Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Februari 28, 2008

Ambik kau... Terjemahan Hizib Bahr...

Gambar hiasan...

Subhanallah. Tadi seorang teman telah bertanya apakah saya akan membuat apa-apa posting di blogspot ini hari ini? Katanya tarikh hari ini cantik... 28 Februari 2008 bersamaan 28.2.2008... Saya jawab nanti petang karang...

Sebenarnya saya memang mahu membuat posting di sini awal pagi tadi jam 5. Bukan 1 malah 2... Sebuah posting untuk menceritakan perjalanan di Taiping setelah meninggalkan Kedah telah pun dimulakan tetapi terpaksa dibiarkan dalam bentuk draft dahulu... Tenyata saya sudah tidak larat lagi hendak menyambungnya kerana sebelum itu telah membuat 3 posting sejak selepas tengah malam... Posting-posting bertajuk Sekitar Kota Ngah Ibrahim (Around the fort of Ngah Ibrahim) dan Senjata lama di Kota Ngah Ibrahim (Old weapons at the fort of Ngah Ibrahim) di blogsot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...

Sepatutnya ia tidaklah begitu memenatkan kerana posting The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... asalnya mahu dibuat sekadar meletakkan gambar-gambar yang telah pun mengandungi banyak informasi. Sebaliknya timbul gerak yang mengalir kuat untuk meluahkan apa yang saya lihat terjadi melibatkan nasib orang Melayu setelah berlakunya Perjanjian Pangkor 1874.

Apapun, cadangnya selepas sahaja siap sahaja artikel itu, maka sebuah artikel mengenai perjalanan di Taiping yang turut akan menggulung isi posting-posting tadi akan dimuatkan di blogspot ini. Seterusnya timbul gerak untuk membuat posting tentang terjemahan Hizib Bahr yang rasanya sudah lama ditunggu ramai pembaca.

Sebaliknya petang ini, saya rasa lebih elok menyiapkan posting terjemahan itu terlebih dahulu sebelum beralih kepada posting Taiping. Tetapi jangan hairan jika sekitar sejam daripada sekarang, posting tentang Taiping itu akan muncul di bawah posting ini kerana ia sebenarnya telah dimulakan lebih awal iaitu sekitar jam 5 pagi tadi tetapi disimpan dalam bentuk draft... Oh... Tentang terjemahan Hizib Bahr di bawah... Saya ambil dan taip sendiri daripada sebuah kitab daripada Indonesia milik saya tentang Al-Imam Abu Hassan Al-Syadzili, pengasas Tariqat Syadziliah yang hidup sekitar 800 tahun lalu di Maghribi. Untuk pemahaman pembaca, saya sudah edit sedikit supaya lebih terang maknanya...

Adapun bahagian Arabnya itu saya copy and paste daripada Internet. Sebagai peringatan, bahagian Arab itu ada tambahan "Innallahu wamala ikatu yusolluna alannabi..." sedangkan Hizb Bahr sebenarnya berakhir dengan 3 kali bacaan "La haulawala..."

Untuk mendengar bacaannya, boleh klik sini. Sekarang bacalah terjemahan yang diberikan dengan tertib dan kusyuk... Nescaya anda akan nampak akan betapa "power" sebenarnya Hizib ini. Silakan... :]


Nota tambahan:

Adapun perkataan samudera di dalam terjemahan Hizib ini bukan sekadar bermaksud lautan yang mengandungi air malah bermaksud "lautan" alam-alam... Iaitu setiap alam-alam ciptaan Tuhan setiap satunya boleh diibaratkan sebagai sebuah lautan di mana terdapat makhluk-makhluk tertentu bermain-main di dalamnya...

Tentang tajuk artikel ini, "Ambik kau... Terjemahan Hizib Bahr...", maaflah jika bunyinya agak kasar. Saja suka-suka... Lagipun rasanya sangat kena dengan keadaan di mana ada yang tertunggu-tunggu terjemahan ini, ada pula pihak yang mungkin belum dapat menghayati tujuan saya sering bersengkang-mata membuat penulisan percuma di blogspot-blogspot saya lalu masuk ke dalam c-box dan sebagainya dengan gaya menerjah seolah-olah sedang berinteraksi di mana-mana forum biasa yang sering dipenuhi dengan kanak-kanak mentah lalu menimbulkan suasana kurang enak yang boleh mengganggu ketenteraman pembaca lain. Harap maklum...



بِسْمِ اللهِ الَّرحْمَنِ الرَّحْيْمِ. اَللَّهُمَّ يَاالله يَاعَلِيُّ يَاعَظِيْمُ يَاحَلِيْمُ يَاعَلِيْمُ. اَنْتَ رَبِّيْ وَعِلْمُكَ حَسْبِيْ فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّيْ وَنِعْمَ اْلحَسْبُ حَسْبِيْ تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ وَاَنْتَ اْلعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ. نَسْاَلُكَ الْعِصْمَةَ فِى الْحَرَكَاتِ وَالسَّكَنَاتِ وَالْكَلِمَاتِ وَالْاِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ.مِنَ الشُّكُوْكِ وَالظُّنُوْنِ وَاْلاَوْهَامِ السَّاتِرَةِ لِلْقُلُوْبِ عَنْ مُطَالَعَةِ الْغُيُوْبِ فَقَدِ (ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُوْنَ وَزُلْزِلُوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا)(وَاِذْ يَقُوْلُ اْلمُنَافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضُ مَا وَعَدَنَا اللهُ وَرَسُوْلُهُ اِلاَّغُرُوْرًا) فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا اْلبَحْرَ كَمَا سَخَّرْتَ اْلبَحْرَ لمُوْسَى وَسَخَّرْتَ النَّارَ ِلاِبْرَاهِيْمَ وَسَخَّرْتَ اْلجِبَالَ وَاْلحَدِيْدَ لِدَاوُدَ وَسَخَّرْتَ الرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ وَاْلجِنَّ لِسُلَيْمَانَ وَسَخِّرْلَنَا كُلَ بَحْرٍهُوَ لَكَ فِى اْلاَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَاْلمُلْكِ وَ اْلمَلَكُوْتِ وَبَحْرَ الدُّنْبَا وَبَحْرَ اْلاخِرَةِ وَسَخِرْلَنَا كُلََّ شَيْءٍ. يَامَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوْتُ كُلُّ شَيْءٍ (كهيعص)(ثَلاَثًا) اُنْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ اْلغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ اْلقَوْمِ الظَّاِلمِيْنَ وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيْبَةً كَمَا هِيَ فِى عِلْمِكَ وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَزَاِئنِ رَحْمَتِكَ وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ اْلكَرَا مَةِ مَعَ السَّلاَمَةِ وَ الْعَافِيَةِ فِي الدِّ يْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا اُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَاَبْدَانِنَا وَالسَّلاَمَةِ وَاْلعَافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَخَلِيْفَةً فِى اَهْلِنَا, وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ اَعْدَائِنَا وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اْلمُضِيَّ وَلاَاْلمجَِيْ ءَ اِلَيْنَا (وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى اَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَانَّى يُبْصِرُوْنَ* وَلَوْنَشَآءُ لمََسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَااسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَيَرْجِعُوْنَ (يس وَاْلقُرْآنِ الْحَكِيْمِ* اِنَكَ لَمِنَ اْلمُرْسَلِيْنَ* عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ* تَنْزِيْلَ اْلعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ* لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا اُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ* لَقَدْحَقَّ اْلقَوْلُ عَلَى اَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَيُؤْمِنُوْنَ* اِنَاجَعَلْنَا فِى اَعْنَاقِهِمْ اَغْلاَلاً فِهَيَ اِلَى اْلاَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ* وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنَهُمْ فَهُمْ لاَيُبْصِرُوْنَ* شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ(ثَلاَثًا) وَعَنَتِ اْلوُجُوْهُ لِلْحَيِّ اْلقَيُّوْمِ. وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا(طس)(حم. عسق)(مَرَجَ اْلبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ* بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَيَبْغِيَانِ)(حم)(سَبْعًا) حُمَّ اْلاَمْرُ وَجَاءَ النَّصْرَ, فَعَلَيْنَا لاَ يُنْصَرُوْنَ (حم* تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللهِ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ* غَافِرِالذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ذِى الطَّوْلِ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ. اِلَيْهِ الْمَصِيْرُ)(بِسْمِ اللهِ)باَبُنَا(تَبَارَكَ) حِيْطَانُنَا(يَس) سَقْفُنَا(كَهَيَعَصَ) كِفَايَتُنَا(حم.عسق) حِمَايَتُنَا(فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ)سِتْرُ الْعَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَيْنُ اللهِ نَاظِرَةٌ اِلَيْنَا بِحَوْلِ اللهِ لاَيُقْدَرُ عَلَيْنَا (وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مَحْفُيْطٍ . بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ . فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ) (فاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ) (ثَلاَثًا) (اِنَّ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ . وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ) (حَسْبِيَ اللهُ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ) (ثَلاَثًا) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى اْلاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (ثَلاَثًا) وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ( اِنَّ اللهَ وَمَلآ ئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ , يَآ ايُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا) (الله لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ....)

Terjemahannya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang keras.

'Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita kecuali tipuan."'(Al Ahzab 33: 11-12)

Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x)

Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.

'Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat melihat?
Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat kembali.'

(Yasin 36: 66-67)

'Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang Rasul... Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan di antara tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.'
(Yasin 36:1-9)

Seburuknya wajah-wajah (3 x)

'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul kezaliman.'(Thaha 20:111)
Thaa Siin. Haa Miim. 'Ain, Siin, Qaaf

'Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada berlawanan'(Ar-Rahman 55: 19-20)

Haa Miim (7x)

Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.

'Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya tujuan kembali."(Al-Mukmin 40: 1-3)
Bismillah pintu bagi kami;

Tabaroka dinding perisai kami;

Yaa Siin atap menaungi kami;

Kaaf Haa Yaa 'Ain Sod pencukup keperluan kami;

Haa Miim, 'Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.

Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)

Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;

Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;

Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.

'Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia... Yang termaktub dalam Loh Mahfudz'
(Al-Buruj 85: 20-22)

'Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling penyayang.' (3x)
(Yusuf 12:64)

'Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.' (3x)
(Al-A'raf 7:196)

'Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung' (3x)
(Al-Bara'a 9:129)

Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... (3x)

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung... (3x)



29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Indahnya bait2 maksud zikir tersebut. Hati terkesuma dan terkesima ...

Entah keberapa kali aku meloloskn mata untuk membaca bait2nya..

Terasa indah dan tersusun..moga Allah hadirkan seorang "hambaNya" untuk membimbingku..AMIN!!!

Abqori berkata...

Salam kenal. Kali kedua masuk ke blog ini. Kali pertama melalui Berpetualang ke UK. Kali ini pula apabila mencari bacaan dan terjemahan Hizib Bahar dengan bahasa yang lebih fasih.

Terima kasih atas terjemahannya. Boleh tahu tajuk penuh kitab itu dan nama pengarangnya sekali. Sekadar mahu menjaga amanah ilmu.

Kiranya saudara adalah pengikut Tariqat Syazuliah jugalah ya? Boleh saya tahu samada Hushafi atau Qauquji?

Tanpa Nama berkata...

salam tuan...terima kasih atas translation hizib bahr ini.....tq

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.

Nampaknya saya terlambat menjawab komen saudara Abqori. Maaflah saya tidak menyedari kerana ia dibuat dalam artikel yang sudak termasuk dalam arkib jauh ke belakang. Cuma sekarang baru saya boleh tahu, setelah memasang Widget untuk memaparkan komen-komen terkini.

Untuk menjawab persoalan, terjemahan itu saya dapat daripada kitab himpunan doa dan hizib Imam Shazali dari Indonesia yang dibeli beberapa tahun lalu di Masjid India. Namun saya tak ingat letak di mana jadi tak dapatlah diberikan tajuk dan nama pengarangnya...

Dari segi tariqat pula, saya cuma ada mengamalkan Hizib Bahr. Tu pun dah lama tak baca. Itu sahaja...

Untuk saudara Pragas, tak jadi masalah. Translation tu saya cuma taipkan sahaja dari buku. :]

solihin berkata...

Assalamualaikum bang,...nak tanya lah, apakah yang di maksudkan dgn "Seburuknya wajah-wajah" dan ianya nya ditujukan kpd siapa ye?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Dah tentulah ditujukan pada musuh-musuh kita. Jangan ingat kita takda musuh... kalau manusia dan jin baik dengan kita pun syaitan tetap musuh yang nyata. Bukankah mereka memiliki seburuk-buruk wajah?

apai LABU berkata...

salam..leh sy tahu mengapa susunann huruf seperti Thaa Siin. yg lain saya penah dgr...sy nak bg peringatan n pendapat angar kita jgn lupa membaca auzubilah smpi hbs sebelum mengamalnya...terima kasih

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Susunan huruf seperti ini dipanggil Ayat Muqatta'at dalam Al-Quran. Rasanya saudara mesti pernah dengar perkataan ini.

Ya, kita biasa dengan kombinasi seperti Alif Lam Mim, Alif Lam Mir Ra, Tha Ha dan sebagainya. Mungkin kita tak bisa dengar Tha Sin.

Nasihat saya, kalau kita tak biasa dengar jangan pula kata benda tu takda dan salah. Yang salah bukan Hizb kerana pengarangnya Waliyullah Abu Hassan Shadzili bukan sebarang orang. Siapalah kita dengan ilmu secoet hendak membuat analisa 'terpelajar' konon terhadap amalan seorang anak cucu Rasulullah SAW yang telah diikuti orang zaman berzaman.

Ini saya letakkan himpunan Ayat-ayat Muqatta'at yang ada dalam Quran. Pembaca boleh cross-check...

1. Surah 2, Al-Baqarah: ʾAlif Lām Mīm
2. Surah 3, Āl-Imran: ʾAlif Lām Mīm
3. Surah 7, Al-Aʿarāf: ʾAlif Lām Mīm Ṣād
4. Surah 10, Yunus: ʾAlif Lām Rāʾ
5. Surah 11, Hud: ʾAlif Lām Rāʾ
6. Surah 12, Yusuf: ʾAlif Lām Rāʾ
7. Surah 13, Raʿd: ʾAlif Lām Mīm Rāʾ
8. Surah 14, Ibrahim: ʾAlif Lām Rāʾ
9. Surah 15, Ḥijr: ʾAlif Lām Rāʾ
10. Surah 19, Maryam: Kāf Hāʾ Yāʾ ʿAin Ṣād
11. Surah 20, Ṭāʾ-Hāʾ: Ṭāʾ Hāʾ
12. Surah 26, As-Syu’araak: Ṭāʾ Sīn Mīm
13. Surah 27, An-Naml: Ṭāʾ Sīn
14. Surah 28, Al-Qaṣaṣ: Ṭāʾ Sīn Mīm
15. Surah 29, Al-Ankabut: ʾAlif Lām Mīm
16. Surah 30, Ar-Rum: ʾAlif Lām Mīm
17. Surah 31, Luqmān: ʾAlif Lām Mīm
18. Surah 32, As-Sajadah: ʾAlif Lām Mīm
19. Surah 36, Yāʾ-Sīn: Yāʾ Sīn
20. Surah 38, Ṣād: Ṣād
21. Surah 40, Al-Mukmin: Ḥāʾ Mīm
22. Surah 41, Fuṣṣilat: Ḥāʾ Mīm
23. Surah 42, Al-Shūrā: Ḥāʾ Mīm; ʿAin Sīn Qāf
24. Surah 43, Az-Zukhruf: Ḥāʾ Mīm
25. Surah 44, Ad-Dukhan: Ḥāʾ Mīm
26. Surah 45, Al-Jaatsiyah: Ḥāʾ Mīm
27. Surah 46, Al-Ahqaaf: Ḥāʾ Mīm
28. Surah 50, Qāf: Qāf
29. Surah 68, Al-Qalam: Nūn

solihin berkata...

Assalamualaikum...dah lama sy cari blog abg kembali...akhirnya jumpe juga n terjawab pertanyaan sy selama ini...tq sy ada add abg di facebook...jgn lupe acep ye...tq

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. OK. Nanti saya tengok.

Tanpa Nama berkata...

Akum tuan:

Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x),akulah harimau Allah yang tiada berlawan......

terima kasih...Razilan Bin Salleh.

Germ Maya berkata...

Assalamu'alaikum

Saya ingin bertanya apakah tujuan sebenar bacaan Hizb ini? Adakah untuk amalan atau sekadar bacaan biasa? Kalau dibenarkan untuk beramal, bolehkah saya mengamalkannya atau perlukan saya meminta izin seseorang terlebih dahulu? Apakah ada syarat2 tertentu jika hendak mengamalkannya?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tujuan sebenar adalah untuk merapatkan diri kepada Allah. Kalau nak amalkan silakan. Syaratnya seeloknya berwudhuk, bulatkan tekad pada menghampiri Allah sambil memperbaiki diri dan menghilangkan sifat2 buruk.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Radzi Sapiee berkata...

Ini adalah daripada Sheikh Abu Hassan Al-Shadzili, pengasas Tariqat Shadziliah yang bermastautin di utara Afrika. Beliau adalah seorang keturunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hassan. Cuba Google tentang beliau juga Hizab Bahr (kadangkala dieja Bahar) untuk maklumat lanjut.

Radzi Sapiee berkata...

OK. Tadi satu baru jumpa satu artikel yang bagus tentang Hizb Bahr juga Sheikh Abu Hassan sendiri. Masuk sini...

http://www.rawatanislam2u.com/2010/11/hizib-bahar-punca-jin-pendamping.html

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
terima kasih tuan di atas paparan ini.
-rusli bin maharam-

صلح الدين ن berkata...

Alhamdulillah,

sangat meyakinkan.

nak beritahu lnk kat atas dah kene remove (Recitation-of-Hizb-al-Bahr)

boleh ganti yang ini kot : [http://www[youtube[com/watch?v=mKAKze7GoaE

wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Terima kasih. Saya dah gunakan link baru ni...

Syafie berkata...

alhamdulillah..perkongsian yang berguna serta menarik..selama ini hanya dengar nama hizib bahr sahaja tanpa tahu bacaannya

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, abg syafie..

Kalau tak silap saya Syeikh Abu Hassan Syazaly ni merupakan salah seorang daripada 5 anak murid yg disayangi oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dimana Syeikh Abdul Qadir telah menugaskan Syeikh Abu Hassan Syazaly untuk pergi ker Magribi kalau tak silap saya. kemudian ada juga anak murid Syeikh Abdul Qadir ini telah ditugaskan ke tanah melayu kalau tak silap saya Syeikh ini datang ke negeri kedah dan menjadi guru utama kepada sultan kedah. maqam syeikh ini difahamkan ada di atas gunung jerai. wallahualam.

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan. Mohon cek ejaan ayat alquran. Saya nampak ada spt kesilapan pada perkataan محيط bukannya مفحيط

CikguRos2020 berkata...

Qobiltu ya akhie

Tubuhsatu berkata...

Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Lemal-Kelantan. tolong mesej tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

Md tahzir berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih. Mohon izin copy

Taman2Syurga berkata...

الحمد لله

Unknown berkata...

Qobiltu

Tanpa Nama berkata...

JAZAKALLAH

Tanpa Nama berkata...

mohon doa untuk yg sedang usaha untuk hafal dan amal