Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, May 20, 2007

Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh"

Saudara Iedet dengan siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Psstttt (berbisik le konon...) Gitar di sebelah itu adalah gitar yang baru saya beli hari Sabtu. Cantik tak? (Peehhhh... Bangganya, hehe! Terasa nostalgia zaman bermain kugiran dengan kawan-kawan tahun 80an)


Hmm... Biarlah saya bercakap straight to the point. Sukacita dimaklumkan bahawa Central Market atau Pasar Seni adalah tempat terbaru atau PREMIS KETIGA DI MALAYSIA yang menerima lalu ada menjual buku terbaru saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II. Premis pertama adalah kedai Khazanah Fataniyah di kawasan Chow Kit diikuti pusat rawatan kecantikan dan kesihatan Seri Harum @ Aroma Kasturi di Bandar Tasik Selatan. Turut dijual bersama adalah buku pertama "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I.

Sesiapa yang ingin mendapatkan buku BKA I mahupun BKA II boleh pergi ke kawasan ruangan pelukis yang terletak di bangunan kedua Pasar Seni iaitu berhadapan pintu masuk utara bangunan utama... Cari ruang lukis kelolaan sahabat baik saya saudara Iedet (hamba Allah berambut panjang dalam gambar di atas). Sila lihat gambar-gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran akan kedudukan sebenar ruang ini.



Gambar diambil daripada seberang Jalan Kasturi. Bangunan tinggi di belakang adalah bangunan Bank Pertanian. Teringat suatu masa dahulu ketika bapa saya bekerja di bangunan itu... Hinggakan apabila orang bertanya bapa kerja apa, saya jawab: Abah kerja sebagai pegawai pertanian. Padahal dia adalah seorang pegawai Kementerian Pelajaran... Dahulu, kementerian ini berpusat di situ.


Gambar diambil lebih dekat. Nampak tak seorang pelukis sedang membuat kerja? Itu di hadapan ruang lukisan kelolaan saudara Iedet le tu...


Yang ni dah kira nampak terang le... Susah-susah, tanya le tempat Iedet kat mana. Insyaallah semua orang kat situ kenal. Kemudian cakap le nak beli buku BKA, hehe! Rasanya tak le susah nak cari kan?

Oh... Tergerak pula untuk menceritakan sejarah lama saya mengenali Pasar Seni seterusnya bagaimana saya boleh jadi "kamceng" dengan saudara Iedet...

Adapun 20 tahun lalu, sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, saya selalu ke sana untuk menenangkan fikiran selain melihat pelbagai aktiviti seni yang menarik. Ketika itu, pertengahan tahun 80an, selalu diadakan aktiviti deklamasi sajak oleh para penyajak jalanan yang terkenal seperti Pyan Habib dan anggota kumpulan Kopratasa. Tetapi saya mula rajin mengenali warga Pasar Seni pada penghujung 80an terutama selepas dibuang kolej akibat berbagai masalah disiplin... Maklumlah, budak tengah 'naik', macam-macam perangai buruk dah buat...

Dalam tempoh itu, saya pernah bekerja sebagai audit assistant di sebuah syarikat akauntan di Jalan Raja Chulan, selalu berjalan kaki lalu di kawasan lapang di tepian Pasar Seni ketika pergi dan kembali kerja. Maka itu saya selalu meluangkan masa memerhatikan gelagat para pengunjung, lebih menarik lagi bergaul dengan masyarakat buskers atau pemuzik jalanan terutama saudara Yem yang selalu bermain gitar dengan memakai topi koboi juga kenalan-kenalan lain (sekarang ramai dah hilang, entah apa le cerita)... Sampai saya jadi leka bergaul dengan mereka sehingga mula ponteng kerja malah ada masanya saya tidak kembali ke rumah langsung kerana mengikut mereka bermain muzik di jalanan sehingga di gerai-gerai makan di Jalan Tun Sambanthan.

Penglibatan saya dengan insan seni Pasar Seni menjadi semakin rapat hinggakan apabila pihak RTM menjemput wakil daripada pihak mereka untuk muncul dalam kaca TV demi memeriahkan sambutan satu acara (dah lupa apa acaranya, rasanya hari penyiaran ke apa), kawan-kawan ini mengajak saya bermain gitar mengiringi mereka menyanyikan satu lagu pendek. Maka pada tahun 1989 (atau 1990? Lupa tahun sebenar), itulah kali pertama saya merasa muncul di kaca TV, kononnya sebagai seorang insan seni, hehe!

Pada tahun 1991, saya diterima menyambung kembali pengajian di sebuah kolej lain lalu pada pertengahan tahun itu berangkat ke London untuk membuat ijazah di dalam jurusan Mathematics di University College of London. Dalam tempoh pengajian (sehingga tahun 1995 kerana terpaksa mengulang tahun dua), terputuslah hubungan saya dengan ramai kenalan di Malaysia termasuk warga Pasar Seni. Maklumlah, ketika itu saya sudah mula tenggelam dalam dunia tersendiri... Mula mencari makna hidup diri sendiri yang agak pelik menongkah arus dan ada pula niat untuk terus menetap di England atau mungkin di tempat lain di benua Eropah.

Apapun, saya kembali ke tanahair juga hampir penghujung 1995. Tahun 1996 pula saya mula bekerja sebagai wartawan di The New Straits Times dan kerja ini memerlukan saya banyak berjalan. Maka sampai masanya, saya mula tergerak untuk "bermain-main" kembali di sekitar Pasar Seni dan sampai masanya juga saya mula mengenali saudara Iedet sedangkan sejak hujung tahun 80an lagi dia sudah berada di sana tetapi saya tidak mengenalinya kerana lebih rapat dengan para pemuzik jalanan.

Yang menarik, kami saling mengenali akibat sebuah pameran piano yang diadakan di ruang legar Pasar Seni berdekatan dengan ruang pelukis (ketika itu di dalam bangunan utama). Ketika sedang berjalan-jalan di sana, saya tergerak untuk bermain sebuah piano yang dipamirkan - saya telah bermain piano sejak awal tahun 80an. Walaupun tidak memiliki alat muzik itu, saya boleh menumpang bermain di rumah saudara yang ada piano... Dan walaupun saya malas belajar muzik (pernah dipaksa di sekolah tapi saya selalu 'tuang') dan sampai sekarang tak tahu baca note, alhamdulillah, saya telah dianugerahi Allah dengan pendengaran elok yang mampu mengenal nada dengan elok (satu kebolehan yang dipanggil perfect pitch). Maka itu saya mampu meniru malah mengubah-suai hampir segala bentuk irama yang melekat di dalam kepala.

Dalam keadaan ini, ramai juga orang yang bertanya saya belajar main piano sampai gred berapa... Kerana mereka yang pernah mendengar saya bermain menyangkakan, sudah tentu saya pernah mengambil kelas muzik sehingga melepasi tahap tertentu. Jawaban saya tak, saya tak reti apa-apa kecuali apa yang terbetik di hati. Apa yang saya lakukan adalah mengaplikasikan nada, note dan chord daripada permainan gitar (kerana saya telah lebih dahulu mengenali gitar) ke piano lalu menggunakan teknik Richard Clayderman yang selalu menggunakan tangan kiri untuk bermain bass dan chord sementara tangan kanan pula untuk membuat permainan muzik solo... Cukup untuk bermain muzik pada tahap yang dapat menghiburkan orang ramai.

Kebetulan saudara Iedet meminati muzik piano tetapi tidak tahu bermain sendiri (sekarang, dia pun boleh tahan pandai). Dia terus tertarik dengan cara permainan saya lalu bermulalah satu perkenalan yang terus bertahan sampai ke hari ini. Kini, Iedet menunggu giliran untuk menerbitkan bukunya sendiri iaitu sebuah buku mengenai teknik-teknik melukis berdasarkan pengalamannya melukis poster dan berkarya untuk orang ramai lebih 20 tahun di Pasar Seni. Maka itu dia rasa seronok melihat saya berjaya menerbitkan buku kerana ia memberikan semangat tambahan untuk melaksanakan cita-citanya sendiri...

Hmm... Rasanya cukuplah saya bercerita tentang ini. Jangan lupa dapatkan buku BKA ya, tak kiralah samada melalui saudara Iedet di Pasar Seni atau di Seri Harum @ Aroma Kasturi dan Khazanah Fathaniyah. Insyaallah jika tiada aral melintang, masuk bulan depan, BKA II boleh didapati juga di gedung-gedung MPH dan Popular Bookshops seluruh Malaysia juga di toko-toko buku terpilih.

Ingat, harga BKA II sama dengan BKA I iaitu RM24.90 malah lebih padat, menarik dan lebih adventure... Elok juga dihadiahkan kepada orang tersayang juga rakan-rakan supaya menghayati perjuangan yang ingin diketengahkan. OK le... Sekian, wassalam! :]


p/s: Insyaallah, satu majlis kecil melancarkan buku "Berpetualang ke Aceh" di samping memperingati perjuangan serta hasil kerja almarhum Ustaz Wan Saghir akan diadakan 9 Jun Sabtu (3 minggu dari sekarang). Tunggu berita tentang ini nanti...


No comments: