Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Oktober 03, 2014

Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Membuka langkah pengamatan di Jogja...

Salam Jumaat. Pada artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Preview perjalanan tak disangka telah diberikan sedikit ringkasan cerita akan datang. Sekarang bolehlah cerita dihuraikan...


Jumaat lepas 26 September 2014, selepas siap menulis artikel Berkat wali Allah yang terpilih... di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diikuti artikel Hikayat Iskandar Zulkarnain dan panggilan tak disangka ke Borobudur di blogspot ini, saya pun bersedia untuk meninggalkan rumah.



Dengan menaiki motosikal besar kesayangan saya pergi ke Putrajaya, ke rumah hamba Allah yang mengajak ke Jogja seraya menaja segala kos perjalanan.



Isteri beliau kemudian menghantar kami ke stesyen Putrajaya untuk mengambil ERL ke lapangan terbang. Inilah kali pertama saya menaiki kenderaan ini walaupun ia sudah 14 tahun wujud di Malaysia. Jadilah macam jakun sat. Lihat artikel First time on the ERL di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Itu juga adalah kali pertama saya ke bahagian baru lapangan terbang yang dipanggil KLIA 2. Kalau tak salah ia baru dibuka 2-3 bulan lalu. Sebelum ini saya sering mengambil penerbangan tambang murah di terminal kurang canggih tetapi sangat sibuk dan meriah yang dipanggil LCCT. Kali terakhir saya keluar negara dan kembali adalah dari terminal itu, untuk menjayakan acara ke-10 HIKMAH di Aceh penghujung Mac. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014.


KLIA 2 ini sangat besar, saya lihat hampir menyamai terminal atau bangunan utama KLIA jika tidak pun lebih besar. Bergambar sat di luar sebuah restoran sebelum makan tengah hari. Menariknya, bahagian baru lapangan terbang ini memiliki begitu banyak kedai sehingga kelihatan seperti sebuah pusat membeli belah gergasi. Lihat The sprawling shopping complex that is KLIA 2.


Jika di LCCT kita perlu berjalan kaki di atas kawasan terbuka sebelum naik tangga boleh-alih masuk ke pesawat di sini kami sentiasa selesa dalam hawa dingin kerana setiap kapal terbang dihubungkan dengan terminal melalui aerobridge, juga disebut orang sebagai belalai gajah.





Kapal terbang hampir penuh sedangkan saya mendapat kerusi jauh dari tingkap. Dah nak sampai ke Jogja baru rajin melihat ke luar dan mengambil gambar...


Penerbangan memakan masa dua jam setengah dan kami sampai lewat petang.


Kelihatan pada saya lapangan terbang Jogja yang dipanggil Bandara Adisucipto ini bangunannya tidak sebesar mana, nampak seperti terminal kereta api pun ada. Lebih kecil daripada lapangan terbang di Medan apa lagi di Banda Aceh, Surabaya dan Makasar. Oh. Empat lapangan terbang inilah yang pernah menjadi pintu masuk saya ke tempat-tempat di Indonesia. Selain itu saya sampai melalui kenderaan laut atau darat. Misalnya ketika pertama kali sampai ke Jogja pertengahan 2012, saya menaiki bas dari Candi Borobudur dalam rangka perjalanan lebih besar 2 minggu mengelilingi Pulau Jawa. Lihat Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Wali Hassani di Kebumen, Buddha di Borobudur dan Jawa Kejawen di Jogja....


Masuk ke dalam, borang pengisytiharan yang diberikan pun cuma fotostat. Terasa macam ketinggalan zaman.


Bila dah keluar baru nampak bangunan ada keunikan dan kemajuan. Nampak begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti orang datang dan pergi, nampak juga Jogja menjadi tempat masuk orang dari pelbagai tempat termasuk dari Eropah. Satu perkara tentang kota besar ini yang saya lihat menjadi semacam identiti adalah kewujudan patung-patung. Walaupun kelihatan seperti berhala saya dapat menghargainya sebagai hasil kerja seni.



Kami sampai sebenarnya sudah hampir senja. Tidak lama kemudian kelihatan orang yang dihantar untuk menjemput.



Mereka datang dari Solomon Centre, satu NGO yang dibentuk untuk menyokong dan mempromosi dakwaan bahawa Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman. Kami dibawa ke sebuah rumah penginapan tidak jauh dari lapangan terbang. Di situ kelihatan juga patung seperti berhala menyambut di pintu masuk.



Masuk ke bilik pula sudah ada yang menggoda.


Ah. Gambar yang seperti menggambarkan satu watak lama kebudayaan Jawa, mungkin seorang penari atau penghibur istana dengan buah dada tersembul tanpa ditutup apa-apa. Untuk paparan di sini terpaksalah saya 'menutupnya' dengan kotak-kotak kuning.


Suatu masa dahulu, ketika zaman tidak memikirkan lagi halal haram tentu saya seronok kerana ia seperti galakan melayan nafsu kelakian. Namun betul-betul di belakang rumah ada pula masjid. Lihat artikel Masjid (mosque of) Al-Amin, Depok, Jogjakarta di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Keadaan yang kelihatan bertentangan ini. lambang-lambang melayan nafsu rendah atau Amarah seperti kewujudan patung-patung berhala dan lukisan perempuan separuh telanjang diselang-selikan lambang-lambang ketaatan kepada agama Islam syariat Nabi Muhammad SAW seperti masjid tadi adalah sesuatu yang dapat saya amati dengan lebih cermat dalam perjalanan kali ini. Ia membentuk persepsi baru dalam memahami kecenderungan masyarakat Jawa sekitar Jogja yang saya fikir selama ini rata-rata bersifat Kejawen, kuat pada konsep Islam kebatinan yang memandang remeh ibadah seperti solat dan berpuasa, cenderung pada perkara-perkara ghaib yang hampir menyamai ajaran Hindu. Insyaallah perkara atau pengmatan ini akan dihuraikan nanti. Malam itu saya dan hamba Allah yang menaja perjalanan keluar santai melihat suasana seperti perayaan di pusat kota. Lihat From Malioboro to the Keraton - The ever festive Jogja....


p/s : Selamat menyambut Hari Raya Haji atau Aidil Adha ya Isnin ini. Cerita selepas ini akan menyentuh sekurang-kurangnya  satu tinggalan batu unik yang didakwa sebahagian daripada binaan Raja Iskandar Zulkarnain untuk membendung kedatangan makhluk perosak Yakjuj dan Makjuj.


Isnin, September 29, 2014

Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Preview perjalanan tak disangka


Jumaat lalu saya ada membuat artikel bertajuk Hikayat Iskandar Zulkarnain dan panggilan tak disangka ke Borobudur lalu memberitahu akan berlepas ke Jogjakarta di Indonesia petang itu untuk menyahut satu panggilan tak disangka. Panggilan atau lebih tepat, jemputan itu adalah untuk mengikuti satu pakej tour meneliti kesan-kesan di Candi Borobudur yang katanya menyokong dakwaan seorang penulis Indonesia bahawa candi itu adalah peninggalan Nabi Allah Sulaiman AS. Penulis itu adalah KH Fahmi Basya, seorang yang ada kepakaran dalam bidang matematik dan pengajian agama. Dakwaan itu ditulis dalam buku bertajuk "Borobudur & Peninggalan Nabi Sulaiman". 

Kelihatan dalam gambar beliau berdiri di sebelah saya di bawah satu relief atau bentuk arca menunjukkan seorang wanita yang didakwa adalah Ratu Balqis. Buku tersebut sudah saya ulas panjang lebar dalam artikel Tentang dakwaan Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman lebih sebulan lalu. Jemputan di mana segala belanja dibiaya orang ini memberikan peluang untuk saya meneliti dengan lebih dekat dakwaan ini agar ulasan susulan nanti lebih adil dan saksama. Sepanjang perjalanan tak disangka yang bermula petang Jumaat itu, tiada seorang yang mengikuti pakej ini tahu saya seorang penulis sehinggalah pagi Ahad - apabila hamba Allah yang menaja perjalanan saya memberitahu seorang ahli wanita dari Indonesia yang ikut bersama.

Setelah kembali ke Malaysia malam semalam baru saya tahu bahawa tengah hari itu Pak Fahmi mendapat tahu saya adalah seorang penulis. Sepanjang tour yang diikuti hampir 20 orang peserta itu berjalan, saya naik satu kereta dengan beliau... ketika keluar sebentar untuk mengambil gambar sebuah tinggalan sejarah yang dikenali sebagai Candi Mendut lalu meninggalkan yang lain dalam kereta, ahli wanita tersebut memberitahu saya seorang penulis. Reaksi Pak Fahmi apabila mendapat tahu : "Ah! Kalau begitu ini saingan saya..." Walaupun ketika itu saya tidak tahu beliau sudah tahu saya dapati sejak itu Pak Fahmi kelihatan seperti lebih berhati-hati berkata-kata.

Bukanlah tujuan saya untuk mencari apa-apa keburukan atau salah silap... saya cuma mahu meneliti dengan lebih dekat segala dakwaan yang dibuat berserta hujah-hujahnya. Nanti akan saya ceritakan dengan teliti apa yang dilihat. Hamba Allah yang menaja perjalanan saya sering mengingkatkan, oleh kerana tulisan saya sering diikuti agak ramai orang, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menceritakan hal yang sebenar sekurang-kurangnya dari sudut pandangan saya. Ini adalah kerana kalau yang diceritakan itu betul ia akan menjadi saham pahala buat saya, saham yang boleh jadi multi level atau bertingkat-tingkat apabila apa yang diceritakan itu disampaikan pula pembaca kepada orang lain. Begitu juga, kalau hal itu salah tetapi saya menyembunyikan atau tidak menyatakannya maka saya akan mendapat saham dosa yang bertingkat-tingkat kerana boleh menyebabkan orang ramai menjadi keliru malah sesat.

Buat masa ini cukuplah diberi ringkasan perjalanan - Petang Jumaat sampai ke Jogjakarta lalu bermalam di rumah penginapan berdekatan lapangan di mana Pak Fahmi sempat memberi tausiyah atau syarahan menggunakan slaid kepada peserta yang turut sama menginap. Pagi Sabtu, selepas sampai beberapa orang lagi peserta kami menuju ke sebuah bukit dalam hutan untuk melihat satu formasi batu yang menurut beliau didirikan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Sungguh, ini satu kebetulan yang menarik kerana dalam artikel Hikayat Iskandar Zulkarnain dan panggilan tak disangka ke Borobudur ada disebut saya baru sahaja menghabiskan hikayat tentang watak besar tersebut malam Jumaat. Selepas itu baru kami ke Borobudur lalu Pak Fahmi dan pembantunya menunjukkan satu persatu bahagian-bahagian candi yang katanya menyokong dakwaan ia adalah peninggalan Nabi Sulaiman.

Selepas bermalam di sebuah resort klasik tradisional berdekatan candi kami mendaki sebuah bukit untuk melihat pemandangan Candi Borobudur apabila matahari terbit. Selesai berehat selepas itu kami menuju ke timur Jogja (Borobudur terletak di barat laut kota) di mana terdapat tinggalan bangunan lama yang dikenali sebagai Keraton atau Istana Ratu Boko. Pak Fahmi mendakwa Ratu Boko yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan Ratu Balqis yang terkenal dalam cerita Nabi Sulaiman. Katanya dari situlah sebuah bangunan besar, sering disebut orang sebagai singgahsana Ratu Balqis dipindahkan jauh ke tempat lain dalam sekelip mata oleh seorang manusia yang pandai ilmu kitab. Cerita pemindahan itu memang disebut di dalam Al-Quran. Cuma Pak Fahmi mendakwa segalanya berlaku di Pulau Jawa dan bahagian atas Candi Borobudur adalah bangunan yang dipindahkan.

Saya rasa cukuplah preview setakat ini. Saya akan membuat beberapa artikel untuk menghuraikan penelitian, apabila ada kelapangan dan rasa rajin juga ada mood menulis ya. Tunggu... :]