Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, July 01, 2019

Perhimpunan dan sambutan raya keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang tahun 2019

Salam petang Isnin 27 Syawal. Tiga hari lagi bulan raya ini akan meninggalkan kita apabila tarikh 1 Zulkaedah dijadualkan masuk hari Khamis. Ramai orang termasuk saya dan keluarga mengambil peluang beraya sakan pada hujung minggu terakhir bulan Syawal ini iaitu pada hari Sabtu lalu 25 Syawal dan Ahad semalam 26 Syawal. Daripada sekian banyak majlis raya dan rumah terbuka yang dihadiri dalam tempoh waktu itu biar dikongsikan satu untuk cerita...


Pagi Sabtu yang tarikh 'Omputihnya' adalah 29 Jun 2019 kami bergegas ke Selayang untuk satu majlis keluarga.


Lokasi adalah di masjid Taman Seri Melati. Majlis yang dimaksudkan telah dilaksanakan dua kali sebelum ini. Lihat artikel Majlis perjumpaan keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang diikuti Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018.


Ia dibuat atas nama waris (keturunan) Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Ini merujuk kepada moyang kami  beberapa generasi ke atas yang memegang jawatan laksamana di Perak sekitar tahun 1870.


Moyang tersebut dibuang negeri ke Pulau Seychelles di perairan timur Afrika tahun 1877 akibat dikatakan terlibat dalam pembunuhan residen pertama British ke Perak, iaitu J.W.W. Birch pada tahun 1875. 


Turut dibuang ke pulau sama adalah Sultan Perak ketika itu Sultan Abdullah juga Menteri Ngah Ibrahim dan Syahbanda Uda Ma'amor. Dalam salasilah rasmi Laksamana dan Sultan adalah saudara tiga pupu belah perempuan. Namun ada salasilah tidak rasmi menunjukkan hubungan mereka lebih rapat iaitu sepupu belah laki-laki.


Ngah Ibrahim dan Uda Ma'amor pula adalah menantu Mat Amin. Maka rata-rata anak cucu mereka (yang bukan daripada isteri-isteri lain) adalah keturunan Laksamana.


Saya mengambil peluang untuk mempamerkan juga menjual buku-buku saya. Ini termasuk buku ke-13, "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995" yang baru keluar dari kilang cetak pagi Selasa 25 Jun iaitu 6 hari lalu.


Kembali kepada hal perhimpunan keluarga. Kalau hendak dikumpulkan kesemuanya ada beribu orang. Buat masa ini yang dapat dikumpulkan rata-rata adalah daripada cabang moyang saya (bapa kepada datuk), Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin.


Itupun tidak semua dapat dikumpulkan. Namun jumlah yang datang ketara meningkat berbanding perhimpunan dan sambutan raya terdahulu tahun 2017 dan 2018.


Selepas beberapa lama mundar mandir makan minum di belakang dewan hadirin diminta ke hadapan lalu majlis secara rasmi dimulakan dengan doa selamat dan penerangan...


Diadakan sesi perkenalan di mana wakil daripada setiap keluarga memperkenalkan diri lalu bercerita tentang ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga masing-masing serta bagaimana mereka terkait dengan keluarga besar membawa kepada Mat Amin.








Diadakan juga taklimat tentang pusaka keluarga yang mana selama ini belah Arshad bin Mat Amin malah beberapa cabang keluarga adik beradik Arshad diketepikan oleh beberapa cabang lain. Walhal Arshad adalah anak lelaki sulung Mat Amin...





Tentang hal ini tidak perlu dipanjangkan. Cukuplah disebut ia melibatkan harta berupa tanah di kedudukan strategik sekitar Masjid Haram bernilai berbillion RM. Dipercayai ada lain-lain harta di Sarawak dan Singapura selain di Perak. 


Bergambar beramai-ramai jam 1 tengah hari. Ketika ini ada saudara mara sudah meninggalkan acara kerana ada komitmen lain.



Saya kira ada 118 orang dalam gambar ini. Kalau dicampur mereka yang sudah beredar harus ada lebih 130 orang...


Generasi ke-4 keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Mereka pangkat bapa dan ibu saudara saya. Ibu bapa saya sendiri yang menetap di Muar tidak dapat datang kerana seorang adik saya mengadakan majlis qiqah di rumahnya di Melaka. 


Generasi ke-5 keturunan Mat Amin. Ini termasuk saya juga pasangan masing-masing.


Generasi ke-6... pangkat anak kepada saya...


Ini baru 3 lapis generasi dapat dikumpulkan dan rata-rata daripada cabang Muhammad Wahi (bapa kepada bapa kepada bapa saya) bin Muhammad Arshad bin Muhammad Amin. Itupun tak lengkap. Baru separuh dapat bersama dalam majlis ini. 

Sebetulnya masih ada 2-3 orang ahli generasi ke-3 iaitu pangkat datuk saya tidak dapat bersama akibat uzur lalu duduk sahaja di rumah. Malah masih wujud generasi ke-2 iaitu  cucu kepada Mat Amin daripada zuriat isteri muda. Untuk makluman beliau memiliki 5 orang isteri. Ada jarak umur yang amat jauh antara anak paling tua (harus lahir sekitar tahun 1850an - 1860an) dengan anak paling bongsu daripada isteri bongsu (harus lahir tahun 1909 iaitu tahun meninggal beliau atau sebelum). 

Kalau tak salah penyandang jawatan laksamana sekarang berumur sekitar 73 tahun tetapi adalah berpangkat moyang kepada saya kerana merupakan cucu kepada Mat Amin. Yang pasti beliau lebih mudah daripada bapa saya yang berumur 77 tahun. Yang pangkat sepupu dua pupu tiga pupu dengan saya pula ada yang sudah berumur lebih 60 tahun. Rasanya yang 70 tahun ada. Yang pasti mereka sudah bercucu dan cucu mereka membentuk generasi ke-7 keturunan Laksamana Muhammad Amin. Oleh itu ada 6 lapisan keturunan masih hidup iaitu daripada generasi ke-2 hingga ke-7. Cukup perkongsian tentang majlis.