Sebahagian dari wang emas Aceh yang ditemui baru ini...
Pada artikel
Dari Aceh ke Putrajaya : Tidak bergerak walau sezarah sekalipun tanpa izinNya yang dibuat Ahad lalu telah diberitahu bagaimana saya boleh terlepas penerbangan ke Aceh petang Sabtu. Kalau tidak tentu saya berada di bumi Serambi Mekah itu 9-14 Nov lalu dijangka pulang ke tanah air petang tadi dengan pesawat mendarat di KLIA sekitar 7.25 malam. Sepanjang masa itu saya dijadualkan mengikuti beberapa program yang diatur rakan-rakan orang sana dengan hari terakhir jatuh pada 10 Muharam atau Hari Asyura siang tadi. Namun sudah ditakdirkan saya terlepas pesawat lalu dalam tempoh itu cuma berjalan-jalan jauh sedikit dari persekitaran di Lembah Klang.
Sambil itu berlaku beberapa peristiwa menarik, antaranya penemuan wang syiling emas Aceh, katanya beratus keping di Kampung Pande 12 Nov iaitu hari Selasa kalau tak salah. Pada hari Ahad 10 Nov iaitu 2 hari lebih awal telah diadakan satu perjumpaan waris raja-raja daerah Aceh yang menurut fahaman saya dipanggil Uleebalang. Bunyinya macam hulubalang yang bermaksud pahlawan di Malaysia. Tapi kalau di Aceh, uleebalang itu pemerintah daerah yang kuasanya hampir menyerupai sultan sebuah negeri.
Kalaulah tidak kerana tertinggal pesawat tentunya saya akan berjalan dan menziarahi beberapa tempat bersejarah, sekurang-kurangnya di sekitar Banda Aceh membawa ke situs bersejarah pusat kerajaan lama Lamuri di Teluk Lamreh. Tentunya sekembalinya saya ke Malaysia satu siri artikel akan dibuat dan besar kemungkinan tajuk utamanya adalah "Lawatan tak dijangka ke Aceh", memikirkan ia memang tidak dijangka kerana tiba-tiba mendapat tawaran percuma seminggu sebelum tarikh berlepas ke Aceh. Maka itu sebagai ganti biar disenaraikan artikel-artikel yang dibuat merujuk pada aktiviti di tanah air sepanjang tarikh sepatutnya berada di sana. Semoga ini dapat membantu saya mencari suatu petunjuk tersembunyi atau hikmah di sebalik apa yang berlaku...
Sabtu 9 Nov
Ahad 10 Nov
Isnin 11 Nov
7..
Exploring the upper level of Raja Alang mosque
8.
Dari Bangi beralih ke Kajang
Selasa 12 Nov
9.
The broken stretch at Semenyih Dam
10.
Masjid (Mosque of) Sungai Tekali, Hulu Langat
11.
Dari Kajang ke Hulu Langat dan KL
Rabu 13 Nov pula saya sibuk dengan urusan pembelian rumah baru. Khamis 14 Nov iaitu siang 10 Muharam @ Hari Asyura tadi penceritaan untuk semua artikel yang tersenarai kecuali artikel 1 pun dibuat sehingga tamat. Selepas ini biar dilepaskan satu artikel sebelum saya dapat berehat...
1 ulasan:
Salama,
Antara tanda kebangkitan akhir zaman di nusantara ialah kembalinya kerajaan tuhan di muka bumi yg bertapak di timur. Kerajaan pasai yg mula2 di bangkitkan menerima tempiasnya. Sistem agama tuhan akan mengambil alih di mana sistem undang2 manusia akan di cabar terutamanya sistem syariah di hapuskan yg mana menjajah manusia dan hukum tuhan di daulatkan. Manusia akan merasai semula kehebatan khalifah tuhan mentadbir bumi dan tiada tolak ansur di dalam kekafiran.
Catat Ulasan