Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, November 12, 2010

Lawatan tak dijangka ke Brunei - Ke Labuan dan makam Syarif Kedah

Alhamdulillah. Tepat seminggu lalu, pada pagi Jumaat juga saya, isteri dan anak sedang mengorak langkah untuk ke Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak. Walaupun kami menghadapi sedikit kesukaran ketika meredah selut dan lumpur untuk ke kawasan utama beting di tengah kuala, kami tetap mendapat pertolongan Allah. Ada perkara yang tidak diceritakan dalam artikel Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah, misalnya air sedang pasang kembali surut untuk memberi peluang dan masa saya menyelesaikan sesuatu. Sebaliknya saya lebih banyak menceritakan kesukaran penat-lelah lalu ini dijadikan alasan oleh pihak yang dengki lagi irihati untuk memperkecilkan usaha kami seraya membuat tuduhan yang bukan-bukan.

Mungkin pihak tersebut mahu cerita-cerita pelik berunsur mistik seperti kedengaran laungan "Daulat Tuanku" 3 kali berkumandang di udara tetapi entah dari mana atau muncul buaya putih, tak pun keris warisan dari tengah beting. Atau mereka mahu ada jin besar muncul datang memberikan mahkota atau kami anak beranak masuk menyelam ke Tasik Pawa Janggi melawan jin kepala tujuh. Kalau begitu lebih elok cari di Internet kisah-kisah orang seperti Noor Jan yang mengaku Sultan Melaka juga pihak-pihak lain yang ingin menuntut takhta. Di ruang forum yang melata di dunia Internet juga ada banyak cerita hebat-hebat tentang perubatan dan persilatan ghaib yang melangkaui tahap Gaban. Jadi jangan buang masa lagi menjengok mana-mana blogspots saya yang lebih banyak menceritakan kelemahan manusia sebagai hamba demi mencari kefahaman tentang alam dan Pencipta.

Apapun pagi Jumaat ini saya lebih santai berehat di rumah. Itupun Insyaallah akan ada aktiviti lain yang tidak kurang menarik dibuat dalam masa terdekat. Sementara ada masa di rumah biar diteruskan penceritaan tentang perjalanan ke Brunei yang dibuat sebelum bulan Ramadhan. Bersambung dari Lawatan tak dijangka ke Brunei - Kota Batu, Sultan Bolkiah dan Pulau Chermin.


Dalam artikel Brunei sebelum ini telah disebut kami telah ke jeti di pekan kecil Muara. Sebenarnya kami mahu ke Pulau Labuan dengan menaiki feri. Sebuah artikel sokongan menunjukkan pemandangan sekitar jeti telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 9 hari lalu tapi saya terlupa meletakkan link di artikel Brunei itu. Jadi biar diletakkan di sini... Views from the jetty at Muara.


Sampai masanya berlepaslah kami ke sana. Lihat The trip to Labuan.


Setelah satu jam setengah terperuk dalam feri kami pun sampai ke Labuan.


Al-Rasyid pula lentuk habis!


Inilah bandar Labuan dilihat dari luar terminal feri.


Alhamdulillah sahabat kami yang lebih selesa dikenali sebagai Nur Qaf sedia membawa kami ke sana ke mari.


Sahabat kami ini juga menyediakan bilik hotel untuk menginap. Macam tau-tau je saya suka nombor yang simetrikal lagi cantik. Hmm... kena tengok sat apa dia artikel ke 303 di blogspot ini. Mungkin ada kena-mengena.

Hmm. Dekat 15 minit juga saya harus menyemak koleksi artikel lama sebelum dapat menemui dengan tepat manakah artikel ke 303. Itulah masalahnya bila tidak ditanda, tidak dinyatakan dalam artikel ia yang ke berapa. Perkiraan harus dibuat secara manual kemudian disemak kembali beberapa kali sambil dibuat perbandingan dengan artikel yang telah ditanda misalnya artikel ke 313 (Apa ada di Gunung Stong?).

Ini bukanlah senang kerana dicampur artikel terbaru ini sudah ada 768 kesemuanya di blogspot ini, campur artikel lain yang dibuat hari ini sudah ada 1821 di ketiga-tiga blogspots saya! Apapun, artikel ke 303 di blogspot ini ialah Fahamilah erti sebuah perjuangan! Pada yang tak faham, jangan ganggu saya lagi... Tolong le! Tolong 'belah' dari sini!!!. Nampaknya masih relevan juga. Apalagi ia turut dibuat hari Jumaat tapi lebih 2 tahun lalu. Kena sangatlah dengan saranan yang dibuat pada pembukaan artikel terbaru ini... :]


Hmm. Terasa nak tengok pulak di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Artikel ke 303 ialah Of orchids and old college memories... dan Masjid (Mosque of) Sungai Durian, Serkat, Pontian, Alhamdulillah senang sikit cari sebab bertanda. Artikel pertama tu bila dibaca ada jugak relevan dengan keadaan sekarang, yang kedua tu tak tahu le. Apa pula kena-mengena masjid di Pontian dengan cerita di Labuan?

Aduh! Terlebih melalut pulak dah pasal nombor 303 ni. Selepas menyegarkan diri di hotel kami turun untuk minum petang di satu kawasan berdekatan jeti atau terminal feri. Gambar di atas harus memberikan petunjuk akan misi seterusnya. Atas permintaan saudari Nur Qaf yang tidak mahu mukanya dikenali biar diletakkan spek ajaib dari alam ghaib, hehe!


Ternyata spek itu ada gunanya. Dengan kuasa ghaib yang disalurkan dari peterana warni-warni di atas 7 petala langit, ia dapat digunakan untuk mencari destinasi.


Perjalanan dibuat melepasi sebuah kampung atas air...


Sampai ke satu tanah perkuburan Islam baru kami berhenti.


Spek ghaib mendapat gelombang arahan dari pusat alam bunian sedunia di tepian Tasik Pawa (atau Pauh) Janggi. Kelihatanlah tempat yang hendak dituju di satu sudut. Tiba-tiba kedengaran laungan berkumandang "Daulat Tuanku!" sebanyak 3 kali. Muncul pedang kerajaan, cokmar, lembing dengan mata keris bedut dibawa oleh jin kepala 89 (campur kepala lutut dan kepala hangguk kau). Acah je, hehe! (Syok jugak merapu, terasa macam orang ada daulat... :])


Apapun Alhamdulillah. Sampailah kami ke makam seorang ulamak bertaraf wali yang dikenali sebagai Syarif Kedah. Siapakah beliau? Biar dicopy and paste isi dari blogspot tentang satu watak yang dipanggil Daeng Saring (boleh klik sini...). Gambar sekitar makam pula ada di artikel Makam (Tomb of) Syarif Kedah.



Tengku Kedah

Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku Said Muhammad Shahbuddin (Tengku Kedah).

Lahir dan dibesarkan di Mekah, berhijrah ke Kedah dan W.P.Labuan pada tahun 1896M (1313H/1314H). Beliau adalah seorang pedagang dan pendakwah.

Sebelum menetap di W.P.Labuan, beliau pernah menetap selama dua (2) tahun di Kuching, Sarawak.

Meninggal dunia pada tahun 1943M (1361H/1362H/1363H) ketika berusia 116 tahun di Kg. Ranca-Ranca W.P.Labuan.

Tengku Kedah atau lebih dikenali dengan nama 'Tuanku' ataupun 'Syarif Kedah' adalah salah seorang yang amat dikenali terutama bagi masyarakat lama di sekitar W.P.Labuan dan kawasan berdekatannya. Beliau merupakan salah seorang penyebar agama islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Tidak banyak maklumat berfakta yang diketahui tentang beliau selain daripada cerita-cerita lisan daripada orang-orang yang pernah mengenali beliau.

Sebab musabab kepada gelaran 'Tengku Kedah / Syarif Kedah' juga tidak dapat dipastikan puncanya. Berkemungkinan Kedah adalah tempat pertama beliau jejaki di rantau ini sebelum berhijrah ke W.P. Labuan menyebabkan masyarakat setempat mengelarnya Syarif dari Kedah ataupun ringkasnya 'Syarif Kedah', ataupun berkemungkinan juga ada di antara golongan orang lama di Kedah sendiri yang mengenali ataupun mengetahui akan sejarah beliau yang mungkin dapat menjelaskan akan biodata lanjut Syarif Kedah itu sendiri.

Status Tengku Kedah ini juga, samada mempunyai keluarga atau tidak selama beliau berada di kepulauan Borneo ini juga tidak dapat dipastikan, ada juga khabar angin menyatakan beliau mempunyai anak angkat, tidak tau sejauh mana kebenarannya.


Kami kembali ke hotel waktu Maghrib.




Malam itu Nur Qaf datang bersama kakaknya lalu membawa kami keluar untuk makan besar. Tak perlulah dihuraikan atau diletakkan gambar. Biar diletak peta ringkas Pulau Labuan yang dilihat di lobi hotel.




Ini pula adalah peta bandar Labuan. Artikel akan datang bakal melibatkan satu pusingan pulau. Melalui Google Earth saya mendapati pulau ini panjangnya lebih 16 km dan lebar hampir 10 km. Pusingan pulau pula memakan jarak lebih 50 km.

Oh... biar diberitahu lebih awal, kami pusing pulau sekadar menaiki kereta sahaja. Oleh kerana kami cuma orang biasa, kami tidak dapat memanggil naga mahupun buaya putih atau harimau kaki untut untuk dijadikan kenderaan. Kami juga tidak mampu berjalan atas air atau meniti atas selut dan lumpur tanpa tenggelam ke dalam. Jadi untuk mereka yang mahu mencari cerita-cerita ajaib atau merasakan diri mereka berdaulat lagi layak memegang hak, pergilah main jauh-jauh.

Saya cadangkan agar anda bercanda di lubuk terdalam Tasik Pauh Janggi, pusat kerajaan bawah tanah Bumi Dipa takpun di istana kayangan yang terletak 30 km di atas Bermuda Triangle. Anda juga disarankan menerawang dengan meninggalkan tubuh kasar masuk ke Bukit Qaf (takda kena-mengena dengan Nur Qaf ya!). Tapi pada saya le, ilmu terbaik adalah belajar meringankan badan agar boleh melintasi Siratul Mustaqim. Kalau boleh tanpa perlu melalui neraca Mizan atau berdiri terlalu lama di Padang Mahsyar... kan itu ada tersirat dalam Surah Al-Ikhlas? Sekian untuk Jumaat ini. :]


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biring Si Kunani, salam pak radzie.
tak pergi ke Bkt kubong ke kat sana ade satu tasek banyak ikan toman dan saya pernah le dpat beberapa ekor dalam tahun2 80an dulu wktu btugas disana, ade 1 sudut ditepi tasik tu mcam pelik sikit sebab terdapat susunan tangga batu terus kedalam tasik tu, pulau labuan jga mnyimpan misteri kehilangan seorang pilot RMAF ia itu Lt Wahi(nk sbut almarhum jasad tidak ditemukan begitu jga bangkai pesawat A4 Sky Hawk - saya tk dpt becerita lbh lanjut prlu mnjaga prasaan keluarga dn RMAF) isteri dan sdara2 trdekat mngatakan beliau masih ada mlalui alamt2/mmpi2 ttapi dimana beliau?.bgitu jga anggota Para Trooper yg membuat trjunan bebas berhampiran pulau labuan, 20 landed 1 orang hilang tk dijumpai.

Tanpa Nama berkata...

pertama kali baca tajuk kat atas, dah berderau hati, "Makam Syarif Kedah di Labuan"??? dah terbayang dah pasal puak2 yg satu tu... hehehe.... =)

anyway, nasib baik la dah ramai yg sedar pasal penipuan puak2 yg gilakan takhta orang lain tu. kalau tak, silap2 dia copy paste artikel tuan ni, then ubahsuai cerita ikut citarasa imaginasi derang... hahahaa... (^__^)

Tanpa Nama berkata...

ssebenarnya sebelum kelabuan beliau menetap di Kpg Kuala Oya Mukah sarawak untuk beberapa tahun mengajar dan menyebar agama islam dan barang tinggalan beliau seperti telaga ,quraan jubah kain seban,baju luar dan banyak anak murid beliau di sini dan kalau pengkaji sejarah beliau boleh kesisi dan untuk melengkap sejarah hidup beliau

Tanpa Nama berkata...

Nenek saya anak angkat Syarif Kedah/Kada, Almarhum sempat memberi sebentuk cincin wafak kepada ayah saya untuk kegunaan kecemasan (ketika itu musim jepun menyerang) jika cincin ditunjuk ke kapal yg menyerang Insya Allah akan gugur jelas Almarhum...Saya sendiri ada menyimpan sedikit khazanah yg di turunkan kepada ayah saya oleh Almarhum...

Tanpa Nama berkata...

Nama nenek saya Sabariah..berasal dari Brunei, setelah Almarhum wafat, nenek saya berpindah semula ke Brunei..

Unknown berkata...

Mohon nyatakan alamat saudara..mungkin sekiranya ada izin Allah kami akan berkunjung kesana..tq

Unknown berkata...

Mohon nyatakan alamat saudara..mungkin sekiranya ada izin Allah kami akan berkunjung kesana..tq

dukusantetdanpelet berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-

Tanpa Nama berkata...

Thn klahiran dgn meninggal dunia tu x logik dlm artikel meninggal ketika berusia 116 tp Klau lahir1896 meninggal 1943 baru je 47 thn