Tengahari Jumaat 28 Mei 2010, kami sekeluarga pun bersedia untuk berjalan jauh lagi.
Selepas solat Jumaat kami berhenti di satu tempat. Tengok-tengok meter atas kereta menunjukkan nombor 99999. Apakah ini tanda tamatnya satu fasa kehidupan untuk digantikan dengan fasa baru?
Tempat kami berhenti itu terletak di Pasir Penambang, seberang Sungai Selangor dari pekan Kuala Selangor. Dari kereta boleh kelihatan satu pokok besar yang seperti menyimpan satu rahsia...
Apakah rahsia itu? Di perdu pokok ini terdapat makam lama. Lihat artikel Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak? yang dibuat awal tahun. Untuk makluman, ziarah pertama saya ke sini yang dibuat tanpa dirancang telah membuka pintu ilham untuk memecah kebuntuan dalam satu hal melibatkan salasilah keluarga.
Selesai itu kami terus ke utara menghala ke Perak. Saya tidak ingat di mana ini, mungkin di Tanjung Karang, mungkin di sekitar Sekinchan. Ketika sedang laju memandu ternampak sebuah masjid yang agak cantik. Saya pun memerlahankan sedikit kenderaan sambil cuba mengambil gambar. Tiba-tiba lori enter frame plak... dah nampak macam lori angkut masjid daa...
Selepas Sungai Besar terdapat simpang masuk ke kiri menghala ke satu bahagian daerah Bernam yang belum pernah saya singgahi sebelum itu. Saya pun masuk ke sana. Ada 2-3 tempat yang ingin dilihat.
Perjalanan diteruskan hingga ke kawasan paling hujung. Kelihatan sejumlah bangunan termasuk sebuah politeknik.
Kami ke Sungai Air Tawar untuk melepaskan salah satu hajat saya yang tertunda... ingin melihat Sungai Bernam dari sebelah sini, sejak dapat melihatnya dari seberang sana iaitu dari Hutan Melintang di negeri Perak kira-kira setahun lalu. Lihat artikel The Bernam river from Sungai Air Tawar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Di pekan kecil Sungai Air Tawar pula terdapat balai polis ini. Isteri saya teruja melihat topi besar polis yang terpampang di hadapan. Apakah ini satu bukti bahawa kawasan ini pernah dijaga oleh polis dari bangsa Ultraman? Apakah Ultraman ini diupah oleh kerajaan Sayyam Puasa untuk menjaga "raja-raja daerah" agar sentiasa setia kepada pemerintahan "Shah Alam Mutlak"... sepertimana kononnya orang Portugis Islam pernah membina kota untuk menjaga Bandar Hilir Melaka, orang Portugis yang kononnya muncul menjadi bangsa Bugis? :]
Saya juga mengambil peluang untuk melawat masjid yang agak unik ini. Isteri saya pernah sampai 2 tahun lalu ketika hadir majlis perkahwinan di rumah seorang sahabat bersebelahan masjid dan sejak itu dia mahu saya melihatnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Makhrufiah, Parit Baru, Sabak Bernam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Dari sana kami mengambil jalan yang terus membawa ke bandar Sabak Bernam. Baru saya tahu di pinggir barat bandar terdapat satu bangunan madrasah yang sangat cantik. Lihat Madrasah (Religious school of) Muhammadiah Al-Diniah, Sabak Bernam.
Lihat artikel Mencari makam-makam lama malam-malam di Kampung Kota... yang dibuat setahun lalu. Ia menunjukkan keadaan kami sampai di pengkalan ini waktu malam. Di situ ada disertakan sedikit penulisan mengenai sejarah Sabak Bernam, setelah gambar paparan sejarah yang diambil di pengkalan ternyata kurang terang...
Kami juga melihat-lihat Sungai Bernam dari sebelah sini. Lihat The river Bernam from Sabak Bernam.















7 ulasan:
A'kum Radzi
Sempena mengujungi ke Perak elok lah perabihkan dulu acara Ziarah Makam yang mana belum habis di ziarahi itu dan last sekali Ke Benting Beras Basah . Ziarah lah semacam mana sultan2 dulu hendak bertabal ...... baru ada ummmmp dan banyak pertunjuk akan dpt .
Waalaikumussalam.Cadangan yang baik tu. Tengok le kalau ada gerak lagi dan dipermudahkan Allah. Letih tu nak ziarah setiap 33 makam Sultan Perak nak2 yang kat tempat ceruk2.
Pertabalan Sultan lain le... naik balai gambang dari hulu sampai ke hilir Sungai Perak memang boleh jejak setiap makam dengan senang. Cukuplah dengan ziarah yang sudah dibuat 3 bulan lalu. Lihat http://merahsilu.blogspot.com/2010/05/siri-ziarah-al-rasyid-ke-makam-makam.html. Saya telah berniat cuma akan melawat lagi makam setiap Sultan dan terus jejak ke Beting Beras Basah jika tiba2 datang kemudahan seperti menaiki balai gambang tanpa saya sendiri mengatur dan merancang. :]
Salam saudara radzie. Kalau nak ziarah makam tu kalau saya nak join boleh tak?...saya nie memang ada kena mengena...tapi tak tahu nak soreh mcm mana... ada lah dapat petunjuk ..saya pergi makam megat terawis dan kemudiannya pergi ke makam sultan mansur shah(tak pasti) yg ghaib di dlm masjid kota lama .. katanya nak mengdap kena lah jumpa bendahara dulu baru boleh jumpa sultan...saya pergi dgn bonda saya.....saya pergi bula 12 tahun lepas...allahuallam lah..bcos saya nie ilmunya kurang....
Ada cita2 nak ganti Azlan ka ? ...... Kami sokong n bantu apa yg terdaya .Dan satu lagi Makan Raja Kahar kena bagi sampai . Utk panduan Tuan , cuba pergi kesitu melalui jln darat pula ... dgn keazaman yg kuat saja bolih sampai . Kalu sampai kesitu rata kembali Makam tersebut yg diselebungi busut sampai menutup kepala batu nisan .
Wassalam. Untuk Anon July 19, seeloknya saudara teruskan ziarah dengan keluarga sendiri. Saya susah nak janji. Untuk Anon July 20, apakah Raja Kahar yang dimaksudkan adalah Sultan Iskandar Zulkarnain?
Org kampong kat situ cukup 'mesra' dgn nama Raja Kahar yg 'mangkat bersama2 7 dayang2nya' dr Iskandar Dzulkarnain .
Pokok besar kt kubur pasir penambang tu dah kena tebang. X de dah pokok tu.. Tengok gambar ni terimbau pasir penambang yg lama tu
Catat Ulasan