OK. Sementara ada masa sebelum bergerak balik kampung ke Tanjung Sepat. Menyambung gerak dan proses daripada artikel Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.
Perjalanan ini dibuat atas asbab mahu menyambut dan bercuti Aidil Adha atau Hari Raya Haji di rumah ibu bapa di Muar awal Ogos 2020. Harus diberitahu bahawa sebelum itu dan buat beberapa lama iaitu sejak 18 Mac rakyat Malaysia dilarang membuat perjalanan rentas negeri malah rentas mukim pun tak boleh akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19. Dengan itu kami tidak dapat kembali ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan Syawal dua bulan sebelum itu. Hujung musim raya iaitu pada 10 Jun baru PKP dilonggarkan untuk membenarkan rentas negeri lalu ada balik kampung.
Sejak kelonggaran diberikan kami ada membuat beberapa perjalanan sederhana jauh termasuk ke Muar. Tetapi cuma satu sahaja ada diceritakan. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa. Tapi kalau betul-betul jauh kali terakhir adalah ketika ke Krabi, Thailand penghujung tahun 2019. Itupun diduga masalah kereta rosak teruk lalu harus meninggalkannya di suatu tempat sambil kami meneruskan perjalanan dengan pengangkutan awam. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.
Ketika berada di Muar untuk Raya Haji seorang kawan telah menghantar posting ke Facebook (lihat gambar atas) menunjukkan sebuah masjid lama di Negeri Sembilan. Kebetulan selepas Muar kami mahu singgah ke rumah kakak isteri di negeri tersebut. Lalu penjejakan masjid-masjid lama pun dibuat sambil singgah ke lain-lain tempat membawa pada jarak keseluruhan lebih 700 km.
1. A brief excursion to Gunung Ledang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan