Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, June 12, 2013

Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh

OK. Sampai masa untuk kembali menulis, setelah 8 hari siri tentang perjalanan ke Tanah Suci 1-12 April ditutup melalui artikel kompilasi Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat....Kalau ikut giliran penulisan tentang perjalanan ke Makassar/Tanah Bugis 3-12 Mei harus menyusul kini (rujuk artikel pengenalan Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Satu pengenalan pagi Jumaat yang dibuat 5 hari setelah kembali dari sana). Namun saya rasa selagi tidak selesai menyajikan artikel-artikel tentang acara kelima HIKMAH yang berlangsung di Kuala Terengganu 5-8 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) (baru siang tadi dimulakan penceritasan) lebih baik cerita perjalanan Makassar/Tanah Bugis ditangguhkan. Dengan itu biar dibuat satu cerita yang sangat kena-mengena dengan keadaan saya sekarang...


Ini adalah gambar ketika pertama kali saya masuk wad di Hospital Sungai Buloh, Isnin 27 Mei 2013. Seingat saya ini adalah kali pertama saya harus masuk menjadi pesakit di mana-mana wad hospital mahupun klinik. Saya masuk kerana esoknya dijadualkan mahu menjalani pembedahan masuk besi kerana kecedaraan kaki. Rujuk artikel Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot yang dibuat pada hari saya mengalami kecederaan 23 April lalu. Setelah beberapa lama mengalaminya baru saya tahu kecederaan lebih serius dari yang disangka lalu saya tiada pilihan kecuali dibedah masuk besi.


Dua hari sebelum masuk hospital saya dan keluarga keluar berjalan ke negeri Pahang. Ia adalah kali pertama saya berjalan agak jauh setelah dilanda kecederaan yang ada diceritakan agak terperinci pada bahagian terakhir artikel HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari dunia di luar matriks ke dinar dan dirham, dibuat di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) siang tadi.


Diikuti seorang rakan perempuan yang membawa seorang anak menaiki kereta lain kami masuk ke Janda Baik.


Ia adalah kali pertama saya dan keluarga ke tempat ini tahun 2013... terus menuju ke rumah penulis buku politik, Syed Hussein Al-Attas @ S.H. Alattas @ Pak Habib.


Kami picnic di tepi sungai, dalam kawasan rumah.


Ketika picnic inilah Pak Habib lalu dan menegur kami. Beliau baru tahu saya kecederaan kaki namun apabila diberitahu saya akan menganjurkan acara kelima HIKMAH di Kuala Terengganu tidak lama lagi beliau mengaku tahu kerana katanya ada mengikuti perkembangan diri saya melalui Internet.


Sesungguhnya tanah seluas 8 ekar diapit bukit dan sungai tempat Pak Habib membuat sekelompok rumah rehat berserta taman yang indah ini sentiasa segar dalam kenangan. Di sinilah saya pernah menetap awal 2002 hingga pertengahan 2005 sambil menolong Pak Habib menyiapkan sejumlah buku beliau. Dalam tempoh inilah saya mengutip ilmu cara-cara membuat buku. Walaupun dalam sesetengah hal saya tidak sekepala dengan Pak Habib yang saya panggil Abah, dia tetap seorang insan yang pernah membantu saya mengenal lebih banyak tentang kehidupan.

Dahulu di sini, dan kemudian hampir setiap kali apabila bertandang di Janda Baik saya akan mengambil peluang mandi sungai. Kali ini apa boleh buat dengan kaki berbungkus begini? Tak pernah disangka akan mendapat kecederaan yang tidak pernah dialami sebelum ini, kerana selalu terasa diri cukup kuat dan lasak... boleh melompat ke sana ke mari tanpa menghadapi masalah, terlupa yang usia sudah menjangkau 43 tahun lalu tidak sekuat zaman muda lagi...


Puas mandi kami singgah ke rumah lama milik almarhum Raja Ashman ibni Sultan Azlan Shah Perak yang dibawa dari Gunung Semanggol sekitar ke lebih 10 tahun lalu.


Rumah ini dijaga oleh seorang kawan. Tengok-tengok dia dan beberapa orang tetamu sedang bersedia untuk jamming...


Ah. Dah berapa tahun saya tak jamming bersama kawan-kawan. Selalunya saya suka main lead guitar. Sesekali boleh gak layan vocal. Lihat video di atas.


OK. Tujuan kami keluar ke Pahang ini sebenarnya adalah untuk menyahut pelawaan seorang kawan agar bermalam di satu tempat di Bukit Tinggi. Kami ke Janda Baik dahulu kerana ia terletak hampir dalam perjalanan.


Kami agak ragu-ragu juga apabila jalan masuk yang ditunjukkan kelihatan mencabar. Sedangkan saya dan keluarga cuma naik kereta kecil  Kenari, bukan 4WD.


Ternyata selepas jalan kurang elok terdapat bahagian panjang bersimen, cuma agak curam. Apabila dah sampai baru terasa cukup berbaloi masuk ke dalam.


Manakan tidak? Pemandangan di sini memang cantik apalagi malam itu bulan mengambang...


Lihat sahaja pergunungan yang kelihatan, Banjaran Titiwangsa dari tengah kawasan tinggi hutan. Pada awal pagi kabus dan awan memberikan kesegaran.


Keluar sahaja bilik mata sudah disapa keindahan. Lihat artikel A private retreat at Bukit Tinggi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH..


Esoknya Isnin 27 Januari saya pun masuk wad bersedia untuk menghadapi pembedahan. Namun petangnya saya harus keluar kerana pembedahan ditangguh ke hari Khamis akibat ramai orang sakit lebih memerlukan perhatian, Rabu baru masuk balik wad. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan pembedahan dapat diadakan dengan jayanya selepas Zuhur hari Khamis. Pagi Sabtu saya disahkan cukup sihat untuk keluar hospital, petangnya dapatlah kembali ke rumah.

Gambar di atas  diambil pada malam setelah kembali. Ketika itu baru saya sedar dapat keluar pada 1 Jun, hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim dari Kedah. Pada pagi Rabu iaitu seminggu lepas dapatlah saya berlepas ke Kuala Terengganu bersama keluarga untuk HIKMAH V. Hari Jumaat atau pagi Sabtu ini pula saya dijadualkan akan berlepas ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu di Parit Raja, Batu Pahat. Insyaallah selepas itu saya akan membawa adik-beradik ibu dan keluarga mereka berjumpa saudara-mara dari keturunan Daeng Betak di Pontian...


No comments: