Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 08, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Ampel, Sunan Gresik dan Sunan Giri serta makam-makam di Pulau Madura

Tu dia. Dari malam Jumaat tadi saya berusaha keras menyediakan artikel-artikel sokongan agar artikel baru tentang perjalanan ke Pulau Jawa 1-14 Mei ini dapat dibentang. Dah petang begini baru dapat dimulakan. Bersambung cerita dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Membuka 'pencak' di makam Sunan Bungkul dan Ampel.


Pagi Rabu 2 Mei 2012. Saya melihat keadaan dari hotel tempat kami menginap di Ampel.


Suasana belum sibuk lagi. Lihat artikel The morning scene outside our hotel in Ampel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami memulakan aktiviti anak beranak dengan masuk ke satu lorong berdekatan.


Melepasi rumah-rumah yang rupa-rupanya dihuni orang Indonesia berketurunan Arab kami pun sampai ke kawasan ini.


... kawasan bazaar perniagaan.


Di hujungnya terletak masjid besar yang pernah didirikan Sunan Ampel. Lihat artikel Masjid Agung (Great mosque of) Sunan Ampel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Dari situ boleh masuk ke makam Sunan Ampel, ketua para Wali Songo yang sangat terkenal dalam sejarah Pulau Jawa.


Saya tidak akan bercerita panjang tentangnya, atau mana-mana wali di sini. Bacalah apa yang sudah tertulis di Makam (Tomb of) Sunan Ampel. Kemudian lihat sekali artikel yang menunjukkan makam-makam para pengikutnya, ada yang turut bertaraf wali. Lihat Makam-makam lain di Ampel (Other tombs in Ampel).


Tidak lama selepas kembali ke hotel pemandu kereta sewa yang mengambil kami dari lapangan terbang semalam muncul untuk membawa kami berjalan. Kelihatan di sini nama Jalan Iskandar Muda di tempat bernama Tanjung Perak. Oh. Saya mahu tonton cerita Three Kingdom di televisyen. Selepas ini sambung...


OK. Kembali bercerita. Pemandu mahu membawa kami melihat Pantai Kenjeran, satu tempat berkelah yang popular bagi warga bandar raya Surabaya. Kami tidak rasa begitu teruja lalu cuma melihat sepintas lalu.


Dengan itu dia pun terus membawa kami menyeberangi sebuah jambatan panjang.


Jambatan itu membawa masuk ke Pulau Madura lalu kami terus menuju ke bandar utama di barat pulau iaitu Bangkalan.


Pemandu menunjukkan makam seorang raja Bangkalan dan kaum kerabatnya. Letaknya dekat masjid besar bandar. Lihat Masjid Agung (Great mosque of) Bangkalan dan Makam (Tomb of) Sultan Abdul Kadirun, Bangkalan.


Seterusnya kami pergi ke masjid di pinggir bandari. Di dalamnya terdapat makam seorang ulamak besar bertaraf wali dari keturunan Sunan Gunung Jati, ulamak yang sangat disanjung tinggi masyarakat Madura. Lihat Masjid (Mosque of) Kyai Kholil, Bangkalan dan Makam (Tomb of) Kyai Kholil, Bangkalan.


Dari Bangkalan kami bergerak ke timur-laut.


Masuk ke satu kawasan pendalaman pulau di mana kelihatan terdapat industri perabot ukiran kayu jati.


Nampaknya ia setanding dengan apa yang terdapat di Jepara, Jawa Tengah, katanya pusat industri perabot kayu jati di Pulau Jawa kalau tak pun di seluruh Indonesia.


Ukiran indah pada kayu seperti terbayang juga pada batu-batu nesan yang terdapat di kawasan pemakaman  berdekatan . Ia adalah tempat bersemadinya jasad sejumlah raja-raja yang memerintah barat Madura. Makam utamanya milik seorang perempuan berketurunan Sunan Giri. Lihat Makam (Tomb of) Aermata Ratoe Iboeh.

Kami keluar dari Pulau Madura kembali ke Surabaya lewat petang dengan menaiki feri. Lihat Ferry from Madura to Surabaya. Walaupun ketika itu baru jam 5.15 petang waktu tempatan, perlu ingat bahawa di sini 5.30 sudah masuk senja.


Kami sampai ke Surabaya sudah gelap. Terus berkejar ke bandar Grisek yang terletak sekitar 25 km perjalanan.


Terus ziarah ke makam Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik, pelopor gerakan Wali Songo. Lihat Makam (Tomb of) Maulana Malik Ibrahim, Gresik.

Dari Gresik cuma 3 km sahaja ke makam seorang lagi Wali Songo. Tapi kena panjat tangga agak tinggi naik bukit.


Wali Songo tersebut adalah Sunan Giri, pemimpin kumpulan Wali Songo selepas kemangkatan Sunan Ampel. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Giri.


Rehat sebentar anak-beranak di dalam bangunan utama makam.


Kemudian singgah di makam Sunan Prapen, 350 meter dari makam Sunan Giri. Rupa-rupanya ulamak yang pernah memegang teraju pemerintahan ini juga pernah memakai nama Sunan Giri. Kenapa? Lihat Makam (Tomb of) Sunan Prapen.


Nota : Perjalanan 2 Mei memakan jarak 123 km.



Selasa, Jun 05, 2012

Pameran lukisan Sulalatus Salatin di Balai Seni Visual Negara : Antara harapan dan kekecewaan

OK. Ini ada sesuatu untuk difikirkan. Keluar sebentar dari mood penceritaan pengembaraan perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April juga perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei.



Tadi siang selepas Zuhur saya ke Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur.


Itulah kali pertama saya dan/atau isteri pernah menjejakkan kaki ke sana walaupun sudah berkali-kali lalu di hadapannya. Kelihatan di kanan sahabat kami, Encik Sahak yang datang dari Putrajaya untuk melihat acara yang diadakan.


Acara utama adalah pameran lukisan yang diberi tajuk "Pameran lukisan Sulalatus Salatin : Empayar Kesultanan Melayu Melaka". Berlangsung hari ini sehingga 30 Jun, ia akan dirasmikan jam 4.


Maka itu belum ramai orang semasa kami sampai.


Kami mahu menghadiri dahulu sesi bicara yang bermula jam 2.


Sesi ini menonjolkan kertas kerja/wacana dua orang cendekiawan tempatan.


Kelihatan di kanan Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin membentangkan wacana bertajuk "Adat Istiadat dan Budaya Dalam Sejarah Melayu". Beliau yang banyak berpantun dengan lancar menyebut beberapa hal tentang adat istiadat Melayu yang harus diberikan perhatian oleh generasi sekarang terutama perlambangan dari segi berpakaian tradisional yang menunjukkan kedudukan dalam masyarakat. Penekanan diberikan kepada raja-raja sebagai simbol kedaulatan tertinggi suatu bangsa dan negara yang harus dipertahankan demi kesinambungan bangsa dan negara itu sendiri. Tetapi lebih menarik adalah apabila beliau menyebut tentang senjata-senjata api yang pernah dimiliki orang Melayu Melaka sebelum kedatangan Portugis yang kemudian menakluki Kota Melaka 1511. 


Prof. Emeritus Dato' Dr Mohd. Yusoff Hasan kemudian membentangkan wacana bertajuk "Pemikiran Global Dalam Sejarah Melayu." Hmm... keliru juga saya kerana dalam paparan jemputan yang diperolehi melalui FaceBook, disebut bahawa selain Prof. Rosli Saludin pembentang adalah Prof. Dato' Dr . Yusoff Hashim dan tajuk kertasnya adalah "Sejarah Melayu Sebagai Sumber Sejarah Dalam Pelbagai Tafsiran". Itu juga yang terpapar pada kad di luar pintu masuk dewan.

Apapun Prof.Yusoff memberikan beberapa contoh bagaimana bangsa Melayu itu bersifat global berdasarkan apa yang tertulis di dalam kitab Sulalatus Salatin karangan Bendahara Tun Sri Lanang, kitab besar Melayu yang tajuknya bermakna "Perteturun (salasilah) Segala Raja-raja" tetapi lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu. Beliau memulakan dengan asal-usul Raja-raja Melayu Melaka yang dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain daripada Benua Rum di Eropah, satu peradaban besar dunia. Kemudian dari Iskandar Zulkarnain muncul Raja Suran yang merajai kerajaan besar di India, satu lagi pusat peradaban besar dan daripada baginda terbit pula Raja-raja Melayu.



Seperti biasa pembentangan diikuti sesi soal jawab. Kelihatan dalam gambar Prof. Nurhayati yang berasal dari Makkasar, Sulawesi Selatan, seorang pemikir yang mula saya kenali dalam satu wacana berkenaan orang Bugis. Lihat artikel lama La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis.  Sebelum itu saya lebih awal berkongsi pandangan  tentang kewujudan senjata api milik orang Melayu 500 tahun lalu. Memperkenalkan diri sebagai penulis siri novel "Berpetualang ke Aceh", saya menyatakan telah diilhamkan untuk bercerita bab senjata api di Melaka ini dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" yang terbit Jun 2006. 

Sedutan berkenaan pernah diletakkan di Internet, dalam beberapa buah forum selain blogspot saya sendiri lalu digunapakai orang lain di merata tempat. Saya rasa hal persenjataan api orang Melayu zaman itu tidak pernah dibincangkan secara meluas  dalam apa-apa bentuk media sebelum itu... selepasnya baru topik ini menarik minat ramai terutama generasi muda yang mahu mencari jati diri dan sejarah sebenar yang telah digelapkan terutama oleh penjajah. Selepas membuat 'mukadimah' baru saya mengemukakan soalan... tentang isi muka surat tertentu dalam kitab Sulalatus Salatin yang seolah-olah menolak pemilikan senjata api di kalangan orang Melayu Melaka. Tapi malas saya hendak panjangkan di sini. Polemik yang mungkin timbul boleh jadi rumit nanti.



Selepas Prof. Nurhayati mengemukakan buah fikirannya pentas pertanyaan dibuka kembali tetapi   orang lambat menyahut. Saya pun membuat satu soalan ringkas yang maksudnya lebih kurang begini - untuk orang yang skeptik susah nak percaya kerajaan Melaka benar-benar wujud kerana tidak wujud artifak seperti halnya Candi Borobudur di Pulau Jawa dan Angkor Wat di Indo-China bagaimana mahu membuktikan bahawa Melaka memang benar-benar wujud dan ia adalah kerajaan besar yang hebat? Selepas itu baru ada seorang pelukis muncul untuk berkongsi dan bertanyakan satu interpretasi atau tafsiran tentang kematian Hang Jebat. Para pembentang pun memberikan jawaban.

Fasilitator/pemudah acara, Prof Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (duduk tengah) memilih untuk menjawab soalan terakhir saya. Sebagai orang asal Melaka beliau terasa wajib memperbetulkan persepsi salah tentang kewujudan kerajaan lama yang pernah berpusat di negerinya itu. Beliau memberikan dua contoh yang ringkas tapi padat dan bernas. Katanya dalam peta-peta lama Eropah, seluruh Semenanjung Melaka disebut sebagai Melaka. Kemudian selat terpanjang di dunia, selat yang diketahui sebagai laluan kapal paling sibuk di planet ini bernama Selat Melaka. Bukankah ini bukti yang kuat?


Sesi bicara dan soal jawab tamat 3.30 petang. Kami pun keluar untuk acara utama iaitu perasmian pameran lukisan lagi setengah jam. Kelihatan pihak yang terlibat sudah bersedia di ruang legar.


Baru saya tahu acara akan dirasmikan menteri berkenaan, Dato' Seri Utama Rais Yatim.


Oh. Semasa sesi bicara tadi Prof. Latiff ada memberitahu bahawa lukisan-lukisan yang dipamerkan, sekitar 50 gitu adalah hasil perbincangan pelukis dengan para cendikiawan berkenaan isi kitab Sulalatus Salatin. Saya membayangkan lukisan-lukisan ini haruslah berupaya menonjolkan kebesaran kerajaan Melayu Melaka yang selama ini belum dapat diungkap pelukis lain, kebesaran yang boleh membanggakan dan menaikkan jati diri setiap anak Melayu. Saya terfikir tentang rupa sebenar istana-istana Melaka yang mampu membuat orang Eropah tercengang, pelabuhan besar dan paling moden pada zamannya dengan jaringan perdagangan begitu meluas sehingga mampu membuat Venice di Italy, kota terbesar Eropah zaman itu bergantung wujud pada Melaka. Saya teruja apabila mengenangkan betapa hal persenjataan api milik orang Melayu sudah dibincangkan ramai orang dan kini mungkin boleh dilihat dalam bentuk lukisan yang boleh ditatap setiap orang.


Dengan itu saya pun melangkah masuk ke dewan pameran. Rasminya ia belum dibuka. Lebih elok saya mengambil gambar sebelum orang ramai masuk menghalang pemandangan.


Malah sejak sesi bicara tadi saya sudah berkira-kira - ada 50 keping lukisan bukan? Saya akan mengambil gambar kesemuanya berserta teks yang ada. Akan saya pecahkan menjadi isi tiga buah artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH kemudian disambung dengan artikel utama di sini.


Sayangnya apabila melihat rupa muka-muka dalam lukisan utama ini saya terus terasa kecewa. Perkataan waad yang tertulis di atas merujuk kepada cerita persetiaan antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, perjanjian antara raja dengan seorang bekas pemimpin yang mewakili seluruh rakyatnya. Pada saya biarlah lukisan ini bersifat neutral, jangan digunakan rupa mana-mana watak pemimpin kontemporari atau zaman sekarang. Kalau perlu juga menggunakan wajah pemimpin masa kini maka watak utama haruslah memakai muka Yang Dipertuan Agong, bukan Perdana Menteri... apalagi bila ada isterinya sekali, isteri yang kenyataannya telah menimbulkan rasa jelek begitu ramai orang.





Melihat lukisan-lukisan lain saya semakin kecewa.


Kalau ini pameran di ruang legar PWTC di mana terdapat ibu pejabat UMNO tak mengapalah juga. Ini di Balai Seni Visual Negara yang merupakan pentas paling utama negara untuk mempamirkan karya-karya seni. Terus terbetik di hati... "Ini bukan karya seni... ini pelacuran bakat melukis demi mencari makan dan mendapatkan kedudukan serta pengiktirafan". Hati saya meraung lagi. Lukisan-lukisan sebegini kalau ditunjukkan kepada pihak yang membangkang kerajaan tentu membenarkan lagi tuduhan mereka selama ini. Ia bukan menaikkan maruah sebaliknya menjatuhkan darjat...



Walaupun ada juga lukisan wajah Yang Dipertuan Agong, pada saya ia sekadar menyedapkan hati.


Sulalatus Salatin adalah kitab yang memperihalkan bab raja-raja pada kedudukan utama sebelum bercerita tentang hal para pembesar diikuti rakyat. Dalam keadaan politik negara yang semakin celaru kini raja-raja diharap dapat menjadi tonggak kesatuan yang dapat memperbaiki kembali hubungan yang terpecah akibat sistem demokrasi membuat orang berpihak dan berpuak-puak. Saya mengharapkan pameran ini dapat menggambarkan kedudukan raja-raja mengatasi segala institusi politik yang bermuka-muka. Dengan kedudukan itulah kita boleh menyatukan kembali ummah demi agama, bangsa dan negara. Sebaliknya yang saya lihat adalah hasil kerja yang harus terbit dari seorang penjilat bontot...


Kekecewaan ini menyebabkan saya 'potong stim', tidak mahu lagi mengambil gambar. Saya cuma mengambil video di atas sebagai pelanjut cerita. Sampai satu peringkat saya nyaris mahu mengambil video lagi apabila sejumlah remaja perempuan berpakaian tradisional Melayu mula menari dengan alunan lagu tradisional Melayu yang menaikkan semangat. Namun sebaik sahaja bangun untuk mengambil video, lagu berubah menjadi rentak Cina dan begitulah seterusnya... sedangkan kita sedang bercerita tentang kitab besar Melayu bernama Sulalatus Salatin. Rata-rata hadirin adalah orang Melayu. Yang membuat persembahan semuanya memakai baju tradisional Melayu. Semata-mata nak jaga konsep 1Malaysia? Pigi daah. Kemudian saya pun belah...



Ahad, Jun 03, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Sungai Pengkalan Datu, makam Tok Panjang dan faktor 313

OK. Beralih kembali ke perjalanan Pantai Timur 26 Mac-4 April. Bersambung dari Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Danau Tok Uban.


Esok pagi Sabtu 31 Mac, sekali lagi saya menghantar Kakak ke sekolahnya untuk kelas tambahan. Kemudian saya ke warung berdekatan untuk sarapan.


Selepas itu singgah di Masjid Kampung Laut.


Berehat di dalam sementara menunggu anak sulung tersebut tamat kelas tambahan.



Selepas Zuhur baru kami semua keluar anak beranak. Lalu di satu bahagian bandar raya Kota Bahru tidak jauh dari hotel kami kelihatan bangunan ini.


Ia sebenarnya makam seorang bangsawan Patani-Kelantan dahulukala. Hal makam ini dan pemiliknya pernah diceritakan dalam artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman yang dibuat setahun lalu.


Tak tahulah apa yang sudah terjadi sehingga bumbungnya roboh begini. Dengan itu kami pun keluar dari bandar raya.


Kami mengambil jalan ke Pulau Melaka melepasi Kedai Lalat lalu terus ke barat laut menghala ke kawasan pantai. Saya mahu melihat keadaan sebuah sungai. Lihat artikel Pengkalan Datu river close to the river mouth di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kawasan yang dimaksudkan terletak di sekitar Pantai Sabak.


Dalam artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Menyusuri jejak Raja-raja Jembal dengan lebih teliti yang dibuat Mei tahun lepas saya ada menunjukkan gambar-gambar Sungai Pengkalan Datu daripada beberapa tempat. Sungai ini merupakan laluan utama raja-raja Kelantan dari Dinasti Jembal keluar masuk ke  pusat bersemayam di Kota Jembal. Mereka memerintah sebelum dinasti sekarang muncul sekitar 300 tahun lalu. Dalam perjalanan kali ini ke Kelantan saya teringin sangat mahu melihat kuala sungai. Lihat Pengkalan Datu river at its mouth.


Selepas itu baru makan di sebuah kampung berdekatan.


Warung yang dipilih terletak bersebelahan sebuah sungai yang mengalir masuk ke Sungai Pengkalan Datu. Di sini nelayan selalu menurunkan tangkapan segar.


Dari Pantai Sabak kami ke Pengkalan Chepa...


Lalu di tepian lapangan terbang...


Dengan mengambil jalan belakang kami pun pergi ke Pantai Cahaya Bulan.


Johan yang ketika itu berumur 44 hari menikmati angin laut. Lihat The beach called Pantai Cahaya Bulan.


 Seterusnya kami singgah di kawasan makan Kedai Buluh.


Letaknya di tepian Sungai Kelantan memberikan pemandangan yang menarik. Lihat Kelantan river at Kedai Buluh jetty.

Kami ke Kedai Buluh kerana mahu menemui seorang kenalan. Kenalan bernama Qori (tak tahu le betul ke ejaan. Yang pasti begitu bunyinya...)  itu kemudian membawa saya masuk ke Kampung Tok Panjang yang terletak berdekatan, terus ke pinggir sungai ini.


Kami pertama kami bertemu ketika cuba mencari sebuah makam lama di sekitar ini, setelah mendapat cerita daripada orang di kampung lain berdekatan kuala Sungai Kelantan. Ketika itu Qori pun tak tahu kedudukan makam yang dimaksudkan. Tetapi dia ada mendengar cerita. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Tahun Baru di sekitar kuala Sungai Kelantan.


Selepas pertemuan itu baru dia mendapat tahu makam itu terletak betul-betul di hadapan ini seberang sungai. Qori pun membawa saya menaiki perahu kecil yang asyik beroleng-oleng. 


Suspense wooo naik perahu oleng-oleng. Patutlah awal-awal lagi Qori meninggalkan kunci kereta, telefon bimbit dan segala barang penting di tebing tempat kami berlepas. Sampai satu peringkat perahu nyaris-nyaris terbalik akibat saya tidak pandai mengimbangkan badan. Basah le jugak seluar sampai ke peha. 

Sikit-sikit saya boleh berenang tapi tak le pandai. Kalau terbalik bagaimana pula dengan telefon bimbit dan kamera yang saya letak dalam beg pinggang? Nasib baik dapat juga pergi dan balik dengan selamat. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Panjang, Kota Bahru? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Nota: Baru tersedar. Hari itu 31 haribulan Mac bersamaan 31/3... 313. Hmm...