Salam semua. Menurut kalendar hari ini Ahad 22 Januari 2023 adalah bersamaan 29 Jamadil Akhir 1444 Hijriah dan ia adalah hari terakhir bulan Islam tersebut. Maghrib karang masuk 1 Rejab. Sebelum itu iaitu akhir sekali pada pagi Khamis lalu, cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 yang memakan masa hampir 3 minggu telah berjaya dilepaskan secara teratur. Sekarang biar dipersembahkan kompilasi cerita daripada hari ke hari yang secara efektifnya menutup segala perkongsian bagi tahun 2022 lalu baru boleh betul-betul bergerak dengan azam 2023.
Perjalanan selatan Thailand penghujung tahun 2022 ini sebenarnya dibuat untuk menyelesaikan apa yang tidak lengkap daripada perjalanan terakhir ke sana sebelum itu seperti diceritakan dalam Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019. Ketika itu perjalanan dibuat dengan niat utama untuk membawa anak-anak melancong menikmati persekitaran air laut dan pulau-pulau di Krabi pada hujung tahun itu. Rancangnya mahu masuk ke Thailand melalui Wang Kelian di Perlis yang belum pernah dilalui sebelum itu. Selepas Krabi mahu ke Nakhon Si Thammarat bagi melihat meriam-meriam Kedah yang dirampas lalu disimpan di sana.
Tetapi disebabkan kereta rosak teruk sebelum sampai ke Ipoh kami terpaksa mengambil pengangkutan awam lalu masuk melalui Padang Besar. Selepas Krabi terus memulakan perjalanan ke arah selatan, tidak dapat ke Nakhon Si Thammarat yang terletak lebih 150 km ke timur dan sedikit ke utara. Kali ini kereta yang sama dapat dibawa melalui Wang Kelian. Dengan itu dapatlah ke tempat-tempat yang dahulu dirancang mahu disinggahi sebelum ke Krabi iaitu dari Satun membawa ke Trang.
Oleh kerana lawatan ke Krabi sudah selesai tahun 2019 kami terus ke Nakhon Si Thammarat selepas Trang lalu dapat melihat meriam. Selepas itu turun ke Songkhla diikuti Hatyai kemudian ke Patani yang tidak dapat disinggahi dalam perjalanan 2019 disebabkan naik pengangkutan awam. Tetapi sekitar 55 km sebelum sampai ke Patani sekali lagi kereta menghadapi masalah. Namun perjalanan diteruskan juga walau ada rancangan asal yang terpaksa diubah lalu mencapai jarak keseluruhan 2,027 km. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Mukadimah di Perak dan Kedah
3. Masjid (Mosque of) Mambang Satun
4. Makam di (Tomb at) Masjid (the mosque of) Mambang Satun
5. Wide vistas at the Tammalang pier
7. Early new year lights in Trang
8. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang
10. Wat Tantayapirom Phra Aram Luang, Trang
11. Pandangan awal (Early look at) Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat
12. Lawatan baru ke tembok kota lama (New visit to the walls of the old city of) Nakhon Si Thammarat
13. Kuil pasak (Pillar shrine of) Nakhon Si Thammarat
14. Masjid pusat (Cental mosque of) Nakhon Si Thammarat
15. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Menyahut panggilan Nakhon Si Thammarat...
16. Dalam (Inside of) Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat
17. Meriam-meriam Kedah (Kedah cannons at) Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat
18. The sea halfway between Nakhon Si Thammarat and Songkhla
19. Phattalung lake from a peninsular on its east side
21. Lake Songkhla from Wat Pa Khat
22. Lawatan baru ke makam (New visit to the tomb of) Sultan Sulaiman Singgora
23. Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (mosque of) Sultan Sulaiman, Songkhla
66. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Memenuhi hajat sebelum diangkut ke sempadan
67. Masjid (Mosque of) An-Nur, Lawin
68. Breakfast at a nice spot at Tasik Raban
69. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Menutup melalui Perak