Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Julai 03, 2016

Langkah 131 dan 313 untuk jenama Bona Fida

Merujuk pada artikel Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid dalam tempoh kurang 24 jam yang telah dipersembahkan petang ini. Ini kiranya adalah cerita susulan...


Ada pun antara sebab utama saya tidak keluar beriktikaf lama pada bulan Ramadhan kali ini  lalu kembali ke rumah selepas Subuh kurang 24 jam setelah keluar adalah disebabkan tengah hari itu saya harus menemani isteri mengambil 3 buah tanjak yang ditempah untuk  anak-anak lelaki kami. Tanjak-tanjak itu mahu dipakai pada hari raya dan ia dibuat oleh saudara Hamza yang berpengkalan di Teluk Intan, Perak. Sepatutnya dia dah pos tanjak-tanjak ini tetapi disebabkan hal tertentu dia terlewat lalu proses pos tidak dapat dilakukan kerana perkhidmatan ditutup untuk musim hari raya. Kebetulan terdapat beberapa lagi tanjak yang ditempah orang lain di sekitar Lembah Klang turut 'tersangkut' sama. Maka Hamzah membuat keputusan untuk turun sebentar ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan tanjak-tanjak kepada para penempah atau pemiliknya.





Kebetulan juga penyerahan tanjak ini berlaku sehari lebih setelah kami suami isteri membuat keputusan untuk menerbitkan satu jenama untuk pakaian dan busana tradisional Melayu juga untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan di bawah selenggaraan isteri. Sebetulnya sebelum keluar beriktikaf sehingga ke Tanjung Malim tengah hari Jumaat 26 Disember 2016 saya telah membantu isteri membuat satu blogspot untuk memperkenalkan jenama yang dipanggil Bona Fida berdasarkan nama beliau, Sila klik BONA FIDA untuk ke blogspot. Tentang pemilihan nama telah diterangkan panjang lebar pada artikel Kenapa Bona Fida? yang saya tuliskan untuk isteri sebelum sahur pagi Sabtu tadi.



Pertemuan dengan Hamza diadakan di hadapan stesyen LRT Masjid Jamek. Selepas itu kami mengambil Lebuh Ampang dalam perjalanan untuk keluar daripada Kuala Lumpur. Tengok-tengok ada pula kereta dengan nombor plet BFD 1313 di hadapan. Ah! Ini macam petanda baik bagi usaha kami suami isteri. Ini kerana BFD iaitu seperti singkatan untuk Bona Fida. Nombor 1313 pula adalah 4 nombor terakhir telefon rumah kami. Kami sukakan ia kerana mengandungi nombor 131 juga 313. Ada pun 131 bagi kami melambangkan home sweet home atau rumahku syurgaku, 313 adalah nombor perjuangan untuk memartabatkan Islam.


Seolah-olah juga perbincangan kami bersama Hamza yang lebih dikenali sebagai Seri Maulid di Internet kerana sudah cukup terkenal dengan tanjak-tanjak hasil karangan tangannya mendapat restu. Ada pun beliau sudah bersetuju untuk membekalkan tanjak-tanjak tertentu bagi dipasarkan dan dipromosikan atas nama Bona Fida. Ini dibuat supaya kami boleh melengkapkan koleksi pakaian busana yang mahu ditawarkan kepada umum. Model perniagaan kami adalah menggabungkan pelbagai produk yang dihasilkan kawan-kawan kami, atas nama Bona Fida mengambil kesempatan atas hal kami suami isteri sudah dikenali ramai kerana suka menggayakan busana tradisional Melayu yang diatur malah ada yang dijahit sendiri oleh isteri. 

Hal ini boleh dirujuk melalui artikel-artikel berikut :-







Untuk makluman sejak penghujung 2012 kami sering hadir ke majlis-majlis ilmu, budaya dan persilatan dengan memakai busana tradisional Melayu yang kami padankan sendiri melalui kreativiti isteri. Malah beliau selalu membantu saya menjalankan kerja-kerja NGO berkaitan demi mendaulatkan Melayu dan Islam. Masuk blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) dan lihat...



Harap para pembaca sekalian boleh mendoakan kejayaan usaha terbaru kami ini ya. Bab perniagaan saya serahkan kepada isteri, saya cuma akan membantu sikit-sikit kerana tumpuan saya adalah pada kerja-kerja perjuangan juga penulisan. Tolong masuk, like dan share Face Book page Bona Fida. Tolong sebarkan ia ke merata sejagat raya. Sila klik Bona Fida page untuk masuk ke sana...


Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid dalam tempoh kurang 24 jam

Salam semua. Adapun kebiasaan saya sejak sekian lama adalah dalam bulan Ramadhan terutama pada 10 hari terakhir kita berpuasa saya mesti akan keluar mengembara sambil beriktikaf  dan bermalam daripada masjid ke masjid. Tahun ini saya cuma keluar beriktikaf pada satu malam sahaja namun sempat beriktikaf di 11 buah masjid. Ini ceritanya...


Sejak 2 minggu lepas saya sudah memikirkan ke mana mahu beriktikaf kali ini. Fikirnya sekurang-kurangnya pada malam 27 Ramadhan atau Tujuh Likur yang merupakan tarikh kelahiran saya mengikut kalendar Hijrah wajib bermalam seorang diri di sebuah masjid. Cuma disebabkan ia jatuh pada hari Sabtu malam Ahad sedangkan keesokannya kami sekeluarga harus bertolak untuk balik kampung ke Muar berhari raya, saya tidak boleh pergi terlalu jauh dari rumah kami di Rawang. Setelah difikirkan buat beberapa lama dan setelah bertanyakan pendapat isteri, Masjid Sheikh Ismail di Hulu Bernam dekat Tanjung Malim pun menjadi pilihan.

Setelah menyiapkan beberapa perkara baru keluar meninggalkan rumah tengah hari Jumaat 26 Ramadhan 1437 Hijriah bersamaan 1 Julai 2016. Kalau ikutkan rancangan asal mahu mengambil Lebuh Raya PLUS terus ke Tanjung Malim sebelum keluar melalui tol sana lalu ke masjid yang dipilih. Tetapi dua keadaan menyebabkan saya menukar laluan. Satu adalah waktu solat Jumaat sudah begitu dekat. Kedua, minyak dalam kereta tinggal sangat sedikit. Maknanya harus memilih laluan yang ada masjid boleh dicapai dalam tempoh beberapa minit. Dan laluan itu harus ada stesyen minyak selepas tidak lama meninggalkan masjid.


Ini yang membuat saya mengambil keputusan untuk ke Sungai Choh lalu bersolat Jumaat di sana. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Nurul Islamiah, Sungai Choh, Rawang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Alang-alang dah ke masjid terus niat beriktikaf lalu menunaikan solat tahiyatul masjid sebelum berehat sebentar. Daripada situ boleh mengambil jalan lama Kuala Lumpur-Ipoh untuk ke Tanjung Malim.


Laluan membawa ke pekan Serendah. Ketika sampai orang baru sahaja selesai bersolat Jumaat.


Saya masuk untuk beriktikaf sebentar. Lihat artikel lama Masjid (Mosque of) Nurul Iman, Serendah, Selangor.


Selepas mengisi minyak di stesyen berdekatan perjalanan diteruskan ke persimpangan Batang Kali.


Masuk sebentar pekan kecilnya di persimpangan.


Kemudian singgah beriktikaf di masjid utama situ. Lihat artikel lama Masjid (Mosque of) As-Sajidin, Batang Kali.





Selepas Batang Kali kita boleh sampai ke Rasa. Di sana ada sebuah masjid yang katanya didirikan oleh para pengikut Tariqat Naqsyabandiah Khalidiyah.


Saya pun beriktikaf malah berehat tidur hingga hampir waktu Asar. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Khalidiah, Rasa waktu siang (during daytime).


Ke hadapan sedikit ada simpang ke Kuala Kubu Baharu mengikut kawasan Ampang Pecah. Ini dah keluar sedikit daripada laluan KL-Ipoh tapi saya suka ke Ampang Pecah dan Kuala Kubu lalu mengambil simpang.


Singgah sebentar melihat keindahan Sungai Selangor di tepian jalan. Lihat artikel Selangor river before Ampang Pecah di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


 Hampir ke Ampang Pecah terdapat kawasan perumahan bernama Taman Tanjak.


Singgah di masjid lama Ampang Pecah yang merupakan salah satu masjid paling suka saya singgahi,


Isteri ada mencadangkan agar bermalam Tujuh Likur di sini. Tetapi saya pernah tidur di masjid tersebut beberapa kali. Maka cukuplah setakat beriktikaf sahaja kali ini. Sempat bersolat jemaah Asar. Lihat artikel lama Masjid (mosque of) Ampang Pecah.


Selepas itu pusing-pusing di pekan Kuala Kubu Baharu. Pekan ini sentiasa memberikan rasa enak dan ketenangan buat saya.


Dah alang-alang masuk pekan saya pun singgah ke masjid jamek sana. Lihat artikel lama Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Kubu Baru.


Ia merupakan masjid ke-6 beriktikaf dalam perjalanan ini. Sejak singgah di masjid Rasa yang merupakan ke-4 saya menyimpan niat harus beriktikaf di sekurang-kurangnya 7 buah masjid sebelum sampai di Tanjung Malim lalu berbuka puasa di sana.


Ternyata ada dugaan dan cabaran muncul selepas keluar meninggalkan Kuala Kubu. Masuk aje kembali ke jalan utama lama KL-Ipoh trafik tersangkut tidak bergerak langsung. Ketika itu sudah sekitar jam 5.40. Masih ada 21 km untuk ke Tanjung Malim sedangkan saya perlu mendapatkan satu lagi masjid sebelum matahari terbenam, baru dapat merasa senang.


Rupa-rupanya ada kemalangan teruk di hadapan. Dapat dilihat 2 kenderaan bomba sedang melakukan kerja-kerja membersihkan jalan juga kehadiran beberapa kenderaan sokongan lebih kecil termasuk jeep dan kereta polis. Selepas jam 6 baru dapat keluar dari kawasan.


Sampai ke Kerling saya menuju dahulu ke makam seorang tokoh pejuang terkenal dalam melawan penjajahan Inggeris. Lihat Rupa baru (New look of) makam (tomb of) Saiyid Mashor.


Selepas itu baru terjumpa masjid Kerling yang terletak ke utara sedikit. Lihat Masjid (Mosque of) al-Ubudiah, Kerling. Kelihatan pemandangan dari perkarangan masjid ke arah Banjaran Titiwangsa.


Persinggahan di Kerling memberikan kelegaan amat sangat kerana sudah dapat melengkapkan niat untuk beriktikaf di 7 buah masjid sebelum sampai ke Tanjung Malim. Namun masih ada sejumlah jarak perlu diliputi sebelum sampai lalu berbuka puasa. Saya pun memanjangkan niat untuk beriktikaf di sebanyak mana masjid yang boleh dalam perjalanan...


Masuk di pekan kecil Kalumpang beberapa kilometer sahaja dari Tanjung Malim ada sebuah masjid. Saya pun singgah beriktikaf sebentar. Yang penting cukup syarat. Lihat Masjid (Mosque of) at-Taqwa, Kalumpang.


Ternyata tidak ada lagi masjid selepas itu di laluan KL-Ipoh kecuali surau-surau. Saya sampai di masjid utama Tanjung Malim sekitar jam 7.15 petang. Lihat artikel lama Masjid (mosque of) Tanjung Malim.

Nota : Sebetulnya rupa bahagian dalam masjid dah banyak berubah berbanding apa yang terpapar dalam artikel yang dipautkan, artikel tahun 2007. Sepatutnya saya membuat satu artikel untuk menunjukkan keadaan baru, Tetapi tak terfikir pula ketika berjalan lalu tidak mengambil cukup gambar.


Apapun sempat mandi dan berehat sebelum berbuka puasa.


Selepas solat Maghrib saya berjalan kaki pusing keliling pekan Tanjung Malim kemudian solat Isyak dan Tarawikh.


Beginilah pakaian saya sepanjang hari.


Sekitar jam 10.15 malam baru meninggalkan Tanjung Malim dan masjidnya. Untuk pengetahuan pekan ini terletak di dalam negeri Perak. Seberang sahaja Sungai Bernam yang terletak berdekatan masuk kembali ke negeri Selangor.


Baru ke masjid yang telah diniatkan sebagai tempat untuk bermalam Tujuh Likur. Lihat artikel lama Masjid Sheikh Ismail di Ulu Bernam (The mosque of Sheikh Ismail in Ulu Bernam). Lupa pula nak sebut, masuk aje Maghrib dah 27 Ramadhan.


Saya sempat bersolat tahiyatul masjid dan bertafakur sebentar di dalam dewan sebelum mengatur tempat tidur di serambi masjid. Tak dapat tidur dalam kerana penjaga perlu mengunci masjid. Katanya dah ada beberapa kes orang mabuk daripada kedai minum berdekatan juga para penagih dadah masuk mencuri barang dan/atau membuat kacau.


Tak mengapa. Yang penting dapat melaksanakan niat untuk bermalam di masjid ini sehingga dapat bersama solat Subuh berjemaah.


Selepas itu timbul rasa untuk meneruskan perjalanan ke selatan kembali ke rumah melalui Lebuh Raya PLUS. Singgah dahulu di masjid ini yang terletak 2-3 km sebelum tol. Lihat artikel lama Masjid jamek (Main mosque of) Ar-Rahman, Hulu Bernam....


Iktikaf sebentar sambil mendengar ceramah selepas Subuh.


Selepas jam 7 saya pun masuk ke lebuh raya. Cukuplah dapat beriktikaf di 11 buah masjid dan bermalam di salah sebuah walaupun keluar tak sampai 24 jam.