akan berkunjung ke makam ini. Seingat saya saya pernah bersalam dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika baginda melawat makan ini dihari pertabalan baginda (tahun 80an).

Menurut cerita yang disampaikan secara lisan oleh ibu saya, Tok Temong adalah seorang perempuan dan ditemui oleh kerabat raja yang berburu dihutan semasa mudik ke istana dari Hulu Perak. Kerabat diraja bersama sultan menemui bayi perempuan ini terapung di dalam buih di kuala Sg Temong iaitu pertemuan antara Sg Temong & Sungai Perak. Lalu bayi ini dinamakan Tok Temong.

Bayi ini kemudiannya dibesarkan oleh pihak istana dan apabila besar memerintah kawasan kiri mudik Sg Perak.

Menurut cerita orang-orang tua di kampung saya, Tok Temong ghaib dan meninggalkan tongkat. Tongkat itulah yang disemadikan dimakam tersebut.

Selain daripada itu, makam ini juga agak "keras" dimana jika pengunjung yang datang mempunyai niat buruk pasti sesuatu yang buruk akan berlaku pada pengunjung menurut cerita pakcik yang menjaga makam ini.

Hanya itu sahaja maklumat yang saya perolehi dari orang-orang lama di kampung saya.

Radzi Sapiee berkata...

Terimakasih. Sila tambah lagi maklumat jika ada. Satu persoalan yang pernah bermain di fikiran saya, adakah Tok Temong itu juga Puteri Limau Purut, anakanda Sultan Perak (kalau tak salah yang ke 6) Sultan Mukaddam Shah yang bapanya seorang Raja Aceh?

rahimi berkata...

En. Radzi,

Nama saya Rahimi. Anak jati Kampong Temong. Saya tertarik dengan kajian saudara mengenai sejarah kesultanan Negeri Perak yang pasti ramai tidak pernah mengetahuinya. Tidak ramai yang membuat kajian sebagini. Bila membaca hasil kajian saudara, barulah saya sedar selama ini kita hanya mendengar cerita mios yang telah banyak ditokok tambah. Saya juga sebenarnya berasa bangga bila ada paparan mengenai sejarah Kampong Temong internet. Ada sesuatu yang dapat saya beritahu pada anak cucu nanti. Cuma, mitos Tok Temong ada yang menarik dan masih diceritakan turun temurun dikalangan penduduk. Memandangkan rumah saya sendiri terletak berhampiran makam Keramat Tok Temong, ada juga pengalaman aneh yang pernah dilihat. Persoalan mengapa hanya makam beliau yang digelar keramat, mungkin ada sesuatu yang luar biasa ada padanya. Semoga usaha saudara beroleh kejayaan. Insyaallah.

Rahimi Sulaiman

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara Radzi,

Mitos tentang sejarah dan indentiti Tok Temong ini banyak yang menyedihkan beliau dan juga keturunannya. Tapi tiada siapa yang mahu menyingkap kebenaran yang tersimpan ratusan tahun.
Sehingga ada buku diIstana Perak yang menulis bahawa beliau anak luar nikah, adakah kerana mahu menidakkan keturunannya memerintah disebelah kiri mudik Sungai Perak? Cerita beliau dihanyut didalam buih itu hanya mitos dan tidak logik. Beliau memang berasal dari Aceh dan berketurunan dari al-Zayd al-Hasani, keturunan beliau datang dari Tabaristan naik ke Turki dan turun keAceh dan turun kePerak. Beliau bernikah dengan sepupunya yang digelar Tok Pelanduk yang satu nasab dengannya.Cuba kita fikirkan kenapa beliau didalam golongan "KERAMAT". Diharap saudara Radzi dapat menulis cerita tentang Tok Temong yang tulin dan membongkar pembohongan yang ditutup ratusan tahun. Wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Boleh saudara panjangkan lagi cerita tentang asal-usul Tok Temong yang dikaitkan dengan Zayd ibnu Hassan? Dari mana saudara dapat cerita ini?

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara Radzi,

Kita bertemu kembali, biarlah saya ceritakan serba ringkas, Tok Temong ada kaitan dengan kedatangan Daeng Selili, kerana beliau adalah Nenekanda kepada Daeng Selili.Ramai yang tidak tahu kerana sejarah tidak tercatit hanya dikalangan keturunan beliau sahaja itu pun tidak semua yang tahu.Daeng Selili adalah Arung Matoa Wajo yang ke31, sebelum itu beliau pergi ke Paser dan kembali ke Wajo, meletakkan jawatan pergi ke Mekah dan terus kePerak. Cuba cari nama beliau yang sebenar diPaser dan diWajo. Beliau berketurunan dari Syeikh Yusof bin Syeikh Ahmad Hidir bin Syeikh Abdullah Arif. Syeikh Ahmad hidir adalah abang kepada Syarifah Teh @ Tok Temong, mereka dilahirkan diAceh. Syeikh Ahmad Hidir pergi keLamatti,Sulawesi dan Syarifah Teh dibawah Perak.Wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam dan Subhanallah. Satu informasi yang menarik. Apakah saudara ini AbuMukmin? Bagaimana dapat disahihkan informasi ini?

Sebenarnya saya sendiri mahu mencari kaitan sebenar Daeng Selili dengan Aceh. Harap dapat dihuraikan dan dilanjutkan cerita berkaitan. Tentang Sheikh Abdullah Arif saya difahamkan beliau adalah anakanda kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Tapi itu adalah Sheikh Abdullah Arif yang dikatakan datang membawa kitab Bahr Lahut ke Aceh sekitar tahun 1166 Masihi jadi mungkin lain dengan Sheikh Abdullah Arif yang saudara sebut sebagai bapa kepada Tok Temong maka beliau harus hidup sekitar tahun 1500an (berdasarkan sejarah menyebut Tok Temong menyambut kedatangan Sultan Muzaffar I tahun 1528) atau tahun 1600an (kalau yang disambut itu sebenarnya Sultan Muzaffar II tetapi cerita telah bercampur-aduk).

Apakah nama sebenar Daeng Selili yang dimaksudkan adalah La Madukelleng? Bagaimana kaitan sebenar dengan Zaid Al-Ablaj kerana di Tabaristan yang turut mengandungi wilayah Jilan turut berkembang-biak anak cucu Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang merupakan keturunan Hassan Al-Muthana ibni Saidina Hassan, adik kepada Zaid?

Tanpa Nama berkata...

JANGAN suka-suka mengatakanTok Temong ini anak luar nikah dan mengadakan cerita-cerita mitos tentang kewujudan sebenar Raja Bersalasilah Tok Temong ini.

Ada pihak-pihak tertentu takut akan kedudukan yang ada sekarang tergugat kerana Tok Temong ini merupakan Pemerintah Asal Kerajaan Negeri Perak. Manakala Tun Saban menjaga kawasan tertentu di Perak. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511, Tok Temong yang memerintahkan Tun Saban dan Nakhoda Kassim untuk menjemput anak Sultan Melaka untuk diberi kuasa memerintah sebahagian daripada Perak.

Anak cucu-cicit Tok Temong ini masih hidup dan berhak menuntut takhta Kerajaan Negeri Perak. Itulah sebab mengapa terdapat pihak tertentu cuba mengelirukan fakta sebenar. Barang kebesaran asal dipinjam berpuluh tahun tapi tidak mahu dipulangkan dan terdapat barang-barang lama disorokkan bagi menenggelamkan kebenaran dan cerita sebenar.

Apa yang sebenarnya terjadi di Istana Perak hanya warisan Tok Temong yang tinggal bersama-sama dengan Al-Marhum Sultan Idris. Apabila Sultan Azlan memerintah, beliau telah menghalau warisan Tok Temong ini keluar daripada Istana. Siapakah yang menumpang siapa sebenarnya ? Dan siapakah yang menipu siapa yang sebenarnya?

Asalnya tujuan untuk membina istana di Bukit Chandan adalah hendak memudahkan pengurusan agar berdekatan dengan waris Tok Temong serta mengelakkan daripada pihak komunis yang mengganggu kawasan Hilir Perak. Fikirlah sendiri...FITNAH ITU LEBIH BURUK DARIPADA MEMBUNUH.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Alhamdulillah ada waris Tok Temong yang bangkit semula setelah sepi ratusan tahun. Begitulah yang saya dengar ada buku fitnah yang ditulis olih keturunan sultan yang memerintah semasa British memerintah. Habis semua wariasan Tok Temong dilenyapkan, begitu juga keturunan Tok Temong telah dilenyapkan.
Moga kita bolih berkenalan semula kerana terputus persaudaraan setelah keluarga masing-masing membawa diri. Tahukah kenapa makam Daeng Selili berada disebelah kiri mudik Sg Perak? Sedangkan Sultan Muzaffar Shah III berada diDaerah Parit sebelah kanan mudik Sg Perak. Mereka dikatakan sahabat yang akrab dan Daeng Selili adalah guru agama dan adek ipar kepadanya. Sehingga ada yang menyatakan beliau bodyguard kepada abang iparnya.
Dan apakah hubungan Tok Temong dengan Daeng Selili, mungkin kalau bolih bersua, kita rungkaikan bersama. Wassalam.

MaTRos berkata...

Saya ingin memohon maaf jika komen pertama saya ada mengguris perasaan sesiapa. Tiada maksud lain di hati saya melainkan sekadar berkongsi maklumat yang ada, sepengetahuan saya. Andai salah mohon dibetulkan agar generasi seterusnya tidak dibelenggu kekeliruan.

Teruskan membongkar kisah Tok Temong ini.

Moga usaha tuan² diberkati Allah S.W.T hendakNya.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan penulis .saya amat berminat hasil penulisan tuan berkenaan makam tok temong.mungkin tuan dbukakan kasyaf dan saya ingin bkongsi pengalaman bermunajat di makam tok temong dan makam kesultanan yg lain .mcm mana saya ingin bhubung dengan tuan.email saya warisantoktemong@gmail.com

POKDE DAMAK berkata...

Mgikut arwah moyang saya Tok Temong ni suami dia Baginda Demong @ Tok Di Yong di Pahang pemerintah ulu Pahang keturunan saya...badrul 01110810619

naim berkata...

aslkm,saya memiliki geliga embun

naim berkata...

bulan lepas saya baru membersihkan makam bendahara Pahang di kampung genting,awan gelap melindungi kami sewaktu kami mandi laut.

naim berkata...

moyang saya keturunan tengku Muda,geliga embun dijariku..

naim berkata...

moyang saya keturunan tengku Muda,geliga embun dijariku..

naim berkata...

bulan lepas saya baru membersihkan makam bendahara Pahang di kampung genting,awan gelap melindungi kami sewaktu kami mandi laut.

naim berkata...

aslkm,saya memiliki geliga embun

lina berkata...

Saya adlh waris dari daeng salili...saya yakin tok temong adalah ratu balqis nabi sulaiman yg wujud semula zaman itu..bukan anak luar nikah bukan apa apa yg diperkata disini..semoga saya in syaa allah temui kebenarannya tentang tok nenek moyang saya aminnn...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.

Kebuntuan saya berkaitan Tok Temong semakin terjawab.
Saya dari susur galur Tok Temong juga.

Whatshap 011108833370

Unknown berkata...

salam...saudara Radzi saya hairan juga dengan cerita-cerita yg dipaparkan oleh saudara dan sahabat sebangsa dengan saya...kalau ada perhubungan waris nasab macam mana tidak tahu salasilah atau ceritanya yg sebenar faktar sejarahnya yg tepat...semuanya cedok cerita-cerita buku dan lagenda penulisan talibarut dan upahan penjajah bangsa melayu kita...saya harap saudara dan saudari serta sahabat jangan ambil hati ini perkara sebenar yg terjadi apa yg saya katakan ini...saya sokong penuh perkara yg dinyatakan bahawa yg dikebumikan di makam "Tok Temong" itu adalah sabatang tongkat kebesaran dan turut ada juga peralatan kebesaran yg lain hak milik pemerintah negara yg terdahulu yg berdaulat hak kepunyaan dari Waris Nasab "Merong Maha Wangsa"...dan ada pula diceritakan hak kepunyaan waris nasab yg turun dari "Bukit Siguntang"itu...ok..tajuk perkaranya yg sebenar adalah sama,hanya jalan cerita serta faktar sejarah dipesongkan dan ditokok-tambah oleh penulis upahan dan talibarut penjajah, yg telah menjajah bangsa melayu dan agama islam serta tanah air kita, untuk meluput dan menghilangkan bukti-bukti serta fakta sejarah yg sebenar...saya mulakan cerita fakta sejarah yg sebenar..."Tok Temong" yg sebenar adalah seorang "Lelaki" dan seorang Raja@Pemerintah@Pembesar Negara, yg telah membuka jajahan "Gangga Negara@Kota Beruas Perak...nama sebenar Tok Temong ini adalah "Sultan Muhammad Johan Syah III ibni Sultan Nazreen@Ramesuan...Ibu nya pula adalah "Ratu@Raja Acheh Gusta Barubahasa"...Anaknda nya pula adalah "Sultan Rijaluddin@Raja Parameswara" di Melaka...ok..Makam yg dikatakan seorang pembesar@pemerintah yg disebut wanita itu, yg berdekatan dengan Sg.Perak di Kg.Temong itu adalah Pemerintah@Pembesar Jajahan Pattani,namanya"Ratu Kuning@Nang Kemuning@Tengku Siti Nur Aisyah@Puteri Saadong,adalah merupakan "Isteri@Permaisuri" kepada Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman Melaka Ibni Sultan Syed Hisbullah Muadzam Syah@Raja Kota Beruas Gangga Negara Perak@Raja Bendahara Tun Perak Melaka...apa hubungkait persaudaraan"Raja Bendahara Tun Saban@Saaban@Syed Abd Rahman ini...ok..beliau ini adalah "Adinda" Satu Ibu dan Ayah dengan Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman Melaka ini, beliau ini juga adalah Raja Laksamana Hang Tuah di Melaka...selesailah sedikit kisahnya faktar serta sejarah sebenar siapakah "Tok Temong" itu, yg telah disembunyikan dan dirahsiakan serta tersimpan kisah latar belakangnya selama ini.

ARTFX berkata...

Saya tertarik dengan ulasan ini. Adakah ini berkaitan juga dengan pupusnya Changkat Merah yang telah dijadikan Empangan dan Makam Tun Saban (Kekanda Tok Temong) terpaksa dipindahkan ke Simpang Lawin dan ada yang mengatakan di sekolah agama Falahiyah di Lawin.Tun Saban juga tumpas di tangan Megat Terawis padahal Tun Saban yang membawa raja dari Kampar ke Perak.Tapi keturunan Tun Saban masih mendapat tempat sebagai pembesar perak.

Wadah berkata...

Saya juga mencari leluhur Tok Temong. Mencari kaitannya dgn Raja Champa. Kisah bayi dari mayang pinang.. semua ini ada kaitan.

melayu JATI berkata...

Assalamualaikum...mcm2 mitos cerita perihal asal usul tok temong di sini, cukup la saya mengatakan di sini cucu cicit keturunan Tok temong Tak akan mengeluarkan Kenyataan mengenai salasilah tok temong..biarla perkara ini menjadi rahsia mereka....tkasih

Tanpa Nama berkata...

Ada update tok temong... Saya students kat iium